What do you think?

Dia Anak Jeneral
KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.
Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.
Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.
“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”
Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

580 pages, Paperback
First published July 10, 2015
About the author
Hezzy Azra
20 books39 followersDengan menggunakan nama pena Hezzy Azra, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas (2) Kuala Lumpur pada tahun 1984. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas sehingga tamat tingkatan enam pada tahun 1992. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma di TL Management Centre (usahasama dengan Swansea Institute of Higher Education, United Kingdom) dalam jurusan Business Management. Kini bekerja sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor.
Atas dasar ingin mencuba bakat, mula menulis manuskrip pertama pada tahun 2006. Setelah lima tahun dalam bidang ini, empat novel telah berjaya dihasilkan iaitu yang pertama Melodi Kasih (Disember 2007), Kenangan Terindah (November 2008) Cinta Tak Beralih (Julai 2010) dan Aku Pilih Dia yang baru berada di pasaran pada Disember 2011.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
September 9, 2015
Cadangan;
Boleh tukar tajuk x?
Dia Anak Jeneral kepada DIA MENANTU JENERAL.....
1/3 naskah ini dikuasai oleh si anak Jeneral, tapi
2/3 lagi dijajah oleh si menantu Jeneral.
Watak si menantu lebih terserlah, bersinar, cemerlang, gemilang, terbilang, bersilau-silauan.....
Peace
July 17, 2015
Fuh, akhirnya tamat juga. Bukan rebah bangun nak habiskan bacaan sebab buku ni tapi sebab mood membaca yang dah ke mana-mana bertaburan. :)
06-02-2015
1. Macam biasa novel penulis jarang ketengahkan isu yang bakalan buat sakit kepala. Hihi. Kali ni lagi santai walaupun isunya tentang menantu lelaki yang tak diiktiraf mertua. Biasanya kita dengar menantu dengan ibu mertua yang tak ngam kan, ha kali ni kita dihadapkan dengan kes menantu lelaki vs bapa mertua. :)
2. Zakhif berkenalan dengan Nur Syirin (Syirin) , anak gadis Tuan Jeneral Leftenan Hambali (Tuan Jeneral) sewaktu membuat projek ubahsuai di rumah Tuan Jeneral. Walaupun tarikan antara mereka sangat kuat, Zakhif sedar yang dia tak sepatutnya menyimpan perasaan terhadap Syirin yang sudah pun bertunang dengan Nukman, anak kenalan Tuan Jeneral. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Onar yang dibuat Nukman menyatukan mereka. Cuma kesukaran bagi Zakhif bila Tuan Jeneral seakan tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai menantu dalam keluarga mereka. Sampai bilalah agaknya Tuan Jeneral mahu menjunjung egonya tu kan?
3. Walaupun tak setuju dengan perancangan si ayah untuk menyatukannya dengan Nukman, Syirin terpaksa akur demi untuk menjaga hubungan baik antara ayahnya dengan kedua ibu bapa Nukman. Namun, bila menyedari yang dia tak mampu menyaingi kedudukan Diara dalam hati Nukman, Syirin nekad melamar Zakhif untuk menjadi suaminya. Kerana geram dengan keputusan yang diambil Syirin, majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan bila Tuan Jeneral nekad untuk menikahkan Syirin dan Zakhif. Sungguh pun bersyukur dengan jodoh yang tersurat, Syirin tahu besar cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk menambat hati Tuan Jeneral.
4. Tak suka dengan watak Nukman. Pengecut. Tau nak jaga air muka sendiri je. Haish! Memang bagus sangat tak berjodoh dengan Syirin.
5. The best part : ada cameo Shaq dan Larra! Dari buku Cinta Tak Beralih. Hihi. Berbahagialah mereka hendaknya. :)
6. Tahniah Kak Hezzy untuk buku ni. Moga makin melimpah ruah ilham untuk kisah seterusnya. Looking forward for Melodi Kasih 2 pula lepas ni. :)

March 25, 2016
Seumpama dihadapkan dengan makanan tradisi yg dimasak oleh orang berpengalaman, cukup rencahnya, teliti buatannya. Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan makanan segera yang menjadi kegilaan kita di hari ini. Walaupun luarnya nampak enak, namun khasiatnya kurang, malahan bertambah pula penyakit yang mendatang!
Karya pertama Hezzy Azra yang saya baca, padahal buku Kenangan Terindah tu saya beli pada awal keluarannya, masih elok terletak dia dalam almari. Dan patutlah, teman-teman saya di sini begitu teruja dengan karya-karya Kak Hezzy, semuanya nak dijadikan koleksi. Nampaknya, saya pun kena mula mengejar la ni :-D

