Jump to ratings and reviews

Solat: Sebuah Refleksi

Buku ini datang dengan fokusnya tersendiri, iaitu refleksi. Semua rukun qauli dan fe’li, yakni perkataan dan perbuatan, telah saya kupas dengan dua lensa: satunya, lensa linguistik. Saya hurai serba sedikit maknanya dari sudut bahasa dan istilah. Duanya, lensa reflektif. Saya huraikan juga bagaimana refleksi setiap rukun dan bacaan terhadap diri kita sebagai hamba.

Untuk melengkapkan lagi buku ini, saya kepilkan tatacara (kaifiyat) setiap rukun secara ringkas dan bacaannya yang sahih dari hadis menurut Mazhab Syafi’e. Saya juga ada bandingkan dengan mazhab lain sebagai tujuan belajar dan menambah sudut pandang, bukan mengelirukan.

Tidak cukup dengan itu, saya kepilkan juga beberapa bacaan sunnah dalam setiap rukun yang pelbagai menurut Mazhab Syafi’e. Tujuannya agar kita boleh mempelbagaikan bacaan supaya solat kita menjadi lebih kaya dengan bacaan dan doa. Selain rukun, saya juga menambah sedikit huraian mendalam dari lensa linguistik kata yang sangat terkenal, iaitu Subhanallah dan Rabb, yang kita baca dalam rukuk dan sujud.

Seboleh yang mungkin saya berusaha melambakkan apa sahaja ilmu yang menurut saya penting untuk diulang kaji. Jika masih ada yang kurang, saya mohon maaf. Kerana pada akhirnya buku ini cuma berteduh di bawah satu hasrat: moga-moga sesiapa membacanya, solatnya itu lebih bermakna.

258 pages, Paperback

First published May 29, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Hafizul Faiz

19 books198 followers
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (69%)
4 stars
4 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Amirol Ridzuan.
14 reviews
July 20, 2026
Sebuah buku refleksi solat yang sangat bagus. Memandangkan penulis memang ahli dalam bidang bahasaz, kebanyakan istilah dalam solat dihuraikan dalam konteks bahasa dan keindahan bahasa arab. Saya sendiri banyak belajar dan ulangkaji bahasa arab melalui buku ini. Refleksi ini bukanlah memfokuskan untuk khusyuk solat, tapi lebih kepada membuka mata kita kenapa kita solat dan menyebut sedemikian. Menariknya, penulis banyak membawa kita melihat solat dari sudut psikologi. Cubalah membaca anda akan menemukan sesuatu yang baharu dan seronok.
Profile Image for Najihah.
60 reviews50 followers
September 9, 2026
Buku ini ditulis dengan menggunakan dua pendekatan utama iaitu linguistik yang menelusuri makna bahasa dan istilah serta reflektif yang memberi perenungan hikmah setiap rukun dan bacaan solat.

Beberapa dapatan bermakna drpd buku ini:

1. Makna asal solat sebelum kedatangan Islam ialah “terbakar sehingga hangus”. Di sini penulis mengaitkan dengan proses perkakasan kayu yang dibakar sehingga menjadi kukuh. Pada zaman dahulu, kayu yg dibakar rentung inilah dijadikan tiang seri kerana ia sgt kukuh. Analogi ini memberikan satu gambaran yang menarik tentang fungsi solat dalam kehidupan insan - sebagaimana kayu melalui proses pembakaran untuk menjadi lebih kukuh, manusia juga seharusnya mendirikan solat untuk “membakar” sifat mazmumah, dosa dan penyucian diri.

2. Benarlah firman Allah SWT dalam surah al-‘Ankabut ayat 45 bahawa solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Sikap, tabiat, rutin, peribadi, emosi, akhlak, keputusan yg kita buat sehingga menghasilkan tindakan (baik/buruk), ada hubungkaitnya dgn solat.

3. Tidak sah solat tanpa niat. Apatah lagi kita yg bermazhab Syafi'e ini perlu memberi lebih penekanan terhadap niat. Niat dalam solat itu mempunyai 3 unsur: al-qasd - tujuan melakukan solat. At-ta'yin - penentuan solat apa dan al-fardhiah - menyatakan ia solat fardhu/sunat. Niat itulah yg menjadikan solat kita bergerak dari sekadar ritual kpd pembentukan makna.

4. Renungan terhadap takbiratul ihram juga menginsafkan kita. Jika ada beban masalah yg terasa sangat besar sehingga mendominasi keadaan mental, fikiran kita, hati kita, menganggu hari2 kita, ingatlah lafaz Allahu Akbar saat mengangkat takbiratul ihram telah mengecilkan ia sekecil-kecilnya.

5. Qiam/berdiri tegak dalam solat adalah satu disiplin berdiri lurus dan seimbang. Tidak bergerak2, sentiasa tegak, tegap dan stabil seperti qiyamnya Nabi saw. Ini juga satu seni stillness/keheningan dalam memproses penyerahan/tawakal kpd Allah swt.

6. Tumakninah termasuk dalam rukun fi'li, satu konsep jeda/pausation yg mengajar kita untuk berhenti sebentar, jangan hanya terus bergerak, terkejar2, sampai lupa berhenti, lupa berehat. Allah tak mahu kita solat terburu2. Ia mesti diruangkan antara satu rukun kpd rukun yg lain.

7. Rukuk bermaksud merendahkan badan, menundukkan diri kita di hadapan Allah. Kita rukuk untuk membebaskan diri kita dari belenggu rasa memiliki. Kita menggugurkan semua yg ada pada diri kita, yg kita rasa kita memilikinya & kita mengawalnya.

8. Iktidal ialah meluruskan yg bengkok, kembali berdiri setelah rukuk. Iktidal mengajar kita apa itu menyederhana dan menyeimbang. Tak melampau dalam berfikir, tak keterlaluan dalam bertindak. Itulah hikmah iktidal. Dan itulah agama.

9. Sujud adalah pasakkan kembali diri kita sbg hamba (grounded). Hampir kesemua anggota penting badan kita direbahkan. Kepala, tangan, kaki semua yg bergerak, yg berfungsi sbg deria semuanya direbahkan. Segala rasa kebesaran, keakuan dan kebergantungan kepada diri sendiri dilepaskan. Kita menyerah dgn sepenuh2nya, serebah2nya, selepas2nya kpd Rabb yg satu. "Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya".

Semoga setiap rakaat solat kita dari niat hingga salam menjadi lebih bermakna. Amin ya Rabbal Alamin.
Profile Image for Noor Hidayah.
83 reviews6 followers
September 9, 2026
Buku ini bukan sahaja membuka minda tentang tujuan sebenar solat dan apa yang diungkapkan ketika beribadah, tetapi membawa pembaca menemukan pelbagai kefahaman baharu yang segar dan menyeronokkan dalam beribadah. Saya juga menyertai kelas online Refleski Solat oleh penulis. Jadi pembacaan lebih difahami berbanding hanya membaca sahaja.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews