"DIA menghulur tangan lagi. Sekurang-kurangnya dia bersandarkan harapan juga. Tapi sekian lama sandaran itu tidak pernah dimakbulkan. Manusia kini hanya memikirkan kewujudan sendiri. Tidak pernah memikirkan kewujudan orang lain. Mahu tidak mahu sandaran yang paling nikmat dan paling memuaskan ialah khayalan. Hanya berkhayal dalam kematian menunggu keabadian di alam barzah sajalah yang terdaya meneruskan degupan jantungnya."
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.
Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.
Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).
Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.
Bukan cerpen, bukan juga novel sebab latar tempat dan masanya tidak banyak berubah.
Naratifnya adalah seputar kehidupan seorang pengemis yang hidup terbiar dan melarat di tempat letak kereta, di kaki lima, juga lorong-lorong. Membaca Sampah ibarat kita mendengar suara hati sang pengemis, dari sudut pandang dia melihat dunia, digambarkan dirinya yang sebenar adalah amat kaya, juga amat miskin. Kaya dengan ketenangan dan harapan untuk menemui keabadian. Miskin kerana tidak punya sebarang alat deraan hidup. 'Alat deraan' dalam konteks ini adalah harta benda. Harta benda yang hanya menderakan proses mencari keabadian. Kematian.
Dia juga menggambarkan dirinya dengan kekosongan, kepakuman. Berdasarkan carian di internet, pakum merupakan perkataan Indonesia, juga membawa erti kosong, hampa udara.
Deskripsi perlakuannya sangat jelas dan halus, sehingga boleh terasa 'kegilaan' sang pengemis. Buku nipis yang sangat kaya dengan bahasa. Terlalu dalam makna yang diutarakan dan pengertian yang boleh diterjemahkan, juga menyuntik keinsafan setelah habis membacanya.
Buat yang pernah membaca karya Pak Shahnon, mungkin boleh cuba analisis dan keluarkan buah fikiran penulis dalam buku ini. Tidak sesuai untuk mereka yang ingin mencari kepuasan cerita atau baru hendak membaca karya beliau. Secara keseluruhan saya suka dengan gaya penulisan yang berulang dan mendalam sebegini.
karya ini dicetak kembali. sangat laris sewaktu pbakl lepas.
sampah. banyak pengertian yang disampaikan. bukan sekadar pada pengemis yang menjadi gerak kisah. sebenar lebih jauh dari itu.
kita dalam dunia ini, apa yang kita pandang sebenarnya? jarang sebenarnya nak tunduk ke bawah. itu sebab sampah merata, kan? nak ke kita kutip dan buang? masa buang sampah pun, rajin ke kita nak asingkan?
ini dari pemahaman akak yang langsung kosong dalam bahasa sastera ini. maaf andaikata berbeza dari maksud asal. cumanya, bagi akak karya ini harus tidak dipinggirkan. sifat manusia banyak dikelaskan dalam karya ini. ada yang laju suka menghina, ada yang akan berfikir dahulu dan ada yang simpati mengatasi segalanya...
kajilah diri kita. berapa banyak sampah yang kita diamkan dalam diri, dalam hati. moga mampu kita buang mana yang mampu membusukkan jiwa dan jasad kita...
Sekali lagi Shahnon Ahmad mengangkat isu kemiskinan. Kali ini bukan lagi di kampung jauh di ceruk negeri, tetapi di bandar, di tempat orang-orang miskin kampung bercita berangan mendapat kehidupan lebih baik, di tempat dikatakan banyak pekerjaan, selesa dan besar rumahnya, sedap makanannya, asyik hiburannya.
Gahnya bangunan tinggi bertingkap kaca dan gemerlapan waktu malam mengaburi dan melenyapkan realiti sebuah kehidupan seorang “Dia”.
