Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penjara Mati

Rate this book
PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah.

Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

Pertemuan Malik dan Mahairah menggamit memori lama. Akibat hijab mata Mahairah yang terbuka, dia dan Malik terdampar di dunia yang tidak pernah terfikir dek minda. Mustahil ada jalan keluar! Untuk hidup di situ, mereka harus mati!

“Ini tempat orang yang sudah mati. Yang masih hidup tidak boleh berada di sini!” – Manusia Primitif.

‘Topeng’ merupakan cara terbaik menyembunyikan kejahatan. Jangan sesekali tertipu.

592 pages, Paperback

First published August 1, 2015

4 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Riduan Judin

3 books20 followers
Riduan Judin dilahirkan pada 10 September 1992. Beliau merupakan penulis novel thriller Malaysia. Genre yang menjadi identiti dan garapan beliau ialah genre thriller yang diadun dengan mistik dan misteri. Sekarang, beliau sedang bernaung di bawah syarikat besar dan ternama iaitu Syarikat Karangkraf dalam penerbitan novel.

Riduan Judin dilahirkan di Pitas, Sabah, yang merupakan seorang guru muda yang sedang menghadapi tahun akhir di IPG KBM. Dalam dunia penulisan, Riduan Judin merupakan antara novelis muda yang berjaya melakar nama di pentas penulisan Malaysia. Sekali gus berjaya mengikuti jejak novelis thriller lain di Malaysia seperti Ramlee Awang Murshid, dan penulis-penulis lain. Beliau juga aktif dalam bidang sukan terutamanya bola sepak. Beliau juga pernah menggiatkan diri dalam bidang seni mempertahankan diri iaitu Seni Silat Gayong Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (31%)
4 stars
14 (36%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
5 (13%)
1 star
3 (7%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Zaza Tahir.
1 review
August 2, 2015
Assalamualaikum, review ini sebenarnya saya sudah kongsi di facebook. Sebab rasa tak cukup kalau tidak buat review di GR ni, jadi saya buatlah juga walaupun saya cnp saja. Saya ni agak memilih juga genre novel Melayu. Biasanya baca novel BI macam Gone Girl. Okay, straight to the point...

Novel ni memang 'unexpected story'. Penulis( Riduan Judin / Riduan Judin Hard Fans ) bijak mengaburi mata pembaca dengan memberikan plot misteri. Cerita ni bermula dengan pembunuhan Datuk Haris di Hotel Hilton, PJ. Siapa pembunuh tu? Kenapa dia dibunuh? Apa motifnya? Plot cerita mengajak kita melihat apa sebenarnya yang ada di sekeliling kita (yang tidak pernah kita ketahui dan mungkin kita tidak pernah ambil tahu)

bahasa yang mudah difahami. Bahasa dialek Sabah yang dimasukkan sungguh menarik minat saya untuk membacanya. Konsep cerita yang bagus. Thrilelr diadun dengan misteri. memang awesome.

Misteri kehilangan penduduk di Hutan Banjaran Tambunan pun buat saya tidak senang duduk masa membaca. Penulis bijak bermain dengan plot. Tapi rupa-rupanya lain pula yang berlaku. Tidak seperti yang saya jangka. Mungkin saya bukan orang pertama yang baca novel ini, mungkin editor. Tapi rasanya ini review pertama novel ni, dan ini review ikhlas tanpa dipengaruhi apa-apa unsur.

Masa membaca novel ni macam tengok filem thriller yang mempunyai plot cepat dan 'umphh'. Ending novel ini memang sangat mengejutkan. "Twist Ending"! Dan ya, saya rasa sangat tertipu dengan permainan plot penulis. Akhir cerita novel ni memang sangat tidak saya jangkakan. Ingatkan ini yang berlaku, rupanya plot berputar 360 darjah di ending cerita. Ending memorable.

"Saya taknak cakap spoilnya. Anda baca sendiri novel ini baru rasa "umphh'nya". Novel 592 muka surat ini saya habis baca dalam masa yang singkat. Entahlah mungkin sebab susah nak lepaskan buku ni. asyik nak tahu jalan cerita seterusnya.

"Hidup dengan percaya, bukan hanya melihat" Tagline yang buat saya tertipu. 'Topeng merupakan cara terbaik menyembunyikan kejahatan, jangan sesekali tertipu'. 5 bintang untuk novel ini.

Tidak rugi baca novel ni. Jangan tepuk dahi kerana terkejut dengan endingnya.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
October 17, 2020
Bagi aku novel ni best dan story agak unexpected walaupun ada part penceritaan yg kurang kemas dan mengelirukan. Kesalahan dari segi nama juga dpt di detect. Karya pertama penulis yg aku baca, bergenre misteri paranormal thriller. Naskah ini byk memberi pengajaran disamping mengingatkan kita kpd Allah swt.

Permulaan cerita yg penuh debaran. Di awal kisah pembunuhan Datuk Haris dah buat aku tertanya-tanya siapa pembunuh yg sbnr. Knp Datuk Haris dibunuh? Apa motif pembunuhannya? Wajah Malik jelas dlm cctv tp bukan dia yg membunuh. Selain Malik, watak Mahairah adalah watak utama kpd penceritaan ini. Gadis yg terbuka hijabnya. Mampu melihat manusia primitif yg tak dpt dilihat oleh org lain. Dan pembunuhan di Hutan Tambunan amat misteri sekali. Mangsa dibunuh oleh makhluk yg digelar Duwarung. Membunuh dgn merobek dada mangsa dan memakan jantungnya spt manusia karnival.

Malik melarikan diri dari KL ke Tambunan, Sabah. Di situ dia bertemu kembali dgn Mahairah, cinta pertamanya. Tp Malik terpaksa kembali semula ke KL utk membersihkan namanya. Perbicaraan kes bunuh Datuk Haris berlangsung dan Malik terlepas dari tuduhan. Plot twist bertubi2 dari siapa pembunuh sbnr Datuk Haris iaitu Datuk Marjan yg membawa pula kpd pembunuh Datuk Marjan. Mmg tak sangka.

Selain itu, apa yg menarik dgn novel ini krn dimasukkan dialek suku kaum Dusun di Sabah. Serba sikit dpt sikit ilmu dan kefahaman dr dialek itu. Pengembaraan Malik dan Mahairah ke alam atau dimensi lain juga amat menarik. Memberi kelainan dan dpt diterima akal. Cuma aku tak berapa suka dgn endingnya, hanya halusinasi semata-mata.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 16, 2015
Apa yang boleh saya reviewkan, Penjara Mati naskhah yang TERBAIK! Tahniah buat RJ. Teruskan menulis naskhah seperti ini kerana banyak pengajaran yang boleh diambil terutama pentingnya kita sentiasa mengingat ALLAH Yang Maha Esa.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
October 19, 2017
"Semoga ... kembali menjadi ..."

Nampak innocent je kan komen pembaca tersebut. Tapi sebab komen tu la saya dah boleh agak jalan cerita dia. Lepas tu jalan cerita jadi sedikit hambar sebab ibarat menonton filem seram dengan anak saya.

"Ibu, filem ni betul ke dak? Hantu tu betul ke?"

"Dak la. Hantu tu tipu. Dia mimpi ja tu."

Itu sebab tamatnya filem Munafik (sekadar contoh), anak saya kata filem tu tak seram sebab dia dah set dalam minda dia itu semua tipu dan tak berlaku di alam nyata berdasarkan jawapan saya tadi.

