Kay Delaila yang ternyata Sengal dalam novel pertama beliau dengan intens iaitu Bos Sengat PA Sengal, kembali dengan naskhah yang lebih berat, penuh dengan air mata digabungjalinkan dengan ayat ayat sweet sang Hero menjadikan Novel ini Sebuah novel SPECCHLESS bak kata Sj Sab
Sejuta nafas cintamu mengutarakan sebuah kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Sebuah kisah tentang seorang remaja yang berusia 15 tahun NUR AUFA ALIA yang dahaga akan kasih sayang ibu bapa, kakak dan abangnya ekoran semua sibuk dengan urusan dunia. Lantas, Aufa membuat sesuatu tindakan yang menjerumuskan dia ke dalam lembah kehinaan persis pelacur kelas atasan dengan gelaran PUTERI MANIS. Dengan nama PUTERI MANIS, Aufa telah berjaya merenggut hati PLAYBUAYA LUZMAN. Adengan mereka diranjang telah dirakam oleh Aufa, lalu aufa menunjukkan kepada keluarganya sebagai cara UNTUK MERAIH KASIH SAYANG. Namun, tindakan Aufa itu telah menyebabkan dia dipulau oleh keluarga dan dipindahkan di bawah jagaan nenek dan datuk.
8 tahun telah berlalu. Aufa telah memegang segulung ijazah undang undang dan menjadi kaya raya hasil usahanya sendiri ekoran kasut rekaanya mendapat sambutan. Namun iguan silam sering menhantui dirinya. Aufa ingin lari daripada igauan tersebut dan sudah taubat nasuha dengan perbuatan lamanya. Namun, semakin Aufa menjauhi, semakin kenangan silam menghampirinya KERANA LUZMAN. Rupa-rupanya Luzman telah jatuh cinta dengan PUTERI MANISNYA sejak malam itu. 8 tahun Luzman mencari puteri manisnya tidak berjumpa, namun takdir Allah, mereka bertemu kembali. Luzman PERCAYA bahawa Aufa ialah Puteri Manis dan cuba pelbagai cara untuk memikat Aufa kembali.
Sedikit babak sedih dalam novel ini- mari kita salami hati remaja berusia 15 tahun mengharap belaian kasih ibu bapa…..
“Ufa bukan pelacur. Dan Ufa tak pernah jadi pelacur. Ufa tak ingkar cakap papa dan mama. Ufa melawan cakap papa? Cakap mama? Tak pernah! Pernah Ufa lawan cakap Abang Man, Kak Adra atau Kak Aida? Tak Pernah. Ufa pun tak pernah abaikan pelajaran Ufa.Tapi pernah tak, sesaat dalam diri papa dan mama bertanya…Ufa sihat ke kat rumah? Ufa makan ke kat rumah? Ufa buat apa kat rumah? Tak pernah! Tak pernah sama sekali. Ufa ditinggal bulat-bulat dengan bibik. Bibik itu, bibik ini, siapa Ufa ni? Anak siapa Ufa ni? Cakap!”
“Tak guna dah papa nak herdik dan tampar pipi Ufa ni. Tak guna dah mama nak marahkan Ufa. Kalau benda ni tak muncul, ada tak orang dalam rumah ni nak bertegur sapa dengan Ufa. Ada nak Tanya Ufa ni sihat ke tidak? Tak ada! Tak pernah ada! Salah Ufa ke nak dapatkan perhatian daripada keluarga Ufa sendiri?”
“Kenapa semua diam? Kenapa semua tunduk? Sebab baru tersedar kan? Baru tersedar yang dalam rumah ini masih ada lagi seorang anak remaja yang baru meningkat dewasa. Anak remaja ni perlukan kasih sayang, perhatian dan bimbingan untuk menentukan arah tuju hidupnya.”
Sekeras-keras kerak nasi akhirnya Aufa berkahwin denngan Luzman dengan syarat perlu mengimamkan solat wajib dengan Datuknya selama 44 hari dan perlu katam Al Quran di hadapan neneknya. Luzman akur . Namun, kelicikan Luzman mengenakan Aufa, menyebabkan mereka berkahwin dengan lebih awal. Luzman berjanji untuk memberi sepenuh kasih sayang kepada Aufa.
