Kisah ini merupakan kesinambungan daripada kisah Wan - lelaki yang tidak bernama dalam novel Lelaki Eksistensial, dan berasal dari entah mana-mana dalam Rokok Nan Sebatang yang pulang dari New York selepas mendengar satu berita tentang Sofia. Dari singgah di Singapura- dan menemui jawapan daripada Sid. Rantaian pertemuan seterusnya dengan Bunga Ramona-Hafiz-Sofia akhirnya merungkai persoalan yang telah sekian lama menghantui dirinya.
1.0* untuk kaver, 1.0* untuk usaha penulis menyiapkan novel ini.
Aku tak tahu hala tuju cerita ini nak ke mana sebenarnya. Atau aku yang memang sesat sorang-sorang?
Terlalu banyak dialog. Mual.
Penggunaan tanda baca yang semacam kurang tepat. Atau memang perasaan aku seorang saja?
Tajuk naskah ini yang buat aku tertarik nak belek buku ni.
Bunga Ramona, kemon... Tolonglah jangan malukan diri lagi cuba telefon atau watapps Hafiz tu. Dia dah tempik-tempik macam tu, memang tak patut kut. Marilah, kawan dengan aku saja. *wink* Tapi terus-terang, kalau Bunga Ramona ni kawan aku, memang free2 dapat 'bodoh' dari aku. Sigh!
Mungkin karya Nami, bukan dihasilkan untuk aku. Atau sebab aku tak follow semua buku dia yang sebelum ni? Hurmm, mana-mana sajalah. Kalian cubalah. Mana tahu kalian suka dengan buku ini.
Tulisan Nami hampir semuanya macam budak sekolah darjah 5. Hampeh punya ayat. Main tulis je apa dia nak tulis. Nasiblah Lejen Press ada editor, kalau tak lagi nokharom novel dia.
Novel Nami kebanyakkannya mencetuskan satu idea (isme) baru untuk diketengahkan. Tetapi novel ini mungkin banyak travelog. Tapi masih 'Nami' lagi cara penyampaiannya. Ada 5-6 perkara yang tiba-tiba disampaikan dalam novel ini, tiada hujung pangkal, tapi dimasukkan. Tiba-tiba ada artikel dari Nami sendiri (TheMalaysiaInsider) dan dari Isham Rais (TukarTiub). Novel nami tak salah kalau tak cerita pasal German, Nazi, Liverpool, masyarakat melawan hegemoni.
Walaupun tulisan cegampang, tapi bila baca Nami, "santai dan semi-isme".
To be very honest, sepatutnya Lelaki Eksistensial dan Rokok Nan Sebatang tak perlu ada sambungan sebab ending setiap buku ini dah cukup padu menyokong setiap cerita dalam novel-novel tersebut. So I found that this Lelaki Dari Entah Mana-Mana adalah sedikit hambar. Nami mempunyai bakat yang baik dalam penulisan. Idea-idea, imaginasi dan pengetahuannya yang tinggi boleh menjulang Nami pergi lebih jauh. Tapi kalau masih dengan sambungan dari Mira/Nana/Hafiz/Wan/Sofia/Bunga... rasanya lambat sikitlah nak move on. Macam tak berkembang. Maybe Nami perlu buat cerita baru, luar dari kesinambungan ACT atau watak lain selain dari mereka yang wataknya disenaraikan di atas. Sebagai bacaan santai, buku ni boleh la di layan. Tapi untuk kaji lebih dalam watak-wataknya, semua sudah sedia maklum dengan nama-nama watak yang dinyatakan. Sorry, hanya 2 bintang untuk buku ini. Masa beli di #MABOPA tu, I thought it's gonna be something different, but again... sama. Still within the same circle.
Ini antara lagi buku Nami (Nome, Nomy dan banyak lagi nama penanya) yang aku baca. Aku rasa novel ini agak membuang banyak juga masa aku untuk aku mencari apa pointnya. Dan novel ini menunjukkan kesenangan membawa padah. Aku lebih nampak novel atau perwatakan utama dari karya asal ini lebih menarik, seperti yang pernah aku berbual dengan Nami sendiri, iaitu dalam buku Diorama Eksisten (covernya memang tak ada rupa cover, tetapi ceritanya menarik). Jika tak silap aku, Diorama Eksisten kemudian ke Lelaki Eksistensial (aku rasa ni masih ok) kemudian ke Lelaki Dari Entah Mana-mana, aku rasa memang sedikit sebanyak membuang masa aku -di dalam tandas-
Dalam novel ini juga, Nami banyak memasukkan petikan-petikan panjang di sana dan sini, aku skip. Antaranya seperti esei Tukar Tiub. Atau iklan kismis/ubat/air Khawarizmi.
Cuma di akhir-akhirnya, ianya lebih baik dan menarik tentang Nami berkisah revolusi beruk dan asal usul Melayu. Ianya bukanlah tentang fakta itu, yang sebenarnya boleh sahaja didapatkan di internet/bacaan buku, tetapi ianya adalah tentang pengolahan. Aku mencari sesuatu yang baru dan gaya pengolahan cerita. Dan itu sahaja yang aku fikir menarik tentang novel ini. Selainnya, cerita-cerita cinta awek-mat middle class dalam cerita ini langsung tak berupaya menambat hatiku.
Gila betul si Nami ini. Tak move on dari watak Wan. Bagi aku karya macam serabut sikit.. Dia nak tulis penghabisan buat watak dan perwatakan Wan tapi tak sampai. Lari dari kebiasaanya, membosankan dan tiada arah tujuan.
Walaupun plot twist dia ada tapi tiada faktor “Woa” di dalam garapan kali ini. Mungkin di tulis dengan tergesa-gesa? Mungkin. Cuma kecewa kali ini.
beli buku sebab katanya sambungan Rokok Nan Sebatang. Berjaya habiskan, tapi ada yang skip. maaf ya penulis. Santai macam biasa, tapi sedikit pening. (pendapat aku lah, orang lain aku tak tahu lah macam mana)
the thing is kan pasal buku ni, penulisan pasal kehidupan Wan yang seterusnya. agak pendek, mungkin sengaja begitu and at the same time while i was reading it, i was waiting for my ex, to come back and restart. this book gave me hopes but we never meant to be any ways
Dari karya Bau Semangat Anak Muda, pembacaan dibuat secara marathon dengan 8 karyanya yang lain dan berakhir di karya terbaru terbitan tahun 2015 ini.. masih mengekalkan tema yang terdahulu dalam plot pemikiran yang dikekalkan berada di luar kotak.. diliputi juga dengan ilmu falsafah yang dapat dicerna positif.. namun agak tersinggung dengan beberapa babak yang dibuat sekadar copy & paste bulat-bulat dari karya terdahulu.. serta beberapa babak nota kaki secara cedukan liar seperti telah ketandusan idea...
Melihat pada keseluruhan karya ini, dirasakan penulis perlu mencipta watak baru dalam penulisannya akan datang kerana konsep rumusan cerita telah dibuat.. meski tampak seperti nak melengah2kan kesimpulan dengan mengadakan babak akhir secara tergantung., ketahui lah pembaca indie sekarang tidak sukar diperbodohkan