Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
"OK. Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?" — Rekha.

Dalam mneghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.

300 pages, Paperback

First published June 6, 2015

12 people are currently reading
200 people want to read

About the author

Shaz Johar

26 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
90 (23%)
4 stars
177 (46%)
3 stars
92 (24%)
2 stars
16 (4%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 78 reviews
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
September 14, 2018
Ada mysterious vibe yang aku suka. Karakter yang fun, walau perangai Ray macam pening sikit nak urus tapi as lead character Ray sama macam aku-- pembaca yang tak sabar nak tahu kisah sebenar. Kadang rasa tak boleh nak percaya any of them-- yang mana cerita sebenar atau rekaan, karakter mana yang sebenarnya wujud atau halusinasi sahaja. Aku sebenarnya kurang gemar cerita banyak dialog sebab selalu encounter penulis yang suka tulis dialog dengan lari tajuk bualan tapi yang ini dialog-dialognya bagus, cukup untuk buat aku terus baca dan tak rasa annoyed-- NOTA stick to the point, kisahnya tak meleret atau bertukar fokus. Tentang Rekha itu sangat unexpected, aku tak jangka sampai ke situ kisah ini nak twist. Satu hal lagi aku suka cerita dalam cerita begini-- tentang Ray, Rekha, Sofia dan kemudian ada bahagian lain cerita pasal Intan, Salim dan Iskandar. Sebenarnya aku tak dapat pun jawapan tepat pasal Iskandar dan Intan, mungkin aku kena teruskan ke NOTA 2.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
June 13, 2017
Mencuri curi waktu untuk dibaca sewaktu Ramadhan. Shaz Johar bukanlah nama asing lagi sebelum Nota. Penulis yang banyak berkongsi tips tips MUNASABAH lewat @Malayrapshody untuk anak anak muda yang berminat untuk menulis. Mama yang tua juga ikut serta.
Nota adalah kerja fiksyen yang sangat seksi dan tersusun, tidak mengada atau ambisius semberono. Ada hal hal komersil yang terancang sambil sambil menyentuh sifat sifat manusia yang ada. Dimulakan dengan gelojak watak utama yang gelisah menangani kerjaya dan diri penuh memikat, sambil memperlihatkan kematangan penulis melakarkan situasi Ray yang bercita cita, memaksa diri bekerja dan tercari cari inspirasi tidak kiralah dalam hidup atau kerja fiksyen. Rekha Gupta diperkenalkan pada pembaca bagaikan watak dalam filem filem fiksyen barat, lincah, bersahaja dan ada rahsia. Kita yang membaca juga jadi senang dan tergoda. Paparan putus kasih antara Ray dan Lisa juga menarik dan menangkap dialognya. Berbolak balik pada mimpi, nota yang diserahkan dan nota yang ditemui dan pengenalan baru pada watak Rekha juga tidak klise. Penulis tidak malu berkisah tentang kelemahan kelemahan watak yang sedia ada. Pertemuan demi pertemuan antara Ray dan Sofea juga dilakukan dengan penceritaan yang santai realistik. Ini adalah jenis buku pilihan saya sebenarnya. Mahu saja saya memberi 5 bintang untuk kerja yang halus menawan ini...tapi simpan dahulu kerana akan terus membaca NOTA 2.
SYABAS buat penulis
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
October 18, 2016
Saya sebenarnya punya harapan besar terhadap novel yang laku keras ini kerana 1) ia ditulis oleh penulis kegemaran saya, Shaz Johar, dan 2) ia mendapat ulasan yang amat baik di media.

Naskah terakhir dari beliau yang saya baca adalah Mental, jadi saya meletakkan benchmark yang agak tinggi untuk Nota.

Nyatanya saya agak kecewa. Naskah ini dimulakan dengan perlahan, amat perlahan sehinggakan saya sudah sampai ke bab 13 dan saya masih tidak nampak apa motif Ray bersungguh benar hendak membongkar rahsia 'siapa bunuh siapa' dan 'apa yang sebenarnya berlaku' terhadap Intan.

