Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengantinku Jatuh Dari Langit

Rate this book
RINIETA Aini - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings.

WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya...


“Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.”
Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam.
Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah.
“How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar.
Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar.
Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini.


NAMUN kerana salah faham dan tanpa dijangka, perempuan itu yang Tuk Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan…

“Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mampu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ni. Bahagiakan hidup dia, ya.” – Tuk Mummy

“Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau akan menjadi isteri aku. Faham?” – Arfy Qhairant

“Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang akan menyempurnakan kita,” – Rinieta Aini

BERJAYAKAH pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayangannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan ‘orang gaji’nya itu aka isterinya yang dianggap ‘alien’!

Paperback

First published January 1, 2015

24 people are currently reading
288 people want to read

About the author

Mia Kiff

37 books165 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (39%)
4 stars
23 (21%)
3 stars
28 (26%)
2 stars
8 (7%)
1 star
5 (4%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 13, 2017
Arfy Qhairant adalah seorang CEO yang sombong dan ego tetapi selalu lari pada hari pernikahannya. Semua calon pengantin perempuan ada saja kekurangan mereka. Akhirnya dia bernikah dengan Rinieta Aini, seorang cleaner. Dari mula perkahwinan mereka, Arfy sentiasa melayan Rin dengan buruk. Tetapi lama-kelamaan hatinya mula mencintai isterinya. Arfy sentiasa cemburu melihat Rin mesra dengan adiknya dan pak sunya. Rupa-rupanya, Rin adalah sepupu Arfy dan pak sunya, adalah ayah kandung Rin. Alangkah malunya Arfy bila dapat tahu kedudukan Rin adalah lebih tinggi dari dirinya. Lalu dia mengambil keputusan untuk melepaskan Rin. Di saat akhir, mereka sedar bahawa mereka masih mencintai satu sama lain, lalu mereka tidak jadi untuk berpisah. Arfy insaf akan kesalahannya dan bertekad untuk membahagiakan Rin.
286 reviews52 followers
September 7, 2015
Done....
Sebuah cerita yg santai dan sempoi...byk scene2 yg mencuit hati tp sgt simbolik...nampak mcm kelakar tp klau kita bc dgn mata hayati, kita juga akn turut terkesan di hati...sebuah kisah yg penuh dgn pengajaran...x dinafikan kisah ini semmgnya berlaku dlm masyarakat disekeliling kita....cuma antara kita sedar atau pun tidak...walau siapa pun kita, apa pangkat dan darjat kita, kita semua tetap sama di sisi Allah...yg membezakan adalah amalan kita.....

Kerana dia seorg gadis kampung yg tidak berpelajaran tinggi dan tidak pandai berBAHASA INGGERIS, rinieta aini sering dipandah rendah, dihina dan dicaci....lbh menyakitkan bila dia sering dihina dan dimarah oleh suaminya sendiri, arfy qhairant.....perkahwinan mereka adalah atas desakan tuk mummy arfy dan opah milah....dan kerana itu pd mlm pertama arfy dah mengeluarkn bermacam2 syarat hinggakn dia sanggup menggajikan isteri sendiri.....rin juga sering digelarkan alien oleh arfy (kenapa panggil alien, bc sendiri ek)
Namun rin bukanlah seorang wanita yg lemah....sungguh pun tidak bijak dlm pelajaran, tp ilmu agama penuh didada...fikirannya matang....dan rin seorg yg ceria, sempoi dan berfikiran positif....rin redha dgn perjlanan hidupnya....namun makin lama arfy bknnya makin berubah, tetapi makin teruk plak ego dan bongkaknya....keadaan menjd makin teruk bl ayman dan paksu kembali ke malaysia....sehingga kan arfy membawa rin ke pejabat agama....
Apakah yg terjd semasa kepulangan ayman dan paksu dan apa yg terjd di pejabat agama???
Profile Image for Mslvoe.
2,101 reviews205 followers
September 9, 2022
Heroin seorang gadis kampung yang suka makan petai

Hero pulak jenis sombong. Jenis suka menghina dan cepat judge.. bila dah tahu kisah sebenar, mengelupur minta maaf.
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
March 6, 2017
What i remember is I kept crying reading some parts Rinieta Aini trying to sampaikan words dia towards Arfy Qhairant .. Walaupun Rinieta sejenis yang abit blur sotong sikit but atleast dia sejenis yang tabah dengan kerenah si husband dia yang suka pandang rendah kat dia. Sampai taknak bagitahu satu office company Arfy bahawa Rinieta yang pekerja cleaner dia adalah isteri dia. Yelarh Arfy kan orang kaya while dia orang yang miskin, orang zaman sekarang cam tu. Takut hjatuh martabat rasanya hmm. It's just for sementara jerh, lama kelamaan Arfy sendiri start jatuh hati kepada isteri dia sendiri. Tapi bila part dorang nak bercerai tu, Arfy ngan Rinieta tak jadi dah sebab they both really love each other alahai sweetnya part tu..
Profile Image for Zuhaira.
47 reviews15 followers
November 28, 2015
Aku suka..
Sebab ... Aku xda masalah dgn ayat yg diguna kan.. Mmg kena dgn selera
Profile Image for Aida Kassim.
47 reviews
December 15, 2015
Ok juga ceritanya... tapi tdk suka cara pemikiran CEO tu, aiiissshhh... CEO muda memang mcm tu kah.. wakakaka... addoooiii... ego tdk bertempat..
Profile Image for ZazaGaga.
7 reviews1 follower
May 16, 2016
Tahniah. kisah yang bagi saya secukup rasa. Taklarat gelak n part sedih pun siap keluar air mata. :)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.