Cinta Seorang Jurutera Jalan Putera Gunung Tahan (Hardcore) Kisah Cinta Saintis dan Mekanik Bang, Api Ada? Cerita Cinta Tipu N.H.K.L.M Orang Pahang Berlawan Bola dengan Viking Jefri Palat Sepanjang Jalan
Akan ada kelompok pembaca yang sukakan buku begini. Saya juga mungkin sukakannya 5 tahun lalu. Buku indie kadang-kadang sesuai untuk bacaan ringan dan santai, tapi atas beberapa faktor saya rasa buku seperti ini paling tidak pun sepatutnya tidak perlu diterbitkan, cukup jika hanya menjadi Zine atau diterbitkan di blog.
Sebabnya; -hanya merugikan rumah penerbitan -mengambil peluang buku lain yang lebih berpotensi -cerpen-cerpen hanya tujuan suka-suka, tiada isi penting -tidak sesuai untuk bacaan anak-anak -hanya untuk sekali bacaan; tidak berbaloi untuk dibeli dan disimpan -menutup peluang buku lain dibeli jika pembaca dah tersalah beli buku ini -membazir duit
Aku beli buku ini dengan anggapan aku bahawa sesungguhnya pasukan bola sepak Pahang sekarang ni memang dalam tempo prestasi yang amat memberansangkan (they don’t play fancy football but they always get and solve their shits together), sekaligus aku terfikir orang Pahang memang power bab main bola. Justeru, peratusan kemungkinan untuk orang Pahang dulu-dulu main bola dengan Viking pun wujud sebenarnya. Kakakaka.
Untuk rebiu kali ni, aku berminat untuk rebiu secara ringkas cerpen demi cerpen.
Cinta Seorang Jurutera Jalanan – Bagi aku, tulisan Nor Hisham Mohamed yang satu ni kurang menjadi pulak berbanding tulisan-tulisan dia yang lain. Entahlah, kekurangan tu macam ada dalam plot cerpen yang tak berapa menjadi, dan bernada rata sepanjang pembacaan. Kekurangan ini, however, dikaver baik beliau dengan tulisan-tulisan beliau yang lain.
Bang, Api Ada? – Cerpen ni bijak. Ditulis dengan nada yang selamba, bergaya dan berjasa dengan huraian dan implementasi good values dalam penceritaannya. Kelakar juga.
Putera Gunung Tahan (Versi Hardcore) – Cerpen ni lagaknya agak biasa (tak terlalu wow, tak juga terlalu lemah). Pembacaannya juga lancar dengan gaya cerita yang mudah. Better than Cinta Seorang Jurutera Jalanan.
Orang Pahang Berlawan Bola Dengan Viking – Sejak aku baca tulisan Pipiyapong – Angan-Angan Piala Dunia dalam Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia tulisan Lucius Maximus dulu, terus aku berminat dengan cara penulisan beliau. Dan cara penulisan yang sama juga diterapkan Pipiyapong dalam buku ini. Juga bernada selamba dan kelakar, cumanya aku rasa tindakan Pipiyapong yang menggunakan cerpen ini sebagai teaser untuk bukunya yang akan datang agak tak cun. Cerpen ni cerpen paling penting woi! Cilake betul cerita tak habis. Hahahaha.
Kisah Cinta Saintis Dan Seorang Mekanik – Ini cerpen Mat Tiara yang paling baik dalam buku ni. Penceritaan yang dibuat menggunakan teknik ulasan watak demi watak ni menjadi, dan sweet jugak sikit sikit. Nice!
Cerita Cinta Tipu – Hahahahahaaha. Yang ni kelakar! Serius! Lagi lagi part Duran Duran, Duran Duran Duran, dan juga Duran Duran Duran Duran tu. Sweet cerita ni tak melampau sangat, just nice boleh buat makwe-makwe yang membacanya tersenyum sorang-sorang.
Jefri – Pipi, Pipi. Cerita dah molek, entah kenapa tiba-tiba rasa macam tergantung. Ni pun teaser untuk buku yang seterusnya ke apa?
N. H. K. L. M – Dalam banyak-banyak tulisan Stam Mustapha dalam buku ni, aku rasa cerpen yang ni paling sedap. Ceritanya yang digarap persis cerita Sherlock Holmes; The Game of Shadow melalui watak Norman Daniel Danish menjadi, dan yang paling penting ending dia. The best so far!
Palat Sepanjang Jalan – Sebagai cerita yang diposisikan the last short standing, aku rasa cerita ni banyak pengajarannya. Sememangnya banyak palat yang telah kita lalui sepanjang jalan, tapi sesungguhnya palat hidup Zami ni lagi power. “Hari ni memang palat, tapi esok masih ada”.
Secara keseluruhan, aku boleh katakan buku ni sebagai buku yang tergolong dalam bacaan ringan, dan sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.
