Hadis Arba’in. Nama ini sudah tidak asing lagi di telinga kita. 42 hadis yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi, pada awalnya hanya 26 hadis yang dimuatkan dalam judul Ibnu Solah. Isinya adalah hadis-hadis nabi yang ucapannya ringkas, tetapi maknanya luas. Imam Nawawi memberi judul kumpulan hadis ini dengan al-Arba’in. Ia menjadi popular kerana kandungannya banyak memberi manfaat dan ramai orang menghafalnya.
Ia turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para ulama kerana mereka menghafalnya dan mengguna pakai hadis ini bagi menjelaskan ruang lingkup agama. Mengapa Hadis Arba’in relevan sepanjang masa?
• Setiap hadis adalah asas utama dalam agama Islam. • Semua hadis adalah hadis sahih yang sebahagian besar terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. • Setiap hadis dimuatkan bab tersendiri supaya dapat memperjelaskan makna hadis yang masih samar.
Menarik dalam buku ini :
• Syarah (huraian) hadis ini disampaikan secara ringkas dan padat, namun tetap enak dibaca dan tidak meninggalkan maksud yang sepatutnya disampaikan. • Memanfaatkan pelbagai rujukan termasuk huraian daripada Imam Nawawi, Ibnu Daqiq al-Id dan Syeikh Usaimin.
Awalnya saya merasakan buku² agama sebegini akan menjadi terlalu formal dan sukar untuk difahami untuk orang awam seperti saya.
Tetapi apabila dibaca dari satu hadis ke satu hadis, ternyata syarahan yang diberikan sungguh ringkas dan jelas. Sesekali menyentap hati yang penuh dosa ini.
Bahasa mudahnya, setelah membacanya, boleh diamalkan selalu (terus) .
Kadang kita faham hadis ini sebegini, tetapi setelah disyarahkan oleh pengarang, ia membuka satu perspektif yang baharu. Ada lagi ibrah yang perlu dihadam dengan baik.
Saya berpendapat masyarakat awam sekurangnya pernah membaca buku ini untuk lebih memahami seterusnya terus mengamalkan hadis 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi.
Alhamdulillah target habiskan bacaan hadis 40 Imam Nawawi dalam bulan ramadan tercapai hari ini (30 ramadhan 1442/ 12 Mei 2021).Matan Arbain ini merupakan asas dalam agama yg hadisnya adalah hadis2 sahih untuk dijadikan pegangan dan ikutan.Semoga Allah memberi kefahaman yang benar dan ini bukanlah bacaan kali pertama.
Terima kasih atas buku syarah ini. Buku ini adalah pertama kali saya lalui & habiskan syarah hadis 40.
Hadis 40 itu sendiri berdiri dengan kuat. Syarahan-syarahan ini menguatkan lagi pemahaman pembaca dan menyentuh kunci-kunci penting yang perlu diperhatikan dan diamati oleh para penuntut ilmu.
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah s.w.t. itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. (10:62-63)