Dalam mencari destinasi, ada banyak jalan perlu diselusuri.
Dalam menyusuri jalan, ada banyak simpang perlu dimasuki.
Sebelum memasuki simpang, pilihan yang tepat perlu diteliti.
Dan pilihan itu akan mempengaruhi jalan, destinasi, dan kembara sendiri.
Ada masanya penuh senyuman di wajah, ada ketika seribu luka berparut di jasad, ada kala intan permata menenangkan mata, ada detik sebaris kata tersemat di jiwa.
LAGIPUN, SIAPA TAHU BAGAIMANA HUJUNG KEMBARA ITU NANTI?
YAKIN DENGAN JALAN YANG KAU PILIH. JANGAN IKUT JALAN ORANG LAIN. KECUALI KAU SESAT DI TENGAH HUTAN, DAN HARI HAMPIR GELAP – IKUT JALAN YANG ADA!
1) Saya memahami istilah "road trip" itu sebagai satu kembara menggunakan jalan darat. Ditambah dengan tagline "meronda tanah air", saya jangka buku ini ialah hal-hal kembara di dalam Malaysia. Apatah lagi, tajuk bab-bab di dalamnya menggunakan nama negeri. Jadi, jangkaan saya buku ini ialah buku kembara!
2) Saya silap. Daripada 14 cerita, saya fikir hanya dua yang memenuhi syarat. Negeri Sembilan dan Terengganu.
3) Ada cerita yang bagus seperti Pahang dan Kelantan, tetapi saya tidak dapat mengaitkannya dengan tajuk. Sekali lagi, ini berpunca dengan expectation apabila membaca tajuk dan tagline.
4) Buku ini, mungkin sasarannya untuk remaja belia. Dialog dan perkataan-perkataannya banyak merujuk kepada gaya percakapan hari ini. "Kot", "doe". Saya yang sudah lama meninggalkan alam remaja ini, agak sukar mewujudkan rasa "blend" dengan gaya bahasa sebegini. Carutan juga berleluasa. Tidak semua penulis, tetapi banyak.
5) Editor perlu lebih rajin. Kesalahan ejaan, tiada jarak antara perkataan, terma English yang kurang tepat ("friendly user"). Sakit mata.
6) Ada yang mahu menyindir "makcik-makcik" penulis novel cinta, tetapi dalam buku ini ada juga kategori "makcik-makcik" itu. Perasan?
7) Kebanyakkan cerita berakhir dengan sedih, misteri, seram. Bosan juga.
Kerana tergoda dengan bait-bait blurb, aku beli tiket sehala, naik caravan dan bersedia untuk meneroka sebab katanya "hidup ini satu kembara".
Namun cerpen pertama yang tak mesra bahasa dan ejaan buat aku rasa nak bungkus balik buku ni dengan plastik dan letak balik kat rak MPH. Serius.
Tapi aku sabarkan diri. Aku gagah kan hati, cekalkan jiwa, pertahankan mata. Tiket $20 kot, banyak jalan lagi perlu disusuli dan banyak simpang lagi belum dimasuki.
Dan yang pasti aku hanya meninjau ke beberapa destinasi sahaja i.e. Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Selangor, Kelantan (kecuali yang ni, aku turun jenguk), dan Sabah. Selebihnya aku cuma duduk dalam caravan, dan mengeluh - "Oowww, hidup ini juga rupanya satu penjara".
14 antologi cerpen nukilan anak anak muda akan jadi bacaan buat minggu ini. Hati anak anak muda semasa harus diselami...mereka dari zaman yang berbeza. Sebagai ibu saya tidak mahu terperangkap dalam zaman...sudah melewati tiga kisah, bahasa yagn diguna pakai sangat segar...semasa dan realistik. Lucu dan penuh sense of humor mahal.
Ayat CEMERKAP dalam buku ini tidak tepat dalam cetakan pertama. Cemerkap maksudnya: buat kerja tunggang langgang.
Mama mendapat buku ini segar dari ketuhar LEJEN PRESS sewaktu Pesta Buku Kuala Lumpur.
Similar to Urban, Roadtrip is a compilation of short stories on each Malaysian states but contrary to Urban, each short story is by a different author. I started this book with my very own roadtrip to Penang over a weekend and coincidentally Penang was the first short story is about.
Written by Shahrizat Ahmad and titled Penang + Pineng, it was a good start to the whole anthology. The writer sucessfully broken the fourth wall with the readers, which is not that easy to do. Syafie Mahyani's Al-Kisah tried the same trick and failed horribly.
Syafiq Aizat's Sampai Sini Je Lah Kot revolves around his usual formula of friendships and tugging at your heart strings which never fails. Shafiq Helmi's Hari Ini Dia Pulang caught me by surprise when he put in an emotional twist and became the perfect ending of the whole anthology.
Other short stories worth taken note of is Khairulzaman Khobin's Hajat, Asmar Shah's Penyu & Azwar Kamaruzaman's Tak Mungkin.
Roadtrip as a whole anthology was a lot of hit and misses. Some short stories were so boring; I could not get through it without accidentally falling asleep and some just did not do the states they represented justice. And all the typos I found in the book! Hopefully the publisher will correct it in the next reprint.
Payah betul rasanya nak habiskan buku ni. Ada gak yang aku skip, rasa macam buku teks sejarah, mengantuk.
