Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komplot Menulis: Kompilasi Cerpen GMM

Rate this book
KOMPLOT MENULIS tidak memuktamadkan sebarang doktrin akan terhasil daripada puluhan cerpen yang terkumpul dalam gerakan sulit yang akhirnya terpaksa dihebohkan ini. Malah para pembuat dasar dalam Grup Mari Menulis, baik yang bertaraf yakuza, mafia atau algojo yang tidak teragak-agak memancung atau membelasah; mahupun peringkat penyelaras yang ayu serta santun kelihatannya tetapi berbisa; tidak membariskan sebarang protokol yang menyulitkan selama mana komplot ini berlangsung.

Ia tanpa sedar melengkapi sempadan imaginasi manusia dengan hidangan karya berbau Islamik, separa indie selain tema kekeluargaan dan cinta yang terus tegar dinikmati oleh manusia dan bukan manusia.

Kerabat GMM yang sempat berkomplot kali ini, tahniah diucapkan. Yang lain jangan kecewa kerana gerakan ini akan terus hidup dengan sokongan padu anda semua. Pastikan gerakan berkomplot ini bukan yang pertama, juga bukan yang terakhir!

306 pages, Paperback

First published July 1, 2015

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Salleh Hashim

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (12%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Cikgu Salleh.
2 reviews2 followers
November 20, 2015
Masih dalam proses pembacaan,namun sangat teruja dengan pelbagai dimensi pengkisahan kemanusiaannya
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
June 17, 2016
Kompilasi cerpen-cerpen yang sangat menarik dan penuh dengan mesej. Macam-macam perasaan ada. Tak rugi baca. Recommended :)
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
November 1, 2015
Lamanya nak habiskan baca buku yang ada karya sendiri. Heh.

Apapun, buku ini menghimpunkan kumpulan pengkarya paling pelbagai dan menarik pernah aku sertai setakat ini. Kepelbagaian yang pada mulanya memperlahankan rentak pembacaan, kerana aku mencari titik hubungan. Punca titik 'klik' yang mencantumkan perhatian aku dan rangkaian cerita.

Ya, akhirnya jumpa juga kerana sudah habis baca. Namun aku tidak ingat, cerita mana satu yang menjadi titik punca itu.

Cuma satu aku nak mengaku. Cerpen yang paling buat aku rasa mahu tepuk tangan dan lempang orang serentak ialah cerpen karangan Faizz Tasnim. Woi! Hahaha!

Kesimpulan: buku ini ada aura unik. Mungkin ambil masa atau kategori minda tertentu untuk dihadam. Beli dan baca atas risiko sendiri ;-)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.