Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Mampu Milik

Rate this book
Agaknya dunia mereka ini kecil sangat-sangat. Satu minggu sampai tiga kali bertembung. Murni yang besar atau Ujang yang terlalu kecil? Melihatnya sahaja hati Murni sudah berapi-api. Mana tidaknya, boleh berpusing 360 darjah berlanggar dengan abang sado itu—gelaran yang diberi oleh Amira, teman baik Murni.

“Kenapa dengan awak ni? Dalam minggu ni dah tiga kali awak langgar saya tau!”
“Maaf, maaf... Saya tak sengaja.”
“Sakit tau tak! Boleh mati saya!”

Lenguh segala sendi dan uratnya kerana berlanggar dengan lelaki bertubuh tegap yang bekerja di pejabat sebelah. Tak disangka minyak angin menjadi pemujuk hatinya. Terima sajalah walau hati sentiasa berangin melihat lelaki itu. Namun ia bukan sembarangan minyak menurut Amira.

Minyak lintah? Terkejut Murni. Apa maknanya? Nampaknya minyak angin punca mereka kerap bertemu. Semakin dia mengelak semakin kerap pula Ujang menjejakinya. Dan lebih sadis apabila lelaki sanggup mencari rumah orang tuanya untuk menghantar minyak angin dan membawa hajat bersama.

“Saya serius. Tak main-main. Tak reti nak cinta-cinta. Saya berkenan terus pinang aje.”

Sungguh! Memang Ujang tak main-main. Sungguh-sungguh lelaki itu datang meminangnya. Ayah terus terima tanpa fikir panjang. Katanya, Ujang berani. Datang sendiri membawa hajat bersama anak agar diketahui status dirinya yang sebenar.

Tiga bulan bertunang, tiada mana indahnya. Macam-macam dugaan yang diterima terutama daripada bekas isteri dan bakal emak mentua. Kata-kata semangat sering diungkap oleh Ujang kepada Murni. Murni tahu dia adalah pilihan lelaki itu. Namun itu tidak bermakna ia akan berakhir dengan akad.

“Nanti kita dah kahwin, tambah lagi satu harta saya. Awak.” - Ujang.

679 pages, Paperback

First published January 1, 2015

3 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Sarnia Yahya

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (21%)
4 stars
29 (56%)
3 stars
8 (15%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
January 23, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Memang benarlah seperti yang sudah dinyatakan dalam beberapa review yang lain. Cerita ni memang rasa sangat dekat di hati! Semua watak-watak rasa sangat 'benar' kerana kedudukan sosio-ekonomi mereka yang sama seperti kebanyakan rakjat jelata di negara ini :D Pada mereka yang lebih menyukai cerita cinta dengan setting mewah-mewah dan glamour, harap maaf. Anda tidak akan menemui any of that di dalam novel ini.

Seperti dalam novel Sarnia Yahya yang lain, elemen kekeluargaan turut diselitkan. Betapa buruknya hati dan sikap si ibu yang sanggup menggadai harta pusaka pada bekas menantu hanya kerana tak berkenan dengan menantu baru. Kerana benci, salah laku dipandang sepi biarpun kejadian itu berlaku di depan mata sendiri, tetap teguh mempertahankan si pesalah dan menuding jari pada Murni. Adoiii...sakit jugak lar hati!
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
November 20, 2015
Kisah yang biasa2 sahaja. Hero nye juga biasa2, tidak menyandang jawatan CEO, tidak memandu kereta mewah, takde banglo 2 3 bijik..

Tapi yang biasa2 inilah yang lebih memikat hati kerana terasa lebih dekat di hati. Walaupun kisah Ujang dan Murni penuh kesederhanaan tapi masih tetap manis dengan cara mereka sendiri..
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
March 10, 2021
Actually dah habis baca lama dah tapi baru rasa nak review hihi.
Cerita ni menarik sebab kita akan rasa dekat dengan semua watak watak dalam buku ni. Mak mertua yg tak restu pastu last sekali menantu jugak yg baik hati tolong dia. Kawan murni si mira tu srs buat i terhibur, asyik nak membeli minyak lintah ja 😂 Good job writer!
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
August 24, 2015
cerita yang ringkas banyak pengajaran yg dikongsikan
suka cara penulis yang menggambarkan watak dan jln cerita secara kesederhanaan
bayangkan lah usia kereta si ujang ni lagi tua dari umur si murni ehehe
tercuit hati ini...

cuma watak dlm cerita ini membuatkan MB teringat dengan kisah Menantu Pilihan Bapak
hampir sama..