Sepanjang baca buku ni, yang bermain di minda saya ialah filem lakonan

Saya bagi 4 bintang sebab penulis bijak mengawal jalan cerita walaupun ada beberapa babak yang sedikit gohong. Bagi yang suka twisted ending, ini buku terbaik untuk anda. Tapi jangan pula terus baca bab akhir.
1 review
August 5, 2015
"Penjara Mati" Bagi aku satu tajuk yang bagus. Tagline pun nampak agak misteri dan berpautan dengan tajuk novel ni. Konsep cover yang menarik dan beri aku impression tentang "sesuatu" mengenai novel ni. Novel ini aku rembat di MPH NU Sentral. Biasanya lepas balik kerja, konfirm akan jalan2 dulu... dan ternampak pula buku ni.

Cerita bermula dengan agak menarik dan misteri. Pembunuhan di Hutan Bnajaran Tambunan oleh makhluk yang dinamakan Duwarung, selepas tu adengan dimulai oleh pembunuhan Datuk Haris di Hotel Hilton. Bagi aku, ini permulaan yang baik dan membuat "aku terus membaca". Kenapa dibunuh? apa motifnya? siapa pembunuh itu? Korang baca sendiri, aku taknak jadi spoiler hehe...

Watak Mahairah memainkan peranan yang penting dalam cerita ni selain watak utama, Malik. Mahairah mempunyai hijab mata yang terbuka dan melihat manusia yang peli... macam manusia primitf. Lepas Bagi aku, plot ni sangat menarik, dan aku suka watak ni. Episod pembunuhan di Hutan Tambunan mengheret aku di dalam satu dunia yang aku rasa "whattt???" Disebaliknya, ada kisah lain yang jauh berbeza dari terjebaknya watak2 ini dalam deminsi yang luar biasa, namun akhirnya watak ini akan saling bertemu dan berhubungan, dan mungkin akan mengejutkan anda. Tapi, ada yang lebih mengejutkan dibanding itu, sesuatu yang sebenarnya agak sulit dipercaya(Hidup Dengan Percaya. Misteri dan penulis bijak menggarap plot! Dan rupanya ada kaitannya dengan Mahairah dan Malik sebenarnya. Apa kaitannya? aku taknak jadi spoiler keh3...

Penulis beri ending yang sangat mengejutkan. Pendek kata, novel ni "Twist Ending"! Siapa yang suka novel twist ending memang wajib baca novel ni. Aku syak akhir cerita ni macam ni, rupa-rupanya, ending berputar terbalik 180 darjah. Ending yang sukar dijangkakan dan sukar dipercayai. Rupanya beginiii! Oo, sebab ini watak ni dibunuh, rupanya watak ni begini. Bagi aku ini kejutan istimewa, daripada penulis.

Dialek Sabahan yang digunakan oleh penulis sangat menarik(Dapat belajar bahasa Dusun) Perkataan "Koupusanku" "Nokuro" dan beberapa trademark memang buat aku tersengih2 hihi... walaupun aku tidak pernah datang di Tambunan, Sabah...tetapi bayangan yang diberikan oleh penulis cukup jelas dan membuat aku terawang2. Aku dapat bayangkan RJ ni beberapa tahun akan datang lagi. Pasti boleh jadi penulis thriller yang lagi "Umphh"

Good job Riduan Judin, 5 bintang untuk kau bro. InsyaAllah, novel kau akan jadi koleksi dan kau sudah masuk dalam list "fevret author" aku. Teruskan menulis. Teruskan menghibur pembaca macam kami ni....

Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 29, 2016
Penjara Mati oleh Riduan Judin sangat kejam.. Permulaan yang penuh debaran dan pengakhiran yang penuh kejutan.. Mujurlah Ku pilih untuk membaca dihujung minggu.. Letih rasanya membaca Penjara Mati..
"Hidup dengan PERCAYA, bukan hanya MELIHAT"
Semoga Malik kembali menjadi Jailani.
Hanya itu mampu Ku ungkapkan..
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
December 10, 2025
ULASAN BUKU: Penjara Mati — Riduan Judin

Pada permulaan cerita, pembaca terus disambut dengan pembunuhan yang kejam — membuatkan saya menjangka kisah ini akan menuju ke arah cerita hantu. Namun, apabila muncul pula kes pembunuhan Datuk Haris, saya mula tertanya-tanya… ini cerita seram atau thriller sebenarnya?

