Jump to ratings and reviews
Rate this book

EjenC: Papan Timur, Oops ... Ter-match!

Rate this book
Kemunculan kafe aesthetic telah menghebohkan penduduk Felda Papan Timur. Mana tidaknya, menu utama mereka ialah JODOH! Hingga ada yang melabel kafe itu sebagai “sarang maksiat”. Namun bagi Suria, EjenC ditubuhkan atas satu niat yang murni.

“I want to make love accessible for anyone.” – Suria

Maka bermulalah perjalanan Suria, Ramzin, June, Daniel dan Malik.

“Haji datang nak cari jodoh ke? Untuk anak Haji?” – Ramzin

“... ada orang berkenan dekat mak.” – June

“… kita tunggu Chenta bagi jawapan.” – Daniel

“Dia nak cari jodoh ke fictional character?” – Malik

Daripada bersengkang mata pukul empat pagi, memancitkan tayar, sehinggalah rela menjadi “makanan nyamuk” ….

Misi EjenC tidak pernah tidak kecoh!

Mampukah mereka menyatukan hati-hati yang lara di Papan Timur? Atau … adakah EjenC bakal terus dibenamkan oleh tohmahan orang kampung?

“… saya tak nak orang buat benda bodoh macam saya.”

337 pages, Paperback

First published September 26, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Khairunnisaq

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (35%)
4 stars
10 (50%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for SS.
577 reviews12 followers
October 8, 2026
Akhirnya, ada juga cerita cinta yang dapat mencuri hati saya & solid 5 star. Saya tak kedekut kalini nak bagi full star sebab cerita ni memang best, menghiburkan, hidup, segar dan bukan sekadar cerita cinta fiksyen semata-mata. Saya suka macam mana penulis olah idea tipikal cinta itu menjadi something else. Saya tak rasa nak taip perkataan tipikal pun untuk ulasan buku ini. One of my best read for this year.

Secara ringkasnya, Si Ramzin jobless. Dia dengar pula ada satu kafe aesthetic yang baru saja buka di Felda Pantai Timur. Orang kampung bergosip pasal kafe tu sebab selain menawarkan minuman & makanan pada pelanggan. EjenC offer servis cari jodoh <3. Of course Ramzin tak ambil kisah sangat yang part jodoh tu. Dia kisahkan tentang tawaran kerja. Apa yang jadi seterusnya?.

"I want to make love accessible for anyone."
Suria pula ada matlamat tersendiri bila buka kafe tersebut. Berserta dengan support system yang kuat dari Malik, Daniel & June. Dia nak membantu orang ramai untuk tidak jadi seperti dia (kena baca kalau nak tahu apa yang jadi dekat Suria).

Cerita ni dapat membuka mata, buang stigma masyarakat, pemikiran kolot dan berikan pengajaran buat kita semua.

Siapa kata orang tua tak boleh bercinta dan berkahwin?. Walaupun bak kata Ramzin dah bau bau tanah. Tapi for me, as long as berkemampuan & masih boleh nak jaga pasangan. Why not. Dah tua nak peneman hidup and tak sunyi. Boleh pergi surau mengaji dating naik motor jenjalan pantai sesama auu.

Haji Leman X Mak Salmi.

Both of this character ada backstory. Jadi saya faham kenapa Haji Leman memilih untuk guna khidmat EjenC.
Saya suka sangat dengan watak Haji Leman. Dia ibarat macam gula garam dalam makanan. Kalau tak ada Haji Leman. Mungkin malap sikit EjenC. Karakter yang selamba tapi mencuit hati. Dapat juga saya baca macam mana orang tua nak start from zero untuk cari jodoh. Comel. Haji Leman tahu kalau dia nak start sendiri tak kemana. Jadi dengan bantuan EjenC. Ruang dan peluang tu lebih cerah.
Cara dia get along dengan Ramzin pun nice. Dah macam member lama dibuatnya budak tu hshs. Tak ada apa nak diperkatakan mengenai ending buat Haji. Love do'oh.