Saya kecewa kerana hampir setiap revelasi yang dilakukan oleh Intan lewat cuplikan nota-nota kecil yang diberikan kepada Ray semacam 'too good to be true'. Pertama, bagaimana dia (Intan) boleh menceritakan hal lampau dengan sebegitu terperinci, siap dengan ulangan dialog dan senario dalam notanya, sedangkan dia hanya sekadar "menceritakan" semula apa yang berlaku? Bagaimana Intan mendeskripsikan ulangan senario lewat nota-notanya itu juga tidak konsisten; terkadang macam baca diari, terkadang macam tengok drama tivi, terkadang macam baca berita di akhbar. Jadi, pembacaan menjadi sedikit terganggu kerana 'suara' dalam nota itu tidak seragam.

Cara penyampaian cerita agak longgar di situ kerana konsep 'menceritakan semula' oleh Intan semacam terlalu bombastik untuk dipercayai.

Kalau saya di tempat Ray, saya akan berhenti melawat dia di rumah orang sakit itu dan bertukar ke subjek lain sahaja kerana cerita yang disampaikannya terlalu merepek.

Namun begitu, saya faham kenapa ramai yang menganggap karya ini sebagai 'mindfucked' dan menarik kerana penulisnya sekali lagi amat bijak mengatur plot penceritaan, hanya menceritakan cukup-cukup sahaja untuk waktu tersebut, memadai untuk memastikan pembaca terus melekat dan terus membaca sehingga selesai. Hal ini saya harus puji.

Tetapi jujur saya hendak katakan bahawa ada beberapa ketika saya hampir mahu putus asa dan berhenti baca kerana pergerakan ceritanya yang amat perlahan sehingga saya kebosanan. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, hook yang ada pada penghujung cerita membuatkan saya teruskan juga sehingga ke halaman terakhir.

Naskah ini sudah ada sambungannya iaitu Nota:2, dan khabarnya (rumors) penulis sudah siapkan Nota:3.

Adakah saya akan terus membaca? Mungkin.

Mungkin Nota:2 lebih baik dari yang ini. Namun buat masa sekarang, saya agak kecewa dengan naskah ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
August 20, 2015
I think what frustrate me the most about this story is the fact that instead of telling the readers about the whole pedophile thing, the author wrote about how the main character(who is also a novelist) found his story and wrote his book.

But I like the author's writing style (I'm always a fan of the author). It's descriptive, the story has a good pace, and not confusing. Sure, I was looking for the 'mindfuck' moments but I wasn't sure whether there was any here because I don't find my mind blown away.

Good job, Shaz Johar. *thumbs up*
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
September 23, 2015
3.5 bintang untuk NOTA.

Aku suka corak penulisan beliau. Dan bagaimana dia bawa pembaca mengikuti tiap perjalanan dia dalam novel ni. Kemas dan teratur.

Mula dari dia jumpa Rekha, kemudian pertemuan demi pertemuan dengan Sofia. Krisis percintaan dia dengan Lisa yang membawa dia mengenali Vin. Sangat teliti.

Kemudian wujudnya cerita dalam cerita, tentang Ida, Boboy, Idris dan Mak. Aku suka part ni.

Tapi, bila Ray ke Melaka, kemudian dia panggil Lisa dan Vin. Rahsia terbongkar. Penemuan nota di rumah Rekha, aku pening.

Sampai di muka surat akhir, ada tanda soal besar atas kepala aku. Mana Faiz? Iskandar mati ke tak? Lidah tu siapa potong? Apa jadi pada Mak? Dina tu siapa sebenarnya?

Ada sambungan eh? Hiks! Tahniah penulis. Saya tetap suka MENTAL jika dibandingkan dengan yang ini.

;) saya tambah 0.5 lagi. So 4 bintang!
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
Read
September 8, 2018
Masa first Nota keluar dekat bookstore 2015. Serius tertarik nak beli and baca. Tapi 2018 baru dapat beli. Haha. Pity me. By the way. Ni first time baca karya Shaz Johar. Apa ya nak dikomen. Rasa mcm konfius but at the same time enjoy. Ayat yg digunakan penulis mudah utk difahami tapi jgn pandang sebelah mata sebab penulis akan buat otak hang upside down dgn cerita dia.

