Jump to ratings and reviews
Rate this book

Romancinta

Rate this book
Mengapa takdir membiarkan kita bertemu...
Dan bercinta hanya untuk sementara waktu...

Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.

Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda.

Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang.

Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.

Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia.

Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.

740 pages, Paperback

First published June 1, 2015

21 people want to read

About the author

Nicki Lee

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (6%)
4 stars
17 (53%)
3 stars
12 (37%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
August 24, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Petua untuk membaca Romancinta:
1. Pastikan baca time ada banyak masa sebab once you’re on it, you’re hook.
2. Jika novel romantik tahap sakit gigi yang dicari, you’ll be disappointed.
3. Jika tak suka novel yang ada banyak watak, you’ll disappointed.

N suka Romancinta sebab temanya yang gelap. N suka Romancinta sebab pengolahan cerita yang tidak meleret. N suka Romancinta sebab watak-watak villain yang agak sukar dibenci.

Tapi apa yang paling N suka tentang Romancinta adalah sebab ia menonjolkan keperluan cinta dan kasih sayang dalam diri makhluk bergelar manusia. Bergelumanglah kita dalam kejahatan. Tapi kalau diri ini bergelar manusia, perasaan cinta dan kasih sayang tetap menjadi sesuatu yang diinginkan. Baik kasih sayang antara keluarga dan sahabat, mahu pun cinta seorang kekasih.

Biasanya kita dihidangkan dengan watak samseng yang kejam dan berhati beku. Romancinta menunjukkan samseng juga boleh jatuh cinta. Seperti lelaki yang stok baik-baik, samseng juga menagih cinta. Seorang yang menjadi samseng, apabila tiba masanya mahu berubah juga.

Yang jahat, tidak selamanya jahat. Yang baik, tidak selamanya kekal baik. Selagi pintu taubat masih terbuka, insaflah selagi boleh. Hukuman di dunia mungkin sengsara, nikmat di sebelah ‘sana’ mungkin sedang menanti.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews108 followers
November 7, 2016
3.5 bintang

Quite good actually. Interesting storyline and good plot. Watak-watak dikembangkan dengan baik dan kemas. A good example of a good writing.

One thing yang perlukan improvement, strength and emotion pada naratif dan watak. It's there, tapi tak berjaya nak cengkam hati saya untuk membaca satu persatu. Yes, I skipped a lot...hehehe..

Tapi I still recognized this as a good book :-D
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 5, 2016
3.7*

novel ni menarik, sebenarnya. tak klise.. lari dari kebiasaan novel2 sekarang, dan agak mengejutkan actually saya suka jalan cerita yang dipaparkan.

namun, di awal2 agak predicatable, sehingga banyak yang saya skip baca terutama part2 sebelum dan selepas kahwin tu.. namun cerita makin menarik dipertengahan.

Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
January 2, 2016
Wow kusuka cover Romancinta...terpaut dan terpikat..nasib baik isinya juga seindah cover..Tahniah Nicki Lee atas naskah yang genre yang sungguh berbeza..Berani sungguh penulis menulis watak yang pelbagai namun saling berkait dan tahniah kerana ada kesinambungan setiap watak...pandai sungguh penulis membawa kita dari satu adegan ke adegan yang lain...Sofea yang terlanjur dan mengandungkan anak luar nikah.Tahniah kerana keluarga masih mengambil berat dan peduli...satu iktibar yang perlu diambil...namun ini lah natijah jika kita bebas laku dan tidak pentingkan halal haram..Fandi dalam diam jatuh cinta pada si isteri...Namun padaku naskah ini masih ada kekurangan dari segi pengulangan isi dan adegan fandi dan isteri...Kebanyakan watak dalam naskah ini dapat kuteka dengan tepat namun ada satu watak nabilah yang kusilap teka...hahaha....Kesian pada watak Shark kerana padaku Shark tidaklah sejahat mana..(kan dia dah insaf dan sayang pada si dia)..keadaan masa silam yang membuatkan Shark memilih jalan hitam..4.1* untuk jalan citer yang best dan puas hati..Lagi ummphh jika Fandi lebih pandai berterus terang tentang perasaannya dan lagi kebabooms jika ada aksi lawan2 antara geng Shark, Jedi dan polis yang lebih real....Kipidap Nicki Lee..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
September 3, 2018
[BOOK 58]

Romancinta by Nicki Lee.
.

Novel ni pun okay je. Takde elemen cinta sangat.
.

Ni cerita tentang Shark, orang suruhan Jedi. Kiranya geng kongsi gelap la, seludup dadah dan pemerdagangan manusia. Shark ni bercinta dengan Fifi sampailah Fifi ni termengandungkan anak Shark. Tapi Shark tak nak bertanggungjawab. Fandi pulak yang diupah menjadi pak sanggup kepada anak Fifi.
.

