Buku Ogos ni mengisahkan perjalanan cerita cinta Suri Alya daripada sekolah smp ke universiti. Kisah Suri yang lahir pada bulan Ogos dan bertemu dgn lelaki2 yang lahir pada bulan yang sama...Jalan cerita yang simple...
Aku suke kisah Suri di zaman sekolah asrama sbb Suri ni sama mcm aku, lahir bulan Ogos dan anak 4 daripada 6...Sambil baca kisah2 zaman asrama mmg aku kenang balik zaman aku dkt asrama dr Form 1 smp Form 5...Dan Irshad kawan baik Suri ni pon buat aku teringat zaman sekolah sbb aku ade seorang kawan rapat dr Form 1 smp ke universiti yang bernama Irsyad...hehe..Memang terkenang weh....
Kisah Suri bersama 4 lelaki yg berlainan yg kesemuanye lahir pada bulan Ogos; Chad (Irshad), Shahrin, Juna, Mikhail dan Zain. Setiap lelaki ni membawa character yang berbeza dan mereka2 ni semuanye memberi kesan dalam hidup Suri.
Overall, cerita ni agak simple dan clear. Penggunaan ayat yg simple dan konsep mcm diari gitu...Disebabkan cerita ni agak ringan, jadi aku tak terkesan sgt kecuali mmg kenangan zaman sekolah tu...Aku nak bg 3.5 bintang utk buku ni....
Untuk sesiapa yang ade kisah2 cinta monyet zaman sekolah ke zaman universiti, buku ni terbaik utk ko terkenang kisah2 lama ko...Sekian ^_^