Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setiaku Milikmu

Rate this book
Sara Dhia. Seorang gadis desa yang hidupnya senantiasa dirundung duka. Sejak kecil dia telah dijaga oleh makciknya kerana kedua ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Namun, menumpang kasih ibu saudara tidaklah sama dengan kasih ibu sejati. Banyak derita yang harus dia tempuhinya.
Pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki bernama Adam Hakimi telah mengikat dia buat selama-lamanya dengan lelaki itu. Atas alasan hutang, Sara disunting oleh lelaki itu sebagai suri. Biarpun di hati tiada cinta. Sara redha! Siapa sangka, hidup bersama Adam lagi banyak kisah duka dari manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu benar-benar menjerut hati Sara. Tambahan pula, Adam terang-terangan mengakui dia cintakan perempuan lain. Harus, bagaimanakah Sara?
Sikap bertanggungjawap dan ambil berat yang ditunjukkan oleh Adam tanpa sedar telah membenihkan bunga cinta di hati Sara buat lelaki itu. Dalam diam dia memasang tekad untuk terus setia menanti secebis cinta dari sang suami.
‘Ya Allah, Engkau telah memilih aku untuk melalui semua ini. Aku redha ,Ya Allah. Jika benar dia yang Kau pilih untuk menjadi teman hidupku, aku akan setia mengharungi getir ini. Aku akan terus menanti saat terbitnya rasa cinta di hatinya untukku. Namun, aku mohon pada-Mu, berilah aku kesabaran yang tinggi seperti sabar yang Engkau berikan kepada isteri para Nabi. Kerana aku selemah-lemah wanita, Ya Allah! Aku takut, aku pincang dalam langkahku..’~ Sara Dhia.
Namun, satu sengketa telah berlaku di antara mereka yang menyebabkan Sara menjauhkan diri. Hati perempuannya terus membeku. Saat itu, kata sayang dan cinta dari Adam sudah tidak bermakna lagi buat Sara. Bukan mudah untuk memaafkan. Lukanya dalam sekali!
“Sara, percayalah! Abang dah lama sayangkan Sara. Abang dah lama jatuh cinta pada Sara. Sejak pertama kali kita berjumpa. Sejak pertama kali Sara peluk abang, hati abang sudah jatuh sayang pada Sara. Tapi, abang ego! Abang cuba nafikan rasa itu sehinggakan Sara yang menjadi mangsa. Abang ikat Sara dengan alasan hutang. Hakikatnya, abang tidak sanggup kehilangan Sara.” ~ Adam Hakimi.
Apalah gunanya! Hati Sara sudah membeku. Tiada lagi getaran di jantungnya saat Adam melafazkan kata sayang dan cinta.
“Jangan berkipas di tengah ribut, Adam! Tangan penat, hasil tak dapat. Baliklah!” ~ Sara Dhia.
Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masihkah ada sinar bahagia di hadapan? Terbayarkah penantian Sara selama ini? Berjayakah Adam mendapatkan semula cinta dan kemaafan dari Sara? Ketahuilah kesudahan kisah mereka dalam Setiaku Milikmu.

613 pages, Paperback

First published May 1, 2015

4 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Luvis Eija

15 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (18%)
4 stars
11 (29%)
3 stars
13 (35%)
2 stars
5 (13%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 24, 2015
pada MB ok la jalan cerita dia
penulis perlu kurangkan naratif sbb MB
terasa mcm baca buku cerita la pulak kn ..
jalan cerita mula2 terasa adrenalin ku naik turun geram dgn si adam.. tapi terasa hambar dengan watak sara... flat la lambat nak sampai dan kenapa perlu nak tahan2 kasi jalan shj la sbb bila penghujung cerita pembaca nak sesuatu yang ok lega wahh rupanya macam tu wahhh bahagianya finally cinta milik mereka tapiii story ni alahai byk sgt halangan so boring..
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
March 16, 2021
Mengisahkan tentang Sara Dhia yang dijual oleh bapa saudaranya kepada lintah darah. Namun, muncul Adam menjadi hero kepada Sara. Dia dibeli oleh Adam dan Sara terus dinikahi Adam. Dalam masa yang sama, Adam sudah mempunyai kekasih hati bernama Amira. Sara diminta oleh Adam untuk merahsiakan perkahwinan mereka dari orang ramai dan keluarga.

Cerita ini mengingatkan tentang Ombak Rindu. Konsep jual beli along kepada hero. Storyline yang klise. Tapi iya la sebab baca pada tahun 2021. Jadinya bertambah klise. Tapi taknak komen bab klise sebab salah sendiri pergi baca buku ni lambat sangat.

So, in short. Buku ini banyak bermain emosi. Sara yang paling banyak makan hati dan berendam dengan air mata. Perkahwinan yang terjadi antara dia dan Adam membuatkan dia tersekat. Tambahan, bila dia tahu yang suaminya sudah ada pilihan hati dan bakal melansungkan perkahwinan. Salute sebab dia tak tinggalkan tanggungjawab dia menjaga Adam sebaiknya sebagai seorang isteri. Semua benda asas dia berikan kepada Adam. Tapi, sayang sgt sebab watak Sara ni asalnya kelihatan seperti dia seorang gadis yang mempunyai cita-cita dan matlamat hidup bila dia decide untuk sambung belajar. Tapi end up dia banyak ketinggalan. Hm. Kalau la dia teruskan apa yang dia inginkan. Watak dia akan memberi lebih inspirasi.

Watak Adam pula ialah watak lelaki yang ego dan tidak tetap pendirian. Ego itu membuatkan Adam tepis perasaaan semulajadi dia. Lambat juga dia sedar. Hm. Bila di hujung cerita baru rasa Adam punya perwatakan menarik.

Cerita ini banyak ulang benda sama macam permohonan maaf dari sipolan kepada sipolan. Faham yang sipolan ini keep on cakap benda yg sama bagi menzahirkan perasaan kecewa dan penyesalan itu tapi kalau dikurangkan sedikit okay rasanya. It just my 2 cent! Hee.

Tapi, banyak pengajaran boleh diambil walaupun cerita ini selalu dibaca.
•Macam mana perit situasi kita sekalipun dalam rumahtangga, jangan sesekali abaikan tanggungjawab.
• Selidik dan tanya dulu jika ada keraguan baru membuat keputusan.
• Dendam akan menjerat diri.
• Perasaan itu tidak boleh dipaksa dan dibeli.
• Hormat pasangan jika kita juga ingin dihormati pasangan.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
June 8, 2015
Cinta yang bersegi2... Tp mmg menakutkan perasaan ingin memiliki tue, walau ada yg satu, masih lagi dipegang yg lain dengan kukuh.. Huhuhu... Kekadang kesetiaan pada seseorg blh makan diri sendri bila seseorg itu yg mula curang.. Hrmmm... Best buddies mcm xde makna langsung, huhuhu.. X sanggup seyh kena tikam dr belakang lagu tue.. Baik musuh secara berdepan, lagi mudah. Even terluka, tapi x sengsara..

Ngeeee.. Bahasa org review secara melaju kilat sebab nak qada' tido. Hahaha

1 review
May 25, 2015
Setiaku Milikmu.. Satu cerita yg mmg betul² bermain dgn emosi. Ada geram, ada benci, ada sakit hati, ada sedih.. Tapi yg pnting happy ending. Novel pertama dari penulis baru. Bagi saya okey, blh dihadam dgn baik.. Jalan cerita yg tersusun dan mudah faham.. All the best.. Moga makin maju dalam berkarya..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.