What do you think?

Suamiku Haji Bakhil
“Duit awak, duit awak. Duit abang, duit abang. Kita sama-sama bekerja, Diena. Kenalah sama-sama keluarkan duit.”
Itulah prinsip Irfan sejak mereka berkahwin. Takde istilah duit suami, duit isteri. Tapi, Diena tak pernah kisah.
Suami isteri, kan? Haruslah saling membantu.
Malangnya, Irfan ambil kesempatan atas kebaikan dia. Bukan setakat membantu, tapi seluruh gaji Diena diperah oleh Irfan atas alasan mereka sama-sama bekerja.
Dan benda paling tak masuk akal, adik dia menumpang dua hari pun dikenakan charge.
Gila bukan?
“Abang tak rasa malu ke minta duit dengan adik Diena sendiri? Dia datang dua malam je, bang. Bukannya dua tahun. Joyah anak ayam abang tu, boleh pulak makan free.”
“Apa yang nak malu? Dia guna air, guna elektrik. Kenalah bayar jugak, kan? Joyah tu ayam. Bukan manusia. Mana reti kerja.”
Sikap kedekut Irfan memang di luar kawalan. Bukan setakat dengan Diena, dengan keluarga sendiri pun sama. Sampai Diena naik malu.
Semua benda nak berkira. Kalau sekali-sekala, bolehlah tahan. Kalau setiap masa? Kesabaran yang tinggi pun boleh menipis.
Sehingga Diena ambil keputusan untuk berhenti kerja. Nak tengok sejauh mana Irfan mampu jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Malangnya, maki hamun yang dia dapat.
“Awak ni bodoh ke apa, Diena? Kenapa memandai buat keputusan tak tanya abang? Otak letak dekat mana? Lutut?”
Dia berhenti kerja je. Bukannya minta cerai. Tapi api kemarahan Irfan macam dia dah buat satu kesalahan besar.
Semakin hari, hubungan mereka semakin dingin. Ada saja perselisihan faham. Maki hamun pula dah macam zikir dekat mulut Irfan sehingga Diena rasa perkahwinan mereka bukan lagi tempat yang tenang.
Tapi, mampukah dia keluar dari perkahwinan toksik itu bila Irfan sendiri berkeras untuk bertahan?

712 pages, ebook
Published September 1, 2026
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
September 28, 2026
Waahhh, plot twist yang F tak sangka! 😂😅😅 padan muka si Irfan. Kedekut sangat kan... haaaa, amik kau!
This time review F ringkas je sebab F nak uols baca sendiri. Kisah rumah tangga macam ni tak payah fikir panjang sangat... just pick it up and read.
Confirm tak sampai 3-4 jam dah habis. Fast-paced, senang nak follow and the story really keeps you going.
F stop here tau. Pergi baca sendiri, baru tahu kenapa F boleh cakap padan muka Irfan!

October 5, 2026
Cerita ini sumpah buat aku baran! Dari start to 3/4 of the book memang Irfan ni the most kedekut, annoying, and useless suami anyone can ever asked for! Buat I tertanya-tanya sebelum kahwin, mamat ni scam isteri dia si Diena tu ke? But perangai kedekut and freeloading dia tu memang daripada keluarga dia sendiri, mak ayah and adik beradik dia.
From my POV, I rasa family si Irfan ni berhartalah. Siap boleh duduk sama-sama semua orang dalam satu kawasan, conquer habis! Tapi yang I paling pantang was when Diena keluarkan duit dia beli expensive seafood and then senang-senang je Mak Bedah (her MIL) gi ambil half of what she just bought without informing her. To me you nak ambil, fine, ask first. Memanglah kalau ikut, Mak Bedah layak minta ganti sebab si Irfan suka datang rumah dia makan for free tapi sakit hati tau tak??!
And yang PALING rude, dah la Diena yang penat-penat masak and beli udang guna her own pocket money, si Irfan boleh eh catu berapa udang she can eat sebab nak save cost meal tu, konon nak bawa pi keja. Last2 dia yang melantak udang tu. Sedih wei!!
Lepas tu sibuk dengan ayam dia Si Joyah tu! Kemain dedak, reban ayam kau boleh spend kaw kaw tapi tang bini kau? Ke laut!!! Eeeeeeeeeeeeeeeeeee
Tapi plot twist dia nyummy! Padan mukaaaaaaaaa geram!!!
Cerita ini memang menaikkan darah aku!

This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews