What do you think?

Sembuh dengan Kalam Tuhan
Sembuh Dengan Kalam Tuhan ialah sebuah naskhah refleksi jiwa yang mengajak pembaca kembali kepada Allah melalui keindahan dan kekuatan ayat-ayat al-Quran. Ia menghimpunkan tadabbur ayat-ayat pilihan yang menyentuh hati manusia saat diuji, ketika rasa hilang arah, dilanda sakit, kecewa dan keletihan dalam kehidupan.
Disusun dengan perjalanan yang perlahan dan mendalam, buku ini membawa pembaca daripada pencarian Tuhan, kepada pembersihan jiwa, seterusnya menuju ketenangan yang hakiki. Ia mengingatkan bahawa setiap ujian yang hadir bukanlah sekadar hukuman, tetapi tanda kasih sayang Allah untuk menghapus dosa, mengangkat darjat dan mendekatkan hamba kepada-Nya.
Dengan bahasa yang lembut dan penuh pengharapan, buku ini hadir sebagai teman yang memeluk jiwa. Ia menemani mereka yang sedang mencari makna dalam kesakitan, yang merindukan ketenangan, dan yang hampir putus asa. Di setiap halaman, pembaca akan menemukan satu kebenaran yang menenangkan bahawa penyembuhan sebenar bermula apabila hati kembali kepada Kalam Tuhan

280 pages, Paperback
First published January 1, 2026
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
September 4, 2026
Bagi yang sedang bertahan, sila baca buku ini. Mungkin kita sedang berada di fasa mahu melepaskan atau hampir berputus asa… apa kata cuba baca buku ini sedikit demi sedikit. 🤍
Bermula dengan kesedaran, kemudian membawa kita melalui proses penyembuhan. Turut terselit kisah-kisah yang mungkin akan menjentik jiwa.
Ada 7 topik besar yang dibawakan dalam buku ini. Sila baca perlahan-lahan, jangan rushing. 😆
Apa yang buat saya suka, ada banyak point yang buat saya refleksi semula apa yang telah berlaku sepanjang 42 tahun kehidupan.
Kisah kehidupan penulis pula buat kita belajar untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang kita ada.
Ada perkara yang sebenarnya selalu kita dengar, tapi entah kenapa bila dibaca dalam buku ini, rasanya macam pertama kali mendengarnya. Mungkin kerana cara penyampaiannya yang jelas dan mudah sampai ke hati.
So, ini antara buku Sembuh yang I loved. 🥰

September 24, 2026
Refleksi ayat-ayat Al-Quran yang terpilih disusun membentuk buku yang sedap dibaca. Kalam Tuhan merupakan penawar hati dan jasmani. Al-Quran panduan kehidupan yang sewajarnya dibaca dengan istiqamah. Buku ini sesuai untuk menjadi teman tadabur selepas membaca Al-Quran.
Seperti kata penulis, adakalanya ujian kehidupan melemahkan semangat. Ujian perlu dihadapi pasrah, redha dan tawakal sementara menanti hikmah dan anugerah berkat kesabaran.
Petikan ayat-ayat Al-Quran disusun dengan baik dan sesuai bagi setiap bahagian dan bab. Layout buku cantik dengan ilustrasi pada hujung bab dan tidak mengganggu pembacaan. Ringkasan setiap bab bermanfaat untuk rujukan kemudian hari.