September 23, 2015
Cengilnya Leftenan Jeneral Hambali.. bunyi hmmm dan tak bunyi apa2 pun boleh buat si anak kecut perut bila berhadapan dengannya.. aura dia boleh sampai ke pembaca.. sangat2 memahami situasi Syirin... tambah2 rasa kasihan dengan layanan buruk yang dihadapi Zakhif bila dia bukan menantu pilihan... menyampah pula dengan Nukman konon bakal menantu pilihan yang bakal membahagiakan anak bongsu Jeneral sedangkan dia telah merencanakan madu untuk Syirin sebaik sahaja berkahwin.. tsk tsk.. hang nak bahagia pun melalui derita dan pengorbanan org lain.. baguih laa sangat..sampai kesudah orang lain tak tahu Nukman main kayu tiga semasa menjadi tunangan Syirin (kecuali Syirin).. nasib baik Syirin tekad biar nampak dia yang 'buruk' (hasil perkongsian cerita perkahwinan Terrence) janji dapat melepaskan diri dari ketamakan Nukman yang pengecut.. dan nasib baik Zakhif ikut nasihat Shaqril untuk rebut peluang kedua (hasil perkongsian cerita Shaqril mengahwini Larra).. cerita penuh kejutan.. tak sangka Jeneral Hambali buat begitu pada Syirin dan Zakhif...
Projek-projek amal yang Zakhif usahakan dan turut menjadi sukarela dalam aktiviti kemanusiaan membuat pembaca (Cik Pah la tu) suka kepada Zakhif... agak2 kalau join Pertiwi Soup Kitchen dapat jumpa Zakhif tak ? ;P
Projek tahun depan boss Cik Pah minta kami fikirkan projek amal yang boleh kami buat.. soooo boleh la cadangkan salah satu projek memberi makanan kepada gelandangan di PJ.

July 23, 2015
Best...
Aku suka...
Cukup rencah...
Part Syirin kena lempang tu buatkan aku menangis.. Dan ada beberapa part lagi yang menyebakkan dada.. hehh...
Siapa yang lempang Syirin..?
Tang ni kena la baca sendiri..
Tak best la kalau setiap inci cerita dalam ni nak di highlight kan..
Itu bukan review namanya..
Itu SPOILER..!
p/s: Dengan aku ni senang je.. Jika cerita tu cukup rencah, aku bagi bintang penuh.. Jika cerita tu tawaq hebiaq, bacapun tanpa emosi, mendatar macam tu je, memang totally out la cerita tu..

