Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Semanis Honey

Rate this book
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula....”

758 pages, Paperback

First published June 1, 2015

235 people are currently reading
2303 people want to read

About the author

Dila Dyna

10 books507 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
255 (50%)
4 stars
137 (27%)
3 stars
56 (11%)
2 stars
26 (5%)
1 star
30 (5%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
May 13, 2016
Dah selesai~~ Sengaja baca cepat-cepat nak potong drama di tv..heheh

Sebenarnya saya tak suka baca novel yang dah di adaptasi ke drama. Alasannya mencacatkan imaginasi saya tentang watak hero dan heroin itu sendiri. Tapi di sebabkan oleh Alif Satar menjadi heronya..dan dia tersangatlah pandai berlakon. Maka dengan laju-laju pergi cari buku ni. :D

Susah nak relate watak hero dan heroin dalam drama dengan dalam novel. Sebab gambaran dalam novel heronya tinggi, kacak dan usia hampir 30an. Begitu jugak watak heroinnya tapi dalam drama lain pulak dramanya. Tapi tak apalah. Yang penting isi dan ceritanya.

Kisah yang ringan, tak menyerabutkan kepala sangat walaupun rasa macam nak ketuk kepala ahnaf tu laju-laju sebab kahwin lari dengan Ariana dan tinggalkan Hani macam tu ja.

Hani yang manis, hani yang kuat dan hani yang pemaaf. Sanggup terima balik Ahnaf walaupun apa yang Ahnaf buat dekat dia. Tapi kenapa tak pilih adam?? Kesian Adam.

Ada antagonis satu dua watak. Tapi overall acceptable.

Ending happy! :)

Farah #teamadam. Hahaha.

Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
June 16, 2015
ohsem!!! suke sgt jalan cerita. ngeeee...

bagus bila dia bgn balik, lepas cedera oarah. walau sakit hati part saya tak boleh teruskan tue.. still, kalu sayang tinggal2kan.. kalu dah jodoh kembali bersama gitu.

cume sayang part berpisah ngan bf baru x diceritakan. ngeee..

and bella, u r so bimbo!!
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
June 10, 2016
Siapa nak beli novel ni, boleh PM ya. Novel ni baru je beli dan baca cuma sekali je. Tu pun selak muka surat perlahan-lahan sebab nak jaga kualiti novel tu supaya tak cacat. :)

_____________

Aku tak tau kenapa aku boleh beli novel ni. Masa kat kedai buku hari tu, punya la banyak novel tapi tak tau kenapa novel ini yang aku tarik. Mungkin sebab nak gandingkan dengan novel Pencuri Cinta Kelas Satu. Ya la, rasa macam tak best je jika beli sebuah novel. Nak kena beli dua buah jugak baru nampak balance. :p


Okay la kisah dia. Kisah anak orang ada-ada. Tapi tak perlu kot nak sebut jenama kereta tu berulang kali. Kan boleh je tulis 'kereta'. Sekali tulis je dah la. Pembaca boleh faham kot. Buat menambahkan ketebalan novel je dok tulis nama kereta dan nama minyak wangi berulang-ulang kali.
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
February 15, 2016
ingatkan si honey tu dah kahwin dgn ahnaf..rupanya tak sempat..baca cover ingat mcm honey dah khwin dgn ahnaf pastu diorang bercerai ;)

si bella tu mmg psiko betul.. tak suka..
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
November 6, 2017
Ulang baca sebenarnya.

Suka sangat sangat adaptasi drama dari novel ni. Sebab tu cari novelnya tapi lama pulak nak abes kan. Mungkin sbb dialog dlm drama lebih ringkas dan tepat, buat aku rasa dialog dlm novel agak panjang dan meleret.

Apa apa pun ceritanya aku suka tambahan pula selepas menonton dramanya, tambahan 5 episod, telemovie raya dan teater muzikal😊. Wajib miliki novelnya kalau dah suka semuanya.