Watak ‘Dia’ tidak diberi nama. Apakah pengemis kotor miskin hina terlalu bangsat untuk diberi nama? Sedangkan Lahuma dan Jeha yang terkepung terkurung di kampung paling jauh pun diberi nama. Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah yang terperuk tidak pernah bersekolah itu pun diberi nama. Kenapa ‘Dia’ tidak layak diberi nama? Apa susah sangat hendak memberikan satu nama? Ada lebih 7 billion manusia hidup di atas dunia ini, tidak pun kehabisan nama untuk diberi.
Tetapi, sekalipun ‘Dia’ memiliki sebuah nama, siapalah yang akan memanggil namanya? Siapa yang tahu siapakah namanya? Siapa yang peduli? Nama tidak penting pun di dalam kehidupan seharian ‘Dia’. ‘Dia’ cuma mengemis kepingan syiling dan kemudian menukarkan dengan beberapa suap nasi. Buat apa ada nama? Bukan ‘Dia’ perlu mengisi apa-apa borang, perlu pergi sekolah, perlu masuk bangunan tinggi berpengawal, perlu melepasi pintu imigresen. Tidak perlu. Tanpa nama, tiada identiti, ‘Dia’ seolah tidak wujud di dalam dunia, di zaman IC dan pasport ini. Lahirnya, hidupnya, matinya seolah tidak berbekas di muka bumi ini. Benarkah begitu? Bukankah ‘Dia’ penyumbang dalam rantaian makanan di dalam sistem ekologi? Bukankah ‘Dia’ bernafas menghasilkan karbon dioksida? Bukankah ‘Dia’ makan dan minum, kemudian menghasilkan baja? Bukankah selepas matinya ‘Dia’ menjadi kompos? Tapi... Tapi... bukankah kita semua juga begitu?
Naskah Sampah berkisar tentang 'Dia' iaitu seorang pengemis di kawasan bandar. 'Dia' tidak banyak menggunakan dialog tetapi wataknya banyak dimainkan melalui pandangan dan pemerhatian di sekelilingnya.
Beberapa perkara yang bermain di fikiran saya ketika membaca sampah. Antaranya naskah Sampah ini tidak ada bab langsung, pertama kali saya jumpa tulisan sebegini. Saya boleh katakan naskah ini perlu dibaca dalam satu nafas memandangkan plot yang dibawa oleh penulis tidaklah membawa pembaca bergerak ke tempat berlainan (berputar setempat) dan masa juga berlegar pada masa yang sama.
Yang keduanya berkenaan TLK. Jenuh saya menunggu untuk penulis menjelaskan apa itu TLK sehingga di pertengahan muka. Di glosari juga tidak ada. Akhirnya barulah saya dapat tahu bahawa yang dimaksudkan TLK itu adalah tempat letak kereta melalui tekaan dan itu dapat disahkan dengan membuat semakan ulasan di Goodreads.
Yang ketiga naskah sampah ini mungkin boleh saya gelarkan sebagai 'novella' (bukan cerpen, bukan novel) atas sebab tidak ada bab yang saya nyatakan sebelum ini (yang lebih pakar mungkin boleh ulas tentang ini). Ibarat seperti menunggang isi minyak yang penuh dengan kelajuan yang tinggi, tidak berhenti di mana-mana hentian dan bila habis minyak terus berhenti begitu sahaja.
Satu lagi karya Shahnon Ahmad yang banyak diperkatakan serta dibincangkan di dalam esei-esei kesusasteraan. Beliau membawa unsur absurdisme di dalam karyanya ini. Hanya berlatarkan TLK (Tempat Letak Kereta) dan watak seorang pengemis. Waktunya juga hanya berlalu sekitar satu hari. Cerita berkembang melalui pemikiran dan persoalan yang bermain di kepala watak 'Dia'.
Ada terbaca juga bahawa karya ini ditukang dalam masa yang singkat oleh Shahnon Ahmad.
Persoalannya, adakah karya ini absurd? Bagi saya tiada suatu apa pun yang absurd di atas muka bumi ini kerana semua yang dicipta, pasti ada fungsi dan tugasnya masing-masing.
Saya bagi hanya 3.5 bintang untuk karyanya yang bernama Sampah ini.