Credit utk penulis sebab berjaya buat ika sebagai pembaca tak stop baca buku ni. Kiranya, plot cerita ni buatkan ika jadi curious dan bertambah curious di penghujung cerita. Actually. Malas nak fikir apa jadi dekat Faiz, Iskandar, Dena, Rekha, Vin. Kalau ikutkan. Banyak benda yg tak habis cerita. Dan dan masa tu jugak habis. At least belanja ah sikit apa jadi dekat Iskandar ke Faiz ke? Pastu apa sebenarnya jadi dekat Intan tu? Dia mmg mastermind utk semua ni atau dia mmg mangsa keadaan. Tidak. Ika la sebenarnya mangsa keadaan sbb ika konfius hahaha.

Tapi jap eh. Lisa jadi tak kahwin dgn Vin tu. Eh jap. Melissa tu siapa eh? Dina tu sebenarnya gila kan? Dia berhalusinasi eh masa dekat bhg akhir tu? Dah la dah la ika. Haha.

Well. Kena beli Nota 2 & 3. Harap tak ambik masa utk dapatkan both of this book. Kalau tidak ketinggalan habis la aku. Memang betul hanya utk pembaca matang. Org matang kena cool utk terima jalan cerita sebegini rupa. Haha. 😂
Profile Image for farahxreads.
715 reviews264 followers
March 21, 2022
Tidak terlalu ‘mindfuck’ seperti yang sering diperkatakan oleh Ray namun ia ada keistimewaannya yang tersendiri. NOTA menceritakan tentang perjalanan Ray dalam menulis sebuah cerita fiksyen yang didasarkan atas kisah benar seorang wanita yang menetap di institusi mental kerana telah membunuh penculik anaknya dengan kejam.

Ada cerita dalam cerita yang aku sendiri musykil akan kesahihannya. Makin aku menuju ke pengakhiran cerita, makin aku skeptik dengan semua watak, termasuklah watak utama, Ray sendiri. Suka apabila kisah ini tidak berpaksi pada misteri semata-mata, tetapi juga menunjukkan sisi yang pelbagai seperti perangai orang kampung yang selalu menjaga tepi kain orang, penyakit gila harta sehingga sanggup mengenepikan darah daging sendiri dan cinta yang tak mengenal harta, pangkat dan usia.

Satu lagi tarikan yang ada pada NOTA ialah penulisannya tidak meleret-leret dan straight to the point. Rencah misteri dan saspens cukup untuk membuatkan saya menghabiskan buku ini dalam masa sehari saja. Dialog juga tidak janggal dan tidak melebih-lebih. Plot yang kemas walaupun jalan ceritanya pada tahap ini, tidaklah terlalu mind-boggling. Lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang ditinggalkan oleh penulis dan ia buatkan aku tak sabar nak sambung baca NOTA 2 dan 3. Harap ia tidak mengecewakan.

Rating sebenar: 3.5/5 bintang.
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews25 followers
August 15, 2017
Ceritanya bukan tak menarik tetapi terlalu banyak nak dimasukkan ke dalam satu buku. Ada dua tiga plot twist sampaikan dah hilang unsur wow tu. Saya cuba elak untuk baca karya yang ada unreliable narrative sebab malas nak fikir benda tu A atau B. Saya rasa yang plaing menarik tentang karya ni pun ialah karya yang ditulis oleh Ray, watak utama.

Sebut tentang Ray, saya terpaksa setuju dengan bekas kekasihnya yang susah untuk Ray maju ke depan kalau pendiriannya tak tetap. Pantang sungguh saya kalau penulis kata dia menulis untuk dirinya. Jadi, saya sebagai pembaca ni siapa? Sekadar tukang buang duit untuk beli karya yang ditulis oleh penulis khas untuk dirinya? Gitu? I mean, come on, kalau karya tu percuma, silakan. Tapi kalau perlu dibeli, tolong fikirkan pembaca. Bila pembaca komen, mulalah kata pembaca tak tahu menghayati seni. Seriously?

Okey, dah meroyan terlebih pula. Berbalik pada Ray, dia bukan watak utama yang menambat hati saya. Dah jatuh kategori manusia tak bijak. Tapi saya suka interaksi antara Ray dengan Intan Sofia.

Bab akhir tu kot yang Ray selalu sebut ada unsur mindfuck.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 5, 2017
2.56* untuk Nota!

Buku ini masih seronok dibaca walaupun terlalu banyak pertanyaan yang ditinggalkan oleh tuan penulis.

