Melah tak sangka dalam usia yang masih muda, dia sudah bergelar janda. Bukan dia yang meminta, tapi Arief yang tersilap kira. Sudahnya, Arief sesal sendiri.
Susahnya nak mengurus hati. Dalam ramai pemuda yang memikat Melah, Jelan juga bertahta di hati. Anak muda setengah tiang itu membuat tidurnya jadi tak lena. Jelan selalu membuatnya rasa tak tentu hala.
Mana mungkin Pak Sood membiarkan Melah memilih Jelan. Sudah tentu dia lebih layak memiliki janda berhias itu. Pak Sood akan tentang siapa saja yang cuba mendekati Melah. Termasuklah Ejul, seorang guru muda di kampung itu.
Mana boleh jadi! Melah tak suka dirinya menjadi buah mulut orang. Dia mula merancang sesuatu untuk menguji kebijaksanaan orang-orang yang mahu menjadikannya isteri.
Melah mahu memilih orang yang otaknya bergeliga dan bukannya bersifat munafik!
Bagi admin, novel ini salah satu novel yg terbaik yg pernah admin pernah baca. Kisah si Melah melah, janda muda yang ditalak tiga oleh arief kerana hasutan ibunya. Dia meneruskan kehidupan dengan pulang ke Kemboja dan menjual emas. Di sana, dia menjadi rebutan orang ramai termasuklah Pak Sood. Tapi biasalah ada sahaja orang yang dengki dan tabur fitnah kepada Melah. Admin kagum dgn penulis novel ni sebab setiap watak yg ada dia berjaya hidupkan dengan baik. Nak tahu cerita seterusnya boleh dapatkan buku ni di https://www.e-sentral.com :))
satu kelebihan penulis otai ni, kalau kita baca buku penulis sebegini, pasti ada saja perkara yang akan buat kita dok diam menganalisa sendiri. itu akaklah, taktaulah pembaca lain. dalam lawak ada sendunya, dalam gembira tertumpah sedihnya, dalam sinis banyak kebenarannya. olahan yang amat santai dan bersahaja pun cukup dan buat pembaca seronok untuk membaca kisah janda 916 ini. sewaktu baca, boleh sama dok rasa sakitnya hati melah bila status jandanya di perolokkan dan dipermainkan.. boleh sama dok rasa biul si jelan yang 'tidak sihat' dok jalan kiri kanan simpang siur... boleh sama dok rasa 'sewel' si zara yang asyik sakit hati dengan melah dan dok gilakan ejul. siapa pulak yang gila nih? jelan atau zara?
kisahnya, melah, janda muda yang ditalak tiga oleh arief, cuba hidup berdikari dengan menjual emas sadur. walaupun sering diganggu dan ada saja irihati serta sakit hati dengannya tapi demi mencari rezeki melah buat taktahu saja. punya cita-cita mahu menjual emas tulen, berkawan baik dengan jelan yang tidak berapa betul. bagi melah, jelan tidak gila cuma tidak sihat. jelanlah tempat dia meluah segala masalah, segala rasa sakit hati...
lupa pula pada watak pak sood yang sering mengganggu melah. pak sood bercita-cita mahukan melah menjadi isterinya. anaknya si zara pula, asyik sakit hati pada melah dan sering saja menyebar fitnah. jahatkan zara?.. ingat elok fitnah tu semua? kesian melah, sebabkan statusnya janda, orang sering berfikiran negatif. atas saranan mak biah, isteri pada pak sood sendiri - melah harus berkahwin. haa... merapu si pak sood dan arief mahu mencari di manakah daerah damai. ejul pula lain cara pemikiran, dia tahu ada sesuatu di sebalik syarat melah dan tak di duga apa yang difikirkannya adalah sama dengan jawapan melah..
bila dah kahwin pun rupanya lagi besar dugaan mereka terpaksa tempuh. dengan gangguan si arief yang memfitnah melah, dengan zara dan ayahnya si pak sood yang sama dok ikut rancangan si arief, dan juga gangguan sarina... dapatkan mereka berdua mengatasi cabaran dan dugaan?... apatah lagi bila kerambit menjadi alat yang membunuh harapan?.. apa pula terjadi dengan cita-cita melah mahu menjual emas tulen?..
bercampur aduk perasaan, itu yang pasti. bila fitnah di jaja, bila kejujuran dipersoalkan, bila kesetiaan dicurigai... banyak sungguh pengajaran yang disampaikan dalam penceritaan oleh puan Raihan Zaffya. dalam pada seronok baca bila pak sood jatuh parit, dalam pada geli hati dengan dialog jelan, pembaca boleh sama turut ambik setiap satu pengajaran yang ada.. jangan suka jatuh hukum, itu semua kuasa Allah. sama-sama kita bersyukur menghirup udara pemberian Yang Maha Esa, dan bersyukurlah selagi terdaya walaupun banyak dugaan dan cabaran yang datang melanda....