Cuma 2-3 cerpen ja yang aku suka. Macam Pahang by Syafiq Aizat. Aku baca dua kali sebab haiih..haha best. And Terengganu aku ingat ada la cita sal Pulau Perhentian tu, tapi tak ada pulak still aku suka ending dia.
Merah, biru,kuning, hijau dan ungu aku suka part 1 je. And Sabah..mula-mula baca berkerut dahi nak paham, ada ke pompuan macam ni? ending, kesian. Nasib kau la nak.
Roadtrip atau kembara jalanan...mmg suatu momen yg indah dan tak ternilai..bg buku ni,ada yg indah dan ada yg kurang indah,tp setiap cerita itu punya maksud tersendiri..anyway,makna kembara itu tetap ada dan dpt dirasai cuma ada yg kurang uummpphh..
Cover Cute..Tip Top.. Namun tak smua crita dlm nie best.. Ada yg ssh nk hbis kan..sgt krik..krik.. Ada yg boleh tahu jln critanya..boleh agak lah.. Ada yg best unt dbaca..tahniah.. Ksluruhan xrugi unt dmiliki.. Choiyok2 unt next projek ya.. ♡♥♡
Kisah kembara yang dipaparkan dalam naskhah ini membawa pembaca untuk sama-sama meneroka ke 14 buah destinasi seluruh Malaysia. Penuh dramatik dan diselitkan juga unsur suspen untuk menarik perhatian pembaca menghayati kisah-kisah yang dimuatkan. Gaya bahasa yang sedikit kasar mungkin untuk disesuaikan dengan golongan sasar iaitu kumpulan remaja atau mereka yang berada di awal dewasa.
Road Trip Meronda Tanah Air adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengembara melalui 14 negeri dengan 14 cerita unik yang masing-masing mencerminkan kembara hidup. Setiap kisah dalam buku ini menggambarkan perjalanan sebagai satu kembara yang penuh dengan destinasi, jalan, dan pilihan yang mempengaruhi hidup kita.
Penulis-penulis yang berpengalaman mendalami kisah-kisah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan, daripada momen penuh bahagia hingga luka berdarah, menggambarkan bahawa dalam perjalanan hidup, banyak kejutan menanti di setiap simpang. Buku ini mengajak pembaca untuk mempercayai pilihan mereka sambil membawa nasihat untuk mengikuti jalan yang dipercayai, terutama ketika berhadapan dengan kebuntuan.
Dengan cerita yang sarat akan pengajaran dan pengalaman berharga, Road Trip Meronda Tanah Air adalah bacaan yang sesuai untuk sesiapa yang ingin merasai perjalanan dengan perspektif baharu yang menyegarkan jiwa dan minda.
Aku ada harapan yang tinggi dengan buku ini. Sebab sudah beberapa bulan aku tidak kemana-mana. Malah aku tak pernah tinggalkan rumahku kerana musibah yang melanda. Aku berharap dengan buku ini, sekurang kurangnya ada juga pengisian buat jiwaku yang cukup gemar travel/roadtrip. Tapi sayang, ada beberapa cerpen yang aku rasa tidak menepati istilah Roadtrip yang dimaksudkan. Aku tidak gemarkan cerpen di Putrajaya. Mungkin sebab kawasan putrajaya yang kecil. Kebanyakan kisah juga seperti cliche. Kisah jumpa roh mati seperti di Perlis, Pahang, Kedah, Sabah. Aku puji pengisian cerita di Sarawak dan nogori. Berfakta. Dan kisahny juga tidak meleret. Walaupun ending mimpi bukanlah ending yang baik. Sekadar pandangan aku.
Daripada 14 cerpen yang mewakili setiap negeri serta wilayah Malaysia, hanya satu yang mampu memenangi hati saya. Tak ada yang benar benar memeluk perasaan seperti yang dikaryakan sendiri oleh editor antologi ini.
'Sampai Sini Jelah Kot' yang dilatari bumi Kuantan, Pahang kekal di bayangan hingga ke halaman terakhir. Berdiri dengan kemampuan tersendiri, Syafiq Aizat tidak memaksa saya untuk berkelana sama menyusuri odisi watak-watak cerpennya. Dia perlahan-lahan menyuluh ke titik buta di susur cerita setelah saya dilekakan dengan keterujaan dua sahabat. Sudahnya rasa sayu yang mengiringi. Namun cukup berbaloi.
Bosan. Antara buku yang agak lama untuk dihabiskan.
Kecuali satu dua bab, selainnya agak mengecewakan. Dari plot yang kurang 'kick', gaya penceritaan pengarang yang kebudak-budakan, lawak yang tidak menjadi (dan berulang-ulang AKA lawak Amir Raja Lawak), hingga ke perihal editor yang tidak buat kerja, memang menyumbang kepada keseksaan untuk menghabiskan buku ini.
Lebih baik habiskan duit anda kepada buku travelog pengembaraan sebenar berbanding buku ini. Serius.
Buku ni memang selari dengan tajuknya, penuh informasi tentang tempat yang dihulurkan menerusi cerita. Ada yang menarik dibaca sehingga saya ingin pergi terokai sendiri tempat itu, ada yang tidak memberi kesan yang sama. Typo error yang kerap dibaca di setiap cerita agak menjengkelkan. Tu lah hasilnya rating aku ni.
Hmmm seperti majoriti pembaca-pembaca lain aku dapat merasakan buku ini memang agak membosankan. Ada satu dua cerpen sahaja yang menarik perhatian aku itu pon aku cepat lupa akan kisahnya.