Aku sering menginginkan lelaki gagah... Bukan gagah yang dilimpahi ringgit, atau cahaya emas, atau saku penuh kerongsang delima. Aku tak perlukan lelaki untuk kepuasan. Aku mahukan lelaki yang luhur. Aku mahu lelaki yang jujur membentengi Mungkinkah akan kutemui...
Creative Enterprise Sdn Bhd 301 ms : cetakan kedua 1993
Kisah tentang gadis bernama Ayu. Sejak dilahirkan....pelbagai kisah suka duka yang dialami sejak kecil.
Meniti kedewasaan...hatinya diguris dan dia juga telah melukakan. Tatkala harapan mula kelihatan dan dia mengecewakan lagi.
Adakah salah Syarifah, Anisah diperalat dalam memecahbelahkan istana perkahwinan Jalil dan Ayu. Begitu berbisa bila hati Imran terus dilukai dengan harapan yang nyata palsu.
Ayu terus mengharungi liku-liku kehidupan dengan bayangan penyesalan dan kekecewaan. Mungkinkah Jalil akhirnya sedar, sesuatu yang bermakna sebelum ianya hilang?
Rupanya saya pernah baca buku ini dulu. Pabila nak masuk review baru teringat. Langsung sebelumnya saya tak ingat hang buku pernah dibaca.
Selepas beberapa tahun, selepas beberapa ratus novel, saya tidak dapat nak kata menyokong buku ini untuk dibaca ramai, terutama remaja. Ada saja unsur menginsafkan, betapa Ayu seorang yang semacam berhati lembut dan membantu orang dekat dengan jiwanya. Namun, banyak juga yang tak dapat saya gemar. Saya tak berkenan perbuatan labah-labah terhadap Ayu. Pulak dah 😁 Apapun, saya sedar penuh, kita bukan sesiapa untuk menghakimi manusia. Semoga penulis mendapat balasan yang baik jika buku ini diniatkan ke arah yang baik juga.
Tak sangka cerita dia dapat meraih simpati dan menggamit kesedihan. Nama penulis semacam sinonim dengan something negative, tapi tak kenal pun dia sebenarnya so will leave it at that. Awal pembacaan, rasa naik bulu tengkok (geram marah) juga kes Aton yang durjana terhadap suaminya Dollah yang mandul tapi sebab utama Aton curang dengan Agus (terbayang kontrak Indon), ialah sebab dia tak cintakan Dollah, sebaliknya dah lama cintakan Agus. Lepas tu, kelahiran Ayu bertemankan labah-labah, dikecewalan ramai lelaki sebab dirasuk si labah-labah, dan perangai Ayu membiarkan tubuhnya diulit labah-labah hingga tahap "macamnya" menaikkan syahwat, haihhh susah nak terima dek akal.
Still, Ayu banyak sifat baik, budi terhadap temannya Syidah, hampir saja Syidah jadi pembunuh kalau tidak kerana dorongan dan bantuan duit simpanan & hasil gadaian barang kemas Ayu, Ayu yang cerdik dan berhati waja, petah bercakap walau minatnya nak jadi sir stewardess, then Ayu dinodai tunang si Murad celaka yang dipercayai, Ayu yang bukan jenis suka berfoya-poya walaupun cinta lelaki pasti bagai datang menderu bila dia petik jari, then Ayu pemaaf walaupun disakiti, nekad nak usahakan klinik dibina utk orang kampungnya, kasih sayang dan setianya pada orang tersayang termasuk Tuk Dek, Nek Neng Jenab, emaknya, Imran, Jalil.... hingga saat akhir. Tragik cerita ni. Betul meremang bulu roma masa disebut Mirawati bermain dengan 'ulatnya'.
tak kisah lah orang nak cakap apa tapi for me ceritanya boleh tahan cuma ada mistakes terutama ejaan sabar jer lah tapi takpe lah ku terima sebab buku lama cuma cuma cuma muka surat 254 macam tergantung "termasuk anaknya yang masih kecil jika" then terus ke muka surat 255 epilog
sian pada ayu .... start dengan Murad, Imran and Jalil walaupun Imran dan Jalil memang sayang pada Ayu still mistake still mistake kan ingat ayu tu tunggul ke?
buku menarik sebab lain dari yang lain labah-labah ... something different ...