What do you think?

Kembara Mistik : Samsara
POUPOULIN - HYUN YUNZZ
Delara Sorrel menembusi pasaran dunia melalui Poupoulin, patung kertas cìptaannya yang unik, Namun, di sebalik kejayaan itu, tersembunyi sebuan misi yang tidak perhah diketahui sesiapa.
Malam Poupoulin diperkenalkan kepada para jutawan dunia, satu rahsia terbongkar—dan permainan sebenar pun bermula.
"Dua puluh tahun berlalu... namun kematian itu masih tanpa
pengadilan."
KUTUKAN KARMA - ILYA ABDULLAH
Setiap tahun, satu upacara diadakan untuk meredakan kemarahan penjaga kampung. Menurut cerita orang lama, sesiapa yang mencemarkan kesucian kampung akan diburu makhluk itu saat senjakala sebelum hilang tanpa jejak.
Sesetengah rahsia tidak patut diganggu, kerana ada harga yang perlu dibayar dengan nyawa.
"Kau lupa dengan ayat ni. Jangan sesekali percayakan syaitan macam aku." - Embah Barmaya
REINKARNASI - TIEY ANAM
Obsesi yang melampau, ritual terlarang dijalankan untuk menghidupkan kembali si mati. Tetapi malam itu, sesuatu yang jauh lebih mengerikan turut terlepas, mengheret sekali entiti paling gelap ke alam nyata. Kerana harta dan hasad, nyawa yang tidak berdosa menjadi korbannya.
"Suatu hari nanti, ketamakan kau akan makan diri. Tapi itu bukan urusan aku. Pastikan kau bagi 'benda' ni makan." - TOK JABIT
Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK SAMSARA.

163 pages, Paperback
Published January 1, 2026
About the author
Ilya Abdullah
48 books48 followersNama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
September 21, 2026
yay berjaya habiskan in one seating! ni buku kedua kembara mistik yang saya beli haritu and surprisingly, saya suka jugak yang ni?! adakah ini sign untuk saya start collect semua siri kembara mistik hehehe
5 ⭐️ poupoulin - hyun yunzz
pertama kali saya baca karya daripada beliau dan daripada tiga cerpen dalam naskhah ni, ni my top favorite! konsep dan plot cerita dia menarik sangat. saya suka part yang mangsa-mangsa ni semua ended up dead berdasarkan body parts patung kertas Hollow Poupoulin yang mereka pilih. it was fascinating to me. kisah yang ni berkisarkan dendam dan mistik. tak berapa seram but i love the gore hihi #hidupmatigore
4.5 ⭐️ kutukan karma - ilya abdullah
yang ni pon best! plot twist dia dipenghujung cerita tu sumpah saya tak jangka. sungguhla aku geram dengan watak Lisa tu. macam pick me. tapi sebenarnya orang lain yang jadi villain. saya mati-mati percaya dengan Shakila but turns out ada sesuatu yang lebih besar dan misteri yang dia cuba sorokkan. kalau nak tahu apa jadi, kenalah baca! :p
4.8 ⭐️ reinkarnasi - tiey anam
hey saya pertama kali baca karya beliau jugak!! suka lah dengan concept cerita ni. cerita yang ni ada elemen seram, islamik, dan persahabatan. tak sangka sampai macam tu sekali mereka buat pada Malaika. dan untuk yang ni pon saya sangka kan tak ada plot twist, tapi noh ada jugak.
tengok semua nya rating tinggi kan? so apa lagi? kena la beli 😙 overall saya bagi 4.5⭐️ lost 0.5 stars sebab ada satu benda saya tak kenan. banyak sangat typo and double text as if macam naskhah ni tak di check before publish huhu but overall kisah yang menarik.
dan macam biasa saya akan promote buat kali kedua. jwanji tak dibayar. semua saya beli guna adult money hehe #reviewerpicisan hampa beli lah kat popular, rm10 sebuah kalau beli dua keatas. hehe selamat membaca!!