Ramzin

Karakter yang paling menonjol dalam buku ni. Monolog dalaman dia kelakar. Dapat pula parents yang fun, anak buah nakal, abang yang supportive & kakak yang kaki menyakat. Macam ribut taufan hidup Zin tapi hakikatnya itulah penyeri hidup Ramzin. Boleh rasa hubungan kekeluargaan yang sangat kuat bila baca cerita Ramzin dan family dia.

Bila Zin cakap dia rasa ketinggalan. Saya faham. Belajar tinggi end up susah cari kerja sebab mungkin peluang kerja terhad di area tersebut, jobless dan terpaksa buat job yang nak taknak kena buat untuk kelansungan hidup. Dan akhirnya, kita kerja bukan dalam bidang kita.

Tapi bila baca lebih lagi pasal Zin. Saya juga setuju dengan apa yang Zin cuba buat dalam hidup dia. Big why kenapa dia pilih jalan tersebut. Sebab sometimes, kita sebagai manusia memang kena pilih untuk dahulukan apa yang penting bagi kita. Family first! Dan percayalah aturan itu sebenarnya ialah aturan yang Allah SWT dah tentukan. And saya pula berkaca kaca mata bila baca pasal cerita Zin. Nyampah~

Karakter jahat dalam ni memang sejenis kaki sebar pitenah macam angin. Tapi itulah orang macamni memang wujud. Tak boleh nafikan keberadaan mereka.

For me, semua karakter ada peranan masing-masing. Dan saya rasa macam semuanya sangat hidup. Penulis pandai cipta watak yang beridentiti. Saya ingatkan ada loveship between X & X. Tapi saya silap.

Bukan setakat ada kisah Haji Lemah saja. Ada lagi yang EjenC bantu untuk kenenkan. Yang tu kena baca sebab taknak ulas lebih takut nanti jadi spoiler. Ramzin ada tugas dia dalam EjenC. Sebab dia membesar dekat felda tu. Jadi dia la tukang korek rahsia.

Best. Tak rugi labur duit beli buku ni. Saya jwnji korang mesti suka. Dengan setting place kampung yang memang tak pernah gagal. Dengan suasana, gelagat orang kampung yang kepochi, cendol, mesyuarat tergempar, lepak di warung dll. Ah perfect.

Saya sangat hargai juga usaha @mangosteeenbooks hire illustrator local yang berbakat untuk buku EjenC. Semuanya ilustrasi dalam ni cantik. Dari cover depan sampai belakang. Tak jemu pandang.

Congrats buat penulis @khairun_nisaqx . Saya ni silent reader cerpen awak di Cereka & buku-buku awak. Saya suka writing style awak dari dulu lagi. Teruskan menulis okay. Fly high <3

• Ending dia saya macam boleh bau bau ada tak kena hshs. 🤔 Next book please.
Profile Image for Aira Zira.
256 reviews5 followers
October 7, 2026
Firstly saya puji sangat-sangat ilustrasinya. Cantik gila macam komik! Sangat membantu imaginasi pembaca. Kalau keluar komiknya comfirm saya beli! Semua watak betul-betul cantik dan hensem ye kejadiannya.😍

Cerita bertemakan felda atau kampung ni memang senang melekat di hati. Dapat pula penulisan yang sedap dan sempoi. Setiap watak disampaikan dengan baik. Keletah masing-masing tu memang menjadi, menghiburkan dan menggeletek ulu hati! Haha penat pipi menanggung komedi😆

Saya suka konsep ceritanya. Dalam berhibur ada pengajaran. Bukan sekadar fokus pada keletah orang kampung dan misi cari jodoh tapi, apa yang nak disampaikan. Memahami kenapa Ramzin pilih untuk terus tinggal bersama orang tuanya. Bagaimana kita faham manusia dari pelbagai sudut dan banyak lagi. Setiap perlakuan memberi teguran.