Rinn
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
September 16, 2015
Disappointment ......

Idea dah ok but pengolahan cita menghampakan.

Maybe my expectation 2high coz following her blog & I expect something more from her.

One more thing benciiiiiii dgn watak ahnaf.....;(
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
December 10, 2017
Plot yang sama seperti banyak novel lain yang kemudian di adaptasi ke filem atau siri drama. Mungkin penerbit tv tahu cerita macam ni ramai peminat filem / drama yang suka. Watak-wataknya terdiri dari anak anak orang kaya yang kacak dan sasa terus dapat jawatan besar di company keluarga boleh pandu kereta mewah dan dapat mana-mana gadis yang dia suka. Watak wanita cantik 'pipi gebu' dan putih melepak dari keturunan baik dan berada juga, ada perwatakan yang memang didambakan ramai lelaki. Lepas tu ada watak wanita yang cuba rampas sang arjuna tapi wanita ni pastilah banyak cacat celanya berbanding watak utama wanita. Yang paling saya suka dalam cerita Dia Semanis Honey ialah watak Ariana, tapi tentunya dia juga tidak se-perfect Hani. Pasti lebih best kalau watak Hafiz diceritakan lebih panjang. Rasanya saya akan lebih suka kan Hafiz juga berbanding Ahnaf. Ada lah adengan suka - tak suka - suka balik - salah sangka - dengki - tak berterus terang - accident - menyesal - happy ending. Peminat novel cinta rasa dah pernah baca tak plot macam ni?
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
March 6, 2016
maybe Ahnaf has got his own principle and Hani became wary of relationships before starting out with Ahnaf. losing someone does affect your social life for sure. For me I got confused in the middle but I danced along with the way it's written. Bella is mental.. Benci sangat. What he did for Ariana at the start was heart wrenching but I do think the second split was the main purpose for this novel. kalau tak macam mana nak feel kan. Nicely written Dila Dynamic.
286 reviews52 followers
June 19, 2015
ok lah not bad....walau pun amik ms yg lama nk abis kn....
1 review
Want to read
May 5, 2016
bored...coz i cant read full novel only sinopsis damnnnnn
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
May 7, 2016
klise....
jalan cerita yang terlalu biasa dan boleh agak pun... rasa2 mcm pernah baca je ...
1 review2 followers
May 5, 2016
mcm mana nak baca
This entire review has been hidden because of spoilers.
154 reviews2 followers
August 28, 2018
Mak aihhh, cerita lari dari tajuk 480 darjah! Tang mana yang manisnya si Hani Safira tu aku tak tau laa - keras kepala tak bertempat, selalu fikir tak logik, derhaka kat suami, suka menjawab, taknak berkomunikasi dengan matang, suka main tarik tali, tak tetap pendirian, bossy, rajin masuk campur hal orang sedangkan hidup sendiri berterabur, taknak belajar dari kesilapan lepas, taknak ubah dan buang perangai buruk, pendendam - of course, Ahnaf tu banyak jugak kurangnya, Bella pulak saiko tipikal, Arianna tak banyak sangat ceritanya, Adam dan Rayyan dan ipar duai hero-heroin pulak dibuat macam anak2 tiri langau...

Seriously aku takkan rekemen cerita ni kat sesapa, baik tengok drama aja kut - takdelaa teruk sangat si Hani versi live action, IMO.

0.5 bintang
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
May 19, 2017
Sepanjang pembacaan, tak habis-habis teringatkan Alif Satar & Siti Nordiana yang telah membawa watak Ahnaf Wafiy & Hani Safira. Ini disebabkan saye yang dah pun tengok drama adaptasi tu~

Novel ni not bad. Kisah Hani yang ditinggal Ahnaf lepas tu Ahnaf muncul semula setelah 3 tahun dan berjaya memiliki Hani. Kalau nak tahu ape yang berlaku, bacalah. Tapi mungkin semua dah tahu jalan cerita novel ni melalui drama.

