Gema merupakan karya Dong Xi yang dianugerahkan "Anugerah Kesusasteraan Mao Dun ke-1". Novel Gema mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan dan ini juga julung kalinya Dong Xi menghasilkan novel bertemakan "detektif + psikologi". Novel ini memaparkan kerumitan realiti di samping meneliti sempadan rohaniah melalui pertindihan tegang antara kes jenayah dengan hubungan perkahwinan.
Dalam proses penyiasatan sebuah kes pembunuhan, seorang pegawai siasatan wanita mencurigai si suami mencuranginya. Beliau terpaksa menyelesaikan dua kes dalam masa yang sama: kes pembunuhan dan kes hubungan kekeluargaan. Penyiasatannya dalam kes jenayah itu telah mempengaruhi cara beliau menyiasat hubungan dengan suaminya dan juga sebaliknya, kedua-duanya membentuk suafu hubungan yang saling bergema.
Novel ini merupakan pemenang Anugerah Kesusasteraan Mao Dun dan telah diadaptasi kepada siri tv. Dah lama tak baca novel yang tebal ini, tetapi ternyata ceritanya tidak membosankan. Pertamanya, terima kasih penerbit kerana menerbitkannya dalam font yang mesra mata—Garamond rasanya. Namun, terdapat sejumlah typo yang agak banyak untuk sebuah novel terbitan DBP yang jarang berlaku.
Baiklah, novel ini mengisahkan Ran Dondong, ketua penyiasat polis yang berusaha menyelesaikan suatu kes pembunuhan. Sebagai sebuah novel penyiasatan, ia tidak memunculkan banyak kejutan atau plot twist, sebaliknya menumpukan kepada pencarian siapa pelakunya, siasatan demi siasatan, suspek demi suspek dan motif yang bertukar-tukar. Dalam masa yang sama, plot cerita turut berjalan selari dengan kisah peribadi Ran dengan suaminya Mu Dafu, seorang profesor dan sasterawan, melibatkan rumah tangga mereka yang kian retak. Konflik kepercayaan, cinta yang semakin tawar dan kecurangan semakin menghakis jiwa dan fikiran masing-masing.
Novel ini merupakan sebuah penelitian yang cukup bernas tentang sifat manusia ketika berhadapan dengan tekanan yang hebat. Novel ini memaksa watak-wataknya, juga para pembaca, menatap sebuah cermin yang memantulkan sempadan rapuh antara kenyataan, ingatan dan cerita rekaan yang dicipta sebagai benteng pertahanan diri. Namun, di sebalik kemuraman jenayah yang terbongkar dan keretakan dahsyat dalam kehidupan peribadi Ran Dongdong, novel ini tidak terjerumus ke dalam sinisme yang mutlak.
Dengan mengakhiri kisahnya melalui suatu penyelesaian yang bersifat falsafah, Dong Xi seolah-olah menyarankan bahawa meskipun sifat manusia mudah dibentuk dan diselewengkan oleh keresahan hidup moden, kembali kepada cinta yang tulus dan sejati tetap merupakan sauh terakhir bagi jiwa yang terluka.
Tác giả viết khá chắc tay. Vừa điều tra đưa hung thủ ra ánh sáng cạnh đó đan xen tâm lý của các nhân vật qua quan điểm triết học của tác giả. Dù vậy mình đọc không thấy sự cố phô trương kiến thức trong đó. Có lẽ tác giả tham vọng khi đẩy sự phức tạp cảm xúc của nhân vật lên cao trào ở kết để thoả mãn nội tâm cá nhân (hoặc làm đồ sộ thêm mức độ phức tạp của tâm lý tác phẩm) mà mình thấy nó rối rắm quá. Bởi lẽ có sự song song giữa điều tra phá án và đời sống nội tâm của các nhân vật nên tất nhiên kết cần phải giải quyết vấn đề của các nhân vật đó. Với mình thì không quan trọng. Chắc do tuổi già ập đến. Mấy cái yêu đương phức tạp mình không mấy hứng thú tìm lời giải. Các bạn nào sau hôn nhân đọc chắc sẽ thấy có dáng dấp cảm xúc của mình trong đó.