Kiranya bukanlah Shark tak sayang Fifi, tapi status sebagai penjenayah tu yang menghalang.
Fifi pulak akhirnya dengan Fandi.
.

Dalam ni ada ramai watak. So, kena fokus untuk hubungkaitkan semua watak tu.
.

Ending pun cantik je. Fifi ngan Fandi. Shark dihukum gantung sampai mati. Tapi okayla, dia sempat bertaubat. Dan ada satu part yang ku salah teka. Ingatkan Bella, kawan Shark tu ialah Nabilah, adik Fandi. Rupanya tak. Cerita Nabilah ni yang masih dirahsiakan sampai ke sudah. Dan yang tak puas hatinya, Jedi tu masih hidup. Kahwin dengan Bella, dapat twins pulak tu. Hopefully si Jedi ni bertaubat jugak la.
.

Part cintan-cintun tu ada, tapi tak banyak. Just nice je lah dengan jalan ceritanya.
.

P/s: disebabkan ni ialah novel tahun 2015, dan sebelum ni pun, aku dah pernah baca novel pasal gengster jugak, so, aura novel ni dah kurang. Kalau ku baca lebih awal, maybe i can appreciate it better.
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
June 8, 2017
Fifi cintakan Shah. Fifi sanggup lakukan apa saja untuk Shah walaupun mahkota diri tergadai. Di saat Fifi amat memerlukan Shah, lelaki itu menghinanya dan membuangnya bagai sampah.

Fandi diupah sebagai ganti. Tatkala hatinya terluka pabila kekasih hati meninggalkannya dan dia sendiri memerlukan bantuan, maka perjanjian dimeterai.

Shah menyesal melihat kebahagiaan pasangan itu. Dia rasa kehilangan. Dan kini dia mahukan apa yang dirasakan adalah miliknya.

.
.
.

Eddie takkan dapat melupakan kenangannya bersama isteri tercinta. Dia tidak jemu melawat isterinya walaupun tahu mereka takkan kembali bersama. Tetapi di situ juga dia ternampak perempuan itu. Sewaktu Eddie melawat isterinya dengan rasa cinta, perempuan itu melawat lelaki itu dengan rasa benci. Dan Eddie mula tertarik.

Bella memang bencikan lelaki itu. Kalau tak kerana dia, Bella takkan terjerumus ke dunia gelap ini. Dan dia sedikitpun tidak perasan akan sepasang mata yang memerhatikannya bila dia ke situ.

* * *

Nampak macam ada dua cerita berbeza kan? Sebenarnya setiap watak tu ada hubungkait antara satu sama lain. Malahan ada banyak watak lain lagi. Tapi fokus pada 5 watak ini saja cukup.

Setiap watak ada sejarah silam. Ada yang hitam ada yang putih ada yang kelabu. Dan masing-masing dalam perjalanan mencari diri yang hilang.

Watak yang paling saya suka? Bella rasanya. Sebab Bella ni berfikiran logik. Memanglah ada masa dia ragu-ragu tapi terus juga melangkah ke depan walaupun dibayangi bayang gelap.

Watak lain ni macam banyak sangat flashback. Mereka melangkah ke depan juga tapi kaki macam dirantai dengan bayang gelap tu. Jadi langkah mereka sedikit pincang.

Bagi yang suka tonton Thai lakorn mungkin akan terbayang hero dan heroin drama-drama tu sebab Thai suka masukkan unsur kongsi gelap siap tatu naga la harimau la.

1. Anak kongsi gelap A dijodohkan dengan anak kongsi gelap B. Check.
2. Kongsi gelap jatuh cinta dengan innocent girl. Check.
3. Kongsi gelap jatuh cinta dengan gadis yang terjerumus dunia gelap dan nak selamatkan dia dari dunia tu. Check.

Garapan sempoi. Awalnya agak bosan tapi bila masuk watak Fifi tu dah excited sampai la ending. Ada banyak watak sampingan tapi yang penting 5 watak saya kongsi kat atas je. Watak antagonis ramai tapi taklah sampai ke tahap nak mencekik diorang.

Nape tak dapat 5 kalau dah best sangat? Sebab cerita kongsi gelap tapi fight scene macam tak ada. Kongsi gelap ni asyik lari ja. Kata geng Naga Timur la geng Jedi la. Tapi alahai gitu.
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
July 16, 2020
Bg aku novel ni OK, not bad. Plotnya menarik & tersusun. Cuma awal2 lg dah boleh agak apa yg akan berlaku agak slow sikit. Tp bila masuk pertengahan, dah makin best. Novel ni bukan kisah cinta bersemut sgt, just a lil bit. Sama jugak part aksi, tak byk jugak.

