Jump to ratings and reviews
Rate this book

One Little Thing Called Rindu

Rate this book
SYED DAN NISYA, Mereka pernah menjadi begitu dekat, sebelum keadaan memaksa mereka membawa haluan masing-masing.

Bertahun-tahun kemudian, hidup menemukan mereka kembali, bukan sebagai dua insan yang sama seperti dahulu, tetapi sebagai dua manusia yang sudah berubah, dengan luka, pilihan dan kehidupan masing-masing.

“Ustaz rasa hubungan kita ni apa? Macam abang dan adik? Saya tak pernah anggap macam tu pun.” - Khairunnisya

“Kalau Nisya dengan saya, saya cuma akan menzalimi Nisya. Jadi lebih baik kita jangan teruskan…” - Syed Muhammad.

Dia fikir masa akan membuat semuanya terlupakan.

Rupanya, ada satu perkara yang masa tidak pernah berjaya hapuskan.

Rindu.

Dan apabila seseorang dari masa lalu kembali hadir dalam hidup kita, persoalannya bukan lagi tentang mengapa kita masih merinduinya.

Tetapi, adakah hati masih mempunyai ruang untuk kembali kepada orang yang sama?
Dan… apakah pengakhiran mereka juga akan indah?

ebook

Published August 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Rey Amane

5 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Aira Zira.
258 reviews5 followers
September 6, 2026
Rate : 4.5⭐️

Lepas baca ni buat saya terus berfikir yang jadi manusia tu kena selalu berpijak di bumi yang nyata. Hidup tak selalunya indah. Kita cuma merancang namun, Allah jualah sebaik-baik Penentu dan Pengatur alam.🤍

Awal pembacaan takkan siapa tahu apa yang menanti. Takkan sedar bakal dilanda hujan badai atau pelangi yang ceria. Bibit-bibit pengenalan yang tampak biasa. Akan buat kita tertanya-tanya kisah apa sebenarnya yang penulis nak coretkan?🤔

Hubungan Nisya dan Syed juga tak pernah jelas. Mereka sekadar anak tuan rumah dan penyewa yang berkongsi ruang keluarga yang sama. Saling mengambil berat dan peduli. Masing-masing ada cita-cita. Namun rasa itu sudah membenih tanpa sedar.🥰

Sekali dipisahkan takdir, baru tahu ada yang berbekas dalam hati. Rindu atau cinta? Sehingga jodoh kembali bertemu di benua yang berbeza. Hubungan normal itu dibawa arus masa. Takut kehilangan makin terasa tapi, berat untuk dinyatakan kerana tak mahu si manis terluka.

Awal kisahnya agak panjang untuk dilalui tapi seronok kita tempuhi. Keletah mereka yang sentiasa mencuit hati buat saya tak henti sengih dan ada masa segan sendiri. Sikap nakal si Nisya memang buat ustaz Syed pun geleng kepala. Dapat pula bawa pembaca berjalan-jalan di Istanbul. Memang best!

Ini jugalah bacaan yang buat saya menangis tersedu-sedu. Satu rasa yang menyesakkan dada seolah-olah saya yang sakit menanggung perasaan. Kenapa dan kenapa saya tanya pada penulis. Tapi inilah lumrah hidup yang kita kena lalui. Sesekali hidup kena realistik. Selamat membaca korang. Standby tisu.🤧
Profile Image for jemsblonde.
85 reviews8 followers
October 1, 2026
cerita ni ok, cumanya aku rasa agak draggy dan banyak filler scene. so baca pun banyak skim through je and chemistry mc pun macam tak ngam sangat. idk why tapi kadang rasa flat pun ye jugak. hampir nak dnf tapi sayang duit punya pasal, habiskan la jugak.

ada benda yang paling buat aku turn off dalam cerita ni. panggilan ml & fl. ml duk ana enti, fl duk bersaya-ustaz. ‘sigh’. ok aku faham si syed ni lepasan graduan dari jordan tapi macam agak tiber la ek berana-enti dengan strangers?? tapi lantak la maybe dah terbiasa and terbawa bawa ke malaysia. itu ok lagi la, yang aku turn off si nisya ni duk bersaya-ustaz dari awal sampai korang kawen. alasan sebab syed tu macam gaya pak arab/perwatakan macam orang alim tapi syed ni bukan ustaz pun??🫩 aku macam— tah la. rasa annoying sikit. bagi aku title ustaz tu sendiri layak untuk bagi seorang berilmu agama yang tinggi dan background memang dari orang agamawan? dia macam tak make sense la sampai ke hujung kau duk panggil ustaz manjang and alasan sebab ikut suka dia nak panggil camtu. ingatkan lepas 2 tahun jumpa balik dah drop panggilan ustaz but still sama je.

aku tahu bab panggilan ni just a panggilan antara watak utama tapi benda ni pun benda basic untuk buat reader nak hook dengan chemistry mc and biarlah make sense dengan background pekerjaan watak tu sendiri. im sorry kalau rasa macam benda ni pun nak komplen tapiii aku tak bolehh rasa annoying la nyah. kau boleh je bahasakan saya-awak. aku rasa comel je pun lol

pastuuu rasa ick jugak dengan jenis yang pendam perasaan bertahun tahun ni haih. benda ni la membuatkan cerita ni jadi draggy and boring. si nisya ni pulak tak reti nak cakap straight dah tahu syed ni jenis blur, lambat nak faham then u should make a first move??? yang syed ni pun pasal sakit dia pun amik bertahun nak reveal and sumpah rasa tiber. aku stress. pastu happy moments sekejap je then ending camtu pulak hm🫩
Displaying 1 - 2 of 2 reviews