Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kreativiti 3 Genre: Kepengarangan 12 Penulis

Rate this book
Buku ini menghimpunkan karya pilihan 12 orang penulis yang kebanyakannya generasi 1990-an, iaitu Aminah Mokhtar, Faisal Tehrani, Kamariah Kamarudin, Mawar Safei, Nisah Haji Haron,
Rahimidin Zahari, S.M. Zakir, Salina Ibrahim, Samsiah Mohd Nor, Shamsudin Othman, Siti Jasmina Ibrahim, dan Zaid Akhtar.

Tiga genre yang dimaksudkan ialah prosa (gabungan cerpen dan novel), puisi, dan drama.Setiap penulis mengemukakan karya masing-masing dengan latar pembikinannya. Karya itu mungkin sahaja daripada sumur
pengalaman, catatan kembara, hasil pembacaan, atau sahaja imaginasi yang selalu bergentayangan. Karya ini diharapkan dapat menyuakan ilham, dukungan semangat, atau sisipan panduan untuk khalayak yang ingin memulakan langkah dalam kembara di negeri penulisan yang luar biasa ini.

250 pages, Paperback

First published January 1, 2015

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Mawar Safei

10 books15 followers
Dilahirkan pada 27 Februari 1971, Singapura. Mendapat pendidikan awal di Singapura dan Johor Bahru. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura (2006). Beberapa tulisan akademik beliau terbit dalam jurnal dan majalah serantau. Beliau merupakan pengulas cerpen Dewan Siswa sejak 2007 hingga kini. Buku terbarunya ialah Bagaimana Saya Menulis (bersama Nisah Haron, DBP, 2011), Novel Intertekstual Melayu (UKM, 2010) dan Kreativiti Minda Melayu-Jawa (UKM, 2009). Beberapa kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002) dan Masitah (2007). Antara pengiktirafan yang diterima ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1994, 1995, 1996, 1998, 1999, 2008, 2009), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 2004/05, 2008/09) dan Hadiah Sastera Darul Takzim (1999, 2003, 2005, 2009). Kini merupakan Profesor Madya dan Ketua Program (2007-2012) di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial, UKM; pengkhususan beliau adalah sastera dan kreativiti.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
2 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.