Re-read: 22/6 – 27/6
Kisah cinta “too good…to be true”. Cerita dalam cerita, 2 in 1.
Di dunia ini aku paling tidak suka dengan orang yang sangat tua dan budak kecil. Mereka adalah beban.
Dia sungguh pandai dengan tidak mengatakan ‘murah’. Kerana aku sendiri benci dengan kata itu. ‘Murah’ kesannya buruk dan tidak dapat dipercaya dan cepat rosak. Kau tahukan cheap stuff, siapa yang mahu menggunakan cheap stuff. Itu seperti menghina. Murah. Disgusting.
Aku tahu dia jijik. Aku juga tidak suka tempat seperti ini. Di sini banyak orang miskin yang memandang dengan tatapan seperti anjing buas. Juga banyak para pekerja pejabat yang kedekut, mereka menjimatkan duitnya dengan makan yang murah-murah. Betapa memuakkan mereka itu.
Semua emosi itu memang indah. Itu yang membuat kita hidup. Tapi romantisme itu memuakkan.
Heh 😏
Perwatakan Pram, si penulis buku, yang aneh dan sinis. Aku rasa Pram adalah seorang yang sunyi / kosong dalam dunia yang dia ciptakan sendiri, tapi sedikit puitis orangnya, dan sekarang dia sedang ‘berkelana’ untuk menulis cerita. Watak Pram yang misteri dan pelik norr. Kenapa dia macam tu?
Awan yang berwarna kelabu pekat menggantung di langit dengan malas.
Langit berwarna kelabu pekat. Awan-awan gelap itu sedang menjemput malam.
Kisah Pram dengan Poppy macam gampang je hahaha. Dia tak dapat nak ekspresikan perasaan dia dengan cara yang sepatutnya dia buat. Tapi kenapa Poppy tak pernah tanya dan beritahu hal yang sebenar? All beauty, all fades away 🥀
“Daripada dengan dia, lebih baik denganku,” kata gadis aneh itu tiba-tiba. “Aku suka kamu. Aku suka tiap kata-kata yang kamu tulis. Aku suka watak yang ada dalam bukumu. Aku jatuh cinta dengannya, jadi aku jatuh cinta padamu.”
“Kau ni macam bagus,” kataku sinis.
“Aku tahu. Aku cinta kamu.”
Aku mendengus, kemudian menoleh ke arah lain. “Dicintai kamu itu rasanya pasti seperti dicintai tarantula.”
“Daripada dengan gadis itu. Lebih baik denganku. Aku dapat mencintai kamu apa adanya. Dia cantik, wangi seperti bunga mawar, mewah. Tapi aku ini anggerik, aku unik. Kamu tidak akan bertemu spesies yang seperti aku dua kali dalam hidupmu.”
Pendengar-pendengar setia cerita Summer, Marat dan Elisa dari Pram, iaitu nenek tua, budak kecil 10 tahun (Elmo), lelaki tampan yang pendiam dan gadis aneh (Ellen). Ellen bertemu Pram kali ke-2 dan meminta tandatangan di buku cerita yang dia beli. Sebuah buku berjudul Pink! tulisan Pram. So… dari sinilah Ellen cakap kata-kata tak masuk akal bagi Pram. Sebab Ellen tahu…dan memahami Pram.
The dark side and the hidden story.
“Tidak apa-apa, di dunia ini banyak hal yang tidak kita faham. Tidak apa-apa kalau kita tidak faham. Kehidupan itu bukan teka-teki yang selalu ada jawapannya.” Nenek tua itu tersenyum sambil membelai cucunya.
Jalur ceritanya mendatar je. Kalaupun yang buat aku teruja, ada tapi sikit. Jalan cerita cinta yang tak dapat diteka dan menyedihkan. Apa erti cinta dan apa yang kau mahu dari orang yang mencintaimu? Banyak persoalan yang macam tergantung, tapi sebahagiannya ada jawapannya, walaupun samar-samar. Klu-klu yang penting ada pada wataknya. Ada apa dengan Pram?
I like. Thank you writer.