Tahniah buat penulis. Ceritanya sangat hidup. Saya tak rasa seperti membaca kerana setiap momen dan tutur kata tu terasa begitu dekat di hati. Sebagai cucu felda, menambahkan lagi chemistry dengan buku ni. Punyalah random beli masa FNM sebab nak sign penulis. Memang tak rugi sesen pun! Berbaloi beli dan saya nak semua reader wajib ada buku ni!

My favorite character?
Mestilah Ramzin!
Bukan sebab dia watak utama tapi saya sangat suka pendirian dan cara dia berfikir. Seperti cerminan diri sendiri. Juga sebab kata-katanya yang suka buat keadaan jadi janggal tu kelakar! Hahaha
Korang pula? Agak-agak fanatik siapa?🤔
Profile Image for Kirahbacabukuni.
122 reviews12 followers
October 18, 2026
Korang pernah tak baca buku yang sepanjang pembacaan, korang rasa seperti dipeluk dan bahu korang ditepuk-tepuk?

Ya, ini salah satu daripada kisah yang 'memeluk' manusia yang masih tak berputus asa dan percaya bahawa rezeki setiap manusia tu datang memang tepat pada waktunya.

Kita bermula dengan melalui kisah Ramzin, si bongsu yang menganggur. Duduk pula di kawasan Felda Papan Timur, di bawah bumbung yang masih sama dengan emak dan ayahnya.

Apa saja kerja yang dia tak mohon? Tapi rezeki Tuhan dalam bentuk pekerjaan yang diingini, masih jua belum kunjung tiba. Tapi dia tidak berputus asa.

Akhirnya, pencariannya berakhir apabila diterima bekerja di sebuah kafe berkonsepkan bandar di kawasan kampungnya. Tapi kafe tu pula bukan biasa-biasa.

Selain minuman dan makanan segera yang dijadikan sebagai menu utama ... Pelanggan boleh jadikan 'jodoh' sebagai menu sampingannya juga.

Eh, macam mana? Apa boleh begitu?

Ya. Semestinya boleh. Ejen-ejen mereka akan suai padankan kriteria pelanggan yang menggunakan servis mereka untuk mencari jodoh mengikut kehendak pelanggan itu sendiri.

Dah jumpa padanan yang sekufu, pertemuan demi pertemuan akan dijalankan. Ini blind date versi taaruf yang ditemani oleh ejen-ejen kafe itu sendiri!

Dan EjenC mengajar kita tentang rezeki itu datang bukan sekadar daripada mewahnya harta benda semata-mata. Setiap orang pula direzekikan dengan 'kemewahan' yang berbeza mengikut perspektif masing-masing.

Apa yang penting, kita kena percaya bahawa orang yang berusaha dan tak berputus asa ... Dialah juaranya!

Overall, Kirah sangat enjoy baca cerita ni. Ianya penuh dengan ragam dan gelagat warga Felda Papan Timur yang dipenuhi pak cik-pak cik surau yang membawang tapi prihatin dengan orang-orang di sekeliling mereka.

Dan Kirah sangat memahami diri Ramzin kerana saya pernah berada dalam situasi itu juga!

Rasa comel sangat ceritanya ni! Seperti kita makan makanan feberet kita, tak boleh nak berhenti daripada membaca. Semoga sambungannya lebih menarik dan menyeronokkan. Kita nak tengok Ramzin jeles 👀

Apa pun, Kirah rasa cerita ni lebih kepada slice of life berbanding romance atau romcom. Sebagai someone yang kurang gemar genre SOL, Kirah boleh katakan cerita ini berjaya menarik minat Kirah untuk menyukai jalan cerita dan watak-wataknya yang 'sederhana' itu. Tak perlu manis berlebihan pun, cerita ini ada 'cangkuknya'. Tahniah penulis!