January 26, 2019
Setelah sekian lama, I baru ada masa nak read & review novel... so I'm gonna start with this book.
"Dia Anak Jeneral" (DAJ) is the seventh book by one of my favourite authors, Hezzy Azra and novel ne juga merupakan salah sebuah buku yang suami I hadiahkan as one of his hantaran for me for our wedding in 2015. Got the novel from the author herself with her special message for my wedding. Hehe. For a novel addict like me, tu macam dapat gold tau…
Sebenarnya I dah baca novel ne few years back, shortly after I got married, tapi tak berkesempatan nak review... and I have read it a few times more after that (just shows how much I love it). Buku ne dah nampak sign of wear and tear... hehe... rasanya akan beli another copy, just in case.
Anyways, DAJ menceritakan kisah cinta di antara Nur Syirin (Syirin) dan Zakhif. Percintaan yang ditentang oleh ayah kepada Syirin – ayahnya yang merupakan seorang pegawai tinggi tentera, Leftenan Jeneral Hambali. Manakala Zakhif pulak, seorang anak yatim piatu yang mempunyai perniagaan sendiri.
Dari background mereka dah nampak the fact that penulis masih lagi melahirkan watak-watak yang sangat normal, down to Earth and nampak realistic. You won't see watak-watak orang berada over the top yang selalu ada pada novels these days, bukan jugak watak hero ahli korporat yang disegani, bukan jugak watak hero arrogant, handsome… ala… Korean-typed-hero tu. Haha. I have nothing against all those… I pun enjoyed reading stories with heroes macam tu. Haha. My point is, when reading Hezzy Azra’s stories, watak-watak yang dilahirkan jarang dari group mentioned above… Ada la jugak watak-watak tu, tapi sebagai watak sampingan. Anyways… this time penulis explores watak seorang lelaki yang berkerjaya sebagai seorang contractor cum plumber.
Jalan cerita yang sangat menarik for me sebab jarang I baca story about a father yang full of authority macam ne – dictator! Selalu kan, even in real life, sorang ayah merupakan figure yang easygoing and mother yang selalu menjadi parent yang strict ne, especially bab perkahwinan anak-anak ne... and when it comes to menantu-mertua relationship ne, selalu yang ada isu menantu perempuan dengan mertua perempuan. Ne dah terbalik pulak... but being an army officer, tak hairan pun cara hidup si ayah kat tempat kerja tu terbawa-bawa sampai ke rumah. I have a retired army officer as a neighbor, and he's acting pretty much macam army jugak outside of work. Boleh dikatakan uncle ne macam security kat area rumah I tu. Haha. Bila kita takde kat rumah, dia akan tengok-tengokkan rumah kitaorang. Selamat la kan... and his two eldest sons pun in the army jugak. Agak-agak kalau Leftenan Jeneral Hambali ada anak lelaki, memang masuk army jugak kot. Haha. My point is, yes, I understand when seorang pegawai tentera terbawa-bawa perangai dari tempat kerja tu. They only expected "yes" when ordered.
Di awal cerita, Leftenan Jeneral Hambali forced Syirin to accept his friend's marriage proposal for his son, Nukman. Kedua-dua kakak Syirin pun sebenarnya mendapat nasib yang sama when it comes to marriage sebab ayah diorang yang arranged it. It's like a tradition for the family, apparently.
Pertemuan pertama antara Syirin dan Zakhif semasa Zakhif sedang ubahsuai tiles kamar mandi dalam bilik Syirin and apparently, sampai pulak nampak mahkota Syirin. Memang unusual la pertemuan pertama ne. For one thing, as contractor, memang ada green light masuk bilik sesiapa saja when asked... terfikir pulak penulis nak berikan "rezeki" macam ne kat Zakhif diawal cerita. Hehe. I suka… kan tak sengaja tu.
I suka dengan perkembangan relationship between Syirin dan Zakhif. Zakhif dah felt something even before dia bertemu dengan Syirin semasa nampak gambarnya. Perjumpaan pertama pun sudah buatkan mereka rasa getaran di jiwa masing-masing. I yang baca ne pun bergetar-getar jugak la dalam dada ne. hehe. Setelah perjumpaan pertama tu, masing-masing nak cari peluang bertentang mata… Kuat betul la feel diorang ne. Teringat bila I dengan suami dulu berkenalan melalui telefon (zaman landline lagi) dan cari chance main-main mata kat sekolah. Haha. And... bila I baca balik-balik pun cerita ne, I selalu je tak perasan yang Zakhif tak pernah luahkan perasaan dia kat Syirin sehingga la ke page terakhir buku. Bila penulis mentioned the fact that Zakhif said those three words for the first time tu la baru I perasan yang Zakhif tak pernah pun confess. Sepanjang membaca, setiap action Zakhif dan Syirin dah menampakkan sayang diaorang for each other.
Leftenan Jeneral Hambali... Character dia ne betul-betul buat I sakit jiwa la. Kalau I di tempat Noriah, I memang bakal makan hati je setiap hari. Ego dia tu tinggi melangit! Dah ada rasa bersalah pun, susah sangat nak luahkan... macam sepanjang pembacaan, dia tak pernah sekali pun mengaku salah dia, apatah lagi meminta maaf. Dia mengakui dalam hati dia je. Alahai, memang ego bebeno! Ego tahap shaitonnirajim!
Syirin... Her character kind of reminded me a bit of Lois Lane. Ala... Lois Lane bini Clark Kent a.k.a Superman tu. She's an army brat jugak macam Syirin. Syirin ne memang nampak rebel dia dari awal, especially when out of all the General's daughters, dia je yang berjaya membina kerjaya based on yang dia minat. However, sekeras-keras Syirin tu, kalah jugak dengan kesenioran kepala batu ayah dia tu when she just felt obligated to just go along with his arahan untuk terima Nukman sebagai suaminya walaupun dia tak pernah pun zahirkan persetujuannya. Perjumpaan dengan Nukman pun tak membantu langsung – I rasa kalau dari awal Nukman tak setuju, the wedding plan takkan berjalan lancar kot. Syirin pun start memikirkan semula her decision sebab Diara muncul balik dalam hidup Nukman. I do like Syirin's personality sebab dia tak lemah... Keras kepala Syirin tu bersebab.
Zakhif... I suka sangat dengan watak Zakhif. Dia seorang yang penyabar dan sentiasa berfikiran positif; I rasa setiap balasan yang keluar dari mulut dia when people assume bad things are all positive – Leftenan Jeneral Hambali kutuk kontraktor asal rumah dia tu pun, Zakhif balas dengan jawapan positive, bukan nak menambah perencah mengutuk. Maybe sebab background hidup dia buat dia sentiasa ingat bahawa tiada manusia yang sempurna. Setelah Mak Abah dia dah meninggal dunia sejak umurnya tujuh tahun, Pak Mail dan Mak Nani menjaga dia and around umur dia sepuluh tahun, dia dihantar kat rumah anak-anak yatim... he might just learned to see things positively. Walaupun sedih dengan perjalanan hidup Zakhif, I like the fact that people surrounding him semuanya orang baik-baik. I love that Zakhif ne seorang active menjadi sukarelawan dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. I loved that he had the heart to share what he had with his adik-adik... showed that he didn't forget his root. His character really reminded me of my arwah Babah – his late father pun passed away semasa umur Babah I tujuh tahun.
