Semangat kepalsuan, pembohongan, tipu daya dan muslihat meliputi peradaban moden semata-mata kerana ia telah membelakangkan ketuhanan Tuhan, tugas kerasulan, reality yang tidak terlihat dan wahyu Samawi. Akibatnya, masyarakat pada hari ini memilih utnuk bergantung sepenuhnya kepada reality deria yang boleh dilihat, dan telah meletakkan kepercayaannya kepada keseronokkan dunia, keuntungan segera, kuasa dan kekayaan.
Saya kira agenda utama buku ini ditulis adalah untuk menempelak keras orang-orang akhir zaman (baca: kita) yang semakin hari semakin rakus berkiblatkan kebendaan. Penulisannya tidak kaku bahkan penjelasan tentang sesuatu permasalahan di masa lampau seperti yang tertulis di dalam kitab suci Al-Quran dikaitkan dengan masyarakat moden siber hari ini. Ia tersangat segar dan mengusik hati, tidak sama seperti membaca lambakan buku-buku agama yang 'membosankan'.
Momentum buku ini dimulakan dengan persoalan akar kenapa surah Al-kahfi sering didesak untuk dibaca pada setiap hari jumaat. Ia dikaitkan dengan peristiwa yang telah sekian lama kita ketahui iaitu penipuan Ad-dajal. Diulang-ulang dari awal buku sehingga ke titik akhir bahawa antara ciri dominan Ad-dajal itu adalah kebergantungan 100% terhadap materialism. Kemudian penulis mengembangkan lagi penulisannya dengan menyatakan terdapat 4 kisah di dalam surah Al-Kahfi yang mana kesemua kisah itu berkait dengan sifat kita semua pada hari ini; berkiblatkan kebendaan.
Buku tidak hanya terhenti sekadar cerita basa-basi, ia juga dijadikan oleh penulis sebagai medium untuk mengkritik keras kerajaan yang melupakan Allah. Pedihnya kritikan ini adalah kerana penulis menggunakan kisah-kisah yang tertulis di dalam Al-Quran sebagai radas pengukur. Misalnya kisah 7 Pemuda Gua yang melarikan diri daripada pemerintah yang kejam akhirnya setelah bangun dari tidur yang panjang, kerajaan yang kejam itu bertukar menjadi sebuah kerajaan yang adil. Ini bermakna sebuah kerajaan yang kejam pasti akan mengalami kehancuran dan kerajaan yang adil akan take over. Begitulah sedikit sebanyak.
4 kisah di dalam surah Al-Kahfi itu adalah, 1. 7 Pemuda Gua - Kerajaan yang rakus
2. Kisah pemilik dua kebun - Penzaliman terhadap diri sendiri, kufur - Di topik ini penulis mengaitkan sikap manusia moden siber yang mempercayai 100% pakar-pakar ekonomi, pakar perubatan, dll tanpa meletakkan kebergantungan kepada Allah.
3. Kisah Nabi Musa dan al-Khindr - Peristiwa tentang keterbatasan manusia dalam berfikir - Part ni saya suka cara penulis terangkan tentang pembuatan keputusan manusia adalah berdasarkan pengetahuan mereka, sangat related dengan kehidupan harian.
4. Kisah Dzul Al-Qarnayn
Buku ini berakhir dengan menyatakan tentang kebenaran ilmu Allah dan tujuan manusia hidup. Semoga pembacaan dan perkongsian ini bermanfaat. Yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah kesalahan saya mengintepretasi. Selamat membaca!
Pengkisahan perjalanan kehidupan masyarakat terdahulu dari segi kelalaian dan keseronokan dunia yang kembali menjadi 'asas' kehidupan masyarakat moden hari ini. Hari demi hari keberadaan Tuhan dicabut dari hati-hati manusia disebabkan tujuan hidup adalah meneruskan hidup. Bagaimana? Dengan membanyakkan mata wang dunia. Mata wang akhirat lagi diabai.
Empat kisah pengajaran. Pertama, kisah 7 pemuda ashabul kahfi yang 'lari' dari dunia demi iman. Kedua, kisah pemilik dua kebun yang menyangka hartanya itu adalah dari hasilnya semata bukan Tuhan. Ketiga, kisah nabi musa dan al khidr, yang mempunyai kelebihan 'melihat realiti' yang tidak dilihat oleh nabi musa as. Terakhir, kisah zulqarnain seorang pemimpin yang taat yang menghalang kemaraan yakjuj dan makjuj.
Ini kali ke 2 bacaan untuk buku ini.Disaat rasa sempitnya dunia dan lemasnya berkejaran dalam dunia materialistik hari ini,buku ini memberi pencerahan semula untuk reset semula niat dan tujuan hidup untuk beribadah dan tidak mengadakan sebarang penyekutuan dengan Tuhan yang ESA samaada melalui hati,minda atau sikap perbuatan.
Antara buku yang sangat menarik mengupas tentang Surah Al-Kahfi dalam dimensi akhir zaman. Walau telah selesai membacanya, selalu juga kembali merujuk buku ini terutama ketika tadabbur Surah Al-Kahfi.
Bukunya nipis sahaja namun memberi perspektif baru tentang Surah Al-Kahfi.