Sofea Raihana atau panggilan manja Fifi tlh hamil luar nikah akibat pergaulan bebas. Krn cinta Fifi sanggup menggadaikan maruah sendiri. Tp boyfriend Fifi, iaitu Shah @ Shark tak nak bertanggungjawab. Fifi dibuang mcm sampah. Tp Fifi masih bernasib baik, masih ada mama & papa yg tidak membuang dia walau dah memalukan keluarga. Tan Sri Yusuf membuat tawaran kpd Fandi sebyk RM100k sbg upah jika sudi memperisterikan Fifi. Tp dgn bersyarat yg Fandi tidak boleh menceraikan Fifi sblm Fifi melahirkan anak. Fandi pula menerima tawaran tersebut tp dgn syarat Tan Sri Yusuf mesti mencari adiknya yg dah 2 thn lari dr rumah.

Biasa lah kalau kisah kawen paksa, bila dah duduk serumah pasti akan jatuh cinta. Walaupun kedua2nya tak berterus-terang. Shark pula tersedar yg dia cintakan Fifi sbb Fifi bukan spt perempuan lain. Lgpun dia tak nak ada komitmen sbb latar belakang dia yg gelap. Anak buah kpd Jedi, ahli kongsi gelap. Shark juga dlm pemerhatian polis.

Akhirnya Shark ditangkap polis & dikenakan hukuman gantung sampai mati. Tp dia sempat bertaubat semasa dlm penjara. Yg aku tak puashati sbb Jedi terlepas gitu je. Sbb takde org kenal wajah dia, Jeremy yg jadi kambing hitam. Tak leh blah Jedi bebas & siap kawen dgn Bella, dpt twins. Hope dia insaf la. Bella ni pun aku hampir silap, ingatkan dia Nabilah adik kpd Fandi yg lari dr rumah.

Bg aku Shark tak terlalu jahat sgt tp keadaan yg memaksa dia. Sejak kecil dah dibesarkan dlm persekitaran mcm tu. Dan Fandi, boleh menerima Fifi & anaknya dgn hati yg ikhlas. Cuma waktu dia lihat Fifi & Shark egonya meninggi. Dia fikir Fifi masih ada hati pd Shark. Novel ni byk pengajarannya, byk yg boleh dijadikan ikhtibar. Setiap manusia tidak sempurna, belajar dr kesilapan.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,527 reviews1 follower
February 6, 2018
Cerita tentang cinta, kasih sayang, hubungan kekeluargaan dan persahabatan.. Memang menarik walaupun kurang aksi.. Namun masih seronok dibaca.. #romancinta #nickilee #lovenovel #novelmelayu #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanfebruari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for sarareads.
14 reviews
August 12, 2022
Sara sudah terjatuh cinta dengan jalan cerita yang penulis garapkan. Ia tersusun cantik bila penulis memasukkan beberapa watak dalam senaskhah novel.
.
Kisah Shah, Fifi, Fandi, Bella dan Eddie. Apalagi watak-watak sampingan seperti Zidan, Nina, Tan Sri Yusuf,Puan Sri Haryati dan Black. Mereka semua memainkan peranan dengan baik.
.
Apa-apapun novel ini mengisahkan seorang anak hartawan yang sudah terlanjur dengan seorang lelaki. Malangnya lelaki tersebut tidak mahu bertanggungjawab malah identiti lelaki itu sukar dicari. Jadi si hartawan tidak mahu anaknya terus melakukan kesilapan, dia mencari pak sanggup dan diberi upah yang jumlahnya agak besar. Allah sudah tetapkan setiap jodoh, rezeki dan maut sejak azali lagi...lelaki yang dijadikan pak sanggup itu mula mencintai anak si hartawan tersebut.
.
Selain itu, kisah seorang pelacur kelas atasan dengan ketua kumpulan kongsi gelap juga diceritakan dalam novel ini. Yela...apa yang kita tahu pewaris keturunan sesebuah keluarga akan terus mewarisi setiap langkah legasi mereka. Tetapi bagi sang anak naga( Chen Long) ini, hatinya tidak terpaut dengan warisan keluarganya. Dia mahu bebas. Hanya sebuah keluarga. Bahagia bersama isteri dan anak-anak. Namanya telah dipadamkan dan yang ada hanyalah dirinya yg sebenar.
.
Sekian
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
November 16, 2016
It's like reading a movie of the SS, one bad boy and someone task to this job. My favourite character, Zidan. mysterious & dark & kuncu gangster. cerita ni beri aku a wider view of a bad upbringing and been thinking a lot of how they will serve time being incarcerated. all due to greed and power. unlucky ones will have to continue traditions. yeah! thanks nicki for such stories.
Profile Image for WaNie Jud.
77 reviews3 followers
January 17, 2017
#romancinta
#nickilee
#lovenovelpublication