I like Syirin's relationship dengan Mak dia. Having a love-hate relationship dengan her own father, I guess sebab tu la merapatkan lagi hubungan Syirin dengan Mak dia. But having a mother with Noriah's personality, semua anak-anak dia pun dia rapat. Dengan contractor cum plumber tu pn dia boleh mesra, apatah lagi anak sendiri kan... When she knew that Syirin tak happy dengan perancangan suaminya, dia pun sama tak excited dengan preparation wedding tu... And her husband also realised that she was not as excited as she was when Ida and Shim got married. I suka that Noriah did not act macam yang suami dia nak all the time... She spoke out her thoughts when needed, tapi tak sampai nak provoke kemarahan suaminya.
I really do hate Nukman's character. Memang coward, pengecut, penakut, chicken habis la dia ne. Tak berani nak berdepan dengan masalah, dah tu tamak nakkan both Syirin dan Diara. Tapi he just wanted to keep Syirin sebab nak elakkan dari berdepan dengan amarah parents dia and also, Leftenan Jeneral Hambali. Apparently, dia memang takut dengan ketegasan ayah Syirin ne, maybe more than his parents. Haha.
And... Diara had the nerve to say all those things she said to Syirin?!! I mean, WTH was that?!! Kurang ajar punya perempuan! Memang part perjumpaan Diara dengan Syirin ne buat I see RED! I was actually hissing when I read that part. Selfish betul... Tak ada perempuan yang nak dimadukan. Belum kahwin, dia dah nak dimadukan – isteri yang nak dimadukan pun selalunya minta cerai, inikan pulak belum sah jadi isteri. Memang cabut lari la jawabnya. Adoi la! Brilliant plot, but still... I marah!
Nukman and Diara were made for each other! Nuff said.
The best part: Shaqril dan Larra from “Cinta Tak Beralih” are in the story!! Like always, I memang suka sangat bila penulis connect their stories dengan mewujudkan watak-watak daripada novel sebelum-sebelumnya. Macam kita masuk dalam dunia ciptaan mereka kan. Anyways… I love the fact that Shaqril dan Larra memainkan peranan penting dalam hidup Zakhif sampaikan nasihat Shaqril about grabbing the second chance given tu, Zakhif took to heart. They even involved themselves with rombongan meminang meng“ambush” rumah Leftenan Jeneral tu… and I love seeing Haji Razlan as the spokeperson for their rombongan.
“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.” – Wow! Bold statement indeed! I guess this statement started Syirin’s counterattack towards her father’s “strategies”.
I love the fact that Zakhif nekad untuk memanfaatkan peluang kedua yang diberikan. Unlike Nukman, Zakhif bersedia menghadapi Leftenan Jeneral Hambali yang super tegas tu demi mendapatkan Syirin. Suka sangat dengan keberanian yang ada pada Zakhif! Mata kita ada love-love je sepanjang menyaksikan pertarungan Zakhif ne.
Pernikahan mengejut tu memang mengejutkan la. Penulis berjaya membuatkan pembaca yang sopan santun macam I ne mencarut. Haha. Dalam kepala Leftenan Jeneral Hambali ne nak menang je kan… sebab rasa tercabar dengan Syirin dan Noriah, dia sanggup mengambil langkah memalukan Zakhif macam tu.
Setelah sah bergelar suami isteri, Syirin mula rasa kehilangan seorang ayah dan tried to make her father berbaik dengan suaminya. I don’t really like that Syirin seakan mahu tahu tentang asal usul Zakhif hanya kerana ayahnya – I know Syirin pun macam curious jugak nak tahu roots Zakhif, but when she brought her father into account, I jadi tak berapa berkenan.
As much as I love Zakhif being a patient son in law, I tak suka bila dia tak nak share his upbringings dengan Syirin… and I don’t like that he went on menjadi sukarelawan without even discussing it with Syirin.
I guess penulis nak bangkitkan issues yang biasa dihadap oleh newlyweds. Pasangan bercinta sebelum kahwin pun ada yang “culture shock” bila dah bertukar status, inikan pulak pasangan yang baru kenal shortly before kahwin. Zakhif had always been independent so dia “terlepas pandang” akan tanggungjawab dia sebagai sorang suami when he had always took serious of his role as a volunteer. Syirin pulak had always had her parents by her side… selepas kahwin, memang akan ada rasa kehilangan, lebih-lebih lagi when the father anggap macam ada tak ada je depan dia. I do love that even with his own ego (yang I rasa healthy la), Zakhif tak kurang ajar dengan Leftenan Jeneral Hambali. Dia layankan saja karenah bapak mertuanya.
I love perkembangan hubungan diantara Zakhif dan Leftenan Jeneral Hambali. It took Zakhif child’s life to make their relationship better. It’s sad, but like in real life, every little things happen ada hikmahnya. Dalam rasa terkilan, Zakhif terima qada’ dan qadar yang telah tertulis untuknya… I love that dia tak salahkan bapa mertuanya for things that happened.
I rasa penulis telah berjaya mencipta plots yang menarik – semuanya tersusun elok je. Sepanjang pembacaan, flow dia macam smooth je. Leftenan Jeneral Hambali assumed that Syirin setuju bila dia tak membantah. Dalam keterpaksaan, Syirin tetap cuba untuk mengikut keputusan Ayahnya. Dalam kesamaran tentang perasaan diorang, Zakhif dan Syirin nekad nak teruskan plan diorang nak bersatu. Seems like every plan tu tak terlalu difikirkan... Each character seemed to move on with the flow of the story nicely... Though, I rasa macam tergantung je perasaan Ejja kat Syirin tu. Or did I missed something?
I really love the climax of the story tu when Zakhif found his family… dengan Mustakim pulak tu dia ada connection. Cuma, I was hoping penulis elaborate lagi sikit scene after the reveal. Macam tak cukup pada I. Nak feel lebih lagi. Ending story Hezzy Azra this time around kind of ambiguous.
Penulisan Hezzy Azra tak payah la I nak ulas. Dari novel pertama, penulis memang dah menunjukkan style penulisan yang sangat cemerlang dimata I. Penggunaan Bahasa Inggeris yang cemerlang, dan terletak elok je bila needed; not overly used. However, I rasa ne first time I rasa macam nak sakit jiwa melayan character yang dilahirkan. Perasan tak, I kept on typing “Leftenan Jeneral Hambali” sepanjang review I? Sebab I rasa gelaran tu memang sesuai sangat dengan watak seorang Hambali tu. Tegas tak bertempat most of the time.
WOW. Rasanya panjang sangat review I kali ne. Haha. So I’m gonna end this now. Overall, I suka sangat-sangat dengan story ne… and I strongly recommend it!
Sinopsis:

