Jaka Indra datang ke sebuah hutan mengkaji burung. Ditemani Patih si penunjuk arah, dia langsung tidak mengendahkan amaran tentang sumpahan purba dan legenda Batu Belah Batu Bertangkup oleh penduduk di situ.
Di tengah rimba itu juga berdiri sebuah rumah agam yang dihuni dua beradik: Melur dan Mawar. Terasing daripada masyarakat sejak kecil, mereka hidup dalam rahsia dan tragedi yang meninggalkan kesan mendalam.
Pertemuan Jaka dengan dua beradik itu membuka lembaran rahsia yang selama ini tersembunyi. Siapakah Melur dan Mawar? Apakah kaitan semua ini dengan cendawan-cendawan yang tumbuh meliar di situ? Dan mampukah Jaka Indra untuk membezakan di antara fakta dan dongeng?
Kisah ttg seorang lelaki mngembara dgn niat menyelidik burung di hutan. Hutan yg digeruni org kg dgn cerita misteri 'batu belah batu bertangkup' yg menelan manusia.
Namun dgn kehadiran 2 org gadis cantik dr hutan yg sama, mgugat hati laki tu. Mcm2 gangguan laki tu alami waktu di hutan. Angkara apa? Laki tu ingin tahu.
Pngembaraan dia mbawa kpd trungkainya satu rahsia hutan yg tidak disangka². Di sbalik kisah perit gadis itu, ada cinta yg terbit. Apa ksudahan mereka?
Penulisan yg puitis, sangat terperinci. Since cerita ni bertemakan keindahan flora fauna, so olahan dia lebih fokus kepada suasana pengembaraan watak. For the first half aku rasa a lil bit draggy and slow pace.
But for the last half aku suka, sbb konflik dia mula muncul dgn rasa hook yg misteri, horror and a lil bit gore. X extreme sgt tp ok la boleh layan.
Ending dia is soooo 'fixi' ya. Actually aku mengharapkan hero tampil lebih berani sbnrnya.
Overall just nice 👍
Oh ya, kenapa tindawan? Atau nama lainnya cendawan.
Kerana cendawan² tulah yg menjadi kunci perubahan hidup gadis2 tu. Ada sebab kenapa salah satu cendawan tu ade warna hijau kat cover dia hehehehe. Korg baca la 😎