Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rosmoh: Perempuan Puaka

Rate this book
Bagi Rosmah, tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa.

Mereka jadi gila. Semua jadi histeria.

Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai.

'Hantu Wanita Berpurdah' terus menjadikan anak dara sebagai korban.
Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

281 pages, Paperback

First published April 9, 2015

4 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Naufal Tarmizi

10 books16 followers
BIRTH PLACE : Cairo, EGYPT
CITIZENSHIP : Malaysia

ACADEMIC BACKGROUND
Primary : SK Slim River (SK Jalan Kelab Sukan)
Secondary : Maktab Mahmud Alor Star
Pre-U : Kolej Islam Sultan Alam Shah

DEGREE
Bachelor : UM in Shariah & Law
Master : UM in Islamic Financial Law (Shariah)

SHORT STORIES
(1) Kerana Dia Ratu Sehari (published by JS Adiwarna/December 2013)
(2) Lunyai (published by Lejenpress/December 2013)
(3) Rasuk (published by Lejenpress/April 2014)
(4) Jalan Tengah (published by Roman Buku/April 2015)

PUBLISHED NOVEL
(1) Nak Kahwin Duit Tak Ada (published by JS Adiwarna/June 2013)
(2) Skandal Libero (published by Lejenpress/December 2013)
(3) Lolos Penjara (published by Lejenpress/April 2014)
(4) Dalang (published by Lejenpress/September 2014)
(5) Rosmoh: Perempuan Puaka (published by Lejenpress/April 2015)
(6) Roman Celaka (published by Lejenpress/February 2016)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (21%)
4 stars
31 (34%)
3 stars
29 (32%)
2 stars
10 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
January 30, 2021
Karya ini agak page turning bagi aku sebab aku nak tahu apa yang seterusnya terjadi. So dari tengah hari sampai malam aku baca karya ini.

Bagi aku agak meleret sikit tapi aku layan je sebab kalau watak itu dah mati kenapa hantu masih wujud lagi? Pelik sungguh lah. Wahhh.. aku suka plot twist untuk ending dia. Dan aku tak sangka pula yang “Herol” itu seorang perempuan. Damn. Asyik kena tipu je ini. Bosan betul lah.

Ada ilmu juga ya dalam buku ini walaupun meleret bab yang tengah-tengah tu walaupun tak kena cara nya. Apa pun best untuk dia baca.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 25, 2016
3.35* untuk Rosmoh Perempuan Puaka!

Kali ini abam Naufal Tarmizi membawa genre horror buat pembaca. Dan Tahniah sebab mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pembaca di Malaysia ini.

Jalan cerita dan idea yang boleh tahan. Cuma hanya beberapa part sahaja yang aku rasa suspen. Itu pun hanya sekejap-sekejap. Seram- kosong. Yang lain hanya biasa-biasa sahaja. Ada bahagian yang aku rasakan melewah-lewah sehinggakan aku skip. Macam yang aku perkatakan, abam Naufal ingin menerapkan ilmu di setiap bukunya, tapi tidak kena pada situasinya. Ataupun terlalu melebih-lebih. Jadi membuatkan ianya rasa mendatar. Tapi buku ini masih menyeronokkan untuk dibaca. Masih berbaloi untuk dibeli.

Kavernya cun. Cuma aku lebih suka dengan kaver yang baru berbanding kaver yang lama. Sebab kaver yang lama ini, seperti tiada kaitan pun dengan jalan cerita. Aku sokong kaver yang baru dari Lejen. Lebih lawa dan terbaik.

Jadi, apa lagi? Korang tak nak baca ke buku ini. Genre seram ni!
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
June 15, 2015
Assalamualaikum..kum..kum..

Nice twist ending. Jalan cerita tak membosankan. Silalah baca.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
January 14, 2018
habis baca malam semalam, akak dok takleh fikir benda lain. tutup buku pun dok terfikir - siapa rosmoh? sampai ke sudah tak jumpa. yang ada kaklong-rosmah, kakngah-rahimah, adik-ramona, emak - rafeah. yang ni kalau anak beranak la. watak lain ada rubiah. kot bomoh pun, bomoh surya..

tapi jalan cerita dan idea sememangnya menarik. kisah perempuan yang terlebih pentingkan kecantikan wajah. tapi perkara ni berkait dengan mulut orang jugak. macam rosmah, muka tak cantik sering jadi kutukan dan perbandingan. adik-adiknya cantik. yang bagusnya rosmah, dia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. pecah tradisi anak kampung yang berjaya ke universiti. tapi tu lah, muka memang masih tak cantik buat dia nekad pakai susuk. dan, malapetaka melanda kampung. muncul hantu purdah... tapi, tak siapa dapat duga siapa yang sebenar punca utama semua bencana...