“Luz cintakan Ufa sejak lapan tahun lalu. Walaupun dia tak ada depan mata Luz, tapi sentuhan cintanya telah lama ada dalam hati Luz. Insya-Allah tuk, insya Allah Luz akan cuba menjadi suami yang mampu lindungi dan bombing Ufa. Luz sayang dia tuk. Luz sayangkan dia sangat-sangat”
Perkahwinan mereka penuh dengan ujian apabila kisah silam mereka 8 tahun lalu dibuka kembali. Aib mereka dijaja. Susahnya dalam kehidupan ini apabila orang jahat nak menjadi baik , nak berhijrah ke arah kebaikan, banyak sekali dugaannya.
Bagaimanakah pengakhiran kisah Aufa dan Luzman ini? Adakah Luzman berjaya menatang Aufa bagai minyak yang penuh? Adakah Aufa dapat meraih kembali kasih sayang kedua-dua ibu bapanya? Siapakah yang membongkar aib kedua dua mereka?
Apakah KEJUTAN KEJAM penulis di plot peleraian kisah Sejuta Nafas Cintamu?
Semua persoalan ini terjawab dengan membaca naskhah yang penuh emosi ini.
Sejuta rasa ketika membaca novel ini kerama:
• Tindakan berani penulis mengetengahkan isu keruntuhan moral remaja yang berleluasa kini – seks, parti liar, ecstasy, sumbang mahram
• Setiap ibu bapa perlu membaca novel ini kerana pentingnya kasih sayang dan agama membentuk anak-anak, bukan wang ringgit dan kemewahan semata-mata ( dah macam buat ayat karangan sekolah…hehehe )
• Novel ini sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat kerana boleh membuka mata dan hati remaja tentang keseronokan semata mata akan memberi impak yang buruk dalam kehidupan mereka sepanjang hayat.
• Rasa sedih yang sangat sangat terutamanya melibatkan hubungan antara Aufa dengan ibu bapanya
• Rasa lori gula tumpah dengan CHEF LUZMAN yang super duper ohsem SWEET kebaboommss – okeh memang genre den yang sweet sweet ni. LUZMAN yang weng dan sengal ni memang TERBAIKKKK…senyum senyum jer baca kannnnn
• Rasanya novel terbaik penulis daripada dua novel sebelum ini. Sebab novel ini SEMUA EMOSI ada, sedih, geram, nak marah, nak hempuk, dan sengal, senget dan mereng untuk watak LUZMAN!
• Tidak klise dengan mana mana novel, konflik yang BERANI , dan peleraiannya juga sangat BERANI- pembaca akan TERKEJUT dengan peristiwa peristiwa KEJAM yang berlaku pada akhir cerita…..sediakan tisu!
• Rasa nak hempuk hempuk penulis sebab dia buat iolss nanges banyak kali..ms 30 dah nanges, Aufa nak kawin pun nanges dan masa yang mati mati tue pun nanges….KEJAM ANG KAY!
• Rasa dapat beberapa scene yang RARE dalam novel ni – cekodok mulut, swimming pool dan meja dapur, roti bakar dengan gula dan susu meleleh, mata leba........iolls dan ualls pun LIKE JUTA JUTA kannnn…..ahaksss
• Dan rasa banyaknya ayat ayat cinta yang membuai rasa seperti tag line ini….
"Dear .....jika KJ dipuji kerana tagline, saya puasa makan minum tapi saya tak puasa mencintaimu. Abang pulak nak sampaikan tagline cinta abang....
"Walaupun dalam setahun banyak public holiday dan cuti sakit, abang tak mampu bercuti walaupun sesaat dalam bernafas mencintai DEAR"...LUZMAN
Jadi kepada sesiapa yang masih belum memilikinya, dapatkan segera di pasaran atau boleh order dengan WAN BURN – sangat berbaloi-baloi dan boleh membangkitkan mood pembacaan anda yang telah lama tenggelam timbul itu…. Tahniah Kay, Tahniah Intens Idea Fauziah Ashari yang terus menerbitkan novel novel yang BERKUALITI….SEbuah novel yang sangat banyak pengajaran dalam usaha kita membendung masalah sosial dalam kalangan remaja! dan LAHIRNYA NASKHAH INI MERUPAKAN SATU TANGGUNJAWAB SOSIAL PIHAK INTENS DAN PENULIS KEPADA MASYARAKAT , SYABAS!