Kata pepatah, ‘sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'. Fahaman orang dahulu sedikit pukulan kepada anak memberi makna sayang.
Adakah anak-anak zaman sekarang terkesan dengan pukulan? Budaya kini adalah menggunakan pendekatan psikologi iaitu melalui komunikasi.
Penulis memang sudah terkenal dengan nukilannya yang sangat terkesan di hati. Pelbagai perasaan bermain di minda apabila melayari naskhah ini. Mesej yang disampaikan tersirat di sebalik pengalaman-pengalaman yang dialami penulis.
Ia memang hadiah buat anak. Buat anak yang berfikir. Iktibar yang dihidangkan sangat banyak. Ia mengajar tentang kepandaian sahaja bukan tiket untuk berjaya dan betapa doa itu adalah senjata mukmin yang paling berkesan.
Naskhah ini bukan coretan pengalaman biasa. Ia lebih kepada nukilan motivasi yang disampaikan dalam bentuk diari. Ia memberi gambaran bahawa kejayaan tidak dicapai dengan cara mudah.
Demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat, buku ini amat sesuai dihadam. Walaupun namanya ‘Hadiah Buat Anak', ibu bapa juga boleh mengambilnya sebagai satu alat untuk membentuk peribadi anak yang berjaya.
As published in Value Relevance of Accounting Numbers (2005)
Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39. He completed his primary education in five years, instead of six; as best student. Subsequently, he was offered to go to three elite residential school; Sekolah Menengah Sains Terengganu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Bharu.
He chose the latest because he was amazed with the uniqueness of its Minangkabau roof! Furthermore, MRSM does not practice school uniform; that made his life easier. In MRSM, he was elected as the committee member of Students’ Union (JPP) and hostel captain. He active in sports and had won the best debater title for the whole MRSM.
He received his Diploma and Bacc (Hons) from Universiti Teknologi MARA, his Macc degree from the University of Dundee, Scotland, and PhD from University of Wales, Bangor. He completed his Diploma as a group best student, and second best student for his first degree. His Masters’degree was completed one month ahead the schedule and his PhD was within 32 months, such a record for the Faculty of Accountancy.
He is also an associate member of Malaysian Institute of Accountants (MIA) and an academic member of Association of International Accountants (AIA).
He has been with UiTM since 1988. He had serviced UiTM Sarawak, Johor and Shah Alam. His main job scope is lecturing, but he had, so far, hold 11 academic administrator posts in his 17 years service in UiTM. Previously - among others - he was the Head of Education Development Center, Deputy Director (Academic Affairs), UiTM Johor, Program Head for Diploma in Accountancy, Head of Center for Continuing Education, Dean of Faculty of Sports Science and Recreation and special officer to Vice-Chancellor.
Muhd Kamil is also a prolific, talented and multidiscipline writer. His articles and writings cover motivational, accounting, environment and various current issues has totaled to more than 400. They have been published in mainstream media like Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Ekonomi, Dataniaga, Massa and Dewan Masyarakat. He was also a guest writer for Utusan Sarawak and Dataniaga and became the main contributor to Dewan Ekonomi from 1994-1996. He has written books specifically for students and youths such as Motivasi Minda Pelajar (1995), Kecemerlangan Remaja (1996) and Pelajar Cemerlang (1996).
Besides that, he also wrote Gelagat Pengurus Korporat (1996). His book: Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti was launched by the DYMM Sultan Selangor in December 2003. Then, he launched a book titled Financial Reporting in Malaysia: Some Empirical Evidence in June 2004. His most recent books include PhD kecil tapi signifikan and Value-Relevance of Accounting Numbers in Malaysia. He is the inaugural recipient of the “The Best Academic and Creative Writing”; award from his faculty and The Best Overall Writer (Single) from Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),
Muhd Kamil is also the founder and Head of the UiTM-ACCA Financial Reporting Research Centre (UiTM-ACCA FRRC). Through this center, he has done more than 25 researches in his specialized area for the past five years. His research articles appear in journals, including Asian Accounting Review, Malaysian Accounting Review, Capital Market Review, National Journal of Accounting Research, Journal of Accounting-Business Management and Malaysian Journal of Distance Education. One of his research article was published as a chapter in Contemporary Studies in Economic and Financial Analysis, 86.
