Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perhatikan Dari Siapa Ilmumu Diambil

Rate this book
Adalah mustahil untuk memuatkan dalam buku kecil ini kisah kebesaran imam-imam mazhab serta seluruh ulama pewaris Nabi, keluhuran, kemuliaan dan kesungguhan mereka dalam merintis jalan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam, serta kesempurnaan Islam yang mereka amalkan secara zahir dan batin baik di kala ramai atau sendirian.

Tidak ada seorang pun daripada mereka mencapai ketetapan fatwa dengan mengingkari perkataan Allah yang Maha Tinggi atau Hadis Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam.Tidak pernah ada dan tidak akan berlaku pertentangan dalam kalangan mazhab-mazhab ini terhadap perkara fundamental agama yang bersangkutan lima rukun Islam dan enam rukun iman.

Perbezaan hanya berlaku pada perkara-perkara ranting dalam agama yang sesungguhnya pula menggalakkan kepada penyempurnaan amal ibadah umat. Imam-imam ini sesungguhnya adalah anugerah Allah yang besar kepada umat ini.

Paperback

2 people want to read

About the author

Unknown

506k books3,221 followers
Books can be attributed to "Unknown" when the author or editor (as applicable) is not known and cannot be discovered. If at all possible, list at least one actual author or editor for a book instead of using "Unknown".

Books whose authorship is purposefully withheld should be attributed instead to Anonymous.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (16%)
4 stars
3 (50%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ismail Isman.
55 reviews3 followers
February 12, 2018
Buku yang memberi penerangan yang jelas sebenarnya tentang kepentingan bermazhab dan mengambil ilmu dari guru yang bermazhab. Penerangan yang diberikan tentang gambaran mazhab dalam akidah, fiqh dan tasawuf yang ringkas dan tidak memberatkan tetapi ianya sampai pada maksudnya Insha Allah.

Cuma sedikit yang menyedihkan ialah penulisnya adalah tidak diketahui, terdapat beberapa kesalahan cetakan pada nama dan terjemahan, dan cara pembentangan yang agak kurang menarik. ini kerana pertama semua nas yang dipindahkan dari mana-mana sumber: al-Quran, hadis atau kalam ulama tidak didatangkan Nas asal bahasa Arabnya. Mungkin bagi sesetengah orang ia mudah dan dekat untuk dibaca, tetapi pada saya secara peribadinya, ianya menyukarkan saya terutama untuk cross check ayat atau hadis apakah ia. Dan yang juga menyedihkan sedikit adalah penulis tidak berjaya mendatangkan sumber rujukan dan nota kaki sumber yang boleh dikatakan hari ini sangat penting untuk didatangkan dalam penulisan ilmiah. Juga susunannya dalam pembahagian tajuk dan memisahkan perenggan agak bercelaru dan menyukarkan pembaca untuk memberi tumpuan pada bacaan.

Tetapi bahagian hujah yang didatangkan untuk menjawab mereka yang mendakwa tidak perlu bermazhab sangat baik dan sedikit tarajim dan biografi para ulama di akhir buku juga sangat bermanfaat.

Mudahan ianya tidak berlaku dan akan diperbaiki lagi di dalam cetakan-cetakan yang seterusnya.
Profile Image for Zaki Sapuan.
5 reviews5 followers
March 16, 2018
Terbaik!
Buku yang meskipun ringkas, masih berjaya memuatkan fondasi penting buat seorang muslim dalam mendepani cabaran fitnah akhir zaman.
Buku yang mesti dibaca agar kita memiliki asas yang kukuh sebelum menerobos lebih jauh dalam disiplij ilmu agama.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.