di sini muncul macam-macam pengajaran. mulut jangan jadi puaka sangat. buat insan lain rendah diri. lepas tu, tuduhan melulu boleh jadi fitnah. akal harus letak depan perasaan, pedulikan mulut-mulut lancang yang suka jatuh hukum membuta tuli. paling utama, jangan sesekali bersekutu dengan syaitan. jaga agama. redha dengan kekurangan. akan sentiasa ada kelebihan sebaliknya. kenapa pilih jalan singkat yang nyata memunahkan diri sendiri?
Profile Image for Asraf Shaari.
Author 32 books23 followers
September 24, 2019
Tajuk Rosmoh sahaja yang jadi penarik tapi realitinya watak Rosmah dah tak wujud sampai ke tengah babak. Patut tajuk buku ni Hantu Purdah, Rahimoh, Monamoh atau Rafeoh je. Tapi takpe, yang penting isi cerita.

Pertengahan agak meleret. Overall cerita okey.
Author 2 books29 followers
August 28, 2015
Tajuk yg agak kontroversi ni juga menjadi satu tarikan walaupun x ada kaitan dgn rosmah mansor. aku suka novel ni. kisah hantu purdah yg dulu penah wujud pda tahun 90 an. sejauh mana benar ke x tak tahulah juga. jalancerita lancar, bahasa dan plot mudah. cuma penulis dah twist cerita buat aku x sabar nak tahu kesudahannya.
Profile Image for Diana  Davis.
290 reviews3 followers
February 3, 2018
Bessssttttt!!!!!!! walaupun ada sedikit meleret di tengah2 pembacaan tapi jalan ceritanya masih menarik. Memang kita tak boleh nak stop membaca!!! Akak bg 5🌟!!! 😊😊😊
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
June 16, 2015
Baca sinopsis di bahagian belakangnya, seolah ia sebuah satira. Maklumlah, ada nama Rosmah, Kak Jat. Tapi tidak. Ni straightforward cerita susuk yang mengambil inspirasi dari kisah Hantu Kum Kum yang popular dekad 80an dulu. Mungkin aku mengharapkan yang lain tapi dapat lain yang menyebabkan aku tidak teruja membacanya? Atau pun memang jalan cerita hampeh? Atau pun memang tidak menepati citarasa aku?

Apa-apa pun, ia kisah budak Felda yang jumpa bomoh sebab nak mukanya cantik tapi terlanggar pantang. Cuma kesudahannya ada twist sikit. Sebab tu aku bagi 2 bintang. Kalau tak nak bagi 1 je.

Nasihat aku, baca hingga part orang kampung kecoh bila dapat tau seorang gadis (aku lupa nama dia) mati diterkam di depan rumahnya. Lepas tu lompat ke bab terakhir untuk tau twistnya. Dah.
Profile Image for Amy Thea.
54 reviews
January 4, 2016
Intro ok. Nak masuk pertengahan tu bosan sebab dia cerita pasal satu perkara meleret-leret & cerita pasal benda x berkaitan (tak tau la penulis nk tunjukkan kepandaian diri dia atau diri watak dlm cerita tu
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
August 3, 2016
Kenapa sampai tengah, jalan cerita meleret? Ending cerita, bolehlah. Terjawab juga persoalan. Cuma masa Rahimah buat pengakuan, macam kelakar pulak. Tak de rasa macam terkejut pun. Aku ulang baca part tu 3x. Sama je rasanya.

3 bintang. Tahniah penulis!
Profile Image for LUCY VOLKS.
5 reviews
May 14, 2020
ROSMOH: PEREMPUAN PUAKA
by Naufal Tarmizi
🌟🌟🌟

Review:
Seriously memang sedih dengan hidup Rosmah. Her fault for doing syirik 😡. Tu baru sikit seksaan kena kat dunia, hereafter lagi dahsyat kena. But why lah dia tak bertaubat 😥 dah teruk camtu mukanya.. cubalah amik wuduk ke, berubat cara Islam ke..

