Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awekku Minah Latah

Rate this book
Siti Maisara, gadis brutal yang happy go lucky dan sempoi orangnya. Tapi, dia jenis yang melatah. Zaim, pemuda ‘jambu', merupakan ketua kepada Siti Maisara. Kehidupan mereka sangat-sangat kontras. Yang lelakinya dengan gaya metroseksual dan kurang berminat pada perempuan dek trauma dengan kenangan cinta silam. Yang perempuannya pula sangat prejudis kepada lelaki.

Namun, siapa sangka, di sebalik sifat brutal dan happy go lucky gadis melatah ini, Siti Maisara mengharungi pelbagai dugaan dalam konflik keluarganya. Zaim pula yang terlalu ego dan kaldu hatinya pada perempuan, hidup dalam dilema apabila masyarakat sering beranggapan buruk tentang dirinya yang suka berpenampilan menarik dan bergaya.

Tiada siapa menyangka, Siti Maisara yang sering dihina Zaim, menjadi penguat semangatnya. Namun, di saat hati lelakinya terbuka kepada perempuan, siapa pula Mr. Sean Lionel antara mereka? Mat salih mana pulak yang sudah jatuh cinta pada Siti Maisara itu? Antara Zaim dan Sean Lionel, siapa yang menjadi pilihan Siti Maisara? Adakah cinta Zaim akan dibalas Siti Maisara?

“Sibuk nak bagi penerangan. Nama dia sendiri pun dia tak beritahu lagi. Kang aku panggil Mat Jambu ke, Mat Gebuz ke, Mat Lembut ke, marah pulak!” – Siti Maisara.

“Kalau kau tak jumpa pelanggan korporat pun, aku yang menghadap kau tiap-tiap hari ni boleh lemas tahu tengok dressing kampung kau tu!” – Zaim.

“Awak sungguh cantik. I really like you are wearing like this. Sangat cantik!” – Mr. Sean Lionel.

Paperback

First published January 1, 2015

2 people are currently reading
11 people want to read

About the author

Aida Adia

9 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (35%)
4 stars
3 (17%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
3 (17%)
1 star
4 (23%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
October 26, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. PM je....

i) Sakit kepala dengan tajuk naskah. Langsung x dak kena mengena ngan cerita.

ii) Sakit mata dengan blurb novel. 0.0000001% untuk projection keseluruhan kisah.

OK....

Jika anda mencari bahan untuk 'Masalah sosial masyarakat kini', bolehlah jadikan cerita ini sebagai guide. Semua ada;

i) Zaim; si sissy yang terperangkap dengan krisis identiti.
ii) Sarah; yang terkurung dengan imej 'Betty La Fea'.
iii) Mak Odah; yang terpenjara dengan krisis keluarga (suami yang kuat berhutang dan pilih kasih antara anak lelaki/perempuan, anak perempuan bongsu yang memberontak lantas terjebak dengan cinta pengkid, anak lelaki sulong ketagihan dadah, 2 lagi anak yang 'x menjadi')
iv) Dato' Zack dan Datin Kay; sepasang suami isteri yang terjebak dengan hubungan luar nikah dengan suami/isteri orang lain.
vi) bla bla bla bla....

Mohon kamu bayangkan, semua benda alah kat atas nak di-cramp-kan dalam naskah setebal 420 m/s?

Ohhhh... tambah lagi satu masalah sosial;

vii) Pembaca kerek yang stress bila berjodoh dengan naskah sebegini. Kecelaruan berlaku bila aku dah x boleh mengkafikasikan ia; genre kreatif atau suka-suka-tif....

Peace

Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
October 13, 2016
Nampaknya, tajuk dan sinopsis buku memang menyimpang terus dari yang sebenar. Kulit luar dan isi dalam langsung tak sama. Hmmm...

Kalau diukur dari tajuk dan sinopsis kulit belakang, sudah pasti apa yang terlintas di fikiran kisah 'cinta' awek macho tapi melatah dan mamat jambu berperwatakan lembut yang bermulut bising. Mungkin banyak adegan2 yang mencuit hati sebelum masing-masing menyedari perasaan hati. Ya, itu tanggapan saya dan penyebab saya membaca buku ini.

Rupa-rupanya, buku ini lebih kepada kisah kekeluargaan, atau lebih tepat lagi keadaan keluarga yang porak peranda akibat kurangnya iman dan sikap tidak bertanggungjawab ayahnya sebagai ketua yang mencorakkan keluarga. Segala jenis masalah sosial boleh dijumpai dalam keluarga ini. Kesian Sara...

Namun sikap positif yang ditunjukkan Sara harus dicontohi. Walaupun diuji dengan segala kesulitan, dia tidak pernah putus semangat mahupun berdendam.