Novel ni banyak sgt watak dan kisah..Kisah tentang persahabatan, pengkhianatan, kasih sayang, kekeluargaan, cinta, dan kisah hitam.agak serabut bagi saya sbb byk sgt watak dan penulis cuba nk smpaikn dan gabung semua kisah.. Tapiii.. Saya suka kisah pengajaran mcm ni..maksud dia smpai!Jgn mudah percayakan seseorg, jgn kerana satu kesilapan kita kehilangan org tersayang, jgn pernah abaikn anak kita yg dah rosak, jgn tamak dengan harta duniawi.
Shah or shark seorg pengikut jedi yg setia, dia sanggup gadaikn nyawa jika terdpt kegagalan demi kekayaan.. Kerana cinta dia sanggup merogol fifi aka sofea raihana supaya dia jadi hak dirinya..setelah fifi mengandung shah tidak mahu bertanggungjwb kerana takut menjejaskn kehidupan dia dan fifi.Papa fifi terpaksa mencari pak sanggup utk menutup aib mereka.Kerana sygkn ank dia terpaksa menawarkan kontrak dan duit kepada fandi utk mengahwini fifi..kerana terpaksa fandi setuju.Fifi selalu mengurungkan diri kerana sedih dan marah..fandi cuba utk mengenali fifi dengan rapat..shah pada mulanya tidak hairan akan perkahwinan fifi.Tetapi hatinya pedih melihat fifi bersama dengan org lain sedangkan itu ank dia..dia mula mengekori pergerakkan fifi.. Fifi dan fandi semakin rapat dan bibit2 cinta mula hadir..alya kekasih aka bff fandi juga kecewa dan sedih dgn perkahwinan fandi.. Dia cuba mengekori fandi tetapi tertangkap..dia cuba pujuk rayu fandi tetapi fandi buat tidak endah..kerana kecewa dgn alya yg bertunang tanpa pengetahuan dia fandi menjauhkan diri.. Jedi aka chan loong aka eddie ketua naga timur adalah org atasan shark segala suruhannya shark buat.. idak pernah menunjukkn mukanya kepada org bawahan dia.. Dia menubuhkan kumpulan baru supaya naga timur tidak terlibat dgn kegiatan jahatnya..dsbbkn dia bukan sepenuhnya berdarah keturunan loong mereka terpaksa menutup identiti dia.eddie mula jatuh cinta dgn bella tetapi hati tetap berbelah bahagi dan rasa bersalah kpd sonya isterinya.. Kerana ego dia kehilangan insan tersyg..kisah dia byk sgt xmuat nk type dlm ni.. Sy masih tertanya apa jd pada nabila adik fandi.Dan kisah novel ni byk kepada fifi bkn jedi dan shark.sy bg 4/5
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
February 21, 2016
Terima kasih pada Nicki Lee kerana telah mengembalikan mood membaca saya. Honestly, sudah agak lama saya tidak membaca novel kerana mood saya hilang dibawa terbanh dek angin selepas membaca a few novels.
Roman Cinta. Pada pendapat saya, saya amat menyukai naskah ini. Jalan cerita, cara penyampaian yang tidak meleret. Semuanya on point membuatkan saya tidak bosan dan terus menyambung bacaan. Kisah samseng/ketua gangster yang jatuh cinta bukan kisah baru. Tapi, Nicki menggarap jalan cerita ini dengan baik. Manusia itu berhak mencintai dan dicintai walaupun diri mereka dikotori lumpur dosa. Bukan cinta pada pasangan sahaja, malah pada Tuhan juga. Kudos to dear penulis, Nicki Lee. Tak sangka penulis cameo sebagai kucing. Hiksss.

*Terima sis N sudi ajar cara menulis review.
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
October 18, 2016
Kisah penjenayah yang biasa kita dengar pasal kongsi gelap, gengster, jenayah sosial dan dadah tapi terkandung banyak pengajaran. Bacalah dan cuba ambil ikhtibar dari secebis kisah ini. Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan duniawi. Namun, satu masa satu ketika mereka pasti akan sedar dan kembali ke pangkal jalan.
Profile Image for Sue Chiaki.
42 reviews6 followers
January 21, 2016
Byknya watak namun citernya mmg superb. Sedih pulak pada pengakhiran kehidupan shah.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
September 5, 2015
Book #82 - 2015

Such an interesting read. In a nutshell, criminals pun pandai ada rasa sayang dan cinta. Ingat tu!
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.