Di situlah bermula perjalanan saya menyelusuri puluhan bab demi mencari kebenaran. 🫣🤭
Dan ya… ending dia?
Kurang ajar betul penulis ni. Tapi dalam cara yang sangat menghiburkan. You literally made my day. 😆🤣📖

Plotnya sangat menarik dengan gabungan elemen seram, thriller dan twisted ending yang buat otak berpusing. Buku ini memang tak patut dilepaskan. Vibenya mengingatkan saya pada novel Ram bertajuk Haura — tapi saya tak boleh bagi hint lebih, nanti korang dah boleh teka. Biarlah kita semua sama-sama “terkena”. 😂

Penulis: Kau nak seram, gore dan thriller?
-Bagi-
Aku sebagai pembaca: YES! YES!
…lepas sampai ending: 😵‍💫🙄🫩

⭐ Rating: 5/5 — sebab berjaya buat saya terhibur sampai habis.
Profile Image for Vida Ariff.
117 reviews
January 27, 2025
Jalan cerita yang tidak terjangka dan kadangkala berselirat. Pun begitu, cerita ini berjaya memacu rasa ingin tahu yang tinggi. Rasa ingin tahu dengan jalan hidup Malik, dan juga tertanya-tanya kesudahan Atod Sunduan yang lama berseorangan di hutan Tambunan.

Selepas membaca beratus mukasurat, cerita ini dinoktahkan dengan pengakhiran yang mengundang rasa geram dan marah. Why Riduan Judin? Kenapa bah endingnya begitu?
Profile Image for The Mimons.
7 reviews2 followers
April 28, 2020
Buku yang menarik.Patut dibaca.


Cuma saya kecewa sikit dengan pengakhiran cerita.Saya tak sangka 'plot twist' dia macam tu.Taktau nak gambarkan macam mana.
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
penjara mati by riduan judin.
terbaik!punyalah byk watak smpai konfius jd nya..tp ksdhan nya..x dsangka2..
btw..teruja dgn MERRICK!trskn bkarya..
Profile Image for Nadhiah Aida.
514 reviews27 followers
May 11, 2016
good book... good plot and good manipulation... cuma ada beberapa terlepas pandang macam Datin Diana jadi Datin Nadia... then terasa ada part penulis macam dah konfius... lupa nak jot down...
menarik juga bila diselitkan dialek Sabah...
cuma agak pelik bila perbualan antara ibu dan anak guna aku sebagai ganti nama. suppose zaman sekarang suka sebut nama sendiri.. like Maria ingat nak pergi... tapi ni jadi lain... aku takkan.. macam kasar bunyi nya... but over all ok and ending rasa nak gigit buku.... hahaha puas hati lah baca....
Profile Image for NUR. AKMA.
10 reviews1 follower
Read
August 20, 2016
Overall jalan cerita yg agak best. Cuma ada sedikit kesilapan pada nama watak-watak dalam novel. Unexpected ending. Tak sangka rupanya semua yg berlaku hanya halusinasi semata-mata. 3 bintang untuk novel ni sebab belum cukup memuaskan hati. Bila baca cerita ni saya teringat Rayyan fantasi karya Ramlee Awang Murshid.
Profile Image for MZ.
15 reviews
May 7, 2024
Plot dan dialog sama macam filem shutter island
Profile Image for Liah.
1 review
March 31, 2017
jalan cerita yang menarik
walaupun ada penceritaan yg tk berapa di fahami dan kurang kemas
geram dgn pengakhiran yang mbuatkan aku rasa ahhh..tertipu rupanya
untuk kelainan ..citer ini seronok di baca
tahniah penulis
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.