Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menjelang Pemilihan

Rate this book
Menjelang Pemilihan memuatkan sebanyak 15 buah cerpen Zurinah Hassan yang mendukung beberapa tema utama - kasih sayang, patriotisme, kekeluargaan, kegigihan dan usaha untuk mencapai matlamat. Penulis melalui jalinan cerita dalam kumpulan cerpen ini, cuba mengajak pembaca berkongsi pengalaman hidup seperti dalam cerpen "Tibanya Musim Gugur", dan "Kabut Aidilfitri" yang mengetengahkan dilema seorang wanita yang tersepit antara kedudukannya sebagai isteri dan tanggungjawabnya sebagai anak terhadap ibunya. Paparan cerpen-cerpen lain seperti "Menjelang Pemilihan", "Bendang Lahuma", "Perempuan Melaka Episod Terakhir", "Si Kunani" dan lain-lain terus mengetuk rasa ingin tahu kita tentang mesej yang ingin disampaikan melalui cerpen-cerpen yang termuat dalam kumpulan ini.

218 pages, Paperback

First published January 1, 2004

4 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Zurinah Hassan

25 books26 followers
Datuk Dr. Zurinah Hassan is National Literary Laureate of Malaysia. She is the 13th writer and the first female writer to be conferred the tittle of Sasterawan Negara at a ceremony held on 26th of April 2016. The award is the highest award given to a writer in Malaysia.

Prior to this Zurinah Hassan had received Southeast Asian Writers Award (SEA Write Award in 2004 and Sunthorn Phu Poets Award, 2013.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (38%)
4 stars
6 (33%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
1 (5%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
December 10, 2018
Rasanya aku lebih menggemari antoloji cerpen SN Zurinah Hassan, Meneruskan Perjalanan. Kerana buku ini lebih banyak tema berbanding antoloji yang lagi satu. Tapi aku suka juga pada beberapa buah cerpen dalam antoloji ini. Misalnya, Tibanya Musim Gugur, Kabut Aidilfitri dan Perempuan Melaka Episod Terakhir yang bertemakan tentang nasib dan kehidupan seharian wanita merentasi zaman. Cerpen seperti Bendang Lahuma dan Anak-Anak Menara Kota pula menggambarkan kesan pemodenan dan gaya hidup urban yang telah menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagiku, antoloji ini sebuah antaloji yang tidak tetap temanya dan ada dua tiga cerpen yang tidak menarik perhatianku.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
February 2, 2017
Buku kumpulan cerpen yang seterusnya saya baca karya Sasterawan Negara, Dato' Zurinah Hassan selepas kumpulan cerpen Meneruskan Perjalanan.

Kumpulan cerpen kali ini lebih bertemakan kepada patriotisme, bangsa Melayu, cinta negara, kekeluargaan dan perjuangan perempuan.

Yang paling saya suka dengan karya Zurinah Hassan adalah gaya penyampaian atau gaya bahasa yang digunakan. Ringkas dan jelas tapi sampai maksud yang mendalam yang hendak disampaikan. Apatah lagi apabila berkisar tentang perit getir yang perlu dihadapi oleh seorang perempuan.

Dalam dua cerpen yang sangat saya suka, Tibanya Musim Gugur dan Kabut Aildilfitri menceritakan tentang dilema seorang isteri yang selalu tersepit antara tanggungjawab senagai isteri dan anak perempuan. Juga perjuangan seorang isteri menyeimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Semuanya realiti yang sangat dekat di hati perempuan. Malah telah disampaikan isu ini oleh penulis sejak tahun 80-an lagi. Realiti peralihan seorang perempuan yang dulunya hanya bergelar isteri dan ibu tetapi kini perlu bekerja menampung keluarga.

Saya juga sangat suka cerpen "Bendang Lahuma" kerana membawa tema pentingnya menjaga warisan dan tanah pusaka dalam keluarga. Selain cerpen Menjelang Pemilihan yang punya tema politik juga. Ya kebanyakan cerpen dalam buku ini menyentuh isu politik secara tak langsung.

Cerpen Perempuan Meak juga sangat melekat di jiwa saya. Pengorbanan Perempuan-perempuan Meaka.

Kelebihan cerpen-cerpen dalam buku ini juga adalah kerana keupayaan penulis untuk menulis kembali cerita-cerita lama dalam versi yang lain dan segar, seperti Perempuan Melaka, Pak Kaduk, Si Luncai dan lain-lain.