August 17, 2015
otak tumpul la nak review panjang.
cuma nak cakap buku ni best sangat. Suka watak hero dan heroin ni.
Saya suka watak Zakhif
Paling tak suka Nuqman..pandai cakap tapi tak buat. Cakap tak serupa bikin..cehhhh .. grrrr

March 1, 2018
Suka cerita macam ni. Santai2. Tak perlu hantuk kepala dekat dinding. Heheehe. Seeloknya jadi ikutan para penulis novel yg lain.
July 18, 2015
Bestt cerita ni..selalu yg kita baca mesti tentang mak mertua yg x suka kat menantu perempuan..tp DAJ adalah versi si bapa mertua yang x suka kan menantu lelaki..disebabkan si bapa seorang Jeneral yang sentiasa tegas..smpai hidup anak2 nya semua nak dia aturkan.. Syirin pula si anak bongsu yang suka membantah ckp bapanya..tp bila part jodoh...dia terima dgn redha walaupun dia mmg x de perasaan dgn Nukman..
lepas bertemu si kontraktor cum plumber ada rasa berbunga2 dihatinya..Zakhif juga begitu bila bertentang mata dgn si anak jeneral tersebut..tapi masing2 sedar diri yang mereka tidak akan bersama..
tapi Syirin lah yg selalu mencuri peluang untuk bertentang mata walaupun 5 saat dah cukup untuk mengubat rindu..hihi..
sampai si Nukman cari pasal..dia nekad utk tukar pengantin lelaki..dan melamar Zakhif..dan juga sanggup berdepan dgn kemarahan ayahnya si Jeneral..bg Syirin ini adalah masa dpnnya...dan dia berhak untuk bahagia..

April 22, 2018
OMG!!! Best la novel ni...
Macam² perasan bila membacanya. Perbezaan Darjat peh!! cam drama P. Ramlee cinta 2 darjat laa. Geram dgn Jeneral Hambali tue hebat sgt dgn pangkatnya. Hello! masuk kubur sama je pangkat bukan boleh di bawa pon. Geram kan? geram kan? haha!!!
Benci dengan Nukman. harapkan pangkat kemain g tapi penakut. Bla laaaaa.. ni ke lelaki? geram kan? geram kan? haha!!
Syirin anak bongsu dlm keluarga Jeneral yg berani menentang wpon terpaksa menghadapi halangan. Menentang pon bersebab, bukan suka², tu pon sebabkan Nukman pengecut tu... Nampak tak geram dgn Nukman ni? haha!!!.
Zakhif, hanya pekerja biasa shj, menjadi menantu yg tidak di sukai Jeneral tetapi seorg yg sabar bila di uji demi memiliki cinta hati ye...

October 26, 2017
Jalan ceritanya quite okay cuma not my type of story. Cant imagine Fattah Amin bawak watak Zakhif yang kena tabah hadapi kerenah ayah Syirin which is bapak mertua(seorang jeneral yang berpangkat) yang tak berapa suka kehadiran Zakhif ke dalam keluarganya.
September 25, 2015
Sebuah buku yang mengembalikan mood membaca saya. Kisah jeneral yang tegas dan garang, yang menentukan masa depan anak-anaknya.Tiga orang dan kesemua perempuan.
Jeneral yang hanya memilih menantu dari golongan pakaian uniform. Pegawai askar, tapi tidak pada anak bongsunya. Dia mengingkari arahan ayahnya dan mengahwini seorang contractor. Ego seorang ayah walau menantu itu melayannya dengan baik.
Belilah buku ni kalau nak tahu apa jadi. Tapi dalam buku tu sebut Kem Sirusa, mengingatkan saya pada zaman saya tinggal disana. Banyak kenangan.

July 22, 2015
Luar biasanya kisah ini buatkan kita tak perlu ragu-ragu dengan nukilan HA kali ini. Bagaimana HA menghidupkan watak Syirin, Khif dan Hambali cukup mengusik hati. Sebal dengan sikap Hambali, suka dengan perjalanan kisah cinta antara Rin dan Khif. Tapi... jangan lupa juga sediakan tisu kerana penulis juga berjaya wujudkan babak air mata tanpa diduga. Tahniah Hezzy Azra. Tetap menunggu karya anda seterusnya.
July 19, 2015
huhuhu.....macam2 perasan baca novel ni...mula2 tergelak pastu xsedar ada airmata menitis...garangnye jeneral...mcm raja bersiong...malukan bakal menantu n anak didepan org...aduyai...tabahnye zakhif n syirin...syabas penulis...
October 12, 2015
baca novel buat terasa nak kawen ngn tentera la..wlaupn sbnrnya kita anti giler ngn tentera aka unit beruniform ni kt u dlu....haha..
kot la dpt jumpa hero gitu..tp xmo ayah mentua gitu..hehe