Permulaan membaca nota-nota yang diberikan agak teruja ingin tahu apa yang terjadi seterusnya. Tapi semakin lama, penceritaan semakin longgar. Semua seperti hilang arah. Sebab mahu diletak di buku sekuel? Isu utama yang ingin dicari watak utama betul-betul tersasar jauh. Hurmm ok.

Dan aku masih tak dapat nak hadam macam mana watak utama- Ray boleh termimpi akan kisah-kisah yang telah berlaku pada Intan itu sedangkan di dalam nota yang diberikan kisahnya lain. Seolah-olah mimpi itu sambungan kepada nota yang diberikan. Wow sangat! Macam ada unsur fantasi di situ. Atau aku ada terlepas baca mengenai hal ini? Maaf~

Ok, harus baca Nota 2. Sebab ramai yang bagi feedback baik untuk sekuelnya!

Kalian tak nak cuba? Tapi tanggung sendiri kalau tak best!

Peace!
Profile Image for mer.
1,521 reviews65 followers
September 16, 2016
Just *sigh* I actually have a long review with cuss and all that but I decided to keep it for myself. For safety purposes.

The pet-peeve(s) are no concrete ending, a lot of questions remain unanswered, and I got confused sometimes with abruptly POV-switching. The mindfuck moment; there was none. The awesome moment; I had nothing of sort. Also I found one-two missing words or letters. Proper, thorough editing would be appreciated.

I liked the author's writing style in the book though - no rushing, things go smooth and steady. Unlike what I had when I read his other work, Mental, this one is much better. Keep it up, sir.

Read on your own peril.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
October 11, 2017
3.7 untuk Nota. real juga aku mampu habiskan buku ni dalam masa satu hari. aku suka permulaan dan pertengahan cerita ni namun bila di penghujung, aku kurang gemar dengan pengakhiran yang meletakkan peleraian pada penyakit mental. entah. mungkin sebab 3 orang famili aku ialah penghidap terkawal SKIZOFORENIA jadi aku rasa kureng. apapun shazjohar pandai buat tiap muka surat novel ni pageturner.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
June 8, 2017
Jalan cerita yang cuba memberikan kelainan. Penulis berjaya membawa saya merasai pengalaman dan siasatan Ray tentang wanita bernama Intan Sofia, namun pada pengakhiran cerita ada beberapa kekeliruan tentang watak-watak yang ada dalam novel ni.

Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
July 22, 2015
Siapa yg gila sbnrnya? Mcm mana Rekha bleh mati? Ke mana menghilangnya Iskandar? Faiz tu dah mati ke? Siapa yg potong lidah Intan? Kompom ada sambungan kannnnn....pening2
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
606 reviews428 followers
June 29, 2023
WTF DID I JUST READ?

"Tak semua yang ada depan mata kita tu akan jadi milik kita. Ada sesetengah benda yang kita suka, kita terpaksa bagi kat orang lain. Itu semuanya lumrah kehidupan."


This book be giving me all kinds of what.the.fck. and lowkey I'm taking a break for a bit before diving straight in to the second book in the trilogy.

Aku harus berterima kasih kepada buku ini kerana telah berjaya mengeluarkan daripada reading slump yang maha teruk. Ini adalah buku pertama aku daripada penulis, dan antara buku Shaz Johar yang sering dijadi buah mulut rakan-rakan adalah siri ini, dan sejujurnya? It lived up to its hype .

Kisah nota yang membuatkan kan tertanya-tanya dengan diri sendiri, adakah benda yang kau baca itu betul atau tidak atau hanya rekaan semata-mata. Shaz Johar telah berjaya membuat pembaca beliau mempersoalkan diri sendiri, dan mempersoalkan setiap apa yang berlaku di dalam novel. Secara kesuluruhannya, idea dan plot novel bagi aku sangat unik. Aku agak tertarik dengan penceritaan dan penderitaan seorang perempuan yang harus hidup dalam dunia yang melayannya tidak beberapa baik.

Antara sebab aku bagi rating agak rendah, adalah kerana overal execution of the novel was pretty mediocre. I honestly feel that the author could have done better, cause the storyline itself was already pretty great. Its just that some parts can be confusing due to the authors transitions from one part to another. Tetapi, yang lainnya, aku agak puas hati dengan novel ini.

