Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Sama Cinta

Rate this book
Izam dan Hanis memulakan episod cinta pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kristal Bayu. Namun, kemanisan dirasakan hanya seketika. Hanis tiba-tiba berpindah sekolah tanpa memberitahu Izam. Malah, dia orang terakhir yang tahu mengenainya dan Izam kecewa.

Selama 10 tahun Izam menanggung sengsara merindui Hanis. Walaupun dalam tempoh itu dia telah bertunang dengan Rehan, tetapi dia terus hidup dalam kenangan cinta lamanya bersama Hanis.

Jodoh akhirnya menemukan kembali Izam dan Hanis. Tanpa disangka, Hanislah pereka baju pengantin Izam dan Rehan. Atas dasar klien, hubungan mereka menjadi rapat kerana sering berjumpa.

Ketika Rehan tiba-tiba memberi goresan luka pada hatinya, Izam merasakan itulah saatnya dia harus bertindak. Dia bertekad mahu menawan semula hati Hanis.

“Izam, kau bawa aku pergi Penang?”
“Susah sangat nak dating dengan kau. Aku culiklah kau bawa bercuti ke sini.”
“Izam, untuk apa percutian ni semua?”
“Untuk ulang semula kisah cinta kita.”

Akhirnya, cinta bersemi kembali. Izam dan Hanis benar-benar menikmati peluang kedua yang datang. Tetapi, dalam bahagia ada dugaan datang menghimpit. Heris, lelaki yang dicemburui oleh Izam. Hisyam, mamat psiko yang tidak pernah ingin melihat Izam bahagia. Dan, Kay si penggoda cuba kacau daun mengurat Izam.

Bagaimanakah Izam dan Hanis menghadapi semua itu? Masihkah kebahagiaan menjadi milik mereka?

538 pages, Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Reeani Annur

13 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (31%)
4 stars
13 (37%)
3 stars
8 (22%)
2 stars
3 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Kynn Latif.
7 reviews4 followers
August 10, 2015
Dalam banyak-banyak novel karya cik penulis, saya rasa novel ni antara yg dapat mencuit hati saya dari mula hingga ke akhir. Sepanjang saya baca novel ni, saya tertawa. mujur saja tak ada sesiapa yang berhampiran. Jika tidak, pasti ada yg kata saya tak betul. Apa pun, tahniah cik penulis. Karya yg bagus sekali. kipidap ;)
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
July 13, 2015
cinta di bangku sekolah membawa hingga je jannah hendaknya. ngeeee...

time story kat skool, terkenang time dolu2, mmg camtu, senang jer ajak kapel. ko suka aq. aq suka ko. terus declare.. hehehe.. zaman hingusan gitu...

tp bagusnya setia si izam. walau ditinggalkan, x berdendam sbb kasih sayang itu lagi banyak.

when both are together, everything seem perfect. even not 100% as they were just begin to know each other intimately. tp, x leh blah part tumpah kopi. rasa nak sekeh2 jer.. suke suki jer nak marah2..

once hanis merajuk, ngeee.. br pueh hati.. br tahu itu langit ada tinggi ke rendah yer izam.. nasib baek si hanis anda cam boomerang, lontar jauh mana pun, pada si izam dia pulang. hehehe
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
July 30, 2015
citer ni mampu kembalikan mood membaca saya! Izam dan hanis..bercinta dr sekolah..terputus dan bertemu setelah 10thn ...dan ... kembalilah rasa yg hilang atau rasa itu tak prnah hilang.. olahan yg baik buat saya rasa mudah dan dekat dgn watak2nya...konflik juga tidak terlalu berat...citer juga tdk meleret...saya suka dan puashati sgt!

keseluruhan? hasil terbaru RA ni menarik dan sgt mudah saya terima dan hadam...best! tahniah RA!
Profile Image for Aida Kassim.
47 reviews
September 3, 2015
OK.. bagus.. tetapi tetiba ada beberapa page plak.. buat aku pening.. eh aku baca citer siapa tadi eh? entah kenapa dari page 220 mcm tu lah tetiba next page 600++ aikkk?? apasal nih? terganggu skit pembacaan ku..
194 reviews9 followers
April 19, 2017
permulaan cerita agak boring sebab zaman sekolah, mungkin sebab dh lama tinggalkan zaman sekolah jadi rasa bosan la cinta monyet ni. tp cerita bertambah menarik bila diorg dh keje n Izam jumpa Hanis semula.

nasib baik la Rehan boleh lepaskan Izam n x gila talak. kalo x, meroyan dan berjela2 lak la plot keji nk dptkan Izam semula.

yg pelik, sepanjang perkahwinan diorg, mcm xwujud je family Hanis - mak teh n pak teh dia. lebih ditekankan hubungan baik dgn papa Izam je. mcm bila ada mslh tu br nk balik jumpa mak teh n pakteh.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.