Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Berambut Merah

Rate this book
Perempuan Berambut Merah bukan sekadar sebuah kumpulan cerpen yang membawa erti sejalur sahaja. Dalam kumpulan cerpen ini, penulisnya bertamsil dan berkias ibarat menyampaikan pesan, bagaikan pujangga Melayu tak bernama dahulu yang pernah menghasilkan adikarya mereka. Semuanya bertitik tolak daripada serangkap pantun Melayu yang sarat dengan falsafah siasah:

Telur itik di Singgora,

Pandan terletak dilangkahi,

Darahnya titik di Singapura,

Badannya terhantar di Langkawi.

Perempuan Berambut Merah ingin menyampaikan suatu pesanan: sejauh mana pun kita lari dari bercakap tentang soal siasah, sebetulnya itulah satu-satunya yang menentukan jatuh bangun kedudukan sesebuah empayar.

119 pages, Paperback

First published January 1, 2015

11 people want to read

About the author

Hafizah Iszahanid

19 books26 followers
Berasal dari Chemor, Perak. Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak.

Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994.

Antara novel yang dihasilkan; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014), Nan Yang (2014) dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013).

Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan 2011, Anugerah Buku RTM-PNM 2012.

Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera (Novel) pada 2011 di Bogor, Indonesia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (12%)
4 stars
8 (50%)
3 stars
5 (31%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 18, 2018
Tiga belas buah cerpen. kesemuanya punya cerita tersendiri yang sangat kena dengan keduniaan dan kehidupan semasa. boleh tak dikata kebanyakannya sangat sinikal dengan kehidupan hari-hari?

kisah anak saudara yang mementingkan keluarga sendiri dan ambil tak endah saja bila emaknya beritahu yang emak saudaranya sakit. suaminya juga tak pernah dibawa berkenalan dengan saudara sendiri. lebih pentingkan percutian dari hubungan persaudaraan..

kisah isteri yang keluar bekerja. suami bak biawak hidup, selesa dengan kehidupan sendiri. lima anak dan salah seorangnya sakit. bila buat aduan, kena bawa sekali suami untuk berbincang. bila ditanya pendapatan, tiga ribu dikata mewah. mewahkan bila seorang diri menanggung lima anak di bandar besar ini?

kisah rumah pusaka. yang mahu dipertahankan. rumah pusaka yang cecah ratusan tahun. tapi yang mendiaminya hidup sekadar ada. yang patut membantu, entah bila sampai bantuannya. bila bertukar tampuk, kena mula kembali segala proses. aduhai.. berterusan sekadar ada...

kisah penasihat. kisah yang hanya mendengar kata penasihat tanpa turun melihat sendiri keadaan semasa. yang berasa segala imbuhan yang diberi cukup. kehidupan. begitukah benar keadaannya?

banyak lagi kisah kehidupan. penyampaian yang sangat teratur namun sangat mengena. watak-watak yang ada terdiri pada semua manusia yang berdiri di dunia realiti. sama ada mampu atau tidak, sama ada redha atau pasrah.. kitakah itu antaranya?
Profile Image for Ema.
1,116 reviews
May 19, 2016
Separuh daripadanya cerpen berbentuk sinikal. Yang separuh lagi cerpen yang boleh dikatakan kena dengan jiwa. Karya bertajuk Pemergian amat dekat di hati kerana ia mengingatkan aku pada seseorang.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
December 15, 2024
TIDAK PERLU VULGAR UNTUK BERCERITA. INI KUMCER YANG CERMAT!!

13 cerpen dengan tahap memikatnya ‘bukan main’ telah dinukil dalam naskah hadiah SAGUHATI ini membuatkan saya terfikir, bagaimana agaknya naskah pemenang sayembara kumcer ITBM di tahun tersebut? Akan dicari jika masih wujud.

Hafizah memulakan kumcer dengan fiksyen Hikayat Jong Hampir Karam: Catatan Si Malim Deman sebagai memperlihatkan taring penulisan Melayu tradisional. Terus terang teknik begini bukanlah kesukaan saya sebagai pembaca NAMUN isi cerita semakin memukau dan nafas ditarik lega apabila cerita-cerita seterusnya memasuki daerah kotemporari manusiawi.

Susunan tiap cerpen bagai beralur (tribut penulisan langka ---> kehidupan Melayu urusan perasaan Melayu kota dan Kampung).

Isi penulisan kumcer ini bagaikan sengaja membawa pesanan bukan selapis. Fiksyen yang mampu dialihkan sebagai cerita golak masyarakat dan negara semasa – bersinis melalui watak watak dan kejadian terpilih. Sesekali Hafizah memilih berDAKWAH, untung sekali dakwah beliau berada dalam kadar ‘subltle’ tidak menyesak nafas.

Terus terang, inilah kumcer yang akan dicadang jika ditanya oleh para pemula bagaimana menghasilkan cerpen mantap: Teknik penulisan bersahaja tetapi serius, tidak membawa lewah, isi cerita berhala tuju serta petikan kata kata bijak pandai berpada, begitu juga bila masuk soal nilai agama (hadis dan al-quran). Resepi menjadi tanpa membuah jengkel.

Jika perlu memilih 3 cerpen Hafizah saya mahu memilih Dunia akan kiamat 5 hari lagi, Kampung Kami Terbelah Dua dan Opah. Sayang sekali saya juga terpikat pada luahan rasa ralat tidak menjenguk kampung akibat kekangan waktu sehinggalah terjadinya pemergian, rasa cinta pada Watanabe membawa analisa, berdiri dalam perjalanan LRT, perbezaan antara Kim dan Kam, Kejadian di kota Paris bersama perempuan berambut merah serta kekeliruan bersama 40 penasihat.

Hafizah menjalin semuanya dengan begitu baik dan cermat sekali dalam 119 halaman tanpa typo, dengan font memudahkan serta susunatur menarik, saya fikir naskah ini perlu dicetak dan dipromosikan semula untuk tahun-tahun mendatang.

Kumcer ini layak untuk diangkat jadi Teks Sastera Komunikatif tingkatan 6.



Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
December 29, 2015
dengan mempertengahkan keistimewaan tema dan susunan bahasa, karya ini agak menarik.. bersesuaian dgn identiti penulisnya
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.