Okay, nak terus baca buku kedua dalam siri ini , sebab cliffhanger pada pengakhiran cerita membuatkan aku ternganga kejap :')

3.5🌟
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
July 17, 2018
ahaha sakit otak ler
sabar jer la ... adoiii hahahaha
nasib dah sambar Nota 2 dan Nota 3 ...
gila atas gila ke? persoalan bersepah .... mana jawapannya ....
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 1, 2020
Satu perkara yang saya suka dari buku ini adalah sifatnya yang page turning. Anda boleh habiskan buku yang tak terlalu tebal tak terlalu nipis ini dalam masa kurang 3 hari mungkin.

Ceritanya bagus pada awal hingga pertengahan cerita. Cuma apabila di penghujung semacam hmmm. Tidak berapa jelas penceritaannya. Ending cerita ini agak saya tak suka sebenarnya. Pada saya lebih baik diceritakan secara terus apa yang berlaku waktu itu daripada penceritaan secara "flashback". Dalam masa yang sama, saya tidak boleh bayang apa yang akan ada dalam buku seterusnya kerana cerita ini nampak macam sudah habis. Mungkin selepas membaca buku seterusnya akan jadi lebih baik.
Profile Image for Apip.
72 reviews3 followers
April 19, 2020
Pada awalnya jalan ceritanya nampak agak klise, namun di hujung-hujung banyak juga plot twist.

Susunan bab juga sangat baik dan berjalan dengan cerita dengan baik. Syabas juga untuk penulis kerana berjaya mencipta satu red herring yang membuatkan pembaca terlepas pandang.
Profile Image for Farhanah Atiqah.
Author 1 book8 followers
July 11, 2015
Jalan cerita sarat dengan persoalan. Sampai akhir saya tidak pasti siapa sebenarnya yang benar-benar gila. Mungkinkah Intan tidak pernah gila? Mungkinkah dia yang bunuh Iskandar lepas itu buang mayat dan pura-pura tidak ingat apa-apa? Atau mungkin juga sebab dia kurang waras, oleh itu dia tulis semua nota palsu untuk membela dirinya, agar dia tidak masuk penjara?

Dan akhir sekali apabila diperkenalkan dengan watak Datin Rusmim, makinlah saya tertanya-tanya. Rusmim=RUSM1M?. RUSM1M bukan Vin punya ke?

Kesimpulannya, saya keliru.

Tapi kekeliruan ini saya terima dengan hati terbuka.

Sebabnya, saya bebas mencipta teori sendiri dan menyambungkan kembali cebisan-cebisan cerita.

Dan ini teori saya:

1. Melissa ialah orang yang selamatkan Intan dari bunuh diri.
2. Sebab benci sangat dengan suami dia, Intan pun bunuh suami dia.
3. Lepas tu dia culik anak dia dan serahkan pada Melissa untuk dijaga. Dia tuduh Iskandar culik anak dia supaya Iskandar kena tangkap. Iskandar pula dia bunuh dan tanam bawah pokok pisang. Lepas tu dia kerat lidah sendiri dan pura-pura jadi gila.
4. Intan pertama kali jumpa Dina di rumah sakit mental. Dina perasan yang Intan tu isteri bekas majikannya, lalu dia pun nak balas dendam. Sebab tak boleh buktikan yang Dina tu jahat, Sofia pun tulislah cerita tu, kaitkan nama Dina dengan Iskandar.

Setelah mencipta teori ini, kekeliruan saya pun bertambah-tambah lagi.

Apapun, lima bintang untuk novel ini sebab berjaya 'mindfuck' saya.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
January 1, 2016
Nota tells the story of a novelist who wants to find the perfect story to make a comeback and chooses to fictionalise the true story of a woman who killed the man who kidnapped her son. After successful efforts to meet her, she gives him a series of notes/letters to tell her story.

Nota feels like your typical thriller. The villain was made to be quite obvious from the very beginning but readers would not really know to what extent the story would go.

The book felt somehow a little flat to me but you can't put it down anyway because there's always that feeling of wanting to know what really happened. Shaz Johar did a really good job in maintaining the mystery and making sure I continue turning pages.

The epilogue is one of the best written chapter I have ever read from a local thriller and sent me shivers down my spine as I brought my reading to an end.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
December 31, 2017
Trying to catch up 2017 challenge... tak leh review banyak.

I bought Nota 2 n 3 after finished reading this... That shows where I stand with the story... Havent finished the other books tho. Hopefully they are entertaining as well....
Profile Image for A Amir.
32 reviews
June 13, 2015
Erm.

