Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fujoshi

Rate this book
Pada zahirnya, mereka nampak macam pasangan biasa. Tapi bila kau gali lebih dalam, sebenarnya ada yang lain lain macam sikit. Bukan soal kewangan atau skandal, tapi minat si isteri yang buat sang suami tertanya-tanya, “Kenapa aku boleh kahwin dengan dia, eh?”

“Weh, Kandar. Apa kau rasa kalau orang yang kau sayaaaaaaaaang sangat, ada minat yang lain macam?” soal Dany, dia nampak gugup sikit.

“Apa maksud kau?” soal Kandar dengan dahi berkerut.

“Um… Aku tak tau lah nak terangkan. Pelik pun ada sebenarnya.”

“Alah kau ni. Bagitau je lah. Kata best friend,” ujar Kandar sambil mendekatkan jarak antara mereka berdua.

“Erm… Isteri aku tu… fujoshi.”

296 pages, Paperback

First published August 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ena Nyx

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (12%)
3 stars
4 (50%)
2 stars
2 (25%)
1 star
1 (12%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Lapis.
3 reviews
October 10, 2026
This review will be coming from a fujoshi who was expecting the worse but I am dissapointed with how the story goes and how much it villainifies Luna just for liking BL media instead of the man who swears to love her till the end of their lives. And i would not recommend anyone to read this.

From the title alone you would assume the novel would be about the heinous and devious things Luna must have done as a fujoshi when most of the novel is just Dany being an ass to his wife while also not having a single working braincell to try and talk to her about her "obsession".


You would think from the blurb alone Luna must have commited such a disgusting plan like asking her dear husband to do disgusting things with another man while she watches but noooo Luna just enjoys watching thai and korean bl but has an overspending issue. To me Luna didnt even do anything weird, she just likes romance genre from BL dramas? Not even touching much weirder genre and kinks LIKE LITERALLY JUST ON THE SURFACE? And shes just shipping the actors from the drama? Same as people who prefer "normal" couples? Sama je bezanya Luna just likes gay couples?

The issue couldve resolved if Dany just talked to Luna truthfully about how money is scarce especially since theyre living in KL. He couldve actually be a functional husband at the beginning by telling her she needs to tone down her spendings. Tapi tu la kan if issue dah resolve daripada awal it wont be a novel la kan? Whats a story without conflict kan especially a novel that was advertised to talk shit about fujoshis haha. And also Dany couldve asked her to change TOGETHER and Luna would try for him because she truly loved him.


And also the audacity to be writing about how being a fujoshi is a sin when youve inserted elements that could be considered as soft porn like that part where luna touches dany's chest to help him get into character, and them touching skin to skin while they werent even married yet. Tapi tu lah kan lagi berdosa jadi fujoshi daripada bukan mahram bersentuhan dan menimbulkan nafsu di dalam diri, kan? Hypocrite.

Oh and also the writing. Theres so much holes and missing parts. Im pretty sure the author does not focus too much on details and the story is EVERYWHERE. Tiba-tiba focus kat cempaka yang kat thailand tengah dengar lagu bts? Like? Aku tak faham apa maksud some reviewers saying the story is clean APA MAKSUD KORANG CLEAN? Its everywhere its like kejap focus on main couple, tiba2 dekat cempaka.

All in all would not recommend and please dont use a term for a group of people like fujoshis. We dont need more people hating on us with what we do. Theres a lot of more serious issues you can focus on like LITERAL PHYSICAL AND MENTAL ABUSE IN DANY AND LUNA'S RUMAH TANGGA but sure, use the name fujoshi to click bait people. Congrats you succeeded because i was, in fact, baited. And so i had to write this review.
Profile Image for meenie.
484 reviews6 followers
October 12, 2026
it's quite frustrating knowing how high my expectations towards this book but then its just crash out - poofff !!!!!!!! (not in bad way)

firstly, tahniah author untuk karya debut ini. the idea is there but maybe just need a little bit of polish. but, i appreciate the efforts coz this is just a debut and i believe more to come from you.

as everyone knows fujoshi membawa maksud festish/suka kepada hubungan sejenis antara lelaki. maksud mudah, suka tengok bl atau boy love. saya tak pasti ini dikira as kink or not. okay back to story, ini kisah berkenaan dany dan luna. kisah cinta mereka to be specific. actually sinopsis belakang wont justify the content of the book.

permulaan cerita agak menyeronokkan. kita akan start tahu macam mana dany dengan kandar berkawan and macam mana mereka boleh bertemu dengan luna dan cempaka. ditakdirkan masuk kelab teater bersama, tup tup tangkap cintan with each other. bezanya dany dengan luna kawin, yang satu lagi masih ttm (teman tapi mesra). tapi bila masuk page 178 pun masih lagi takde tanda why title of book ni fujoshi saya dah start rasa lelah..bilanya?

