Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Vs Tunang

Rate this book
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti... itulah meresahkan hati.”

Paperback

First published June 1, 2015

29 people are currently reading
409 people want to read

About the author

Aesya Azahar

5 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (36%)
4 stars
31 (22%)
3 stars
38 (27%)
2 stars
16 (11%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
January 16, 2020
Cerita ini okay je.. Cuma tak berkenan dengan sikap Alana yang asyik lari je bila ada maslaah.. Langsung tak matang.. Perangai Zaim yang ego tu pun satu hal juga.. Okaylah untuk bacaan santai..
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
February 18, 2016
Dah lama nampak buku ni tapi saja tamau ambik risiko baca. Takut kecewa! Biasalah, sekarang ni berlambak penulis yang baru lagi muda. Kadang2 bukan boleh percaya sangat. Review2 yang best pun belum tentu best dengan kita juga kan. Sebab selalu kena yang ini.

Tapi sebab dramanya yang tengah hit sekarang, tambah2 lagi ada Scha Alyahya di situ, maka sy beranikan diri untuk ambil risiko membaca! :D
Dan tak sangka sy kasi 4star.. Kenapa 4? Ermm tak tahulah. Jari laju tekan 4.

Bagi sy cerita dia best walaupun terlalu common. Kahwin paksa kahwin tanpa cinta. Lepas kahwin baru slowly jatuh cinta. Berlambak cerita begitu kan. Cuma mungkin bezanya cara penulis itu menggarap watak-watak yang diketengahkan. Alana Sofea. Putri. Mia. My favorites. Mungkin better kalau watak Mia dipanjangkan lagi. Kan?
Profile Image for Marsya.
29 reviews5 followers
February 5, 2016
This was my first ever Malay novel read and I have to say, I quite liked it!! Lots of LOL moments and almost Kim K ugly crying moments. Hahaha. This book is definitely considered as one of my 'guilty pleasure' reads.
229 reviews15 followers
May 22, 2017
*4 Stars

Karya pertama dari penulis nie yg saya baca. Saya dah beli lama sebenarnya. Dari tahun lepas lagi. Tapi, biasala, biarkan ia menjadi tukun di situ terlebih dahulu seblm berjaya habiskannya. Ya, akhirnya.

Jalan ceritanya, mmg klise. Tak ada yg xpredictable. But I still enjoy this book. Why? Cerita klise watak-lelaki-manis-bergula-perempuan-manja-mengada-bekas-tunang-gediks-melampau, mmg my guilty pleasure. Jadi tak ada masalah bagi saya. Asalkan bahasanya santai, rilek giteww. Sesetengah cerita klise nie, bahasa penceritaannya mcm kureng sket. Yang 2 mmg saya kurang gemar.

Saya suka watak Zain, Putri dan Mia. Especially Putri. Sebaya dgn Alana. Tapi nmpk lebih matang dan waras (dari segi tindakan) berbanding Alana. Kalau tak ada Putri agaknya lagi teruk kot perangai Alana 2. Asal ada masalah, lari. Asal lari, ada masalah. Pandai berbicara tentang hukum agama bila sound suami. Tapi, bila keluar rumah lari atau should I say, lari dari rumah tanpa kebenaran suami, tak ingat pulak hukumnya? Apa kes kan? Dan saya kurang fahamla (mungkin kerana Alana digambarkan sebagai 24tahun dan masih muda), kenapa tak tanya terus je dengan suami awak kalau awk ragu2 tentang tindakan dia? Susah payah buat assumption sendiri. Haha. Saya adalah tidak faham. Dan tentunya ini sering berlaku dalam novel2 cinta yang lain jugak. Haha.

Satu lagi, kenapa asyik nak bgtau, Zaim dah umur 30 thn? Hehe. Saya xpasti. Mungkin nak bgtau yg dia dah matang? Mungkinla. Berkali2 dalam dialog mummy dan papa Zaim sebut yg Zaim dah 30 thn? Atau bg penulis, 30 thn dah tua? (Sentap hakak!!)

Keseluruhannya, saya suka cerita nie. Dan saya dah check, penulis nie ada lg 1 buku. InsyaAllah, saya akan baca karya penulis nie. Saya suka gaya bahasa penulisan dia. Well done!!!

p/s: buku dan tv series sama2 best!
Profile Image for Xin Ya Jian.
403 reviews36 followers
June 18, 2016
Gara-gara sifat ego yang tidak dapat memaafkan Zaim, Alana mencabar Zaim untuk mengahwininya selepas Zaim nyaris-nyaris terlanggarnya dengan kereta dan mengatakan Alana sebagai seorang gadis yang garang dan tidak akan ada seorang pun pemuda yang mahukannya sebagai seorang isteri. Dan kerana ego juga, Zaim menyahut cabaran Alana untuk mengahwini gadis tersebut walaupun Alana telah meminta maaf dan tidak mahu meneruskan perkahwinan tersebut. Bahagiakah perkahwinan mereka?

Sejujurnya, Saya suka cerita ni. Banyak cabaran yang ditempuhi oleh Alana, di mana dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak mencintainya dan bersabar apabila Zaim menyatakan bahawa dia mahu berkahwin dengan bekas tunangnya. I mean, secara luaran memang tak nampak Alana tu sedih or tak but hati dia?