Untuk korang yang suka cerita imut, yang tengah stres dan sakit kepala ... Bacalah cerita ini untuk terbitkan senyuman dan rasa tenang ketika membacanya. Saya approved! Recommended!
Profile Image for bookmehnia.
396 reviews21 followers
October 21, 2026
(63/2026) 4/5🌟 Umum/𝘚𝘭𝘪𝘤𝘦 𝘰𝘧 𝘭𝘪𝘧𝘦 | 332 ms

“… 𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙤𝙠 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙣𝙞 𝙪𝙣𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙣𝙖𝙢𝙞𝙠. 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙡𝙖𝙡𝙪. 𝘼𝙙𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙨𝙞𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖, 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙚𝙡𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙡 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖. 𝘼𝙙𝙖 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙨𝙞𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖. 𝙈𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙖 𝙣𝙖𝙠, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖 𝙩𝙪 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙞𝙝𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙞𝙣, 𝙙𝙞𝙖 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙥 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣. 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙨𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙩𝙪𝙖𝙨𝙞.”

Nun di selatan tanahair, di satu sudut dalam Felda Papan Timur, ada sebuah kafe yang baru dibuka. Kafe estetik kegemaran muda-mudi zaman sekarang. Tapi kenapa mahu dibuka di tempat yang kebanyakan penduduknya warga emas dan orang kampung? Yang peliknya, mereka bukan sahaja kafe yang menghidangkan kopi dan makanan semata, mereka juga ada ‘menu’ yang lain daripada yang lain. Mereka juga ejen pencari jodoh dan mereka menamakan diri mereka EjenC.

Kemunculan kafe EjenC itu menimbulkan tanda tanya penduduk setempat. Jodoh siapa yang ingin mereka tentukan? Bagaimanakah cara mereka menemukan jodoh? Sehingga ada yang melabelkan kafe tersebut sebagai ‘sarang maksiat’ sementelahan mereka mengetahui siapa pemilik kafe itu. Rupa-rupanya, anak penduduk Papan Timur yang pernah lari daripada keluarganya, tapi mengapa kini dia kembali?

Ramzin, anak jati Papan Timur yang menganggur dan seumur hidupnya hidup hanya di felda itu jadi teruja. Tambahan lagi, terdengar berita yang kafe itu mencari pekerja. Bagi Ramzin, ini peluang keemasan. Sekiranya dia dapat bekerja di kafe itu, selamatlah dia daripada mendengar bebelan ayah dan maknya, walaupun Ramzin ada alasan tersendiri mengapa dia masih tidak keluar lagi dari Papan Timur.
.
EjenC akhirnya menerima pelanggan pertama. Pelanggan pertama ini cukup istimewa oleh kerana latarbelakangnya. Namun, dapatkah Suria, Malik, June dan Daniel, pekerja-pekerja di EjenC mengubah persepsi orang kampung? Adakah Ramzin akhirnya dapat bekerja di situ?
.
Jujur saya akui, buku ini sering lalu-lalang di laman media sosial saya dan perkara pertama yang menarik minat saya pada buku ini ialah kulit muka bukunya - warnanya, ilustrasinya, lama saya tatap tatkala kiriman pembelian sudah tiba. Apabila saya buka di dalamnya pula, eh ada ilustrasi berwarna pula. Selalunya, bila saya tertarik dengan sesuatu buku, saya cuba elak sebaiknya untuk tidak membaca resensi oleh pembaca lain, konon takut terpengaruh. Lama juga saya berfikir sebelum membeli sebab saya tidak berapa minat baca kisah cinta. Tetapi, setelah baca sinopsis dan pula ‘kepantangan’ saya ialah apabila latar cerita itu adalah sebuah kafe, tanpa banyak bicara, saya terus buat pembelian.
.
Dan saya rasa kali ini saya tidak silap percaturan. Comel juga jalan ceritanya! Paling penting ia bukan cerita cinta. Saya sangat sukakan penceritaan dan dialognya - selamba, mungkin itu perkataan paling tepat. Saya juga terhibur dengan ‘lawak-lawak’ di dalam jalan cerita, terutama ketika pertemuan Haji Leman dan Mak Salmi di kafe EjenC, pecah perut saya membaca!
.

