Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Cerpen Langit Tidak Berbintang Di Ulu Slim

Rate this book
Buku ini menghimpunkan 20 buah cerpen pilihan Malim Ghozali PK yang sarat dengan persoalan mengangkat isu-isu penting dalam menanggapi kehidupan masyarakat yang berada dalam pelbagai konflik pertambungan tradisi dan moden hari ini. Kesemua cerpen membawa nilai-nilai pemikiran yang positif, bervariasi, dan berlatar belakang budaya yang sangat kuat.

Watak dan latar yang dibina dalam kesemua cerpen memberi keperibadiannya yang tersendiri sehingga menjadikan karya ini unik dan tekal. Paling penting, karya ini membentuk kekuatannya dengan memberikan warta tempatan yang cukup kental sehingga menjadikannya bahan etnografi dan pemikiran tempatan yang unik dan khusus.

256 pages, Paperback

First published January 1, 2014

3 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Malim Ghozali P.K.

21 books6 followers
Dr. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid or better known by his pen name Malim Ghozali PK (4 March 1949 – 18 June 2020) was a Malaysian writer and laureatte from Perak. He was crowned as the Sasterawan Perak (Writer of Perak) in 2014. He authored a variety of literary works such as Novels and short stories. He also received numerous awards including the Southeast Asian Writers Award (SEA Award) in 2013.

Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid was born in Malim Nawar, Perak on 4 March 1949.

He began his studies at Sekolah Melayu Gunung Panjang before continuing his studies at Sekolah Menengah Anderson Ipoh. He then went on to graduate from the University of Malaya and graduated with a Bachelor of Arts in 1973. In addition, he also participated in the Creative Writing Fellowship program at the Center for Creative Arts in Virginia, United States.

On Thursday, 18 June 2020, he died of cancer at Serdang Hospital, Selangor at 11.20 am. His death occurred after a surgery to remove the tumor on the heart the day before. His funeral prayer was held in Surau Ad Duha, Kota Damansara after Asr and was buried in Kota Damansara Islamic Cemetery in Petaling Jaya, Selangor. He is survived by two widows and six children.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (16%)
4 stars
6 (50%)
3 stars
4 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 13, 2018
LANGIT TIDAK BERBINTANG DI ULU SLIM
Tulisan: Malim Ghozali PK Penerima S.E.A Write Award 2013

Antologi terbitan DBP ini membenarkan saya mengintai bagaimana cerpen cerpen media arus perdana tampil. Stail atau gaya yang dimahukan. Sebagai penulis yang penuh dengan kebebasan, saya tidak boleh leka.

Gaya bahasa Malim Ghozali boleh dikatakan memikat. Metaforanya berbunyi matang. Isi kandung cerita beliau melambangkan dirinya sebagai penulis yang penuh pengalaman. Sewaktu membaca saya syak bahawa beliau pernah bekerja dalam organisasi pemerintah, tampil jelas ulasan ulasan tentang jawatan dan kerjaya di dalamnya. Diperkenalkan nama nama pohon yang tidak pernah didengari apabila melakar cerita di desa. Sesekali penamat cerpen bagaikan tidak habis, dua tiga karyanya meminta pembaca berfikir sendiri.

Sebagai penyair sudah tentu ada alunan indah di setiap pembukaan cerpen. Saya tertarik dengan nama nama watak pilihannya yang tidak moden dan tidak terlalu cantik. Ayat ayat pilihan seperti gotai, langas, merapik dan banyak lagi membuatkan pembaca terfikir akan keluasan perbendaharaan kata kata Melayu. Sesuai dengan usia dan pengalaman beliau, cerpen yang bagaikan memoir ini tidak banyak tentang hal hal anak muda alaf baharu walaupun ditulis sekitar tahun dua ribuan.
Mana satu pilihan saya? Ada dua, Moo! dan Semerah Senja. Manakala Pelabuhan pula berbunyi moden dan baharu sekali. Apa yang penting dia punya cerita untuk disampaikan. Cerpen Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim tidaklah sehebat mana kerana ianya bagaikan kenang kenangan peribadi sahaja. Moh Kite Mangkah, Weh! Yang pernah disiarkan di Mingguan Malaysia pada 2013 juga menarik kerana bersinis tentang pimpinan dan rakyat bila tiba waktu mengundi.