Kisah cinta? Cuma secoet di akhir cerita. Itupun setelah semua musibah berjaya diharungi. Lebih kurang 5% sahaja.

Mungkin ayat-ayat yang agak selamba dan 'straight to the point' yang berjaya mengikat saya membaca sampai habis. Dengan tenang. Haha.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews23 followers
October 2, 2017
Maisara (Sara) datang dari keluarga yang tidak pernah kenal erti bahagia. Ayahnya lebih menyayangi anak lelaki. Malahan ibu Sara sendiri acapkali menerima habuan berbentuk pukulan dan pernah dua kali diceraikan. Sejak kecil Sara sudah hidup berdikari. Tahu letak diri di muka bumi ini. Berkat usahanya juga dia menamatkan pengajian dan mendapat kerja di sebuah bank.

Zaim, lelaki jambu (metroseksual) yang punya lipatan silam yang hitam. Gemar mengunjungi kelab eksklusif dan di situlah perkenalannya dengan Dato Zack, orang kuat tempat kerjanya yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat. Demi menutup rahsia, Dato Zack mengupah orang untuk mencederakan Zaim. Dan Zaim mendapat kecacatan di muka.

Mr Sean pula pegawai atasan Sara dan Zaim. Beliau mula mendalami ilmu agama. Dengan hidayah yang diterima, Mr Sean akhirnya memeluk agama Islam.

Sara yang kasihan dengan Zaim, seringkali melawat lelaki itu di hospital. Tetapi tidak pernah dapat bertemu kerana Zaim malu dan trauma dengan fizikal dirinya. Tetapi Sara tidak pernah putus asa. Apatah lagi dia dan Zaim adalah kenalan.

Sara dilamar Mr Sean. Pada masa yang sama, Zaim juga memerlukan dirinya. Siapakah pilihan Sara?

- - -

Tajuk dan cover novel ni tak ada kaitan pun dengan jalan cerita. Kurang sangat unsur humor. Sarat dengan isu berat; keluarga yang berantakkan, hubungan luar tabii, suami isteri yang hanyut dengan godaan dunia. Terasa terpedaya pun ada.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 26, 2017
Ohsem tau..
Bukan cerita cinta komedi yang biasa..
Ada pengajaran dan juga kupasan mengenaik konflik kekeluargaan..
Masalah dalaman insan jambu.. dan juga cinta tiga segi yang unik..
Profile Image for Booku Puspita.
44 reviews
May 13, 2025
First of all, tajuk dengan isi cerita memang tak matching langsung. Ingatkan cerita cinta kelakar pasal awek melatah, tapi rupa-rupanya part melatah tu tak sampai pun 10%. Yang lebih banyak sebenarnya ialah isu keluarga yang huru-hara dan sentuhan sikit pasal identiti & LGBT.

Maisara ni watak yang memang boleh buat kita simpati. Hidup dalam keluarga yang pecah belah, semua berpunca dari ayah sendiri yang tak jalankan tanggungjawab. Tapi kita suka sebab dia bukan jenis yang simpan dendam. Walaupun hidup dia penuh luka, dia tetap cari jalan nak satukan balik adik-beradik dan ayah lepas mak dia meninggal.

Zaim pula lelaki yang lembut, jenis jaga penampilan, muka pun ala-ala K-pop gitu. Biasanya lelaki macam ni memang cepat kena label dengan benda-benda tak elok. Masyarakat terus cop dia gay, padahal dia cuma lelaki yang clean, kemas & teratur. Tapi ada juga part kisah silam dia yang macam… hmm… agak menggelikan dan borderline ke arah LGBT. Paling kesian bila dia kena acid. Habis muka yang hensem tu. Memang susah nak berdamai dengan takdir kalau kena macam tu.

Bagi kita, ayah dia memang punca segalanya. Bila tak ada tanggungjawab, iman entah ke mana, anak pun dibezakan. Anak lelaki dimanjakan, anak perempuan dianaktirikan. Dari situ lah segalanya mula runtuh. Masing-masing buat hal sendiri yang akhirnya merosakkan hidup dioarang kecuali Maisara.

Jalan cerita agak serabut sikit. Macam semua benda nak sumbat dalam satu buku. Tapi kita suka satu benda, penutup cerita yang puas hati. Semua watak dapat balasan masing-masing. Ada yang sempat taubat, ada yang tak sempat minta maaf. Yang penting, Maisara tetap kuat sampai habis.

Isu keluarga macam ni memang wujud. Dekat sangat dengan masyarakat kita. Tak semua orang bertuah dapat keluarga yang baik & jalan hidup yang mudah. Ada orang, hidup dia trauma sampai bila-bila.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.