Terima kasih Dato' Zurinah Hassan!
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
August 15, 2020
There are 15 stories in this book. As always, Zurinah Hassan's writing is never disappointing and I have been her fan since I read 'Salasilah'. I hope that's not my biasness taking over this review. Since I am unapologetically Malaysian, I will attempt to review every story using 'pantun'.

1. Menjelang Pemilihan

Tajuk Cerita menjelang Pemilihan,
Melihat dunia dari lensa Imlan,
"Maskman" Dan politik banyak persamaan.
Penuh dongeng Dan pembohongan.

2. Pujangga Negara

Awang budiman Pujangga Negara,
Pulang ke desa bersama dilema,
Antara kebebasan berkarya atau pangkatnya,
Antara kejujuran atau kebahagian ibu bapanya.

3. Malim Permainan

Sengketa Raja punca berbahagi negara,
Berpisahlah Tanah seberang dari Tanah Makmur,
Bangunlah Tanah seberang nun di Sana,
Tidak berhenti berusaha untuk jadi tersohor.

Tanah makmur sama pesat dan maju
Namun Malang datang melawat,
Ekonomi merudum jatuh berpusu-pusu
Tanah seberang kembali jadi penyelamat.

4. Bendang Lahuma

Tanah itu Amanah terakhir Lahuma,
Moga jadi harta Cucu cicitnya di Hari kemudian,
Namun Apakan daya isterinya Jeha,
Tanah bertukar milik demi pembangunan.

5. Anak-Anak Menara Kota

Kisah berbeza darjat Anak-Anak muda,
Melepak berkongsi kesunyian setiap masa,
Si gadis terperangkap oleh impian ibu bapa,
Pemuda pula terjerat dalam kemiskinan Kota.

6. Angin Kering Desamala

Desaputera Dan Desamala berpisah tiada,
Peniaga haicin singgah sentiasa dipelawa,
Namun Desa putera lalai dek mainan dunia,
Tergadai Tanah bersengketalah sesama saudara.

7. Perjanjian Pulau Warisan

Bila Wang, Harta Dan Tanah jadi taruhan,
Mengkhianati bangsa demi pembangunan
Mengorbankan Rakyat atas nama kemajuan,
Inilah pengajaran perjanjian Pulau warisan.

8. Wira

Ada apa dengan wira,
Jika Orang sekeliling berduka,
Ada apa dengan wira,
Jika ianya hanyalah dusta belaka.

9. Tibanya musim gugur

Ibu salmi berikan cukup pendidikan,
Semua anaknya jadi insan terbilang,
Seorang ibu mampu menjaga anak lapan,
8 Anak belum pasti boleh jaga ibu seorang.

10. Kabut Aidilfitri

Dahulu dan sekarang jauh berbeza,
Itulah lumrah biasa kehidupan,
Tiada yang kekal sentiasa sama.
Adat dan budaya tenggelam dek zaman.

11. Sayang Cik Minah Berantai emas

Emas dianggapkan satu pelaburan,
Cik Minah berjalan ke hulu ke hilir,
Rumah terbakar nyawa hampir terkorban,
Rantai Emas Cik Minah tersangkut di langsir.

12. Perempuan Melaka Episod Terakhir

Hari pertumpahan darah bumi Melaka,
Sebelum Feringgi mengaut Hasil Tanah,
Menjadi mainan lelaki serupa boneka,
Dengarlah rintihan Hati Tun Fatimah.

13. Si kunani

Kata pepatah Raja Adil Raja disembah,
Kata pepatahn jua Raja Zalim Raja Disanggah,
Kerana itu Pak kaduk taat perintah,
Kerana itu jua Ayam Pak Kaduk Kalah.

14. Meniti Jalan pulang

Panjang Razif meluah rintihan Hati,
Kepada Atikah yang baru pulang,
Ibunya sudah kembali ke pangkuan Illahi
Al-Kisah Razif persis anak terbuang.

15. Putera tanpa bumi

Taat raja membabi buta,
Bangsa di dusta dapat celaka,
Hilang Tanah Hilang nama,
Berdiri bumi ini tanpa puteranya.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
December 9, 2021
Seakan kesinambungan bagi buku Meneruskan Perjalanan. Bertemakan kritikan masyarakat khususnya penyakit dalam sikap dan jatuh bangun orang Melayu, tentang masalah wanita, keluarga dll yang berlaku harian.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.