Professor Muhd Kamil’s research explores accounting issues concerning financial reporting, value-relevance of accounting numbers, fair value of accounting, re-engineering of income, corporate governance, accounting for goodwill and accounting education. His research Role of Accoun
Pertama kali membaca penulisan Muhd Kamil Ibrahim hati saya terus terpancing untuk mencuba buku-buku beliau yang lain. Sebelum ini saya sudahpun membaca buku isteri beliau, Roza Roslan yang bertajuk Travelog Cinta Abadi. Ianya turut membuatkan saya jatuh cinta. Mungkin saya sukakan travelog kehidupan untuk memberikan saya motivasi dan semangat untuk menggapai apa yang saya idamkan.
Buku-buku pasangan suami isteri ini tidak jauh larinya dari menerapkan nasihat dan peringatan berunsurkan keagamaan, dan inilah salah satu tambah nilai dalam penulisan buku seperti ini bagi saya.
Apa yang telah saya pelajari dari buku ini sudahpun saya pelajari dari pengalaman sendiri dan dari pengalaman individu lain, serta melalui pembacaan. Tapi setiap pengalaman dan penyampaian cerita itu sudah tentu tidak sama walaupun nilai moralnya serupa.
"Ubah pemikiran dan kita boleh mengubah dunia. Kepercayaan menentukan tindakan. Sesuatu yang salah akan tetap dikatakan benar apabila kita mempercayai ia adalah benar"
Saya amat suka kata- kata mutiara yang terdapat dalam buku ini. Penulis juga mempunyai humor dalam penulisannya. Tapi tidak berlebihan. Jalan ceritanya jujur dan saya rasakan tidak bertapis untuk memberikan pengajaran.
Saya syorkan buku ini khususnya kepada anak muda yang masih belajar di mana-mana sekolah atau institusi pengajian tinggi untuk dibaca dan diambil pengajaran serta semangat darinya. Jangan mudah mengaku kalah, kerana mungkin ada lagi peluang untuk terus melangkah menggapai impian. Sungguh, rezeki tiap-tiap manusia itu sudah tertulis sejak azali, cuma mungkin perlu diusahakan dengan gigih walaupun bakal menumpahkan selautan air mata.
Pada pendapat saya buku ini ibarat “master book” kepada buku2 tulisan penulis & juga isteri beliau. Ia menceritakan catatan pengalaman hidup penulis yg diceritakan secara ringkas dan santai, dan daripada buku inilah muncullah buku2 lain. Bezanya dlm buku ini penulis menggunakan kata ganti diri sebagai ayah mungkin sebab itu judulnya hadiah buat anak. Untuk mereka yg pernah baca buku2 tulisan penulis & isteri pasti dapat gambaran tambahan cerita yg ditulis dalam buku ini.
A genuine experience by Prof MKI. Prof Kamil wrote about his undergraduate journey until he got his PhD. Surprisingly, although He is now a Professor, his journey in seeking knowledge was non-linear. There is one time when he scored very bad in his study, till the point He was expelled from the university. That was the starting point when He bring back himself up, focus, and until finally where he is now.
Recommended book!
It was a non linear journey, but clearly, nothing is out of Allah plans. I also believed that there are no such thing called as 'co-incidence'. A previous 'failure' in SPM, being kicked out from university, one could still bring themselves up as long as they are willing to CHANGE.
Lessons learned from this book: - make du'a with all your heart and be patient. Of course Allah is listening - dare to chase your dream. - the power of WILLING (kemahuan). - how much you put in will determjne how much you pull out.
This book make me miss my time in when studying in Scotland :').
Bibir diketap rapat-rapat. Ada rasa ngilu dalam hati. Ia bukan sekadar cerita untuk anak. Ini kisah kita semua sebenarnya.
Meski Prof menyampaikan kisah hidupnya, saya melihat dari sisi lain. Harapan yang diletak oleh mak ayah kepada seorang anak, melihat kegigihan mereka membesarkan anak-anak, melihat jiwa anak muda remaja mengalami pelbagai fasa dan emosi dalam kehidupan sehingga akhirnya berhasil menjadi apa yang didoakan. Malahan Allah memberi lebih dari yang diminta. Agakan saya begitu.
Allah ya Allah. Banyaknya nikmat kurniaan-Mu terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah ini. Mari kita mensyukuri nikmat Allah dengan memberi ketaatan kepada-Nya dan jangan lupa berdoa untuk kedua ibu bapa kita. Sesungguhnya kita belum lagi menjadi anak soleh solehah sekiranya TIDAK mendoakan kedua-dua ibu ayah.