Tak berapa paham dengan putaran cerita sebenarnya. Ke manakah Iskandar pergi? Apa dah jadi dengan Faiz? Eh siapa yang betul2 pesakit mental ni? Eh eh?
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 6, 2016
aik? xda review??

mst lupa ni... kne bce blk...huhuh
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
June 20, 2015
Buku tulisan Shaz Johar yang satu ini saya kira sebagai tulisan beliau yang terbaik (sekiranya dibandingkan dengan penulisan beliau sebelum ini). Bukanlah ianya mengatasi tulisan beliau yang lain secara total, tapi saya kira tulisan NOTA ini sememangnya bijak dalam mengatasi satu-dua aspek dalam novel/buku beliau yang lain.

Perjalanan dan plot yang ditulisnya bergerak dengan cukup cantik; tak terlalu laju, tak terlalu perlahan. Segalanya bagaikan berada di titik kedudukan masing-masing, dan melaksanakan tugas yang diberikan dalam memeriahkan keseluruhan cerita dengan penuh ketelitian dan kesempurnaan.

Shaz bijak dalam melengah-lengahkan penulisannya sehingga menjadikan manuskrip yang satu ini perlu dihabiskan sehingga ke helaian yang terakhir sebelum ceritanya dapat dinikmati secara keseluruhan. Dan dalam masa yang sama, Shaz juga bijak dalam menyelitkan penulisan novel dalam novel, juga nasihat dan perkongsian dalam menulis kepada bakat-bakat baru yang menapak naik supaya tak putus asa dan terus berjuang (serta kurangkan penggunaan perkataan “mindfuck” melainkan ianya benar-benar mindfuck).

Secara keseluruhan, ianya manuskrip yang berbaloi untuk dimiliki dan seronok untuk dinikmati.

P/S: Spoiler sebenarnya boleh dinikmati dari koleksi cerita pendek CERPEN Shaz Johar yang juga boleh didapati dari FIXI.
Profile Image for Maximus Tan.
34 reviews3 followers
June 23, 2018
SPOILERS
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wow.... what a story. Not as much as mindfuck but still it's an exciting read. Ray's adventure in getting the story for his novel and the flashback story of Intan paralleling it. Although in the end its quite unclear how Intan story developed, what Ray wrote in his novel to get so popular, ending with Iskandar and Faiz, what the hell is wrong with Dina (seriously I have no idea what happen on the epilogue besides that she's in RUSM1N again), how Intan manage to escape, how Rekha died, how is Lisa and Vin, but all is good in developing the story. I think I have no choice but to read the next book then...

1st Malay book that I've read since I've entered my secondary school days. After reading FIXI's English anthologies I thought I would give their Malay novels a try and I did not regret that decision. They have themselves another fan. 😀
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
December 27, 2015
Pernah baca gila dalam gila? This is the one! Gila-ception. Susah betul nak letak buku ni. Ada seruan gila panggil suruh baca sampai habis. 2 thumbs up. Cuma boleh difahami sekiranya dibaca dengan betul dan didalami dengan aturan ceritanya. Panjang mainan minda cerita ni. SJ tak pernah menghampakan saya!



I gave 5 stars to my fav author @shazjohar for this #Nota @bukufixi #mustread #bookacholic
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 18, 2018
Nota.. Memang penulis berjaya mengacau bilaukan perasaan dan fikiran Sha.. Penulis novel, peguam, dan pesakit di wad mental.. Gabungan yang huru hara.. Tak sabar nak baca buku kedua.. #nota #shazjohar #fixi #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
October 22, 2016
I love this more than Mental.

Just... Still plenty of unanswered questions. Perhaps all will be answered in NOTA:2. I have my theories weheeeee...(evil laugh XD).

Who is Maya? Where's Iskandar. How much are true?

Mind-f? Ye kot ~
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
September 12, 2015
siapa baca main-main, dia macam keliru sikit dengan watak lawyer tu... siapa tak matang, jangan baca! hehe
Profile Image for Mackenyu Chiba.
21 reviews
October 7, 2015
banyak persoalan in the end. mind fuck? no. minda aku masih dara lagi. xdirogol lagi. tapi ceritanya intriguing menarik.
Displaying 1 - 30 of 78 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.