I almost cry on the certain parts and if saya jadi Alana, tak tahu whether saya boleh hadapinya or tak. Anyway, I rate it 5/5 stars.
286 reviews52 followers
June 3, 2015
pd saya, karya pertama penulis much better drpd yg kedua ni....dan conflict bermadu ni mcm dh terlalu kerap sgt skang ni sejak dr 2014...klau blh, biarlah cr conflict lain or punca lain utk berpoligami tu....tp apa2 pun citer ni ok...harapnya yg ke 3 nnt lagi bgs dr yg ni...
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 30, 2022
Aku suka sangat cerita ni... Ia agak menusuk hari sbb suami ko memang tak cinta ko... so bile die nak g ke ex gf die..siapa kau utk menghalang...itu yg jadi isteri vs tunang..

Reason they get married sbb heroin ni jenis mulut lancang yg mencabar si hero ni yg membawa kepada lelaki tu nak kawen dgn die. Hero ni jenis bila dah cinta, cinta mati..dan2 bile ex gf die back to him, die pon jadi bebal terima balik.. padahal time tu dah start bunga2 cinta dgn bini die..and die lak jenis manusia berpengang pada janji..

Bile adik hero tu baik dgn heroin, eh tau ko jeles..ko dok mngusung dgn gf ko tu blh pulak..hahaha..emosiku sis.. since menusuk bg aku bile isteri die sndri teman suami die utk jumpa parent and discuss about his husband want to married the gf..urghhh....telan je wei.. pastu on the hari pertunanagan, wife die mesti la bawak diri balik umah family die kan.. mlm tu, elok lak laki die balik jumpa wife and hug her from behind..wargh...aq sebak sgt time tu...

I love the story sooo much...i read few years ago but still remember the story means cerita ni sgt terkesan and best bg aku...recommended!!!
2 reviews
July 25, 2019
First of all, aku menyampah dekat hero. Mungkin penulis nak create something new, tapi lelaki cerdik lagi berakal mana sahaja yang nak kawin dengan stranger entah mana hala datangnya disebabkan dia tercabar oleh cabaran perempuan tu? 😂

Overall, I enjoyed reading this. The conflict was light, I can see where the story is going every time I flip the pages. Heroin lari rumah pun agak quite annoyyed jugaklah sebab she just ran off without asking her husband about the truth! 😩 She ran away two times. Two times, okay?! 😂

Great job, AA.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
June 16, 2015
senang hadam. walau ada rasa sakit jiwa kat perangai si suami yg tetiba blh jadi benggong camtu. tulunlah!!! x cowards ke namanyer tue kalu yg sayang dibiarkan merana.. haishhh...

yang si isteri plak, kekadang rasa baek sgt, kekadang rasa nak marah pun ada. merajuk skit lari. patut hadap jer laki. sound skit. haila.. pastu lari pilihlah jauh skit. nie rumah putri. haip!!

tp apapun, kesimpulannyer kalau dah jodoh mmg x kemana...
41 reviews3 followers
April 24, 2016
Jalan cerita ok ok..
thanks to author untuk idea yang menarik.
harap nanti akan keluarkan buku ke 3 yg lebih menarik.

p/s: Alana tu masih muda dan belum betul2 matang untuk buat keputusan dalam rumah tangga untuk yang dia sentiasa lari dari rumah.
Situasi ni sentiasa terjadi pada pasangan muda yg berkahwin.

untuk penulis: semoga Allah berikan anda idea2 yang melimpah ruah untuk hasilkan buku yang indah2 dan menarik.. insyallah.. Amin..
Profile Image for Arianna Hana.
2 reviews
July 28, 2016
Buku ni blhlh... tapi I tak brape suke dgn Alana tu. To me dia very ngade! N dlm buku ni byk sgt gado2 n the best part is, diorang bahagia ade sikit je... to the dear writer, mcm tak logiklah, dia akan kahwen dengan org yng langsung dia tak kenal hanya sebab pertaruhan yang tak masuk akal? N then diorang byk sgt gado2 mcm x bestlah pla kn. N buku ni sikit cliche... Ini just only my opinion sy hanye bagi 3 bintang je...
Profile Image for W.N. Leefia.
10 reviews
November 20, 2016
Aku dapat baca novel ni from my friend. Mulanya aku tak nak baca sebab aku dah tengok dramanya. Tetapi, aku tiada pilihan kerana ketika itu aku sangat kebosanan.

Mula-mula, aku menjangkakan tidaklah menarik sangat. Tapi, selepas aku baca dan mendalaminya betul-betul, barulah aku boleh give this book five stars!

Letih jugak baca, sebab asyik bergaduh aje. Akhirnya aku menggagahkan diriku. Lama-kelamaan, novel ni kekadang buat aku terasa SS: Syok Sendiri. Hehehe.... just 4 me. Not u all...
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
998 reviews119 followers
March 10, 2016
Quite an entertaining story although I didn't agree with the marital rape scene seeing as how the heroine was unwilling. But unfortunately in Malaysia, marital rape is not a crime.

Apart from that, Zaim was frustrating as a hero. Urgh! Geram dengannya.....

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Sarah.
237 reviews
October 8, 2020
Good story. There's funny, sad and romantic scene in the plot. Somehow like the egotistic character on both hero and heroine. Zaim Azfar is so similar to how Hisyam Hamid portraits in the series drama. Alana Sofea character is good character on women perspective of today's.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
February 13, 2016
Best! Walaupun jalan cerita sudah dapat diagak tapi cara penceritaannya menarik. Keep up the good work!
3 reviews3 followers
February 11, 2016
tngok drama pun dh pening..dgn perangai zaim dan alana tu..novel cam mna ler????cer komen cikit yg dh ada novel isteri vs tunang nue....
7 reviews
March 26, 2016
Love the story line.
Has an unexpected twist.
Definitely won't mind reading it again. :)
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
March 1, 2016
sharifah sakinah performance in the drama makes me wants to buy the book. I must say watak amira diperbesarkan in the drama and it suited well..
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.