LUTH. Sejak melarikan diri dari rumah anak yatim bersama dengan adik angkatnya, Mawar, Luth membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Hidupnya jauh dari Tuhan tanpa terdetik sedikit pun untuk bertaubat, sehinggalah Mawar membuat satu keputusan drastik.
“Abang izinkan atau tak ... Mawar tetap akan kahwin. Abang hiduplah sampai mati dengan kehidupan macam ni.” -Mawar-
Dia mampu kuat walau seluruh dunia menzaliminya, tetapi tidak untuk kehilangan Mawar — bunga ros merah dalam hidup seorang Luth.
MAHFUZ. Hidupnya selama ini terpelihara daripada noda dunia. Namun, benteng yang dibina sejak kecil runtuh sekelip mata dengan kehadiran seorang gadis berpurdah bernama Balqis. Pada detik yang sama juga, hadir seorang lagi gadis yang tulus ingin berhijrah.
“Umi awak kata, awak hampir setiap hari bagi kuliah subuh dekat sini. Saya pun datanglah untuk tengok majlis ilmu ni.” -Fatihah-
Fatihah seorang yang baik. Cuma, dia bukan dambaan Mahfuz seperti Balqis. Dan kerana dua nama inilah, lahir sebuah konflik yang merobek dada lelaki itu.
LUTH & MAHFUZ. Dua pemuda dari dunia yang berbeza, tidak pernah saling mengenali. Saat semuanya hancur, takdir menemukan mereka dan merubah segala-galanya.
F ada mixed feelings tentang kisah Luth dan Mahfuz ni. Dua cerita yang agak berbeza tapi kedua²nya buat F banyak termenung lepas baca.
Sigh...
Kisah Luth paling mencuri perhatian F. Luth ialah anak lorong yang dibawa dan dibesarkan sekejap je di rumah asuhan. Sikapnya yang keras kepala dan degil sebenarnya menyembunyikan satu kerinduan yang sangat besar... kerinduan untuk mempunyai seorang ibu dan merasai belaian seorang ibu.
Di situ dia bertemu dengan Mawar, seorang budak yang sering menangis dan suka duduk di bawah meja. Bermula dengan satu salah faham apabila Mawar sering mengatakan ibunya jahat, keadaan akhirnya menjadi semakin rumit sehingga Luth dan Mawar dihalau oleh Kak Dayang.
Ibu frust dengan tindakan Dayang. Ibu nak Luth kemabali. Sayangnya... Luth sudah terlanjur salah faham dan menganggap ibu jugak jahat eventhou Luth mula sangsi dengan cerita Mawar. Luth teringat layanan Ibu yang lembut... buatkan Luth rasa dirinya disayangi.
Mereka akhirnya ditemui semula tetapi Luth memilih untuk keluar lagi selepas terpengaruh dengan kata² Kak Dayang. Dayang ni...kasar sangat mulut. Lebih sudu dari kuah.
F terfikir... kalaulah Luth tak keluar, mungkin kehidupan dia akan jadi lebih baik. Mungkin dia akan rasa dirinya diperlukan. Mungkin dia akan rasa dirinya berguna.
F suka watak Luth berbanding Mahfuz. Rasa kesian pada Luth tu kuat. Dari kecil dia sudah diajar mencuri tapi jauh di sudut hati, Luth sebenarnya mempunyai hati yang baik. Dia cuma membesar dalam keadaan yang salah dan tidak pernah benar² merasa kasih sayang sebuah keluarga.
Mawar pula satu²nya orang yang dia ada. Yes, tindakan mereka duduk serumah memang salah tapi pada masa itu mereka cuma ada di antara satu sama lain..
Okay kita masuk part Mahfuz.
Mahfuz ni anak ustaz dan dia sangat bangga dengan status tersebut. Sangat sombong.. rasa dirinya layak mendapat seseorang yang baik dan suci sepertinya. Bila Balqis menolaknya, ego dia tercalar dan dia mula persoalkan kenapa perempuan yang dia suka boleh menolaknya.
F geram dengan Mahfuz masa ni. Arif tegur pun dia bolayan. Ehh tak padan gan title anak ustaz nak kacau tunang orang.
Fatihah dan Mawar pulak berkawan baik. Fatihah mencari seseorang yang boleh membimbingnya ke arah kebaikan manakala Mawar pula cuma mahukan seseorang yang boleh menyayangi dan menjaganya hingga akhir hayat.
Bila Luth dan Mahfuz accident... roh mereka bertukar... cerita jadi lebih interesting eventhou part diaorang bertukar tu sekejap sahaja.
Masa tukaran ni la.. Luth dapat belaian kasih sayang dari mak Mahfuz.. manakala Mahfuz pulak terkejut bila dia dihalau dari surau. Habis semua gambar² Luth bersama perempuan Mahfuz bakar. Ini buatkan Mawar pelik dengan sikap Luth.
Kalau F nak cakap tentang pacing, honestly cerita ni agak slow-paced untuk F. Ada bahagian yang F rasa macam berjalan perlahan dan emosi yang sepatutnya memberi impact besar tu tak begitu sampai kepada F.
F tak rasa emotionally wrecked. Maybe sebab cara cerita itu dibina membuatkan F lebih banyak berfikir daripada feel the emotions.
F rasa part sejarah silam Fatihah macam meninggalkan satu cliffhanger. Ex boyfriend Fatihah.. anak orang kaya, hidup pula nampak serba cukup tapi masih ada rasa tidak puas hati bila sesuatu yang dia anggap miliknya mula berubah arah. And in the same time, Balqis ada hubungi Mahfuz tapi Mahfuz ignored.
Overall, dua cerita yang berbeza dengan karakter yang memberikan sisi masing². F lebih connected dengan Luth kerana latar belakang dan struggle dia terasa lebih kuat pada F. Mahfuz pulak buat F geram tapi character development dia buat F rasa lega bila dia akhirnya mula sedar tentang kesilapan sendiri.
Untuk F, this was more of a slow and reflective read daripada an emotional one. F cam nak need more scene Luth dengan Ibu and Mawar also. Mawar cam lost tak ingat tentang ibu.