Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sandera

Rate this book
Sandera (bermaksud tebusan; sebuah perkataan bahasa Indonesia) merupakan sebuah novel bertemakan sejarah hasil karya Arena Wati.

Novel ini menceritakan kisah kebangkitan rakyat di nusantara menentang penjajahan dari pihak luar. Kisah perjuangan individu bernama Busad di samping rakan dan ahli keluarganya yang hidup dalam satu zaman serba mencabar yang menuntut pengorbanan harta, masa dan keluarga. Busad, seorang pelopor yang menentang pihak Belanda telah berjaya melarikan diri daripada ditahan di Digul, Tanah Merah. Ayahnya berasal dari Tanah Melayu, tetapi Busad tidak mengetahui dari negeri yang mana satu.

Kebanyakan watak dibina dengan baik dan mendapat bahagian masing-masing serta tidak dilihat dari satu dimensi sahaja. Menariknya, watak-watak utama dalam novel ini semuanya pernah menjadi tahanan pihak berkuasa termasuklah Busad dan Sariyah (melalui pihak Belanda), Mahmud (melalui pihak Jepun), Zahid (melalui pihak Kerajaan Persekutuan, sewaktu Konfrontasi Indonesia-Malaysia) dan Sapiah (melalui pihak Kerajaan Persekutuan, selepas menyerah diri daripada menyertai komunis).

Sumber: Wikipedia.

459 pages, Hardcover

First published January 1, 1971

7 people are currently reading
77 people want to read

About the author

Arena Wati

71 books51 followers
Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta.

Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.

Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988.

Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (40%)
4 stars
13 (29%)
3 stars
11 (25%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Abdul Hakim Abdul Basir.
30 reviews5 followers
September 13, 2009
Inilah antara karya yang patut dibaca dalam langkah-langkah kita menyambut 50 Tahun Merdeka. Novel ini sarat dengan kisah-kisah kebangkitan rakyat Nusantara menentang penjajahan. Kandungan novel ini juga mengandungi panduan dan nasihat kepada mereka yang hidup selepas merdeka agar mereka menghargai dan memaknakan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu.

Novel ini memenangi Hadiah Utama Sayembara 10 Tahun Merdeka (1968), di tempat ketiga dalam satu peraduan aneh yang mana tiada pemenang pertama dan kedua. Penganjur sayembara mungkin kehilangan penajaan dan hanya mampu memberikan hadiah tempat ketiga. Trend ini nyatanya berjangkit dalam sejarah negara kita, kerana setelah ada precedent sedemikian, maka ramailah penganjur sayembara di Malaysia ini yang kadangkala hanya memberikan hadiah sekurang-kurangnya di tempat ketiga atau kedua (e.g. Surat-surat Perempuan Johor dan Empangan).

'Sandera' merupakan istilah Indonesia dan adalah sangat asing di dalam kamus orang awam di Malaysia. 'Sandera' boleh bermaksud tebusan (hostage) atau diculik (abductee) bergantung kepada kesesuaian penggunaan.

Novel ini menurut Arena Wati (dalam 'Jejak Kreatif') telah terperap hampir 3 tahun dalam simpanan DBP sebelum akhirnya diterbitkan pada tahun 1971. Tuah selepas itu mengiringi apabila 'Sandera' telah dijadikan teks pelajar aliran sastera. Malah ada ura-ura daripada P. Ramlee, sebelum kematiannya pada tahun 1973, untuk mengadaptasikan 'Sandera' ke dalam filem, kerana mesej keNusantaraan yang berat dalam novel tersebut.

Kisah perjuangan individu bernama Busad dan lingkungannya - sahabat-sahabat dan ahli-ahli keluarga. Mereka semua hidup dalam satu zaman serba mencabar yang menuntut pengorbanan harta, masa dan keluarga. Busad, seorang pelopor yang menentang Belanda telah berjaya melarikan diri daripada ditahan seterusnya di Digul, Tanah Merah. Ayahnya berasal dari Tanah Melayu, tapi dari negeri yang mana, Busad tidak pernah diberitahu.

Watak-watak dalam 'Sandera' dibina dengan baik dan mendapat bahagian masing-masing dalam penceritaan, cukup untuk tidak membuatkan watak-watak tersebut one-dimensional.

Amat menarik untuk dinyatakan bahawa watak-watak utama dalam 'Sandera', semuanya pernah menjadi tahanan pihak berkuasa: Busad (Belanda), Sariyah (Belanda), Mahmud (Jepun), Zahid (Kerajaan Persekutuan, sewaktu Konfrontasi) dan Sapiah (Kerajaan Persekutuan, selepas menyerah diri daripada menyertai Komunis).

Bacalah buku ini jika anda sedikit bosan membaca buku teks sejarah. Melalui buku ini, fakta sejarah disusun secara kreatif dan amat menyenangkan untuk dibaca. Mungkin juga melalui pembacaan novel ini anda akan ketemukan fakta sejarah yang diketahui benar-benar wujud oleh Arena Wati tapi segan hendak ditulis dalam buku teks sejarah. Ingatlah, sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang.
Profile Image for Fadil.
15 reviews1 follower
November 11, 2010
Wajib dibaca oleh semua warganegara Malaysia supaya kenal apa itu Merdeka.
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
July 23, 2019
Karya fiksyen yang terbaik bagi menggambarkan suasana Malaya dan Malaysia ketika era 'panas' - bermula kebangkitan bibit-bibit semangat nasionalisme kesan gerakan islah di Timur Tengah, perbezaan fikiran antara Kaum Tua dan Muda, pendudukan Jepun, bintang tiga, BMI, Malayan Union, pertembungan antara Melayu Bersatu dengan Melayu Merdeka, darurat, pilihan raya pertama, kemerdekaan dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Inilah satu-satunya karya kreatif yang membuatkan saya terasa memahami sejarah pembentukan Malaysia secara lengkap walaupun hanya melalui gambaran terhadap watak-watak yang dibina. Bukan sahaja terbatas kepada Malaysia, malahan hubungan serantau. Selain sejarah, geopolitik, geoekonomi, pengarang bijak menggarap isu-isu yang tidak kurang pentingnya juga seperti bahasa kebangsaan, busana, pendidikan, ras, gender, seni dan banyak lagi.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
January 23, 2011
Saya sarankan semasa Perhimpunan Agung Umno akan datangi, ada kan satu sesi khas untuk membahas novel ini dari berbicara soal yang karut-marut ketika perhimpunan. Biar para perwakilan terbuka minda akan erti perjuangan. Biar mereka tahu sejarah pembentukan Umno. Biar mereka sedar tujuan mereka berparti. Barulah laku buku Sasterawan Negara. Laku untuk di baca, bukan untuk di bakar!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.