Tahniah buat Raihan Zaffya atas nukilan yang cukup rasa ini. Bagaimana tabahnya seorang Melah walau diuji dengan pelbagai dugaan lebih-lebih lagi Arief, Pak Sood dan Zara. Penulis berjaya menghidupkan watak-watak yang ada. Bagaimana akrabnya semua watak pada penghujung cerita, sedangkan dari awal hancur semuanya. Haha.. RZ juga berjaya dalam melakarkan makna semangat kejiranan dan kasih sayang. Kesimpulannya, naskah ini cukup rencah. Suka ending dia. Comel sangat!
Melah, janda muda yang diceraikan dengan talak 3 oleh suami hanya kerana si suami percayakan hasutan ibunya yang sedari awal tidak menyenangi Melah. Melah membawa hati yang luka ke Kampung Kemboja, nekad untuk bangun semula dan hidup berdikari. Cita-citanya ialah supaya berjaya menjual emas 916 dan bukannya emas saduran, suatu hari nanti.
Mak Chah, ibu mertua yang sanggup menghancurkan rumahtangga anaknya sendiri. Akhirnya dihalau keluar oleh menantu pilihan sehingga merempat. Kalau tak kerana Melah berhati mulia dan sanggup mengambilnya hidup bersama, entah apa untung nasib Mak Chah.
Arief, bekas suami yang mulai menyedari kesilapan diri. Sudah ibarat orang gila, memujuk-rayu supaya Melah sudi menerimanya kembali. Sanggup meninggalkan kerja di bandar, hidup di kampung supaya dekat dengan Melah. Arief yang dikenali Melah dulu, pastinya bukan Arief yang kini, yang tanpa segan silu menumpang rezeki orang.
Pak Sood, lelaki tua yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari, perasan dirinya masih muda, terkejar-kejar cinta Melah. Geli tekak ini setiap kali Pak Sood muncul.
Poh Cong, tauke kedai emas, tempat Melah selalu bertandang bagi mencuci mata melihat emas 916 yang sememangnya ingin dijualnya tetapi belum cukup modal, turut meminati Melah.
Ejul, guru bujang awal 30-an yang sedari awal sudah terpikat dengan Melah. Tetapi berlainan dengan Arief dan Pak Sood yang mengejar cinta Melah secara terbuka, Ejul lebih rela menghadiahkan senyuman dari jauh. Dia kagum dengan kecekalan Melah untuk hidup berdikari dan juga sikap Melah yang sukar untuk didekati.
Jelan, lelaki kurang akal, satu-satunya lelaki yang disenangi oleh Melah kerana walaupun usianya 30-an tetapi akalnya seperti kanak-kanak. Dialah penawar duka lara Melah, tempat Melah meluahkan perasaan.
Status jandanya membatasi pergerakkan Melah. Ada saja fitnah yang timbul tentangnya. Kadang-kala Melah hampir berputus asa dengan nasib diri. Yang dipintanya hanya satu, lelaki yang mampu memberi kedamaian kepada hatinya.
Akhirnya Melah bertemu jodoh jua dengan lelaki yang diharapkan dapat menjadi pelindung kepada dirinya. Tetapi dugaan demi dugaan tetap mengekori Melah sehinggakan Melah lebih rela lari dari menanggungnya lagi. Ibarat jatuh ditimpa tangga, kini Melah dilanggar pula oleh bulldozer.
Mampukah Melah mencari sinar bahagia? Mampukah damai itu terus singgah di hati Melah? Siapakah jejaka pilihan Melah?
rasa bersalah pada penulis sebab tersalah rating bintang..serius tersalah tekan..actually, novel ni memang best..saya ada baca kat page ilham..memang tak rugi baca..jadi buat para pembaca, jom beli novel ni..serius sangat2 best..