Buku nipis, santai dan kaya bahasa. Berkisar hal satu hari si pengemis menghadap harapan dan nasib di lapangan tempat letak kereta. Membaca narasi fikiran dan perasaan, kemahuan dan tanggapan (dalam perkembangan naratif yang berulang) dengan watak utama dari golongan terpinggir begini terasa menginsafkan.
"Kita kaya-raya sekarang, Miliki apa saja yang kita suka. Tiduri di mana saja kita ingin"
Saya lihat suatu ketika pada tahun 2024, ada trend di kalangan pembaca muda khususnya, yang mula beri perhatian pada karya Dostoyevsky, Karya No Longer Human oleh Osamu Dazai juga diterima baik. Gaya penulisan monolog dan stream of consciousness yang bitter dan terasing. Jika anda sukakan penulisan begini, please take this one up. This is by our OWN precious National Laureate, dan bagi saya karya Shahnon Ahmad ini juga ada vibe yang sama. Malah sama cool. 👍
Buku ni kalau letak di mana-mana, kemudian ada abang/kakak ternampak, mesti ada je diusiknya. “Eh, siapa letak sampah merata-rata ni?”
Pada awalnya, agak lambat juga nak habiskan baca buku ni. Nak kena fahamkan laras bahasa yang digunakan. Tambahan pula, buku ni bukanlah novel atau cerpen yang kita teruja nak tahu jalan cerita seterusnya.
Tapi bila dah dapat rentak, laju je nak habiskan.
Keseluruhannya, cerita tentang sisi pandang seorang pengemis di jalanan. Kehidupannya sehari-hari sambil melihat aneka ragam manusia yang lain.
Pada pandangan kita, kehidupan mereka seakan bebas dan tak perlu fikirkan apa-apa, sedangkan apa yang mereka rasakan, berada di kurungan itulah kebebasan.
Buku ni nipis saja, tapi kalau bukan genre yang kita minat memang agak payah untuk habiskan.
Sempena Hari Malaysia yang ke 59, saya memilih untuk kembali kepada penulis kegemaran saya sejak dari bangku sekolah, Shahnon Ahmad dan buku dari 1974.
Sampah ialah sebuah novella berkisar mengenai seorang pengemis di satu bandaraya. Hidupnya larat dan terbiar di TLK (tempat letak kereta), dan menganggap dunia dan harta benda adalah seksaan dan dia ingin mati. Cara watak utama menggambarkan betapa dia ingin mati, menganggap mati ialah satu kedamaian membuatkan saya sebak. Penceritaan dan kupasan tentang permainan fikiran watak utama sangat mendalam, membuatkan pembaca turut merasa pakum dan kosong.
102 muka surat tanpa pembahagian bab, cuma prosa yang sedap dibaca dan melekap di kepala. Ibarat sampah, kita akan mati, dilupakan, mereput dan ditolak ke tepi.
Novel ini layak dengan empat bintang kerana bahasanya dan balutan falsafahnya. Mengingat kan saya kepada beberapa karya Naguib Mahfouz. Karya nipis tapi ditanggani dengan sangat baik. Bahasanya mungkin nampak mengada ada. Tapi itulah uniknya Shahnon, juga beberapa karya nya lain. Saya pernah terfikir utk mengulas aspek kreativiti bahasa Shahnon dari sudut pandangan teori Al Umdah, karya Ibnu Rashiq...tapi entahlah bila. Novel wajib baca dlm novel2 Melayu yg lain. Isu golongan marginal tetap ditulis dan diperhatikan atau disorot dari sudut berbeza, mata kesenian menarik dijadikan mesej yang tersendiri.. paling penting aspek gaya Dan pengayaan karya dalam novel boleh direnungi.
