Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siapa Kata Tak Sudi?

Rate this book
SEDANG Airina berjalan ke kantin, tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kereta yang sangat dikenali. Ya! Itulah model kereta yang sengaja melanggar lopak yang bertakung, lalu air itu tersimbah mengenai tubuhnya.
Masakan Airina tidak mengenali kereta comot yang hanya satu dalam sejuta sahaja itu. Ini mesti wanita ataupun tomboi punya kereta. Kalau tidak, takkanlah warna merah jambu. Dengan tulisan yang entah apa-apa pada badan kereta itu. Airina menghampiri kereta tersebut. Dia menggigit bibir sambil menatap geram kereta sport Nissan GTR itu. Dengan marah, sengaja tayar kereta itu ditendang-tendang.

“Bodoh punya tuan! Mana tuan kau? Meh sini aku nak ganyang dia cukup-cukup!”
“Woi!” jerkah satu suara.
Airina menoleh. Dilihatnya seorang lelaki yang berpakaian sukan menghampirinya.
“Kau buat apa dengan kereta aku hah?” tanya lelaki itu dengan wajah yang bengis.

La... lelaki rupanya! Apesal auw semacam aje kereta ni? Merah jambu! Airina ketawa dalam hati.

“Kau ke tuan kereta ni?” Airina bertanya penuh ego.
“Of course!” marah lelaki itu. “See! The rim is dented.”
Lelaki itu beriak cemas. Pantas dia bertinggung, membelek rim tayar keretanya. Padahal, tidak ada apa pun yang kemik. ‘Propa’ aje lebih!

Airina melopong. Setakat kena tendang dengan kakinya yang ‘keding’ ni, rim tayar tu boleh kemik ke? Macamlah rim tayar kereta dia ni diperbuat daripada polistirena!

“Hei! Tak kemiknya pun rim tu kalau sampai tahun depan aku tendang. Aku nak kau bayar ganti rugi baju aku yang dah busuk disebabkan lecah yang kau langgar dekat Wangsa Maju semalam!” Airina betul-betul marah. Bukanlah duit yang dia mahukan. Cukuplah sekadar kata maaf yang terbit daripada mulut lelaki itu.

“Bila masa pulak lecah tu kena kau? Kau jangan cakap pada aku, kau perempuan yang pakai baju warna merah ala-ala bullfighter tu?” duga lelaki itu. Sengaja mahu menyakiti hati Airina.

Buntang mata Airina. Ada ke patut dia yang cantik ni digelar bullfighter? Ini sudah lebih!

“Hei! Mulut kau macam longkang, kan?”

Lelaki itu ketawa geli hati memandangkan Airinalah wanita malang tempoh hari yang terkena lecah yang tidak sengaja dilanggarnya itu.

“Jadi… kaulah gadis malang tu? Sorrylah. Aku ingatkan ‘puntianak’ manalah yang terlepas siang-siang buta. Aku terkejut, itu pasal aku terlanggar lecah. Tak sangka pulak terkena kau.”

Airina gigit bibir. Tadi apabila mendengar kata ‘sorry’, hatinya sudah pun menjadi sejuk. Namun, amarahnya meluap-luap apabila dia digelar puntianak oleh lelaki itu. “Hoi! Mulut kau ni busuk mengalahkan bau tahi kucing! Macam mana pun aku nak kau bayar duit ganti rugi baju kurung aku yang mahal tu! Atau tak...”

“Or what? Kau nak saman? Samanlah!” tempik lelaki yang bermata sepet itu tanpa memberi peluang kepada Airina untuk berbicara. Tak ada langsung riak bersalah atau nak meminta maaf. “Dah, tepi! Aku banyak kerja lagi yang nak dibuat daripada melayan ‘mak cik’ macam kau ni.”
Tubuh Airina ditolak kasar sebelum dia masuk ke dalam kereta miliknya.

“Hei!” panggil Airina. Cermin pintu kereta diketuk-ketuk sekuat hati. Biar pecah pun dia tidak kisah. Asalkan dia menerima kata maaf daripada lelaki itu.

Suka-suki hati dia aje panggil aku mak cik? Mulut macam haprak! Langsung tak boleh pakai. Siap kau! Aku simbah kereta kau dengan cat esok!

407 pages, Paperback

First published January 1, 2015

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Mas Yura

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (21%)
4 stars
4 (17%)
3 stars
6 (26%)
2 stars
4 (17%)
1 star
4 (17%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Jean Fernandez.
39 reviews
June 11, 2016
**Note: to sell for rm15.

Overall story was fine but seriously the amount of 'kentut' used was a real put off !

Like seriously, If you ever write another book, please keep that in mind. Never use that many 'kentut' in a novel. Thank you !
286 reviews52 followers
August 6, 2015
best....santai je xde nk serabut otak membacanya...
Profile Image for The Mimons.
7 reviews2 followers
November 15, 2019
Terbaik sangat!!!Antara novel paling best saya prnh baca....banyak kali ulang
Profile Image for Hestia.
1 review1 follower
August 14, 2016
pat the chest,ask appetite? --> tepuk dada tanya selera..lol
so so funny translation..
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.