Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sekadar Pernah

Rate this book
Maafkan saya. Saya bersalah kerana menjadi penulis yang sering memberitahu hal-hal yang menyedihkan tentang hidup. Pernah suatu ketika pembaca bertanya, bagaimana mahu keluar dari luka? Saya memberitahu; hidup dan luka ialah teman seiringan. Hidup hanyalah perjalanan kita melalui luka demi luka. Tak ada jalan keluar.

Pembaca itu kaku mendengar jawapan saya. Kenapa semudah itu saya menjawab? Fikirlah dulu. Tapi begitulah saya. Saya tak mampu menjawab apa yang saya tidak percaya.

Seperti buku ini. Maaf, sekali lagi saya memberitahu hal yang paling menyedihkan tentang hidup. Bahawa hidup hanya sekadar pernah. Baik orangnya, detiknya, sehingga ombak di pantai yang mengenai kaki kita itu pun, hanya sekadar pernah. Tidak akan ada lagi ombak yang sama mengenai kaki kita. Tidak ada!

Semuanya pasti akan menjadi pernah bila sampai masanya. Buku ini juga. Buku yang sekadar mengumpul sepilihan tulisan saya yang berusaha memaknai apa yang pernah dalam hidup saya.

Tiada siapa pernah benar-benar bersedia untuk melepaskan, termasuklah saya. Buku ini buktinya.

178 pages, Paperback

First published May 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Hafizul Faiz

20 books203 followers
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
3 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Zikerry.
20 reviews
November 12, 2026
Is a life anecdotes from the author and reading *Sekadar Pernah* somehow reminded me of an interview between M. Nasir and DJ Nazz. When asked whether he had ever experienced hardship, M. Nasir answered that whatever he went through was simply something he went through.

Perhaps that's the beauty of *Sekadar Pernah*. Happy, sad, overwhelming. Semuanya sebahagian daripada kehidupan. Benda berlalu, yang tinggal cuma bagaimana kita melihatnya, menerima dan belajar daripadanya. Tak apa untuk rasa sedih, tak apa untuk rasa overwhelmed. Yang penting, kita laluinya dan menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya. For ourselves, and for the people around us.

At the end of the day, everything is sekadar pernah. Yang penting, apa yang kita jadi selepasnya.
Displaying 1 - 1 of 1 review