Latarbelakang cerita yang berkisarkan aktiviti dan corak kehidupan penduduk kampung juga menghiburkan. Kalau diperbanyakkan lagi pun tidak mengapa. Untuk orang-orang seperti saya yang sudah tidak punya kampung rumah kayu, cerita-cerita yang berlatar sebegini, sangat saya suka. Saya tidak tahu mengapa, orang lain mungkin membayangkan visual untuk watak utama, tetapi saya tidak. Apabila saya baca berkenaan watak-watak Wak Dasuki dan Mak Milah, mak dan ayah Ramzin, saya tidak boleh membayangkan orang lain melainkan pelakon Kazar Saisi dan Lizza Abdullah, kerana “keselambaan” watak mereka kena betul! 🤣🤣🤣
.
Di sebalik tawa yang dihidangkan, ada sisi lain penceritaan yang perlu diterjemahkan. Ada pengajaran yang perlu ditarbiahkan. Bagaimana manusia itu hidup bermasyarakat, punya rasa hormat-menghormati bukan sahaja daripada yang muda kepada yang tua, namun juga sebaliknya, sikap tolong-menolong dan keprihatinan kepada jiran.
.
Ia juga tabir keinsafan tentang rasa sayang yang bukan berlandaskan nafsu, tentang bagaimana menebarkan rasa sayang kepada ibubapa, adik-beradik dan kawan-kawan, bahawa rasa sayang itu boleh jadi dengan cara kita menghormati mereka. Cerita ini juga mengajar bagaimana sesama manusia itu tidak perlu ada hasad dengki dan busuk hati. Hiduplah kita dengan bermaruah dan bukan hanya mengkisahkan hal-hal orang lain. Saya tertarik dengan satu petikan dialog, “…𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘪… 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘪𝘬, 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘴𝘪𝘣𝘶𝘬 𝘤𝘢𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘣𝘶𝘳𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘪𝘬.” Ayat yang mudah, tetapi cukup dalam maknanya.
.
Baca cerita ini sekiranya anda mahu tersenyum dan tertawa tetapi belajar juga kisah bagaimana mahu jadi manusia berguna dalam kehidupan. Oh, cerita ini ada playlistnya sendiri tau!
.
#justreaddontbawang #bookmehnia #October2026 #2026reads #OctoberTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #ejenc #papantimur #khairunnisaq
Profile Image for meenie.
478 reviews5 followers
October 7, 2026
tak tergambar perasaan saya apabila tamat pembacaan kali ini. satu je saya boleh ungkapkan, saya sedih. kenapa? sebab bila dah sampai endingnya, saya akan tinggalkan semua kenangan di ejenc, papan timur huhu. itu je redflag ceritanya, yang lain semua greenflag.

kisah kalini sangat ringkas. tentang sebuah kafe kecil yang di bangunkan di kawasan felda. bayangkan cafe hipster & aesthetic ada tengah-tengah felda? siapa target audiences mereka? dan paling menarik, kafe ini bukan sekadar kafe. tapi, kafe ini juga menawarkan perkhidmatan mencari jodoh. senang kata, kafe dan agensi mencari jodoh. menarik kan? tulang belakang kafe ini adalah cik suria, watak utama kisah ini. turut dibantu oleh daniel, malik dan june. ramzin pula datang menyertai mereka apabila setelah sepurnama mencari kerja. bersama berlima, bekerja dan menghadapi segala hurdles dalam misi mencari jodoh untuk klien mereka!

apa yang saya suka dalam kisah ini, author tidaklah hanya menekankan soal cinta sahaja. jujur kata, saya igt kisah ini melibatkan cinta antara ramzin dan suria. rupanya salah ye, cis! banyak lagi sisi lain yang dipertonjolkan. walaupun plot utamanya adalah mencari jodoh untuk klien mereka, subplot lain tidak terlalu berat sehingga overshadow main plot. itu saya suka. dalam pada kita menelusuri kisah happening mereka, kita juga dapat tahu struggle each one of them. ada yang duda, ada yang difitnah orang kampung, ada yang pernah terbabas dari laluan agama dan ada juga yang takut untuk melangkah ke hadapan, meninggalkan apa yang selesa sekarang. honestly, saya rasa seperti dipeluk oleh setiap characters di dalam ini. setiap pesanan yang diberikan seolah-olah kena dengan situasi sekarang.