Novel ini aku temui sewaktu merayau-rayau di dalam dewan sewaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pusat Dagangan Dunia Putra KL sewaktu berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa bulan Mei lepas. Pada waktu itu aku sedang mencari novel-novel tulisan sasterawan negara, dan di akhir perayauan itu, aku membeli lima buah novel yang dikarang Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad dan SN Arena Wati. Aku masih sedang dalam proses menghabiskan semuanya, dan yang pertama sekali aku berjaya habiskan ialah novel Sampah karya SN Shahnon Ahmad dek saiznya yang kecil dan mengandungi hanya 103 mukasurat. Maka aku akan ulas novel ini dahulu di sini.
Novel ini dari mula hingga akhir hanyalah berkenaan seorang pengemis, merangkumi apa yang dihadapinya, apa yang diingininya, bagaimana dia bertindakbalas dengan cemuhan orang ramai dan tindakan pihak berkuasa... semuanya berkenaan pengemis itu. Jalan ceritanya amat mudah, dan bahasa yang digunakan pun mudah difahami, dan ada perkataan-perkataan yang jarang digunakan. Cuma perjalanan cerita agak lambat dan berlegar-legar dalam fantasi pengemis itu, keluh-kesah, dan emosinya. Kisah pengemis itu bermula di sebuah tempat letak kereta, kemudian dihalau ke tugu, dan dipenjarakan di jel dan kemudian keluar dan duduk di tepi longkang sehingga dia menemui ajalnya.
Ada satu mesej yang disampaikan dengan agak sinikal oleh Shahnon di sini, iaitu ‘deraan’. Segala apa yang cuba dicapai manusia dalam hidup ini pada kaca mata pengemis itu hanyalah satu bentuk ‘deraan’. Mencari harta itu satu ‘deraan’, mengejar material itu satu ‘deraan’, berkejar-kejar ke sana-sini itu satu ‘deraan’, mencari makan untuk menghilangkan lapar itu satu ‘deraan’, mencari tempat tinggal dan mengekalkan hak untuk tempat tinggal itu satu ‘deraan’. Semua perkara yang mahu dicapai dalam hidup ini adalah deraan demi deraan, dan semuanya termasuk ‘usaha melambatkan kematian’ adalah satu deraan. Hidup ini, pendek kata, berdasarkan konsep yang cuba disampaikan dalam novel ini, adalah himpunan ‘deraan’ demi ‘deraan’, dan usaha demi usaha untuk melambatkan kematian.
Itulah yang dilihat oleh pengemis itu. Bahawa manusia di sekelilingnya hidup dalam ‘deraan’, dan dia merasakan hanya dia sahaja yang terlepas dari ‘deraan’ itu, kerana dia tidak memiliki apa-apa selain dari ‘harta’ (baca: sampah-sarap) yang dipungut entah dari mana dan dibawa bersama-sama. Namun bila sang pengemis menyedari bahawa semua itu juga satu bentuk ‘deraan’, bahawa perasaan ingin memiliki sesuatu itu satu bentuk ‘deraan’ juga (meskipun sesuatu yang dia miliki itu hanyalah sampah-sarap), maka dia cuba membuangnya jauh-jauh. Hanya dengan membuang semua jenis deraan itu, barulah dia boleh mencapai keabadian. Sebenarnya itulah yang dicarinya, yang dikemisnya selama ini, iaitu keabadian. Namun malangnya dia tak boleh membuang semuanya, ini ditunjukkan bagaimana di hujung cerita, pengemis itu masih mahu memiliki sekurang-kurangnya satu tempat di mana dia boleh bersendirian dan dapat lari dari tangkapan polis yang selalu mengganggunya mahu bersendirian di mana-mana. Disebabkan itu dia mahu dilokapkan, dan keinginan itu telah menghairankan polis. Bila polis menghalaunya dari lokap, dia tidak berpuashati. Pengemis itu kembali ke dunia luar, dan menyedari satu lagi perkara yang dia tidak akan mampu membuangnya, iaitu keperluan kepada makanan. Makanan, tempat tinggal, adalah ‘deraan’ yang tak boleh dibuang. Hidup ini sesungguhnya, pada peringkat yang paling pakum sekalipun, paling sengkek sekalipun, masih sebuah ‘deraan’ yang dia perlu lepasi. Ketika dia sudah tidak perlu lagi mengheret sampah-sarap itu ke sana ke mari, dia masih perlu mengheret sebuah kehidupan. Itulah agaknya yang Shahnon mahu sampaikan.