konflik dia terlalu meleret tapi tak mencacatkan jalan cerita dan mud Mb so far boleh je layan lagi2 dengan watak ujang
huhu..
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
August 11, 2015
suka cerita ni...sape yg suka cerita hero yg biasa2..ini pilihan yang tepat.. ;)
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 15, 2015
Bacaan yang santai! Nice!
Kisah hidup Murni sebelum dan selepas berkahwin dengan abang sado, Solihin Abu Talib a.k.a Ujang. Ujang adalah seorang duda anak satu. Perkahwinan mereka tidak direstui emak Ujang. Emak mertuanya siap menyogok bekas menantunya, Hayati, untuk menggangu rumahtangga mereka. Tetapi berkat sabar dan doa Murni dan keikhlasan dirinya menerima Rehal, akhirnya emak mertuanya mula menerima dirinya. Hayati akhirnya ditangkap polis kerana mencederakan Rehal serta mengugut bekas mak mertuanya untuk mendapatkan duit hasil jualan tanah pusaka. Murni dan Ujang akhirnya bahagia dan hidup tenang bersama anak-anak mereka, Rehal dan Muhammad Al-Fateh.
Profile Image for Ain adawiyah .
26 reviews3 followers
September 28, 2016
Karya ni dekat dengan pembaca

Setting cerita yg biasa2 sahaja. Watak2 dalam cerita ni tak perlukan latar belakang yg terlalu mewah and fairytale.

Penulis berjaya grab attention saya utk terus membaca towards the end.
53 reviews44 followers
September 10, 2015
isteri mampu milik tidak mengecewakan pembaca. sebuah lagi novel hebat oleh sarnia yahya.
kisah kelakar dua insan yang kejenya asyik bergaduhhhhhh jah...kikikiki
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 24, 2022
[BOOK 87]

Isteri Mampu Milik by Sarnia Yahya.
.

Aku beli buku ni, dah 2 tahun. Sian je duk terperuk menanti giliran untuk dibaca. hahaha
.

Kisah kali ni, santai je. Tak banyak konflik. Dan cerita pun, tentang rakyat marhaen je.
.

Murni bekerja sebagai kerani operator di sebuah syarikat. Pergi balik kerja, naik LRT. Tinggal kat rumah flat, ada tilam dan bantal je. Malam-malam, goreng telur.
.

Murni ni selalu dilanggar oleh Ujang. Dalam seminggu, 3 kali kena rempuh dengan Ujang. hahaha. Atas alasan minta maaf, Ujang kasi Murni minyak lintah untuk sapu kat bahagian lebam. hahaha. tapi bak kata Mira, kawan Murni, "eh, bukan ke minyak lintah tu untuk kuatkan lelaki ke? kasi kat aku la, aku nak kasi kat laki aku." hahaha
.

Bila Ujang tahu pasal minyak lintah tu, dia kasi minyak lain pulak. hahaha. dah macam tauke minyak dah. Ujang ni kerjanya pelukis komik. Seorang duda anak sorang
.

Ujang ni sukakan Murni. So, dia masuk meminang Murni. Ayah Murni pulak terima je. Murni ni sebenarnya dilema, dia tak tahu, nak ke tak kat Ujang tu. Tambahan lagi, duda anak sorang. Mak Ujang pulak cam tak suka je Murni ni.
.

Tapi akhirnya dorang kahwin. Lepas kahwin, ada la halangan. Daripada mak Ujang dan juga bekas isteri Ujang. Yang jadi mangsa, Rehal, anak Ujang.
.

Yang aku suka, part Murni layan Rehal. Sangatlah motherly gitu. Rehal pun sayangkan Murni. Ujang pun gigih je pertahankan Murni.
.

So, bacaan santai je. Konflik tak sakit kepala.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
April 28, 2020
Jalan cerita yang biasa-biasa sahaja tetapi cerita ini berkisar tentang kehidupan masyarakat kebanyakan seperti kita semua..tahniah SY 👍👍👍💪💪
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
January 9, 2023
Boleh la.Bacaan santai.Suka dengan watak Murni.
Profile Image for Nur.
65 reviews
October 28, 2023
Best. Cerita rakyat biasa ja. Xstress. Cuma xbest cara ujang layan ex dia. Hmmm
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 9, 2016
kalau tengok pada tajuk, pada kereta comel di kulit depan buku ni rasa macam akan baca kisah isteri yang mungkin demand.. tapi cukup menarik isu yang diolah dalam buku ni. bukan kisah anak orang kaya, datuk datin, kaya raya.. Ini adalah kisah manusia biasa, sederhana yang hidup seadanya..

murni, haa... Nama pun biasa jer, seorang gadis yang bekerja sebagai operator di sebuah syarikat. Baik budak nih, yang hormat dan dengar kata mak ayahnya. Cuma terjebak dengan si azad yang mulanya baik tapi kemudian taktau macam mana boleh terjebak dengan dadah sehingga sanggup mencuri.. Murni berkenalan dengan ujang yang bekerja berhampiran dengan ofisnya.. Yang best takde kisah cintan cintun sebelum kawen. Si ujang yang bekerja di syarikat penerbitan memang berkenan dengan murni terus jer nak masuk merisik. Mak ayah murni pun tak kisah hati, dengan status duda ujang nih...