Tak ada pon writer selitkan pasal keagamaan langsung 😒 Ayah Rosmah tu kan ahli surau, tak prihatin ke ngan orang rumah dia, mesti kaki tak solat punya anak² dia nih 😕 pelik betul cerita. I really don't like ayah yang jenis nak mengimarahkan masjid@surau, tapi diabaikan mengimarahkan rumah sendiri. That's your big responsibility doh! 😫

Bab kena fitnah dengan siblings sendiri lagi sadis 😪 my heart like tercucuk² time baca part rantai emas Yaya tu..part ni aku lemah, sampai berair mata aku 😢 seriously melampau! Lebih percayakan org lain lebih dr family sendiri. Yang jenis batu api, nak pecah belahkan family orang lain.

Finally, at last bomoh Surya tu mati jugak 😛. Dia lah dalang pembuat onar kat kampung tu. If dah ada hantu pon, dah tentu si setannya ada dengan bomoh. Kenapa tak gi serang je bomoh lahanat tu 😤 . Bila lehernya terkena kapak, lega gila hati aku. Problem selesai. Haha.

WTH is all women in that family pakai susuk. Mak dia memang dah buang, tapi dia yang jadi hantu purdah, gi bunuh anak² dara kat kampung tu 😩. Tengok je la fi'il Mona yang suka tengok cermin. Terpaksa mak yang jadi ganti. Bodoh punya perjanjian. Kalau orang dah tak bersyukur tu, memang lupa terus pada Allah kan heii😌

Part last pelik sikit, cam tergantung. Masa bilanya Rafeah tu mati? Lepas trageri malam Herol & bomoh tu mati, kan dia & Mona koma. Masa bila dia pergi penjara tengok husband dia lak ni? 🤔

𝕃𝕌ℂ𝕐𝕍𝕆𝕃𝕂𝕊 🌸
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
March 13, 2017
Cerita hantu purdah heboh, masa saya 5-6 tahun. Masa tu, bila orang sekeliling cerita, sikit pun tak rasa takut. Masa tu, bila tanya mak, mak cakap..tu semua rekaan, nak takutkan anak dara, jangan keluar malam.

Buku Rosmoh Perempuan Puaka ni, karya Naufal Tarmizi menceritakan tentang hantu purdah. Di sebuah Felda, gempar dengan kematian anak-anak dara dibunuh hantu purdah. Apabila Rosmah tekad berpurdah, orang-orang kampung menuduhnya hantu purdah. Rosmah dibunuh. Tetapi, hantu purdah masih mengganas. Siapa sebenarnya, hantu purdah?.

Penulis membuat kajian tentang, kenapa hantu purdah heboh diperkatakan. Saya juga bersependapat dengan penulis.

Apabila agama islam berkembang di Tanah Melayu, perempuan-perempuan melayunya memakai tudung labuh dan ada yang berpurdah. Ini, dapat dilihat dari gambar-gambar yang pernah diambil oleh orang Inggeris. Kemudian, apabila orang Inggeris mentadbir, pemakaian skirt dan seluar pendek diwajibkan di sekolah dan pekerja kerajaan. Setelah merdeka, beberapa individu dan satu organisasi, cuba mengembalikan semula pemakaian berlandaskan syariat Islam. Ketika itulah, heboh kisah hantu purdah diperkatakan. Usaha untuk menakut-nakutkan, hanya berjaya di ketika itu, tetapi kiri semakin ramai perempuan islam yang memakai pakaian mengikut syariat Islam. Benarlah kata Rasulullah s.a.w..

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”

Wallahua'lam.
Profile Image for Eija Faezah.
23 reviews
January 27, 2019
Below expectations. Ingat kisah pasal rosmah bomoh. Rupanya satu family dia pakai susuk nak cantik. Semuanya hantu purdah. Kecuali bapak dia. Takde klimaks cerita ni. Penggunaan bahasa yg berulang-ulang menjadikan pembaca bosan.
Profile Image for Fiq Almiezan.
5 reviews
December 17, 2017
Buku ni best..Kau sendiri tak pasti sapa yang buat..Jalan cerita pun best..Good book to read..
Profile Image for Sbrna Jung.
35 reviews
August 2, 2021
Buku ni mgenai manusia yg nak jd cntik. Yela, org dah mgatakan, smpaila drg sggup jd cntik. Dgn cara apa? Kena baca lah. Page turner juga, tp agak mleret2 jg dbbrpa bhgian. Plot twist gak kat akhir.
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
December 11, 2018
Tajuk buku je dah panas. Kesian kat bapaknya yang mati-mati mempertahankan anak-anaknya dari bualan masyarakat kampung mereka. Berfikirlah dua tiga kali akan kesannya sebelum buat keputusan untuk melakukan sesuatu.

