Jump to ratings and reviews
Rate this book

RETAK

Rate this book
Iskandar, seorang pelakon lewat dua puluhan, tidak menjangkakan persahabatannya dengan seorang lelaki mampu mengubah persepsinya tentang kehidupan dan erti kasih sayang.

Aiman, seorang penulis muda yang berbakat besar, semacam berjaya menawan hati Iskandar untuk bersahabat dengannya, dan sekaligus mereka bersetuju untuk tinggal bersama.

“Sayang? Semestinyalah. Dia yang sudah bersahabat lama denganku sudah aku anggap lebih daripada kawan. Dia adik bukan kandungku, dia jugalah tempat untuk aku menumpang kasih.”

Sepulangnya dari Jepun, Iskandar mula mengenang kembali rentetan persahabatannya dengan Aiman, dan bagaimana selama ini dia semacam dikaburi retak-retak yang cuba diselindungi rakannya itu.

326 pages, Paperback

Published June 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Syaihan Syafiq

15 books139 followers
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.

Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).

Karya:
1. Bisik, ; Buku Fixi 2012
2. Koyak, ; Buku Fixi 2013
3. M, ; Buku Fixi 2015
4. Sasar, ; Buku Fixi 2016

Cerpen:
1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012
2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012
3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013
4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013
5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014
6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014
7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014
8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014
9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.