Maka apa yang pengemis itu buat di hujung cerita? Hanya teruskan mengemis, teruskan mendera diri, mengharapkan hasil dari mengemis, di mana dia mengemis dan terus mengemis hanya untuk meneruskan hidup, ‘didera’, sehinggalah dia mati kelaparan di tepi longkang, dan mendapat apa yang sebenarnya dia kemis, iaitu kematian. Pendek kata, apa yang aku nampak di sini, selagimana kita hidup, kita akan terus ‘didera’ sehinggalah kita bertemu keabadian iaitu dalam kematian itu sendiri. Hidup ini sendiri sebenarnya satu ‘penderaan’.
Aku nampak ada semacam satu persamaan dengan konsep atau falsafah Buddha, iaitu hanya dengan berlepas diri segala macam tuntutan duniawi barulah kita boleh mencapai nirvana. Falsafah Buddha itu sendiri mengatakan bahawa hidup ini satu penderitaan. Selagi mana kita mencari dan terus mencari, kita tidak akan puas dan menderita dalam kekosongan jiwa, atau kepakuman, bak kata Shahnon. Kepakuman dan kekosongan ini makin diisi makin kosong. Satu-satunya cara yang tinggal ialah melepaskan diri dari kekosongan ini dan kejar keabadian, iaitu hanya dari kematian. Namun siapa yang mahukan kematian? Siapa mahu bunuh diri? Maka teruskan menderita, dan teruskan hidup. Pening tak? Aku pun pening. Dah tulis, baca, sendiri pening. Aku pun menderita dan mendera diri menulis panjang-panjang begini, haha.
Mesej Shahnon mudah di sini. Bahasa pun mudah. Jalan cerita tak berbelit-belit. Cuma mesej yang mengatakan hidup ini satu bentuk penderaan itu cukup berbekas. Satu lagi novel Shahnon selain Tivi, yang pada aku agak menginsafkan. Tapi insaf sekejap saja, lepas ini aku akan teruskan ‘deraan’ demi ‘deraan’ untuk menghadam lagi empat novel yang sengaja aku beli dari pesta buku itu untuk terus mengisi kekosongan hidup, terus ‘mendera’ diri.
How can I talk about Malaysian literature without mentioning the prominent figure in Malaysian literature: Dato Shahnon Ahmad?
Shahnon Ahmad is very famous for his notable works: Ranjau Sepanjang Jalan and Sentong. In my opinion, he should be considered as one of the figures in Malaysian canon literature. Why? First: his works are timeless and everlasting. Second: people do acknowledge him as a great Sastrawan Negara (Malaysian National Laureate). His name is also written in the textbook. Don't you think he deserves nothing but to be associated with the figure in Malaysian canon lit?
Anyway, returning to the book! I have just finished reading one of his books: Sampah (Trash- Eng). At first you really have to question yourself: who is the narrator? Why sampah?
The story starts with the character named "Dia" - He. This character keeps talking about eternity, living and doing something in vain. In short, he considers himself as somebody living in vanity.
Going deeper into the story, we know that Dato Shahnon raise the issue about poverty through Dia. Dia is a beggar who lives close to the railway. Dia is also a complex character. He wants to be in a prison just to be able to eat regularly; longs for individual recognition and is waiting for an eternal life. He looks for his food in the trash bin and is a trash in other people's eyes. He does not worth living, people say.
Yet as the story goes by, the definition of trash is becoming more philosophical. Through his beggar, Dato Shahnon invites the readers to reflect on themselves: What is the purpose of your life? Why do we neglect those we need? Why do we often feel so superior and we forget that there are other people who needs our hands? His main point is vanitas vanitatum et omnia vanitas - earthly life is ultimately empty! Therefore, make yourself useful to others while living your life. I know it's a little bit biblical but the message is so touching and the story of Dia is so heartbreaking, ey?