Mohd Ghozali melakar cerpennya bagaikan puisi, sekali berlucu lucuan dan yang paling penting dia punya stail tersendiri. Kagum mendengar nama nama ikan dan hal hal budaya yang terlepas pandang.

Buku ini bagus untuk penulis penulis muda yang tercari cari teknik menulis untuk media arus perdana yang banyak menyentuh tentang sifat manusia dan hamburan kata yang tersusun sopan namun ada maknanya.

Selamat membaca.
Profile Image for Mohammad Zakaria.
Author 3 books13 followers
November 25, 2015
Kumpulan cerpen yang menarik. Berbudaya dan Malaysia. Kekurangan sebintang, mungkin kerana perbezaan umur pengalaman antara kami dan kegagalan saya menangkap. Pernah tinggal di Perak selama 4 tahun, tetapi tidak pernah sampai ke tempat-tempat di Perak yang disebutkan beliau. Tahniah.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
March 24, 2018
Saya kerap mendengar yang Malim Ghozali PK adalah calon feveret sasterawan negara. Layakkah beliau? entahlah. Namun kumpulan cerpen ini mengangkat tema-tema dan hal kehidupan seharian. Ianya digarap dengan bahasa yang mudah, perjalanan cerita yang terus dan banyak juga yang menggunakan teknik imbas balik. Saya bukan penggemar tema2 yang dia angkatkan tetapi yang membuatkan saya terus melekat untuk membaca ialah kepandaian Malim bercerita, dia punya seni itu. Cerpen paling saya gemar ialah Gulai Tempoyak Ikan Sebarau di mana, dalam cerpen itu beliau tidak langsung melemparkan sebarang teori atau kritikan sebaliknya ia sebuah cerita yang nyaman dan memberi pedoman jika pembaca inginkannya.
Profile Image for A'ishah Kamaludin.
39 reviews3 followers
February 9, 2019
Separuh membaca buku ini, saya dapat menghayati Langit Tidak Berbintang - dipilih menjadi tajuk koleksi ini sesuai dengan tema utama - gelap malam melambangkan gelap kehidupan dan bintang melambangkan seseorang atau sesuatu yang penting yang hilang atau sudah tiada. Kesudahan cerita dalam setiap cerpen mempunyai unsur tragedi yang tak terjangkakan.

Buku ini diberikan kepada saya oleh anak perempuan penulis sendiri setelah mengetahui saya meminati penulisan puisi dan penulisan secara amnya.

Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim merupakan salah satu cerpen dalam buku ini di mana ada watak Lat, the Malaysian cartoonist diiringi oleh lukisan-lukisan artis tersebut. Penulis dan Lat memang merupakan kawan baik in real life (seperti yang diceritakan oleh anak perempuannya). Saya jadi teruja dan merasakan cerita ini adalah cerita sebenar dan mungkin diolah sedikit sahaja sekadar untuk menyedapkan pembacaan.

Elemen yang saya suka dalam buku ini adalah gaya pernceritaan yang santai dan pemilihan perkataan yang tepat. Pemilihan nama watak yang unik. Elaborasi cerita yang mengkagumkan, penulis merupakan seorang yang mengetahui tentang banyak perkara dari lapisan masyarakat yang berbeza. Sebagai contoh:-

Gulai Tempoyak Ikan Sebarau (cerpen feveret saya) mengetengahkan tema ibu bapa di kampung pedalaman yang menanti anak mereka berserta isteri mat salehnya dari luar negeri.

Dalam cerpen Di Kantor Suryadi pula, dipaparkan cerita/perkataan di Eropah/Indonesia dan Malaysia.

Pengalaman penulis sangat diverse dari kampung sedalam-dalamnya dan sehingga ke luar negara.

Antara cerpen lain yang saya sangat suka dari koleksi ini adalah Jangan Menangis, Ana dan Juwita Malam.

Ini adalah buku Bahasa Melayu pertama yang saya baca dalam 10 tahun kebelakangan ini (So pardon my Malay review writing), dan saya amat berterima kasih kepada anak perempuan penulis kerana memperkenalkan karya beliau kepada saya.

I'll definitely find more of his books to read, dan buku ini juga membuatkan saya semakin berminat untuk menelaah karya karya kesusasteraan Melayu.
1 review
March 22, 2017
saya sangat suka membaca. saya tertarik terhadap buku ini dan saya akan memberitahu kawan kelas saya berkaitan buku ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.