buat author, ini karya pertama awak yang saya baca. terima kasih buat kisah secomel ini, se heart-warming ini. saya happy sangat. buku awak ini, angkat reading slump saya campak jauh-jauh. setiap bait kata awak tulis, buatkan saya rasa buku ini hidup. dan ye, saya terkeluar air mata sedikit membaca kisah hubungan keluarga ramzin, makmilah dan wan dasuki. haha - indahnya, kalau saya juga begitu. tapi, manusia sering menggunakan kalau untuk semua situasi. sekadar menyedapkan hati. saya yakin apa yang Allah aturkan untuk kita lebih baik dari 'kalau' yang kita fikirkan. tulis banyak lagi ye buku. saya nak baca <3

untuk korang yang nak start baca atau tengah terfikir perlu ke baca? yes, perlu. seronok, fun, simple, lovely, heartwarming. buku ini macam kdrama pun ada juga. latar belakangnya, references nya. oh ye, semua trend semasa pun ada dalam buku ini haha. sekejap korang akan mengekek gelak, nanti korang nangis, pastu korang akan nooooooo apa ni? menarikkan? besides, illustration dia comel lah. teracun tak? bacalah.

hm tu je kot... byeee

Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews12 followers
October 6, 2026
Best apa cerita ni! 😆 Baca ni aku terus teringat movie The Rental Family lakonan Brendan Fraser. Bezanya, dalam cerita ni semua berkisar tentang kafe yang menyediakan perkhidmatan mencari jodoh. 😂

Plot tak heavy, lebih kepada cerita yang manis, lawak dan santai. Jadi kita tak sempat nak merentan lama sangat pun. 🤣 Karakter-karakter dia pun memang masuk air, terutama Zin. Watak dia antara yang paling mencuit hati aku.

Cerita ni banyak main pada hubungan kekeluargaan, jodoh dan kehidupan kampung. Simple tapi menghiburkan, sesuai kalau nak baca sesuatu yang ringan dan tak serabutkan kepala.

Cuma ending tu... “To be continued.” 😵‍💫

Akan ada buku ke-2 ke ni??? Sebab kalau betul ada sambungan, aku nak tahu juga macam mana kisah mereka seterusnya. 😂

Genre: Family, Jodoh & Kampung Life
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 28 books193 followers
October 5, 2026
Cerita ringan dan comel. Boleh habis dalam masa sehari je.
Profile Image for Aman Wan.
1 review
October 12, 2026
Habis ja baca novel ni, saya berkerut jap. Tengah pening macam mana nak minta pihak Mangosteeen untuk kurung penulis, supaya penulis dapat siapkan lagi 2-3 novel tentang kehidupan Felda Papan Timur ni. Because I need moreeeeee! 😫😫😫

Sebagai seorang yang craving dengan kisah komuniti, ensemble cast dan found family ... Novel EjenC ni sangat memuaskan perasaan saya. Satu ayat saya boleh bagi... WHOLESOME. 🩷

Penceritaan yang santai dan bersahaja, watak-watak yang hidup, interaksi yang natural. Saya sangat suka kehidupan felda yang penulis pamerkan.

Jujur cakap, saya ready untuk jatuh cinta dengan watak-watak pekerja EjenC. Lagi-lagi adanya lukisan daripada MesonMerah dan Hanimism yang superb lawa. But instead, saya pula lebih jatuh hati dengan Wak Dasuki, Mak Milah, Haji Leman, Mak Salmi, Kak Bedah, Firman dan Gorgonnya, juga watak-watak orang Felda ni.