P/s: Kalau seram jangan baca malam.
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
June 28, 2016
Aku dah lama tertarik dengan design kulit buku cerita ni, tapi aku mengambil masa yang lama untuk membelinya. Setiap kali melalui rak kedai buku pasti akan ambil dan belek-belek sahaja sehingga datang betul-betul mood untuk beli dan baca kisah Rosmoh Perempuan Puaka.

Dari tajuk dan sipnopsisnya pasti ramai memikirkan ceritanya ada berkait dengan isteri perdana menteri dan bekas menteri Shahrizat tapi bukan kerana ianya hanya daya penarik mungkin untuk orang ingin tahu.

Penceritaannya yang bagus mengupas tentang hantu purdah atau hantu kum kum yang menjadi buah mulut suatu masa dahulu. Penceritaan dibahagikan dari versi setiap watak yang menjelaskan setiap apa yang terjadi. Ada part yang mendatar tapi itu normal dan beberapa twist di penghujung cerita melengkapkan cerita Rosmoh Perempuan Puaka.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 28, 2015
Pada mulanya aku ingat novel ni akan ada kena mengena dgn video kat Youtube yg sama tajuk dgn novel ni. haha. tapi ternyata sekadar nama beberapa watak yg sama mcm rosmah n kak jat.

overall novel ni psl susuk & lagenda hantu purdah. ada juga beberapa mesej yg cuba disampaikan. dan penulis bijak menimbulkan tanda tanya dan plot twist di akhir novel.

antara kritikan yg aku rasa pointnya mmg tepat tentang mentaliti penduduk kampung melayu yg gemar percaya pd fitnah. smpaikan walaupun fitnah tu x betul, org yg difitnah akhirnya tunduk pd tuduhan2 yg dilemparkan.

satu lg, isu dengki dan cemburu dlm kalangan wanita yg obses pd kecantikan.

apa2 pon, bg aku novel ni okla. Not bad
Profile Image for Syera.
30 reviews15 followers
June 19, 2015
Storyline buku nie best. Aku abis baca dalam 4 jam macam tu la. Aku baca waktu malam. So malam tu aku aku tetibe jadik seram nak tengok cermin bila pergi bilik air. Aku macam bole terbayang je hantu kum kum tu. Pastu malam yang sama tu jugak aku mimpi bukan2 (padahal aku tido baca doa taw). Hahaha. Tu la penangan buku nie.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 23, 2015
laju sungguh hamba membaca .. hahaha 3 jam habis

sile baca dengan 'hati' makanya anda akan dapat banyakkkkk input tersirat dalam cerita ini ..
saya suka .. tahniah penulis

seingat saya masa kecik dulu (umo 12tahun) mmg ada kisah hantu purdah ni ..
time tu mmg tak ada budak perempuan keluar rumah ... hahaha
Profile Image for Umi Saadah.
23 reviews
September 8, 2015
tengok tajuk je dh rasa teruja nk beli... ingat kan cite psl rosmah mansor sekali cite hantu purdah daa...
cite hantu purdah mmg pernah popular thn 90an, cite nya sama mcm slalu org gambarkan, ppuan pakai purdah bawa kete kancil wane merah cr anak dara...
ok cite menarik tp mendatar, tp klu buat filem mesti gempak nie.
Profile Image for Siti Khadijah Mn.
14 reviews4 followers
July 27, 2015
I think I've set a high bar on this book. In hope for the book to be a political satire at first after reading the synopsis. But apparently it turned out to be Zombi-Kampung-Pisang-like ghost story!

But I did enjoyed it though. Thanks for the creative book.
Profile Image for Aura Aurealia.
11 reviews1 follower
May 16, 2016
Disebabkan aku beli buku nie sekali dengan COMEY, aku perasan main theme dua buku nie sama, penyalahgunaan susuk. Pantang yang dilanggar pun sama, jangan tengok cermin. Beza kat COMEY, hantu jadi macam hyena, sini jadi hantu purdah. Tapi twist dalam buku nie memang unexpected lah.
Profile Image for Qhairul Nizam.
1 review
March 27, 2016
Buku pertama beli dari lejen press. overall memang best dengan twisted ending. walaupun straight forward tapi kalau kaji elok ada mesej2 yang tersirat yang cuba disampaikan...
Profile Image for Rehan Abd Jamil.
655 reviews34 followers
March 19, 2018
Simply love this book..awesome plot, scary n funny at the same time..skrip lawak giler, thumbs up to Naufal Tarmizi!
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
August 13, 2015
Assalamualaikum..kum..kum..

Tumpang tanya.. Kat sini ada.. Anak dara tak?

Serius #SeramShit
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.