dari sebelum kahwin, mak ujang ni tak suka murni sebenarnya. Mak ujang berharap yang ujang akan kembali rujuk semula dengan hayati. Haa... Inilah gangguan terbesar buat murni yang mula sayang pada ujang. Sayang lepas kahwin lebih indah, setuju tak? Masuk pula kisah rehal, anak ujang yang mula mendapat tempat dalam hati murni. Dia amat kasihan pada rehal yang punya mama busuk hati, punya nenek yang garang. Rehal pula mudah betul rapat dengan murni yang lembut dan melayan dia dengan baik...

klimaks pada gangguan si yati, haa... dia mula menuntut apa yang mak ujang janjikan padanya. Janji apa? Gangguan apa? Tu kalau nak tau kena cari buku nih.. Adegan-adegan romantis spontan tu baca jer la.. Biasa-biasa jer pun.. Watak-watak sekeliling pun menghidupkan suasana buku nih. Idea, olahan dan perkembangan kisah yang memang best. Tahniah buat puan penulis Sarnia Yahya yang buka mata pembaca, bukan kisah khayal jer ada dalam novel beb. Ini adalah sebuah hakikat kehidupan, hakikat hidup berumahtangga. Tolak ansur yang perlu ada. Isteri yang tidak berlebih mintak, tahu kemampuan kewangan suami setakat mana. Sama membantu dalam uruskan kehidupan rumahtangga..
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 25, 2016
Tersentuh dan sebak. Novel yang berkisahkan kehidupan orang biasa2..tak kaya dengan kemewahan tapi penuh dengan kasih sayang eventhough ada part yg menjengkelkan. Bukan dgn Ujang atau Murni tapi bekas isteri dan mother Ujang.

Tersenyum dalam kesedihan, kegusaran hati dan berakhir dgn satu keputusan yang pasti. Sangat suka dgn watak bapa kepada Murni yg selalu bersifat husnozon. Voila how I wish every parent are like them. Very supportive.

Awalnya I hate Murni's behaviour but after few chapter I began to view her in different perspective..cara dia menegur bakal in law sangat lembut dalam ketegasan. And tak mudah melatah atau diperbodohkan oleh bekas isteri Ujang.

Ujang's words really touch my heart. Definitely can emphatise with his situation. Yang tak boleh tahan the jokes abt minyak lintah..minyak kayu putih..keep smiling.

Read this novel if u can.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 17, 2015
puashati sgt2! IMM mmg mengujakan saya utk membacanya hingga akhir...

manisnya la cara dorang dijumpakan...gelak2 aje baca part tu..sampai sengal2 badan Murni impak perlanggaran dgn abang sado @ ujang...

Suka cara Ujang..dah suka terus terang aje dan terus jumpa keluarga..ibu bapa mana yg tak suka bakal menantu yg seberani ujang kan?

dalam manis dan bahagia...mereka diduga..bekas isteri Ujang dan mak mertua Murni..dua insan yg sgt tdk waras pd saya... mcm2 cara dorang nak gugat bahagia Murni dan Ujang...sakit hati betul!

keseluruhan? citer yg bagus..yg ada kekuatan sendiri... ini citer yg biasa terjadi dan itu buat saya suka dan suka dan suka...Tahniah kak SY
Profile Image for Iman.
12 reviews
November 8, 2015
Bacaan ringan yg membuatkan kita terhibur dgn Ujang yg sempoi yg mengunakan teknik melanggar dan menhadiahkan minyak urut untuk memikat Murni..
Naluri keibuan yg dirasai oleh Murni dapat dirasai oleh saya sehingga membuatkan airmata sy turut mengalir bersama Murni..
mungkin kerana kelebihan penulis lama seperti kak Sarnia menybbkan dia dpt tackle hati pembaca spt sy , ttg olahan ayat sy tidak mahu komen kerana Kak Sarnia mmg dah pindah.. Sblm ini karya penulis novel2 berat dan sy juga suka... Untuk percubaan 2 novel komedi yg dia tulis ni.. juga mampu menghiburkan saya..
7 reviews
September 13, 2015
Tahniah penulis novel ini..cerita yang sangat menarik dan ada unsur lucu...kadang2 tersengih sendiri..apa2 pun buku ini hanya ambil masa 5 jam untuk tamat..hehehehehe..cepat juga habis baca novel ini..nak baca lagi dan lagi dan lagi...^_^
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
August 21, 2015
Best.... Congrats Sarnia Yahya, saya suka sangat-sangat dengan cerita ni..
bagaikan cermin kehidupan kita seharian.. kisah hero/heroin yang biasa-biasa sahaja..
194 reviews9 followers
December 5, 2017
salah sayu novel yang berbaloi dibaca. memula skeptikal sebab xpernah lg baca novel dari penulis ni. rupanya best cara olahan penceritaannya.

terasa mcm dibawa ke zaman kegemilangan majalah gila2 n ujang lak rasa masa baca novel ni. hehehe.. pak leh mmg wujud ke eh?
Profile Image for シティ.
264 reviews
Want to read
August 9, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.