Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love Letter

Rate this book
“Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?”
“No... Saya yang tak layak berkawan dengan awak!”
“But why?”

Tak ada siapa yang tahu kenapa Nelissa takut untuk menerima cinta. Semenjak surat cinta itu tidak dapat disampaikan kepada empunyanya disebabkan peristiwa hitam itu, Nelissa percaya yang lelaki semuanya sama saja. Lelaki takkan memandang dirinya kerana cinta, tapi sekadar ingin mempermain-mainkan perasaannya. Baginya, dia tidak layak untuk sesiapa.

Bertemu dengan Hadif, menambahkan luka yang pernah bersarang dalam hatinya. Namun tak dapat Nelissa nafikan, ada cinta buat si dia. Adakah Hadif sudah berpunya? Jika sudah berpunya, kenapa perlu hadir dalam hidupnya? Adakah takdir juga sedang mempermain-mainkan dirinya?


Sibuk ke? I miss y...

Dek SMS yang tak sengaja dihantar kepada Hadif, Nelissa malu sendiri. Pasti Hadif fikir dia juga sukakan lelaki itu, cuma sengaja jual mahal. Oh My God… Malunya!!!!!

“Ermmm... Saya nak hantar dekat Hariz tapi tersalah send dekat Hadif pula....”
“Lis... It’s not funny at all, seriously I don’t like it!
“Fine! Mesej tu saya memang nak hantar dekat awak sebenarnya! Saya nak padam tapi tertekan Send. Puas hati?”
“Haha... I knew it! Lain kali kalau mengaku aje terus, kan senang...”

Dengar saja jawapan naif daripada Nelissa, Hadif kini sudah pasti. Sebenarnya, ada rasa yang sama dalam diri Nelissa. Tapi kenapa gadis itu enggan berterus terang malah mengelak daripadanya meskipun sedaya upaya dia cuba mendekati?

Hari ni, saya beranikan juga diri saya untuk bagi surat ini untuk awak. Saya tak nak jadi hipokrit, saya suka awak. Itu hakikat.

Paperback

First published January 1, 2015

1 person is currently reading
24 people want to read

About the author

MinZhee

2 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (14%)
4 stars
17 (34%)
3 stars
21 (42%)
2 stars
4 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 11, 2018
Cerita yang santai, tapi dragging too much di permulaan. Saya rasa bazir 400++ dengan adengan pujuk memujuk Lis dan Hadif, shopng termenung trick semua.. hujung2 baru timbul konflik, sekaligus pulak tu! Rasanya trauma Lis tu tak la teruk pun, dan andai watak Khai dipanjangkan, dan kemunculan Tengku Awina lebih awal mingkin naskhah ini akan mendapat rating lebih tinggi.

Tapi, untuk bacaan santai dan konflik famili, ok la not bad. Cuma terasa Lis terlalu lemah dan mudah mengikut perasaan, marah pun sekejap je.. nak luah perasaan sendiri pun susah.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
July 13, 2015
3.6☆
Mb bagi..
best jugak simple love story
terasa sweet shj hadif ni gigih dia
mengejar cinta si nelissa
nelissa pulak lagi dia lari lagi dekat dia
dengan hadif.. kalau dah jodoh
mula2 mencari jugak y penulis kata love letter sbb MB xnmpk lgsg pertalian dlm jln cerita.. bila dipenghujung baru phm..
kerana love letter itu akhir mereka bertemu jodoh.. salah faham selama ini akhirnya terlerai jugak..
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
August 29, 2015

Mengisahkan ttg Airis Nelissa, gadis yg nerd di zaman remajanya, mengalami trauma akibat pernah dihina sehingga membuatkan dia hilang keyakinan diri bila berdepan lelaki. Dia pernah meminati senior di sekolahnya, Hadif & pernah menulis surat cinta untuknya tetapi surat itu tidak berani diserahkan.

Selepas 10 tahun, Nelissa bertemu semula dgn Hadif. Hadif jatuh cinta pandang pertama kepada Nelissa tetapi Nelissa mengelak kerana masih dibelenggu trauma. Setelah pelbagai usaha yg Hadif lakukan tanpa jemu & lelah, akhirnya Nelissa reda menerimanya.

Sedang Nelissa & Hadif menghitung hari bahagia mereka, si durjana yg menjadi punca trauma Nelissa dtg kembali. Bagai dejavu, dia dihina lg. Bila Nelissa cuba bangkit untuk membela diri agar tidak berterusan diperlekehkan, nyawanya pula jd taruhan.

Dapatķah hubungan Hadif & Nelissa bertahan? Kenalah baca sampai habis.