Tidak dinafikan cerita-cerita yang ada sememangnya sedap sedap belaka. Saya dipersembahkan dengan bacaan yang santai dan bersesuaian dengan selera semasa. Cuma sedang saya asyik menghayati keenakan setiap cerita, seringkali penulis-penulisnya merentap nikmat itu dengan sengaja untuk membuatkan saya seakan mahu menangis seperti anak kecil yang belum kenyang. Nakal sungguh mereka. Saya melihat tindakan meletakkan Palat Sepanjang Jalan sebagai cerita penutup juga seperti disengajakan sebagai cara memujuk pembaca seperti saya. Kerana hanya Amar Amir yang tidak menyakat saya dengan ceritanya.
Kalau tengok tajuk mesti ingat cerita orang Pahang berlawan bola dengan Viking, namun sebenarnya buku ni sebuah antologi cerpen yang menghimpunkan 4 penulis dari Pahang. Ada kisah cinta, pengembaraan, kehidupan harian dan juga cerita nak lawan bola sikit-sikit.
Aku suka baca tulisan Mat Tiara dalam buku ini walaupun dua dari ceritanya memaparkan kisah percintaan. Paling tak tahan Cinta Seorang Jurutera Jalan, ada watak yahudi beragama islam pulak. Aku tak tahu sejauh mana tahap imaginasi otak Mat Tiara ni. Bini aku baca pun berdekah ketawa, astaghfirullah...
Cerita Orang Pahang Lawan Viking tulisan Pipiyapong pula hanya sekerat tak sempat nak klimaks, entah bila la nak keluar tulisan penuh cerita ni. Nak tahu juga macam mana kesudahan cerita purba ciptaan Pipi ni, macam mana orang pahang nak training petang-petang dalam kapal semasa on the way sampai ke venue lawan. Aku tunggu je bila keluar full version.
Maka betullah kumpulan cerpen ini amat mustahak dan perlu diberi perhatian secara serius. Ada sembilan kesemuanya dan setiap satu menghidangkan rasanya yang tersendiri. Unik dan menyeronokkan
berhenti pada muka surat 99. lalu aku tekad utk tidak habiskan buku ini. muktamad!
pertama, maafkan ku sebab terlalu bias dan racist. kedua, walaupub penulis lelaki bahasa sastera mereka kadang kadang melampaui akal. ketiga, ini buku R-rated. ketiga, tidak layak untuk menilai buku ini dgn bintang. terserahlah.
you are what you read. buku alternatif ini bukan buku alternatif yg terbaik. aku kira lebih selesa membaca cerita duka dari HAMKA, Tere Liye, A. fuadi serta andrea hirata lagi best. malah baca komik pedang setiawan, harimau kumbang lagi bagus.
walaupun gaya bahasa melayu buku ini bagus namun bunga-bunga bahasa yang diguna pakai terus mematikan mood untuk baca habis. jalan cerita sudah menarik dan kreatif tapi kurang menginspirasi untuk aku yang hanya suka baca buku bahasa melayu. membantutkan sel-sel otak berhubung untuk menambah kosa kata dan kurang menggalakan imaginasi yang lebih baik.
kesimpulan, nak sambung baca detektif conan yang membina critical thinking. bai.
Aku tunggu penghabisan cerita Orang Pahang Berlawan Bola dengan Viking. Selagi cerita tu tak habis, selagi itulah aku simpan dua bintang. Protes ni, protes!
Disebabkan buku ini hasil dari Pahang, aku terpaksa berat sebelah untuk kasi 5 bintang. Tapi aku akan bagitau kenapa 5 bintang untuk buku ini. Pertama buku ini bukan buku status facebook, tapi buku yang betul-betul koleksi cerpen dgn harga RM20 yang berbaloi untuk dibeli terutamanya rakyat Pahang. Kedua aku dah tunggu lama kisah orang Pahang berlawan bola dengan Viking, tetapi aku kecewa sebab dalam buku ini, dimuatkan sikit je ceritanye. Yang lain akan dikeluarkan oleh penulis yang aku tahu entah bila nak siap, dan tak boleh berharap sangat risau nanti kecewa. Ketiga aku suka cerita cinta saintis dengan mekanik. Gaya penceritaan Norhisham buat aku rasa macam dalam movie. Aku agak-agak kalau buat short movie cerita ni boleh menang Cannes Film Festival.
Bukan koleksi status fb. Tapi buku ini ialah koleksi cerpen.
Dari 6-7 cerpen yg ada dalam buku ni, dua je yg ada kaitan dengan bola dan viking. Yg lainnya bertemakan pelbagai. Ada cerpen yg sedap, ada yg kelakar, ada yg menyerempet.
First time aku rasa buku ada perkataan bola dalam tajuk dia yang aku suka. Agak-agaknya diorang ni masa diorang tulis cerita-cerita kelakar ni, diorang tergelak tak sorang-sorang?
Pipiyapong telah berjaya membawa aku mengembara ke masa lampau. Walaupun dengan gaya bahasa yang bersahaja, penceritaan itu sampai. Tak sabar pula nak menunggu buat tangan seterusnya. Haha.