Jump to ratings and reviews
Rate this book

Musnah

Rate this book
Semakin mendalam kiranya perasaan Anuar pemuda kampung yang terumbang-ambing oleh duka nestapa kehidupan itu terhadap Rohani gadis kota yang sedang menuntut di maktab perguruan, semakin tersayat kiranya hati pemuda itu kerana surat cintanya tidak berbalas. Namun peristiwa demi peristiwa dituntut juga; dimana kerbau dipawah pada adiknya membuat hal -- terseret ke mahkamah denda ditagih -- dan ibu yang dhaif meninggal pula. Dalam pada itu dimanalah hendak dijejakkan hati nurani gadis Rohani yang semulanya mempunyai sifat-sifat kota yang biasa bersenang-senang itu, lebih-lebih lagi berhadapan dengan surat-surat cinta Anuar, Rahman dan siswazah Fauzi. Tetapi siapakah gerangan sebenarnya pemuda Anuar yang miskin dan dianggap kutu itu? Demikian apporach kemanusiaan yang dikemukakan pengarang untuk novel ini, disamping approachnya yang agak berbeda dari novel-novel biasa dan kecekapannya menerusi surat-menyurat itu.

100 pages, Paperback

First published January 1, 1966

4 people want to read

About the author

Aziz Afkar

11 books7 followers
AZIZ AFKAR (1942 - 2007), penulis. Dia lahir pada 12 Disember 1942 di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abd. Aziz @ Hussin bin Ismail tetapi lebih dikenali dengan nama Aziz Afkar. Dia mendapat pendidkan awal di kampung kelahirannya dan mula bergiat dalam bidang penulisan ketika masih di bangku sekolah lagi.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
2 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,583 reviews42 followers
May 12, 2021
Berat beban yang dibawa oleh Unggal Limah dan anaknya Anuar sewaktu hayatnya. Saya sedih memikirkan keadaan mereka dua beranak... juga hiba dengan nasib yang menimpa Amin. Nak kata saya kasihan terhadap Anuar, rasa macam tak dapat. Bukan kerana saya tak kasihan sebenarnya, tetapi saya lebih kepada tidak dapat faham tujuan sebenar surat-surat yang membawa segunung harap dan expectation yang dilayangkannya untuk Rohani. Rasanya macam Anuar tidak begitu jauh dari segi tempat tinggal dengan Rohani. Anuar juga boleh minta Amin bawakan dia ke rumah Rohani. Mengapa tidak dilakukan? Mengapa hanya berkirim surat? Mengapa tidak berani berterus terang? Rohani pula, saya lebih faham keadaannya. Dia cinta tetapi tidak mahu mengaku dengan cara membalas surat Anuar. Dia juga tidak cukup berani untuk pergi mencari Anuar seperti yang ditekan oleh pemuda itu melalui dua-tiga surat terakhirnya. Rohani dari awal diperkenalkan oleh Anuar kepada Ahmad melalui suratnya sebagai "...seorang gadis yang berbeda dari kawannya yang lain. Lain dari yang lain. Dia tidak sombong, tetapi tidak pula terlalu sosial". Nahhh, Anuar sepatutnya faham mengapa Rohani yang pernah berbudi terhadap keluarganya 'kerana Allah' dan pernah juga menjawab suratnya yang pertama, tidak lagi mahu membalas pujuk & rayunya lagi. Saya tidak faham mengapa Anuar kuat dan nekad menulis tetapi tidak tega berjumpa empat mata. Saya lebih kasihan kepada Idah sebenarnya... nampak macam Rohani secara halus menuduh sahabat karibnya itu sebagai pengkhianat kerana nasihatnya untuk tidak mengendahkan Anuar dikatakan berbaur 'ada tujuan lain'.... tapi bukankah dari awal lagi, sebelum kemunculan Anuar pun, Idah telah maklumkan Rohani hasratnya mahu mereka menjadi ipar?

Selain itu, novel nipis ini sangat istimewa dengan kaedah penceritaan berbentuk surat-surat-surat semata. Kisah sedih bagi saya, di kalangan orang kampung yang bersuka ria dan riang ceria menghabiskan masa bermain terup dan berpesta pantai, ada juga insan yang begitu sekali melaratnya hingga tiada wang untuk beli segenggam beras, dan mati kerana badan lemah tidak makan.

Powerful. Bacalah.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 20, 2017
" Dia telah pergi, sebelum sempat mendengar mulutku mengucapkan cintaku. Kerana itu matinya telah menjadi halangan yang besar untuk hatiku menerima pemuda yang lain darinya. " - Rohani
Displaying 1 - 2 of 2 reviews