August 3, 2026
4.5⭐
Woah! Macam mana nak cakap eh? So far, inilah buku Kembara Mistik yang paling seram saya pernah baca. Rasa macam tengah tengok movie. Last time rasa macam ni masa baca novel Bidan. Duduk baca betul-betul bawah kipas siling pun berpeluh. Dah lah baca masa tengah malam pulak tu.
Apa itu Samsara?
Samsara merujuk kepada kitaran kelahiran, kehidupan, kematian, dan kelahiran semula yang berterusan. Ia dicirikan oleh penderitaan, ketidak-kekalan, dan keterikatan, di mana makhluk terperangkap, dengan tujuan untuk mencapai kebebasan. Dalam bahasa lainnya 𝑟𝑒𝑖𝑛𝑐𝑎𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛.
𝐏𝐨𝐮𝐩𝐨𝐮𝐥𝐢𝐧 - 𝐇𝐲𝐮𝐧 𝐘𝐮𝐧𝐳𝐳
Delara, seorang pencipta dan pengusaha patung Poupoulin. Poupoulin ialah patung kertas moden yang membolehkan pengguna untuk custom setiap pemakaiannya sendiri. Di sebuah majlis mewah, Delara perkenalkan bakal produk barunya iaitu Hollow Poupoulin. Kalau patung Poupoulin biasa hanya boleh tukar-tukar pakaian dan dijadikan keychain. Tapi patung Hollow Poupoulin pula boleh "main". Permainan yang memerlukan 5 orang pemain. Cara main dia saya agak seperti cara main Spirit of the Coin. Masa main memang tak ada jadi apa. Tapi tak lama selepas mereka bersurai, kelima-lima pemain tu mati dengan cara yang sangat tragis.
𝐊𝐮𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐦𝐚 - 𝐈𝐥𝐲𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡
Kisah lima sahabat yang cuba balik ke kampung Syakila. Masih ada neneknya di sana. Katanya kampung tu sangat kuno sebab mereka memang mengasingkan kampung mereka dari orang luar. Kehidupan dan gaya hidup kampung tu tak ubah seperti zaman 60-an atau 70-an. Tiada langsung sentuhan moden. Elektrik, line fon dan line internet pun memang tak ada langsung. Cara nak dapatkan air pun masih guna cara ambil di sungai atau perigi. Kat kampung tu ada urban legend tentang Embah Bermaya yang dikatakan nenek tua yang akan memburu pendosa. Dia selalu berlegar-legar dengan keranda. Setiap mangsanya akan dibunuh dengan kejam dan akan disumbat dalam keranda tu. Satu per satu kejadian mengerikan berlaku pada mereka 5 sekawan. 3 daripadanya memang degil teramat! Yang orang larang buat tu lah diorang gatal kaki tangan pergi buat. Haih...
𝐑𝐞𝐢𝐧𝐤𝐚𝐫𝐧𝐚𝐬𝐢 - 𝐓𝐢𝐞𝐲 𝐀𝐧𝐚𝐦
Sara telah menyaksikan dengan matanya sendiri kawannya, Malika yang mati dengan kemalangan tragis sekali. Sejak daripada kejadian tu personaliti terus berubah kontra. Kawan-kawan uni memang dah mula pelik dan risau dengan dia. Suatu hari tiba-tiba ibu dan ibu saudara mendiang Malika datang nak menumpang di rumah sewanya selama 2 minggu kerana mereka ada masalah berkenaan imigresen. Sejak mereka tinggal bertiga macam-macam kejadian aneh mula berlaku. Cerita ni memang penuh dengan plot twist yang saya tak expect ya. 🤯
Cerita-cerita kali ni best. Memang terasa seram tu. Cumanya yang terpotong feelings tu bila banyak sangat kesalahan seperti ejaan dan penggunaan perkataan. Mula-mula boleh lagi ignored tapi lama-lama rasa annoying pulak sebab makin kerap jumpa kesalahan tu. Kembara Mistik sebelum ni tak ada pulak jadi macam ni (setakat yang saya dah pernah baca jelah).