Mungkin saye boleh review panjang lagi sikit kalau tak tengok drama sebelum baca. Saye rase, saye akan banyak buat perbandingan antara drama dan buku jadi lebih baik awak baca sendiri.

Yang penting, scene sweet bak gula-gula ade. :)
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
June 10, 2020
Love sangat Ahnaf & Hani ❤️
6 reviews1 follower
March 17, 2016
Tak tahulah kenapa saya beria-ria nak cari buku ini.. dan akhirnya my mom bought it for me at my 15th birthday.. agak hampa dengan cerita yang kelam-kabut dengan roller coaster.. macam tiba-tiba sangat... awal-awal saya suka kerana saya mampu bayangkan setiap yang berlaku..yang paling tak tahannya dengan sikap Ahnaf yang bertindak tidak waras..bagi sayalah.. saya tak suka watak Ahnaf but saya suka watak Hani. she's like me sometimes. tak suka dengan ahnaf yang selalu kecewakan Hani. jalan cerita dia terlalu banyak konflik sampai saya rasa penat untuk hadapinya. saya bukan nak bagi komen buruk ke apa ke.. tapi dari awal lagi dah terdetik dalam hati saya.. yang cerita mampu untuk diadaptasi sebagai drama sebab jalan cerita banyak turun naik.. but you know, my said become reality.. dan saya hampa sebab artis dia macam adik dengan kakak. tapi cik penulis kena banyak belajar lagi.. saya suka dengan jalan cerita awal dan akhir but feel lost at the klimaks dan pertengahan cerita.. tetiba Bella itu.. ada ariana anak ariana mcm terlalu kelam kabut. cik penulis tolong jangan putus asa sebab saya bagi 4* sebab saya tahu cik penulis ada banyak idea dan nak letak kesemuanya dalam novel ini.. but you know, sometimes it feels to much. okay saya akan terus menyokong cik 'enulis sebab novel nya sebelumm ini bagus! so saya harap cik penulis teruskan berkarya dan dongibab! improvekan cara penulisan dengan jalan cerita yang tersusun.. haha okay I think I write too much. so thank you fr writing this book cik penulis..haha ok
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
June 2, 2016
actually 3.5* kenapa?? sbb bosan dgn hani yang rahsia rahsia..dah ngandung..tapi taknak ckp dengan laki sendiri .. trust in a relationship is very important la cik honey!! part nie yang menganggu cerita nie..yg lain ok ..satu lagi sy dah give up baca buku cite yg dijadikan novel..sbb asyik terbayang pelakon tu..uwaaa turn off betul... kenapa org drama nie tak tahu nak cari cerita sendiri..sy tak suka...last2 tv kat drama menyampah nak tonton...asyik adaptasi novel..
cite nie lebih interesting dari suri hati mr pilot..sy rasa la..tak tahu ler org lain..
7 reviews7 followers
May 24, 2016
Novel ini sesuai untuk semua golongan dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Watak utama yang sentiasa berubah membuatkan pembaca sentiasa berteka teki. Tambahan pula wujudnya watak antagonis yang sentiasa tidak berpuas hati dengan watak utama
Profile Image for Eida Azmi.
1 review1 follower
Want to read
April 5, 2016
lain dari novel lain...very different line story berbnding line story novel kwin tnpe cinta..yg skrng byk di jdikan drama..very bosan..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
Best! Baca bila dah tengok drama.
Suka ahnaf , tengok drama bertambah suka.
Ahnaf yang sweet..
Ahnaf yang romantik..

Hani yang manis..
Overall jalan cerita sangat menarik.
enjoy reading.
1 review1 follower
Currently reading
May 11, 2016
sory baru dlm goodread...nak tanya mcm na nak baca
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
May 29, 2016
best sangat novel ni.
baca sebab drama kat tv tak sempat nak tengok.
suka ahnaf.
suka hani.
tahniah penulis.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.