Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gedebe

Rate this book
Cinta itu ialah kita tidak merasa malu ketika seluruh dunia mentertawakan perbuatan kita untuk membahagiakan orang yang kita cintai, kerana kita pun tidak berpakat dengan dunia untuk jatuh cinta.

Gedebe itu bukan samseng walau ramai samseng memiliki sifat gedebe. Orang gedebe ialah orang berani yang tidak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat. Mereka yang menjunjung kata-kata keramat, 'biar mati berdiri jangan hidup melutut!'

Manusia walau macam mana letih pun akan tetap melangkah selagi semangat masih kuat tapi kalau semangat dah mati, manusia akan berhenti melangkah.

Aku ni anak Pak Nik, yang Pak Nik pahat sebaik mungkin untuk jadi seperti dia. Tapi aku memilih untuk tak mahu jadi Pak Nik. Selama ini aku rantai kemas-kemas pongoh dan bengkeng Pak Nik yang selalu meronta minta bebas itu. Tapi hari ini aku akan lepaskan semua gedebe Pak Nik itu.

380 pages, Paperback

First published January 1, 2015

2 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (45%)
4 stars
26 (41%)
3 stars
6 (9%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
August 31, 2015
Imaen adalah antara penulis yang aku beli bukunya sebab nama, bukan sebab tajuk, bukan sebab penerbit, bukan sebab cover buku.

Imaen tu sendiri adalah jenama.

Ok, kalau kau mahu sebuah buku yang penulisnya:-

(1) menterjemah secara mudah sisi-sisi ekonomi baik dari segi teori dan praktikal (sebab penulis lulusan ekonomi);

(2) yang beri karaktar gagah wowwwww kepada pelakon dalam novel ikut acuan melayu yang bermaruah;

(3) yang mendiskusikan pasal sosio-politik;

(4) yang tak pernah gagal/cuai/abai/ingkar menyelitkan unsur-unsur agama;

(5) yang ada pegangan hidup jelas;

(6) yang bercerita pasal konsep realism, independent, socialism, nationalism;

(7) yang memberi ilham dan saranan untuk menjadi seorang idealist dan strategist dalam menjalani kehidupan dan rutin harian walaupun kau hanya ternak lembu atau buka kedai runcit;

(8) yang meraikan perbezaan dan persamaan; dan

(9) yang memberi tahu dan mengingatkan bahawa cinta tak perlu langgar batas dan perlu ada harga diri... tapi bila baca plot cinta dia, sudah cukup buat kau terawang capai bintang sambil senyum sorang-sorang tengah malam. Sweet.

Bacalah. Ini antara stok Magical Realism versi kelantan-melayu, tahu?

5 bintang meski aku bukan kelantanese.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
November 5, 2015
Arggggggg... Rugi je peram lama-lama. 2 thumbs up untuk Imaen. Paling jatuh cinta pada kosa kata yang hampir pupus. Saru sungguh!

Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
December 14, 2025
Bestnya penulisan Imaen ni! Bakpelah I peram sampai bertahun baru nak baca?!

Dari isu politik, ekonomi, kekeluargaan & sambil sambil berdakwah. Plot twist sangatlah bila dah tahu pesalahnya (sebab tiba tiba bila nak habis ada sedikit thriller).
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
August 7, 2019
Habiskan dalam flight.
Awesome 👍
Buku imaen selalu buat saya rasa bijak sedikit , sbb ada tambahan ilmu ekonomi yg mudah. Juga ada ilmu politik sisi mudah.
Plus kosa kata yg buat rasa bijak sastera jugak.

Ingin kongsi kata-kata imaen di sini :

" Orang gedebr ialah orang berani,yang tak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat. Mereka yang menjunjung kata keramat - biar mati berdiri jangan hidup melutut ! "

" Lebih senang jadi rumput daripada balak. Rumput,hari ni lembu ragut minggu depan tumbuh balik tapi kalau balak dah kena tebang kena tanam semula la jawabnya "

" Lelaki patut sanggup mati utk perempuan yg mencintainya tetapi lelaki tak patut merana separuh mati utk perempuan yg tak mencintainya "

" Saya elak cerita keburukan orang,dengan harap Tuhan pun tak gerakkan hati orang lain utk cerita keburukan saya "

" Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi SAW tentang isterinya Khadijah yang diriwayatkan oleh Muslim "Aku telah direzekikan cintanya" "

Dan byk lagi.tak mampu nak menaip semuanya.
Hingga aku lipat kecik setiap mukasurat yg ada ayat imaen yg aku suka.

Dan,ya Al-fatihah buat arwah Imaen. Moga rohnya dicucuri rahmatNya.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
December 18, 2015
Tak reti nak celoteh panjang-panjang sebab kisah yang bagus pasti membuatkan kita terkedu hingga tak terkata.. haha..

Kisah ini ada manisnya yang tersendiri..
Dalam kentalnya jiwa seorang bekas tentera berpangkat kapten, namun apabila masuk bab dalam taman ada bunga, dia menjadi sedikit cuak juga.. hehe..

Overall, cerita ni best.. Tambah-tambah lagi heronya pernah menjadi seorang tentera.. (akukan suka kisah yang ada 'tentera' ni.. ). Seorang yang baran tapi terkawal, seorang yang kental tapi romantis, seorang yang penyayang.. Kiranya seorang lelaki sejati la gitu.. haha..