June 8, 2026
Sakit jiwa betul baca buku ni. Aduh, memang aku rasa tak serasi dengan novel yang terlalu dramatik dan penuh konflik macam ni.
Si bapa mertua pula jenis obses dengan darjat dan status. Menyampah betul dibuatnya.
Nukman pun satu hal. Demi cinta hati, sanggup mempergunakan orang lain untuk menyelesaikan masalah sendiri. Habis kalau semua plan dia dan dira jadi, so FL dia tinggalkan macam tu je. Memang naik angin dibuatnya.
Cerita ini banyak berkisar tentang konflik keluarga yang terlalu mementingkan taraf hidup dan keturunan. Ironinya, golongan yang dianggap "setaraf" dan "mulia" itulah yang paling banyak menyimpan keburukan.
Hubungan ML dan FL lepas khawin pula awal2 je bagi sweet lepas tu asyik bergaduh prasangka bukan-bukan sampai buat darah aku sebagai pembaca naik. Mujur ML akhirnya masih mampu berfikir dengan waras. Kalau tidak, memang terasa nak koyakkan buku ni.
Kebanyakan watak dalam novel ini dipenuhi ego, prasangka dan sikap degil. Satu-satunya watak yang berjaya mengekalkan ketenangan ialah Puan Noriah. Sabar betul dia melayan kerenah semua orang.
Pendek kata, kalau anda suka novel penuh konflik keluarga, salah faham, ego dan drama yang berpanjangan, mungkin anda akan suka. Tapi bagi aku, buku ni lebih banyak menguji kesabaran pembaca daripada emosi.😫 done merentan✅️

December 21, 2015
Kalau dah kata Nur Syirin anak Leftenan Jeneral Hambali, dia tidak boleh kata tidak jika ayahnya sudah tentukan jodohnya dengan Nukman. Kenapa hati rasa berdebar bila bertentang mata dengan Zakhif, si contractor cum plumber. Di pujuk hati untuk terima Nukman. Tetapi Nukman curang dengan bekas kekasih hatinya, Diara. Dia rasa sangat terhina bila Diara dan Nukman sudah bercadang untuk mereka bermadu. Nukman tidak berani berdepan dengan ayahnya, lalu ditinggalkan Syirin walaupun dia yang disalahkan. Syirin letak syarat untuk Zakhif. Siapa yang berani datang ke rumah dan melamar dirinya, lamarannya akan diterima. Zakhif sambut cabaran itu bila dapat tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia sanggup menghadapi Leftenan Jeneral Hambali untuk dapatkan Syirin. Tanpa disangka hari 'merisik' jadi hari 'nikah' mereka. Leftenan Jeneral Hambali rasa jengkel dengan pilihan Syirin dan tercabar dengan sikap Zakhif yang tenang. Zakhif adalah menantu yang tak diikhtirafnya. Syirin mula-mulanya bahagia. Tetapi lama-kelamaan, dia rasa tertekan. Satu kemalangan dan satu kehilangan disebabkan oleh kecuaian Leftenan Jeneral Hambali adalah titik permulaan satu perubahan. Zakhif mula diterima oleh Leftenan Jeneral Hambali. Zakhif akhirnya dapat mengecap bahagia bersama anak kembarnya dan isteri sekeluarga serta keluarga orangtuanya yang telah lama dia dambakan.
February 12, 2025
Kali pertama Zakif tengok gambar Syirin dalam baju kurung pucuk pisang, dia terus jatuh cinta. Tapi bila tahu Syirin dah bertunang & anak kepada Jeneral yang tegas, dia tahu diri.
Kesian hidup Syirin, apa saja dia nak buat mesti tak boleh. Semua dikawal ayah dia. Bila dia buat keputusan untuk putuskan pertunangan, bermulah episod perang Jeneral, Syirin & Zakif.
Aura Zakif ni memang 🔥. Orang lain semua takut kalau berdepan dengan Jeneral tapi Zakif ni memang ‘katang’! Ayah Syirin buat lah apa pun, sakit & terasa macam mana pun dia tapi dia tetap berbaik & jadi diri sendiri.
Jeneral Hambali & tunang Syirin? kita dislike! Sanggup buat keputusan demi kebahagiaan sendiri tanpa fikir Syirin. Annoying gila! Geram gila bila tunang Syirin tak kantoi, tapi kita puas hati dengan apa yang jadi dekat Jeneral tu. Konon nya orang awam tak sama taraf dengan askar. Tapi kalau perangai askar pun tak helok tak jadi jugak.
Kesuluruhan plot memang ‘love’. Suka tengok usaha Zakif menangi hati Jeneral & Syirin berjuang untuk kebahagiaan sendiri. Sebab bagi kita bukan semua pilihan mak ayah ni semua yang terbaik. Pace pun elok, slow tapi tak puas. Geram dengan Jeneral tu sampai hampir campak iPad 😆