Shahnon menyelami perasaan simiskin dalam karya ini dan melihat sebahagian manusia menjadikan simiskin seperti sampah.Ada ketik abila simiskin melakukan sedikit kekecohan maka dia dianggap gila."Dalam keadaan kegilaan dan loncatan itu terlintas juga di fikiran tentang siapa gila siapa tidak gila.Mungkin dia yang tidak gila sengaja menjadi gila untuk menyebabkan mereka yang gila menjadi tidak gila.Ataupun sebaliknya. Mungkin dia tidak gila tetapi kemudian benar-benar gila kerana mereka inginkan keadaan begitu.ataupun mungkin mereka sebenarnya sentiasa gila dan tidak gemar melihat orang lain turut gila dan kerana itu berusaha agar orang lain yang juga gila itu jangan gila.keungkinannya terlalu banyak"
Mengenai orang gila ini aku teringat 2 cerita mengenai orang gila.Pertama mengenai satu rombongan melawat ke tempat orang gila.Dalam perjalanan melawat kawasan kediaman orang gila tersebut ternampaklah mereka orang sedang berada di atas bangunan menghulurkan joran ke bawah seolah-olah sedang memancing ikan.Seorang pelawat ingin mengambil hati orang gila yang sedang 'memancing' dari atas bangunan ke longkong yang tidan berair dengan menegur: "banyak ke dapat ikan? orang gila itu menjawab: Gila ke mana ada ikan kat sini...(siapa yg gila?)
Cerita kedua mengenai sekumpulan orang gila yang hendak dipindahkan ke tempat lain dengan menaiki kapal terbang.Dalam kapal terbang orang gila ini membuat bising,ada yang bergaduh,ada yang bermain bola sesama mereka .ada yg menyanyi, ketawa, bercakap sorang dan macam macam lagi.Pilot tak boleh tahan lalu menyuruh pembantunya meminta mereka berhenti bermain dan jangan buat bising.
Pembantunya pergi tapi gagal mententeramkan mereka dan kembali semula ke tempatnya dan memberitahu pilot mereka tak nak dengar cakap.Pilot itu menyuruh pembantunya mengawal pesawat sebentar dan dia sendiri pergi ke belakang.Dia lihat orang gila sedang bermain bola dengan membaling sesama mereka.Pilot itupun berkata: Ok jangan main kat dalam ni siapa nak main pergi main kat luar.Serta merta orang gila tersebut berhenti bermain...
Pernah saya terfikir bagaimana pandangan dunia seorang pengemis, yang bagi kita, mungkin kurang bernasib baik dari segi kehidupan material. Adakah mereka sedih, tertekan kerana tidak mempunyai harta fizikal seperti wang atau rumah. Atau sebaliknya, mereka tenang menjalani kehidupan dengan menyerahkan takdir sebulatnya kepada yang Maha Kuasa.
Saya tertarik kepada penceritaan SN Shahnon Ahmad yang meletakkan sisi pandang seorang pengemis terhadap harta fizikal sebagai satu deraan. Dan perkara yang dikemiskan si pengemis bukanlah wang tetapi keabadian, dunia setelah kematian.
Dunia setelah kematian adalah kebahagiaan bagi mereka yang terpilih. Tidak aneh juga untuk si pengemis memilih keabadian, mungkin di situ terletaknya kebebasan yang diimpi sekian lama. Tidak akan ada lagi yang memandang dengan pandangan jelek, tidak ada lagi yang akan mengusir.
SN Shahnon Ahmad tidak pernah lari daripada penulisan yang luar biasa. Penulisan beliau sentiasa membuatkan kita berfikir dan terus berfikir. Jalan mana yang mahu diambil, nilai mana yang mahu diikut.
Jika mahu membaca sebuah pandangan daripada kaca mata yang berbeza, Sampah adalah antara pilihan yang baik.
Naskah ini nipis walau bagaimanapun mesej yang berat terkandung dalam setiap helaian muka surat. SAMPAH - awal pembacaan novel ini, aku mengandaikan monolog lahir dari seorang penagih dadah yang sedang ‘high’.