Silalah beli dan baca dengan kadar segera.. Ini kisah kehidupan dalam masyarakat kita.. Bukannya kisah dongengan semata-mata..
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
February 5, 2017
Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah keluarga Adem dan ayahnya, Pak Nik yang gedebe. Gedebe bukan dalam erti kata samseng tetapi jenis orang yang berani. Satu persatu musibah melanda keluarga ini dan diakhirnya baru Adem tahu punca berlaku semuanya. Namun, tak boleh dikesalkan juga. Allah sudah takdirkan.

Ayah dan adiknya mati dibunuh, kakak-kakak yang berebut tanah pusaka, abang-abang ipar yang tidak boleh diharap, ibunya ditembak, cintanya pula terhalang malahan Adem menggadai nyawa mencari pembunuh ayah dan adiknya.

Sungguh berliku jalan Adem..
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
November 22, 2015
Menyesal sungguh aku tak khatam novel ni dari awal. Sebab flight delay 3 jam, aku berjaya menyudahkan pembacaan. Terima kasih AA. Ngeh3..

Kehebatan Imaen bukan setakat membahaskan isu2 ekonomi dan politik tetapi juga mencorakkan watak. Setakat ini, watak2 hero dlm novel beliau blm pernah mengecewakan. Ya lah, pada aku lelaki melayu sejati bkn karakternya wajib persis lelaki korea tp harus betul2 jantan. Jantan yg bagaimana? Baca sendirilah.

Dan, endingnya sgt sesuatu. Sesuatu yg aku sendiri tak terjangkakan.
Sangat berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 9, 2015
Speechless... Imaen... tak tahu nak review camana coz I think ultimately dia pandai buat sebuah fiction tu jadi macam real. gi baca buku ni.. tak nak buat elaborate review cam selalu.. go.. read it.
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
October 20, 2017
Ada sebab kenapa perlu jadi Gedebe ni dan bukan senang juga jadi orang Gedebe. TERBAIK !!!
Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
December 4, 2015
i like the way imaen explains the meaning of 'gedebe' to the readers in this piece.

there is one word i don't understand by meaning. i forgot what's the word.

and yeah, finishing this piece in Johore, just made me knowing my hometown more, once again, in Johore.

^_^
4 reviews1 follower
Read
October 23, 2019
Buku ini banyak mengetengahkan sisi kenegerian - Kelantan (tempat kelahiran penulis). Gedebe (judul novel) juga ialah perkataan/dialek Kelantan yang lazimnya digunakan untuk menterjemahkan sifat seseorang yang garang, panas baran dan tidak mahu tunduk pada arahan orang lain sekiranya tidak bersangkut-paut dengan diri seorang itu. Tetapi dalam dunia biasa, perkataan ini telah disalah erti dan sering dikaitkan dengan samseng yang tiada budi pekerti. Bahasanya yang puitis dan indah membuatkan saya tidak mahu melepaskan Nik Adem, Pak Nik, Mak Wan dan Doktor Juita bersama-sama kehidupan mereka di ladang lembu dan hidup realiti mereka sehingga selesai dari kulit ke kulit. Banyak juga selitan ingatan kepada-Nya yang santai menyebabkan kita selesa dengan teguran sinis Imaen agar sentiasa bertawakal dan reda dengan setiap ujian yang terhidang di hadapan mata.
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
November 26, 2019
Di awal cerita, aku sangka cerita ini tentang pergaduhan merebut harta dan diselangi kisah cinta antara Juita dan Adem. Tapi, rupa-rupanya ada sedikit babak aksi untuk mengembangkan tajuk cerita iaitu 'Gedebe'.

Di awal cerita, jalan ceritanya agak slow tapi aku masih tahan baca buku ini sebab aku fikir takkanlah sepanjang penceritaan nak cerita pasal kandang lembu sahaja. Cerita jadi semakin menarik bila berlaku tragedi pada Pak Nik, ayah Adem. Dan dalang segalanya memang un'sangka'able!

Dalam novel ni banyak digunakan loghat Kelantan. Ada sesetengah ayat aku tak faham maksudnya, hehe! Tapi yang aku paling suka ialah cara penulis menyelitkan kritikan politik secara halus, pendapat tentang kehidupan yang membuka mata aku dan peristiwa sejarah yang selalu kita lupakan.
3 reviews
December 17, 2019
Buku ni dah lama beli, baru berkesempatan baca. Cerita dari Imaen tidak pernah mengecewakan. Semua koleksi dari Imaen memang dalam koleksi. Berbaloi untuk dijadikan koleksi.

Imaen pandai membuat jalan cerita jadi sangat menarik. Di sulam dengan isu-isu terkini. Penyampaian yang tidak berat.

Al-Fatihah untuk arwah Imaen.
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
December 23, 2015

Saya tak sangka orang yang arah bunuh dan bakar Pak Nik dan Nik Saiful ialah Boboy Syah. Huhu....
Tak sangka juga perkataan 'timpas' dan 'bari' ada dalam kamus dewan.
Apa yang jadi dengan lembu-lembu bahagian Nani & Rina? Depa bawak balik tambat dekat rumah ke?

Tapi buku ni memang lain dari yang lain. Angkat ibu jari!
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.