Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antologi Suamiku

Rate this book
CERPEN-CERPEN ANTOLOGI NOVEL CINTA PASCA-NIKAH TERHEBAT TAHUN INI

(1)

“Pernah tak rasa macam kita ini barang yang rosak? Kita diwayarkan salah? Macam Tuhan cipta kita dari assembly line dan oops, terlupa nak install cip berahi kepada lelaki pada model ini? Aku rasa seperti bagai produk rosak. Apa gunanya hidup kalau tak bersuami?”

(2)

“Jangan risau, malam ini Fred takkan minta izin ayah untuk kitaorang kahwin. Dia cuma nak kenal-kenal dengan keluarga Salmah je. Kitaorang kawan je lah. Nanti lepas Bang Musa meninggal dunia, barulah…”
“Astaghfirullah! Cakap pasal suami mati depan muka dia?”

180 pages, Paperback

First published January 1, 2015

23 people want to read

About the author

Kris Williamson

20 books9 followers
Kris Williamson is a publishing consultant and writer. Born and raised in Florida's Tampa Bay Area, he fled America when the neo-cons took over, choosing to continue his studies in Australia. Eventually he found his way to Malaysia and has been tolerated there despite the lack of itinerant mat salleh in the 1Malaysia agenda. He has written professionally for a decade but only turned to writing for fun over the last few years. He founded the Southeast Asian-themed e-zine Anak Sastra in 2010 and still edits its quarterly issues. When not writing about himself in the third person, he talks about other people in the third person.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (16%)
4 stars
7 (38%)
3 stars
8 (44%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
January 25, 2016
Ada 4 cerpen yang berjaya menarik perhatian saya dalam antologi ini masing-masing hasil tulisan Huda Mutalib, Asyraf Bakti, Syafiq Ghazali dan Nuruddean.

Ini kali pertama saya membaca cerpen Huda Mutalib, saya rasa tajuk cerpen Antara Suamiku dan Sebentuk Cincin Hitam itu hanya terpaksa dipilih untuk selari dengan tema keseluruhan antologi buku ini. Mood yang dipersembahkan bukan parodi seperti tajuk cerpen, elemen gelap dan eksistensial sebenarnya menguasai cerpen ini. Ada aura 'raw' yang memukau. Emosi disalurkan secara bersahaja dan pemberontakan nilai disampaikan dengan terkawal.

Cerpen Asyraf seronok dibaca kerana penguasaan bahasa yang lancar dan lincah. Idea yang disampaikan juga cukup cerdik dengan twist yang menjongkar-balikkan seluruh asas cerita. Ini pengalaman membaca karya yang memberontak untuk tidak menjadi klise.

Karya Syafiq Ghazali bergerak pantas dengan unsur humor yang kuat. Syafiq nampaknya begitu enjoy memparodikan elemen budaya pop generasi Y masyarakat ini. Pemilihan nama, watak2 karikatur, latar cerita yang komikal etc. Nampaknya Syafiq bukan saja memparodikan trend yang berlaku dalam fiksyen pop melayu malah hampir-hampir memparodikan seluruh elemen yang membentuk nilai budaya pop remaja-remaja masa ini.

Cerpen Nurrudean (Suamiku Noburu Wataya) pula kuat dengan pengaruh Murakami, bukan sekadar nama watak malah gaya dan tempo cerita. Pun begitu ada percubaan di sana sini untuk memberinya warna tempatan. Kesabaran membina cerita membuatkan cerpen in imenarik dibaca.

Menemukan 4 cerpen di atas membuatkan saya rasa berbaloi membeli buku ini. Yang lainnya agak sederhana, ada satu dua cerpen yang agak menjengkelkan, tetapi syukurlah tidak ada yang betul-betul sampah.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
December 24, 2017
Ini adalah sebuah antologi parodi. Ya, parodi kepada novel-novel jiwang dan cintan-cintun yang memakai tajuk suamiku bla bla bla yang berlambak di pasaran. Bagi aku, antologi cerpen 'suamiku' ni menghiburkan. Kelakarnya menjadi. Elemen humor yang dihidangkan dalam setiap cerpen menyenangkan. Semoga ada antologi isteriku pula hendaknya selepas ini. Hehehe...
Profile Image for Manusia Berubah.
8 reviews3 followers
March 2, 2016
Sampai ke sudah aku tergelak baca cerita ni, dia punya pusing-pusing tu memang buat kau pening mula-mula tapi sebenarnya cerita dia simple je. Bila tiba part last tu kau akan rasa macam gampang arr..! tapi best dan puas. Cerita ni best..! Menghiburkan..! Kelakar..! dan aku suka, aku boleh ulang-ulang baca. Tahniah Syafiq Ghazali.

Selain cerita-cerita kelakar, naskhah ni ada terselit juga cerita ala fiksyen sikit. Macam cerita Suamiku Atukku. Tak ketinggalan cerita ala purba dulu kala macam cerita Suamiku Manusia Dalam Gua. Tapi paling best cerita yang ala-ala sweet terlebih kencing manis macam cerita Suamiku Kena Main Wayang, Suamiku Berambut Panjang dan Suamiku Tak Reti Memandu. Aku suka semua kelima-lima cerita ni. Again, aku terhibur sangat dengan cerita-cerita ni. Brilliant arr idea korang...!

Review penuh di : http://manusiaberubah2.blogspot.my/20...
Profile Image for rg Qirin.
35 reviews
January 3, 2026
Antologi Suamiku
terbitan Terfaktab Media (Jun 2015)

"Nama sebenar dia bukan Dewi Miasara, tapi..." lelaki itu melihat dokumen di tangan. "Daud bin Misran."

Antologi Suamiku adalah satu kumpulan cerpen yang dibuat untuk meng-counter siri novel dan drama TV yang tajuknya Suamiku ini dan Suamiku itu yang popular pada tahun 2015. Parodi yang dihidangkan dalam bentuk cerita pendek.

My first view adalah, kenapa lagi ramai author lelaki dari perempuan ni? Kan Antologi Suamiku, patut perempuan lah tulis kan? Tapi bila fikir balik, kan parodi.

Pada aku, Antologi Suamiku ni sangat membawa satu sudut pandang yang tidak klisé tentang perkahwinan dan/atau percintaan. Klisé ni maksud aku yang selalu dipertontonkan di kaca TV atau helai novel. (Aku tak cakap ianya tak bagus)

Namun dari sudut lain, penulis-penulis berjaya menonjolkan isu yang jarang diperkatakan. Contohnya, perihal filem orang kita yang dipandang enteng, perihal pelacuran, perihal kahwin empat, dan pelbagai perihal lain. Cerita pasal kucing pun ada dalam ni.

So, kalau kau nak jadi suami dan mencari satu bacaan yang boleh menjadikan kau suami yang baik, naskhah Antologi Suamiku ini bukan lah pilihan yang tepat.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.