August 5, 2015
Best! geram jugak dgn Tuan Jeneral yg hanya nak baran dan hangin..mujurlah isteri penyabar...antara 3 anak perempuan yg bongsu sahaja mencari pasangan bkn dr bidangnya yg merupakan seorang Jeneral askar...malah pilihannya untuk sianak bongsu juga ditolak oleh si anak!
dan itu buat Tuan Jeneral sengaja mencari pasal dan tidak melayan dgn baik anak menantu bongsunya tapi apabila berlaku sesuatu..barulah terbuka mata Tuan Jeneral! baru dia sedar siapa menantu bongsunya...
keseluruhan? menarik dgn jln citernya..puashati sgt dgn endingnya!

September 17, 2015
Ya... bacaan yang tak menghampakan! ^____^
Saya baca buku ini sebab penulisnya Hezzy Azra!
Kisah anak Jeneral yang membuatkan emosi saya turut sama turun naik dengan masalah yang dihadapinya.
Bahasa yang mudah dihadam. Plot cerita yang menarik. Watak hero-heroin yang dipotretkan sebagai individu yang berpijak di bumi nyata. Kesilapan editing yang minima (tidak seperti mana buku terbitan Alaf yang lain) membuatkan saya jatuh cinta dengan naskhah ini.
-tbc

October 4, 2015
Novel ini buat saya nak cari dan baca novel lain tulisan Hezzy Azra. Cerita yang menarik, tak ada tengku2, datuk datin. Cerita ni tentang keluarga. Tentang keyakinan diri dalam mencari bahagia dan yang paling saya suka adalah part syirin cuba tarik perhatian zakhif. Zaman sekarang walaupun tak ada istilah perigi cari timba, tapi cara nak tarik perhatian tu jangan la over sangat. masih ada nilai keperempuanan
July 12, 2015
This book might not as 'heavy' as kenangan terindah or cinta tak beralih but I love the family values that were potrayed in it. Antara rasa hormat isteri kepada suami yg ego, kasih ibu kepada anak and vice versa.Personally i think DAJ is a light reading for me but at times tersentuh juga. Apa2 pon hasil yg tak mengecewakan from hezzy.
November 3, 2016
Jeneral Hambali ni memang bikin hati Zakhif haru biru je tau...tapi salute dgn sifat penyabar dan tidak berdendam Zakhif. Macam ni baru betul boleh buat menantu...memang TERBAIK !!! Bukan macam sekarang ni ramai menantu jadi hantuuu he he he. Orang dolu dolu kata bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian...
August 30, 2018
Membaca novel ni sebelum drama ditayangkan tetapi ketika itu sudah tahu siapa yang melakonkan watak sebagai Zakhif. Jadi secara automatik, dah terbyg heronya macam mana walaupun saya ingin mmbygkn org lain 😅
overall, cerita yg penuh dengan pengisian. Bukan sekadar cerita cinta antara hero dan heroin tetapi juga tentang kekeluargaan, tentang hidup orang2 gelandangan.

July 23, 2021
I liked it. Penulis cuba cari kelainan dgn watak & pekerjaan baru (buka anak dato, kerja pejabat CEO etc) so i really enjoyed it.
Dan bukan berkahwin paksa @ tangkap basah which is normal for a malay novel kan.
I salute dengan zakhif, suka sgt dengan perwatakan cerita ni. Syirin pun boleh tahan jugak wataknya.

September 2, 2015
One of my favorite author and always looking forward on her latest novel. True engough, this one will not disappoint you as her story line is not "out of this world"; something that you can relate to with dash of humor, romance, good feeling and family bonding.
November 29, 2015
General Hambali yang sangat garang dan tegas
Syirin yang sabar ngan ayahnya.. dan sanggup mintak putus tunang yang jadi pilihan ayahnya..
Zaakif yang juga sangat penyabar dalam melayani perangai bapa mertuanya..

Best....jalan ceta yg berbeza. Terus kan berkarya.
July 24, 2015
kemanisan yang sempurna... tipu kalau kata dlm perhubungan hanya ada satu tone ajer... both of them.complete each other... saya suke dengan kesederhanaan mereka. rasa lengkap!
Displaying 1 - 30 of 43 reviews