Bagi saya, ini sebuah cerita yg simple, tiada naik turun emosi. Sejujurnya pd pendapat saya, cause of traumatic heroin tidak kukuh & membuatkan watak heroin itu kelihatan sbg lemah. Watak hero sebagai ceo company yg gah juga bg saya agak klise. Sebagai karya pertama penulis, ianya tidaklah menghampakan.
Profile Image for Nazril Abdul Razak.
31 reviews3 followers
July 11, 2015
Kisah yang menarik. Santai dan menghiburkan. Pertemuan antara Nelissa dan Hadif buat pertama kali di lobi syarikatnya merupakan kenangan yang sukar dilupakan. Pertembungan yang menimbulkan kemarahan Nelissa hanya memberi kebahagiaan kepada Hadif, CEO Exile Group yang cerewet. Pelbagai cara digunakan oleh Hadif utk memikat Nelissa yang sememangnya trauma dengan sejarah silam jika melibatkan hati dan perasaan. Akhirnya terjalin jua pertunangan antara mereka kerana sifat Hadif yang pandai memikat keluarga Nelissa. Berjayakah perkahwinan mereka diteruskan apabila mereka terpaksa berhadapan dengan Anastasia yang memang bercita2 mengahwini Hadif. Tengku Awina pula yang ingin meraih cinta Hadif. Manakala bos baru Nelissa, Edry yang bersifat romeo yang akan mendapatkan cinta Nelissa selagi beoum bergelar isteri. Thumbs up to writer.
286 reviews52 followers
July 13, 2015
best...suka sgt...comey je couple ni....lg2 bl time nelissa merajuk n hadif memujuk....adusss mmg sweet overdose lah hadif ni....hihi
Profile Image for MackMegan.
51 reviews
August 22, 2015
Saya enjoyed membaca novel nie. Novel yang sangat menarik.
Congratz and very well done buat penulis.
Profile Image for Nadiah.
35 reviews
September 17, 2015
Unrequited love yang bermula dari bangku sekolah yang dibiarkan berkubur hingga pertemuan yang tak disangka.
Gaya penulisan yang santai dan bersahaja. Berjaya menarik minat dari awal hingga akhir tetapi ada bahagian yang kekurangan depth but it is still good.
If you're looking for a casual read, this will be it.
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
September 27, 2015
kisah nelissa dan hadif.
kisah cinta yg simple. ada nilai kekeluargaan.
happy ending ;)
129 reviews3 followers
March 5, 2019
Watak dan trauma Nelissa mungkin kelihatan lekeh bagi sesetengah pembaca tapi bagi aku dia telah menjadi inspirasi untukku! Aku pun pernah berhadapan dengan trauma seperti Nelissa tetapi dalam situasi yang berbeza! Hadif pulak so sweet macam madu. Bila dorang jumpa balik tu aku cam "Cepatlah kahwin!". Hahah. Pastu ada versi eBook pulak jadi memang senang sebab aku ni kaki online shopping. Link dia disini kalau ada yang tanya(https://www.e-sentral.com/book/info/7...)
154 reviews2 followers
August 17, 2018
OK je cerita ni, genre rom-com, takde drama berat atau plot melalut2, buleh baca rilek2, stail penulisan pun beres, cuma... romantik dah ada tapi komedi kurang sikit!
Profile Image for Zzati Alydrus.
123 reviews
August 22, 2021
Comedy love story, kesungguhan untuk mendapatkan cinta while turut diseliti dengan isu berat seperti permasalahan keluarga dan dendam. But, byk pengajaran yg boleh dpt dari pembacaan ni ;)
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
December 22, 2015
Jalan citer yang menarik..
Nelissa yang jatuh cinta ngan Hadif seniornya tapi di caras oleh Tengku Awina..
Sweet jer Hadif kejar cinta dari Nelissa..
Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan.. walau dielak sekali pun bertemu juga jodoh itu..
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 22, 2015
LL yg santai dan rasa puas membacanya! citer pun tdk berkonflik berat...blh baca dan hadam dgn baik!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
April 19, 2017
#19#2017

Done reading Love Letter by MinZhee.

To be honest, i love his/her writing style. Walaupon cerita ni macam cliche je sebenarnya. Saya suka je watak Hadif walaupon kuat cemburu. He's possessive towards Nelissa dan Nelissa pon ada reason dia sendiri kenapa dia susah sangat nak terima cinta Hadif. Of course, langau ada di mana mana. Tapi okay la. Si langau tu takde la menyemak sampai ke akhir cerita pon.

P/s: rasanya tajuk love letter tu macam kurang sesuai, walaupon love letter tu la permulaan kisah dorang, lagipon secoet je pon pasal love letter tu
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.