Lanjutan pembacaan membawa aku menelusuri pemikiran seorang pengemis yang dalam khayalannya berangan-angan untuk punyai sesuatu (yang dipanggil harta) atau apa sahaja yang boleh disandarkan dalam kehidupan.
Malangnya pengemis tetap seorang pengemis. Kemiskinan menyebabkan hakikat sebenar lebih menyerlah. Kita pula..apa yang kita matlamatkan dalam kesibukan harian?
P/S : Owh ya..mungkin juga monolog dalm naskah ini merupakan monolog seorang pengemis yang sedang ‘high’ dan sedang kebuluran..
Pandangan seorang pengemis di tempat letak kereta (TLK) tentang kehidupan dan kematian. Pengemis yang dipandang keji dan hina, disisihkan, tidak dipedulikan, dirasakan sebagai kacau ganggu kepada masyarakat, dsb. Pengemis yang berpendapat setiap manusia sebenarnya adalah merupakan pengemis di dalam hidupnya. Mengemis untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Mengemis mengejar harta kekayaan. Mengemis agar dipanjangkan umur dan melambatkan maut.
Buku nipis tetapi mendambakan pembaca akan berfikir tentang hidup diri sendiri. Adakah kita pernah memandang rendah kepada orang lain? Adakah kita muhasabah diri? Adakah kita mempraktiskan kindness kepada orang lain?
Membaca naskah daripada SN ini sememangnya mengundang kita membaca apa yang tersirat atau to read between the lines begitu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebuah kisah mengenai kehidupan sehari seorang pengemis. Naratif yang diceritakan secara terperinci tentang naluri dan zahiri seorang pengemis. Terkandung falsafah hidup manusia. Yang mana kita dihidupkan untuk mencapai tujuan utama iaitu kematian. Digambarkan oleh penulis sebagai "Keabadian".
Di antara manusia tidak punya kasta, kerana kita mempunyai hala tuju yang sama. Cuma dibezakan dengan jalan kita lalui. Juga dibezakan melalui cara kita mengisi perjalanan hidup ini.
Perlukan penelitian semasa membaca. Tak boleh terburu-buru membaca disebabkan laras bahasa yang tinggi (at least to my level). Anyway, penerokaan dan penceritaan yang baik berkaitan dengan intipati kehidupan seorang pengemis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisahnya ringkas tapi memberi makna yang kompleks. Boleh dilihat dari pelbagai sudut “kemiskinan”. Kemiskinan bukan sahaja kemiskinan harta. Sampah bukan sekadar sampah.
Sangat tinggi bahasanya, perlu kesabaran yang tinggi. Di akhir pembacaan, dapat tangkap beberapa mesej yang ingin disampaikan penulis. Tak semua, tapi ada.
Dari awal penceritaan sehingga tamat, teknik pengulangan dikesan. Naratif perincian sangat jelas sehingga bila diteruskan pembacaan, pembaca seolah-olah hidup bersama watak, tahu rutin watak. Namun, kadang-kala ia menimbulkan rasa bosan dan tidak sabar untuk tiba di titik akhir pembacaan kerana ulangan yang berterusan.
Novel ini walaupun nipis, kecil tetapi membacanya memerlukan fokus yang tinggi. Perincian, pengulangan dan bahasa yang mempunyai makna berlapis membuatkan pembacaan perlu diulang untuk kefahaman yang lebih.
Berkisar kehidupan pengemis dengan 'harta-hartanya' dan persepsi masyarakat terhadap golongan ini yang ada masanya dilihat seakan kurang siuman.
Penulisan yang dikisarkan penulis, pada saya, 'makan dalam'.
Penulisan yang dibaca bukan untuk sebagai bacaan santai tetapi mengintai kehidupan di sebalik kehidupan. Mencari sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar, melainkan dengan akal fikir dan hati yang didasarkan untuk mencari kata berharga titipan penulis kepada pembaca.