Malah, dialog dan naratif juga lawak. Sampai saya terbahak literally. Terutama ketika babak Ramzin dengan mak ayah dia. Interaksi mereka bertiga best dan dinamik watak juga fun. Sampai Wifey sendiri pun tegur. "Novel saya, awak tak baca gelak macam tu pun..." 😅

Sebenarnya konflik dalam cerita ini tidaklah berat, tetapi tidak ringan juga. Sebab ia konflik normal, kisah kesan persepsi manusia dan orang kampung yang suka mengata. Tapi ia ditulis dengan baik sampai saya pun geram-geram. Mujurlah ending puas. Sama macam Malik, kita mengata dulu... Taubat nanti! Haha!

Tapi apa yang seronok tentang novel ini, ialah rasa hidup bersama watak.

Saya nak cepat baca untuk tahu apa jadi, tapi pada masa yang sama tak nak ia habis cepat supaya saya boleh lama-lama dengan watak-watak ni. Perasaan saya seperti saya ikut EjenC pindah ke Felda, berkenalan dengan mereka dan tiba-tiba dipaksa balik ke rumah semula. 🥲

I need more. Dari epilog, nampak macam akan ada sambungan (Yeay!) 🩷🩷🩷

Saya jarangggg reread novel. Tapi novel ini, saya akan ulang lagi. Tahniah Khairunnisaq. Moga penulis dapat tulis banyak lagi kisah ini. Guna watak lain-lain pun tak apa. Saya nak jadikan ini cozy read saya.

Moga pihak Mangosteeen tunaikan impian saya, kurung selagi manuskrip tak siap. Tolong ya. 😌

#EJENC
Profile Image for Ili.
13 reviews2 followers
October 7, 2026
POV: POV 3
Rating: 4.5/5 ⭐

Tak pernah baca penulisan penulis. Beli sebab cover lawa dan of course, my favourite genre - romcom! Lepas tu baca blurb dia pun nampak menarik. Lepas habis baca, kita boleh cakap, kita suka cerita ni! Selalu layan drama cinta orang muda. Kali ni, kita layan pula drama orang tua nak bercinta balik. Hahahaha!

Jangan expect any romance sebab cerita ni lebih kepada tema persahabatan dan kekeluargaan. Penulisan pun nice. Simple dan straight forward. Cuma yang ending tu... alahai. Nampak gaya macam ada sambungan. Rasa excited nak tahu apa jadi pada Suria dan Tuan Adha. Good job, penulis 👍
Profile Image for Lil red reading book.
233 reviews
October 15, 2026
naskah ini sangat menarik perhatian kerana lakaran buku serta penggunaan warna yang digunakan buku ini. thats the first thing la.

suka dengan konsep yang diketengahkan oleh penulis iaitu kafe yang menjual kopi dan membantu klien mencari cinta. Suka juga dengan latarbelakang yang bertempat di Felda Pantai Timur, Johor. Penulis banyak menyentuh berkenaan persepsi masyarakat di dalam satu kawasan sebenarnya yang mengajar kita untuk menegenali seseorang melalui dalaman bukan luaran semata mata.

love this 🫶🏻✨
Profile Image for hzlnutmilktee.
6 reviews
October 30, 2026
the storyline is actually good and exciting, and i can see the potential in it. unfortunately, the writing style just isn’t for me. you can kinda tell that the author is still inexperienced, and the writing could use more polish and a more natural flow.

another thing that bothers me is the excessive use of real-life references. tony stark, korean actors, apple, specific car brands… there’s just SO many of them. i don’t mind the occasional reference, but when there are too many, it starts to feel unnecessary and distracting. sometimes, i just want to read a story without being constantly reminded of real people and brands. it also makes the writing feel less immersive, like the author is relying too much on things readers already recognise instead of building the world and characters through their own descriptions.

it’s a shame because the plot genuinely has potential, and i think i would’ve enjoyed it so much more with a more polished writing style. good storyline, but the execution could’ve been better.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews