Jump to ratings and reviews
Rate this book

BADUT

Rate this book
Versi Bahasa Malaysia untuk novel Indonesia BADUT OYEN (2014).

Oyen, si badut kampung yang terkenal, telah ditemui mati menggantung diri di biliknya. Tidak seorang pun yang percaya, lelaki baik dan periang seperti Oyen sanggup mencabut nyawanya sendiri.

Pihak polis berusaha menyiasat kes itu dan mula membongkar banyak misteri berkaitan kematian lelaki itu. Tetapi, ketika suspek utama mereka juga ditemui mati dalam keadaan ngeri, siasatan itu kembali menemui jalan buntu. Kematian Oyen seakan tiada jawapannya.

Malah, sejak itu kampung itu mula dirasuk hantu badut yang selalu mengganggu kanak-kanak dan seterusnya mula meminta korban.

212 pages, Paperback

First published January 1, 2014

3 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Marisa Jaya

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (7%)
4 stars
23 (29%)
3 stars
31 (39%)
2 stars
17 (21%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 12, 2017
2.75* untuk Badut!

Buku ini tidak seperti yang aku harapkan. Jauh sangat. Sigh~

Bahasanya lancar. Aku masih faham apa yang telah diterjemahkan. Ya aku masih boleh faham.

Tapi aku tak tahu, apa sebenarnya yang para penulis buku ini nak sajikan? Ia macam rasa serabut. Kejap nak jadikan cerita ni sebagai misteri, kejap nak jadikan seram. Aku pun tak tahu kenapa macam begitu. Malahan buku ini seperti nak cepat ditamatkan dan serius, buku ni tak mengancam langsung seperti gelarannya (pemenang blablabla...).

Pertengahan cerita kita dah tahu siapa dalang. Tapi kat hujung, penulis menerangkan bagaimana semuanya terjadi. Ia satu yang bagus. Cuma macam mana boleh wujudnya hantu/roh Oyen tu? Dalam apa pun yang jadi, mesti ada sebab dan punca dia kan? Tiada penjelasan. Atau aku sorang saja yang terlepas pandang?

Aku tak gembira dengan buku ni. Mungkin aku meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi. My bad~

Apa-apa pun, korang cubalah dulu. Manatau korang akan suka?

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
April 13, 2016
nipis je buku ni, memang cepat khatam
cerita yang simple, tapi tetap berbekas sebenarnya.
elemen seram, suspens, misteri, diadun sebaiknya tanpa ada berlibihan atau terkurang antara satu dengan lainnya.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
January 5, 2016
misteri pembunuhan Badut Oyen dan mangsa2 seterusnya..jalan cerita yg padat dan mudah difahami..boleh dibaca dgn tenang..pengembangan plot dan watak yg seimbang..pembunuh sebenar mmg tak dijangka dan hantu Badut yg menghantui penduduk kampung diceritakan agak seram..
thanks Fixi kerana terbit dan terjemah karya yg sebegini..
Profile Image for hans.
1,167 reviews152 followers
August 29, 2015
Suka dengan jalan ceritanya yang agak tersusun walau ada adegan flashback di antaranya. Walau sudah boleh agak siapa dalang utama dalam kes pembunuhan (dan berharap juga sebenarnya hantu badut Oyen itu wujud), rasa kasihan juga dengan Oyen (tapi saya tak jangka pula tentang cerita dia dan Ratna). Dan Syamsul, sorry to say this but he deserved to die.

Love the ending-- spooky!
Profile Image for Cik Hati Kertas.
11 reviews2 followers
October 9, 2015
Penulisan yang simple..tak banyak putar belit,tak banyak watak..seram juga..
dan penterjemahan pun nice...overall...good book to read.
Profile Image for Farid Latif.
9 reviews1 follower
June 9, 2016
buku ni sesuai untuk bacaan santai.. tak seram sangat, tapi idea dia menarik. Ending dia tu gempak jugalah..
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
November 29, 2015
Saya mengharapkan buku ini paling tidak setenang Dosa yg saya baca dulu. Tenang maksud saya dari segi bahasanya. Ya, saya suka kalau Fixi menerbitkan buku seperti ini.

Kisah balas dendam akibat cinta tak kesampaian. Membunuh (dibunuh) diri dan munculnya misteri hantu badut.

Ceritanya bagus tapi hampir semua bab-bab terakhir merungkaikan segala misteri. Dikisahkan semula bagaimana kes pembunuhan berlaku dan kemunculan hantu badut itu. Jadinya macam kita tak perlu berfikir. Baca dan terima sahaja.

Oyeye. Saya pun malas nak fikir. Bagus juga!
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 29, 2015
terasa mcm penulis buku ni seorang saja padahal tiga org. jalan cerita yg smooth. tahniah penulis2 novel ni.

di sebalik keceriaan dan ketulusan hati si badut oyen, kadangkala dia juga ada buat silap dlm hidup dia sbg seorang manusia biasa. ternyata jalan cerita novel ni berjaya menimbulkan tanda tanya kpd pembaca sepanjang penceritaannya.

membaca novel ni buat aku sedar, "masalah tak boleh ditutup dengan senyum tawa."
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
Read
August 23, 2016
Serabut. Sorry, terjemahan yang..... Aku tak mampu nak habiskan pembacaan. Sakit kepala sakit hati. Makin benci pula aku dengan Badut.

Seriously, please do a proper translation. Kalau aku nak sambung baca, mungkin aku akan baca original version.

Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
March 13, 2021
Kisah hantu Badut yang membuat kacau. Ada vibe IT sikit. Siapa yang takutkan badut, mungkin akan terasa seramnya. Semuanya hanya disebabkan dia yang bertepuk sebelah tangan. Aku kurang faham sedikit dengan beberapa sela masa, ada yang agak tiba-tiba.
Profile Image for Sidek.
50 reviews5 followers
May 26, 2017
i was deceived by everything about this book.

1. very bad translation, edisi bahasa Melayu, published by Fixi. Tolong la weh. lepas translate takda editor double triple check lagi? poor choices of words, not consistent, and keja terjemah mcm separuh jalan. Buat sakit hati baca. ayat serba x kena.

2. Pemenang gramedia writing project, u must be joking. again, i thought it must be splendid to have 3 writers working together on this book, expecting sesuatu yg luar biasa. kirain makin byk yg nulis bareng, makin bagus. and i thought Fixi were gonna choose among the best fr indonesia to be published in malaysia. tapi ternyata biasa2 saja. atau mungkin sub-biasa. tidak ada yg menarik, at least sampai pertengahan buku, tak dpt tangkap alur cerita. serabut. or maybe i need to read the original version in indonesia, to justify. the poorly-translated version is just ridiculous.

3. Tak habis baca pun. GIVE UP. Biar terbazir duit beli buku ni, drpd membazir waktu baca.

4. it is not cool to write chapter-by-chapter in a CHAOTIC TIMELINE. Why? this style is so bad and confusing. why dont u guys just write in linear timeline, rather than jumping back and forth? benang merahnya mana dong? or if still want to try this "style", at least tell the reader when was the situation happen?
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
June 20, 2016
Pada mulanya aku kurang mempercayai akan kewujudan hantu badut Oyen kerana aku lebih kepada logik akal, bukan aku tak percaya adanya syaitan tapi aku percaya yang jahat itu lebih kepada perbuatan manusia.

Sama seperti Penghulu Iryanto yang tidak mempercayai kisah hantu tapi satu demi satu kejadian yang menimpa di kampung mereka sedikit sebanyak mencetus tanda tanya siapa punya angkara yang membuatkan seluruh kampung panik?

Garapan penceritaan yang bagus, ideanya juga bagus cuma penamat dia seperti klimaks terlalu awal dan tinggal saki baki saja untuk dihabiskan ketika perut sudah kenyang.
3 reviews
August 21, 2018
aku suka cerita yang ada twist and mind-blowing plot/story

tapi cerita ni strightforward, akus sngka memang hantu Oyen yang buat angker kat kampung rupanya bukan, hurmmmm~~

*2.0 star*
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
July 30, 2016
I really like this book somehow haha. It's really thin - a perfect choice for book to read while having exams coming up.

Mula-mula macam ambik masa nak serasi dgn mood Indonesia dan nama2 indon dlm ni. Tapi I managed to get use to them. The plot is fine and interesting (well, sebab tak pernah baca buku seram yang badut kut. Tapi apa yang una betul-betul suka pasal buku ni - emosi yang penulis-penulis garapkan dengan event demi event. Menjadi! Saya sebagai penulis dapat rasa macam mana jadi Oyen dan faham dengan emosi Suparni.

Great ending. I like!
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
January 20, 2019
walaupun ceritanya simple dan straight forward, saya tetap menyukai novel ni :) jalan ceritanya yang smooth, walaupun hakikatnya 3 orang penulis yang terlibat dalam penghasilan novel ini.

sangat terkesan dengan ketabahan Oyen dalam menempuh kehidupannya yang penuh dugaan, bagaimana kuatnya semangat Oyen dalam usaha menghibur dan menggembirakan kanak-kanak sebagai badut di sebalik kesusahan hidupnya sendiri.

selain itu saya juga menggemari latar novel ini iaitu suasana kampung. elemen seram yang diterapkan juga saya dapat rasai.

tragis sungguh pengakhiran hidup Oyen yang baik hati.
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
September 20, 2015
boleh lah .
tapi tak seseram yg aku bayangkan .
jalan cerita predictable.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
September 27, 2015
Bosan. Tak buat aku rasa teruja dan jalan cerita tersangat perlahan.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.