pertengahan cerita, macam roller coaster. selak page ini pasal dany dengan luna, eh tiba dany nak berubah jadi alim ulama terus nak banned all fangirling luna activities, pastu eh gaduh dengan kandar. masuk pula kandar dengan cempaka macam nak karam hubungan mereka. too much unnecessary info sampai i lupa apa main plot buku ini?

and the ending? idk it doesn't make sense at all. rasa terlalu rushing sampai saya taktahu apa jadi dengan title asal ini? takde full closure pun.

apa-apa pun i hope author can take this review dengan sebaik mungkin. maaf dari saya ye sekiranya tersalah bahasa 🙏🏻 and satu lagi, alooo bakpo fixi skrg font dia kecik cenonet. dok suker ler kome huhu tu je byee
Profile Image for readwithariey.
42 reviews1 follower
September 8, 2026
Hmm. Fujoshi.

Kisah ttg seorg isteri yg taksub dgn boy's love (BL). Sikap itu dia bawa dr zaman student sampai da kawen.

Its all about how her husband nk tegur sikap isteri dia yg obses.

So ade la gado², majuk² dan pujuk². Light romance vibe. Asam garam rumahtangga.

Cerita dia clean, olahan penulisan yg ringkas and santai. Xde puitis² sgt.

Honestly cite ni sesuai utk remaja or awal 20an.
Profile Image for Azzahreads.
3 reviews
October 23, 2026
Waktu saya dah baca buku ni hampir separuh, saya tertanya-tanya, "Akan ada ke Luna POV? Apa yang penting sangat Dany POV? Foreshadow apa penulis nak bagi? "

Tengok-tengok, persoalan saya tak terjawab. Saya rasa buku ini lompang dari segi foreshadow dan giving the reward untuk pembaca macam saya untuk enjoy baca. Sepanjang di uni, sebenarnya boleh je foreshadow kelakuan Luna yang suka benda fujoshi secara subtle sampailah mereka berempat graduate/mula bekerja. Saya rasa arc sewaktu Dany dan Kandar pertama kali berlakon tu tak cukup untuk tunjuk klu Luna tu fujoshi.

Bagi orang yang tak familiar dengan ragam orang fujoshi, mungkin mereka tak perasan dengan baca buku sekali. Mereka mungkin dapat tangkap klu selepas baca kali kedua. Untuk orang fujoshi pula, mereka akan angguk setuju kalau mereka baca pengalaman dalam babak mungkin sama atau ada yang tak bersetuju. Sebenarnya, saya tak perlu explain berjela2 macam ni, tapi saya rasa macam urghhh sayangnya kenapa tak letak elemen foreshadow begitu.

Untuk isu buku dakwah yang orang viral bahaskan, saya sebenarnya lebih tertarik sekiranya buku itu menarik atau tak untuk dibaca hatta ada unsur dakwah sekalipun. Tapi sayang, buku ni bagi saya biasa. Malah saya bersetuju kepada sesetengah orang cakap buku ini sepatutnya tidak bertajuk FUJOSHI. Bagi saya benda tu satu offensive kalau tajuk besar FUJOSHI tapi tak bercakap langsung pasal budayanya. Cupsleeve event dan Meet-and-Greet event tak cukup ya untuk tunjuk komuniti fujoshi secara umumnya. Bagi saya, dakwah tanpa sebut/mengupas sisi-sisi masyarakat pendosa ber'manusia' itu dengan mencanang dakwah kita paling ampuh dan paling benar tidak menarik dibaca. Gambaran yang kaku tentang komuniti fujoshi untuk panjangkan hujah dakwah juga tidak menarik dibaca. Saya dapat rasa diri saya conscious yang jasad saya sedang membaca buku berbanding saya tak sedar saya sedang 'selam' dalam cerita ketika membaca. Menganggu betul baca cara pengolahan ayat untuk get to the point of the dakwah tu.

Saya juga macam terkilan sebab saya ada expectation yang penulis memang buat research menyeluruh tentang budaya fujoshi dimana tidak tertakhluk dari segi media consumption sahaja, malah community interaction juga diambil kira. Namun, yang part komuniti tulah paling dibuat sambil lewa. Saya ingat saya dapat tengok Luna berinteraksi dengan kawan-kawan fujoshi lain ketika di event. Tapi sangat kaku, cartoonish dan sangat menjadikan NPC yang ada di situ sebagai alat plot untuk Dany tidak selesa dengan komuniti di situ. Percayalah, kebanyakan fujoshi yang pergi event adalah orang bekerjaya dan berpendidikan tinggi, mereka tidak sewenang-wenangnya bercakap dan berimaginasi perkara fujoshi kepada orang tak dikenali lebih-lebih lagi kalau tahu/nampak itu suami orang. Mereka lebih tertarik bercakap tentang watak-watak lelaki fiksyen yang mereka minat berbanding lelaki.

Ingatkan saya juga dapat cerita di mana budaya fujoshi ini ada warna nuansa dimana kita boleh empati dan prihatin terhadap Luna, pada waktu sama kita faham juga POV Dany kenapa dia taknak Luna terjebak dalam budaya yang baginya akan membawa merana. Tapi buku ni seolah-olah nak buat Luna lah punca segala 'kejahatan' tanpa beri sebarang belas kasihan dan perspektif kenapa dia menjadi fujoshi. Mungkin ini preference saya saja, tapi saya suka benar kalau watak 'jahat' juga ada pendapat peribadi yang saya macam boleh angguk dan berkata, 'masuk akal juga tapi I agree to disagree'. Bila saya nampak cover buku ini ada tulis 'untuk pembaca matang', saya fikir buku ini buat perkara sama. Saya harap penulis berani dan yakin untuk biarkan Luna bergaduh dan pertahankan apa dia suka untuk ummphhhkan lagi konflik tersebut. Sampai jadi kes polis pun apa salahnya? Bagi saya, semakin 'gelap' watak antagonis, semakinlah 'cerah' watak protagonis. Saya tak dapat rasakan morality tension daripada Dany dan Luna ketika mereka berkonflik tentang perkara fujoshi. Saya dapat bau label Luna sebagai 'penjahat' dah dicop dari awal cerita lagi. Pendapat Dany 'menang' tanpa bermulanya bertanding.

Perkara yang mampu buat saya habiskan baca sampai habis adalah subplot Kandar dan Cempaka yang bagi saya tak membantu langsung bagi impak kepada cerita FUJOSHI. Pada 3/4 cerita, saya terpaksa tukar mindset saya ini cerita drama typical hetero couple bukan couple luar norma. Saya dapat rasakan cerita Kandar dan Cempaka lagi menarik dan mudah nak hadam daripada FL utama dan ML utama . Tapi macam saya cakap, saya hampa dan terkilan. Ini bukan cerita yang saya nak baca pada akhirnya.

Tapi macam mana pun, saya harap penulis tidak putus semangat untuk menulis. Bagi saya, memilih watak fujoshi sebahagian cerita debut itu satu perkara berani. Saya nampak buku ini banyak potensi tapi berciciran juga akhirnya. Saya faham apabila buku ditulis untuk sayembara, deadline adalah mimpi ngeri/musuh utama penulis. Saya nak sangat baca karya Penulis Ena Nyx seterusnya lagi dimana beliau tidak terjerat dengan deadline pertandingan. Dimana beliau boleh duduk bersama editor beliau untuk memurnikan bukunya berkali-kali sebelum diterbit di pasaran. Saya tunggu.
Profile Image for Shahin&Buku.
44 reviews1 follower
October 20, 2026
Kisah ini tentang Luna yang Fujoshi dan macam mana minatnya itu memberi kesan kepada kehidupannya setelah berkahwin dengan Dany.

Fujoshi ni minat kepada cinta antara lelaki. Ya, betul. Tapi, kisah ini bukanlah tertumpu pada perkara terkutuk itu. Tapi lebih kepada kisah bagaimana Luna nak overcome dosa dia. Dany pula sebagai suami, terpengaruh dengan seorang ustaz yang salah dan bertindak menjadi suami yang judgemental serta agak kejam kepada isterinya.

Sepatutnya, seorang suami perlu menegur isteri dengan hikmah, bukan dengan paksaan dan kekasaran. Mula-mula saya membaca buku ini, saya risau kalau-kalau saya menyesal dengan kontennya yang melampaui batas.

Alhamdulillah, buku ini masih terkawal dan membawa mesej yang cukup baik. Kita semua adalah pendosa dengan dosa yang berbeza. Ada yang membunuh, mencuri, berzina...

Mcm tu jugalah, dosa berkaitan Fujoshi ini. Sedangkan Allah telah menterbalikkan bumi kerana kaum Nabi Luth yang terbalikkan fitrah di bumi. Kalaupun Zina itu Haram, dosa songsang ini jauh lebih Haram kerana ianya melawan fitrah. Janganlah kita menyokong yang Haram dan melampaui batas itu.

Sebagai buku Fixi, memang ada bahasa yang kurang sopan. Dan bacaan ini, strictly untuk orang yang matang. Suka saya tegaskan, definisi matang bagi saya ni 21 tahun ke atas yang boleh mengawal minda agar tidak terikut.

Ramai juga yang marah-marah sebab nak baca tentang BL dalam buku ini. Tapi penulis hanya menyentuh secara teori sahaja. Baguslah kan, kita nak dapat manfaat bukan nak tambah dosa dengan baca buku.

Macam dalam buku ini, saya sangat memuji tindakan Dany yang bersungguh-sungguh mempertahankan rumah tangganya dengan Luna sebab semua orang pun tak sempurna... Overall okeylah. Saya beri 4 bintang untuk penulisan yang baik dan menginsafkan. 1 bintang tu hilang kerana isu sensitif, pada pandangan peribadi saya. Semoga penulis boleh bawa isu lain yang boleh menginsafkan juga in future.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews