“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.
Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.
Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.
“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.
Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.
Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!
“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.
Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?
Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?
“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.
Cerita yang menarik. Kenapa? Watak2 dalam novel ini lari dari kebiasaan. Ada watak cikgu sekolah, pemilik kedai buku, tauke kantin sekolah dan bekas pelajar. Selalunya kita dihadapkan dengan anak jutawan lah, anak tan sri lah, anak datuk seri lah. Nasib baik bukan anak menteri.
Nasib baik Mak cik Latifah sudah bertaubat di akhir cerita, kalau tak, ada yang bertambah stress. Nuha seorang yang agak matang berbanding umurnya. Agak kelakar bila Nuha start ignore Thaqif untuk menyedarkan hubungan mereka bukan "abang-adik" tetapi "suami-isteri". Ingatkan ini novel pertama dari penulis yang yuni baca. Rupanya ada lagi satu tapi sudah tak ingat. Sorry lah yek
Mcm mana nk ckp yer? Susah aku nk terangkan...tp takpe, aku akn tetap cuba utk terangkannya...
Setiap org mempunyai citarasa yg berbeza. Ada org suka dgn buku tu, tp ada org lain langsung x suka buku tu. Bergantung kpd pembaca lah apa yg menyebabkan dia suka/x suka dgn buku tu. Kalau tanya aku ; apakah aspek yg aku tekankan utk menilai sesebuah buku? Aku akn jwb ;
1-jalan penceritaan - x boring/x meleret 2-konflik cerita - menarik/logik 3-watak dan perwatakan - x annoying/mesti kena dgn jiwa aku 4-gaya olahan penulis - ayat x terlampau skema/x hambar/x kaku/x boring
Bg aku, tu lah 4 perkara utama yg aku sgt tekankan dlm sesebuah buku.
Dlm kes novel JAYK ni, aku suka jln penceritaannya, aku suka konflik ceritanya, aku suka gaya olahan penulisnya.
Malangnya, hanya satu yg aku x suka, iaitu watak dan perwatakan HEROIN dlm novel ni. Kalau masalah watak dan perwatakan tu terjd pd watak tambahan, aku tak kisah sgt, tp disbbkan masalah itu terjd pd watak utama sendiri, masalah itu akn menjejaskan thp kesukaan aku terhadap novel ini.
Apa yg aku x suka pasal watak Nuha Saqeena ni ialah :- -lemah -x tetap pendirian -baik x bertempat -berkorban x bertempat -x mementingkan perasaan suami -cengeng (aku anti betul dgn org yg suka menangis ni)
Aku benci sgt2 pd watak Nuha masa dia duk memaksa Thaqif kahwin dgn Wawa tu semata-mata nk jaga hati dan perasaan org tua x matang tu. Terlampau jaga perasaan org tua tu(konon2 nyer perasaan seorg ibu) sampaikan langsung x memikirkan perasaan suami. Nampak x di situ? Baik dan berkorban x bertempat! Yg aku geram nyer, bila si Thaqif dah setuju nk kahwin dgn Wawa, pandai pulak si Nuha ni x boleh terima. Sampaikan masa hr pernikahan Thaqif dgn Wawa, sanggup si Nuha ni suruh Thaqif batalkan perkahwinannya dgn Wawa sbb x sanggup berkongsi kasih dgn perempuan lain.
Habis tu kau jugak yg beriya-iya PAKSA suami kau tu kahwin dgn perempuan lain! Bila suami kau setuju, pandai pulak kau melalak! Padanlah dgn muka kau tu!!!
Haish...geram GILERrrrr aku...
Kat situ aku dah boleh nampak yg Nuha ni memang langsung x tetap pendirian...
Haish...aku malaslah nk membebel panjang2 walaupun hakikatnya memang dah panjang pun.
Sekian.
P/s 1 : aku ni bknlah seorg pembaca yg kedekut sgt nk bg bintang. Kebanyakkan novel2 yg aku baca, hampir semua novel aku rating 5 bintang walaupun ada sesetgh buku tu terrrrrsgtlah menyakitkan hati aku(mcm buku ni). Tp aku cuma pejamkan mata utk mengabaikan perkara yg menyakitkan hati itu supaya rating aku terhadap sesebuah buku tu x terjejas.
P/s 2 : aku lebih suka dgn karya penulis sebelum ni ; Pewaris Takhta Cinta.
Aku beli novel ni sebab terpengaruh dengan blurb di belakang yang menyebut tentang anak kembar yang kehilangan ibu. Yang selebihnya aku tak bacapun blurb tu. Dan aku tak pernahpun baca teaser fasal kisah ini.
Selepas Rasa Yang Tertinggal, aku memang teragak-agak nak beli novel penulis ini. Takut kecewa lagi sebagaimana aku kecewa dengan Rasa Yang Tertinggal itu. Tapi, kerana blurb anak kembar tadi, aku yakinkan diri untuk beli jugak novel ini.
Permulaan cerita yang agak baik dan lancar yang menyebabkan aku tertarik untuk meneruskan pembacaan dari bab ke satu bab. Kisah ni lari sedikit dari kisah klise. Ini kisah antara cikgu dan bekas anak muridnya yang diangkat sebagai isteri kedua setelah dia kematian isteri pertama.
Namun, pembacaan sedikit terganggu dengan kisah Noah dan Wawa dan menjadi lebih terganggu dengan kisah meleret-leret si bekas ibu mentua Thaqif. Sejujurnya, aku rimas dengan karenah si ibu mentua yang tak reti bahasa. Dan sejujurnya juga bahagian si ibu mentua ni aku baca laju-laju apatah lagi bahagian ni dah hampir tamat. Masa awal tu takde la aku nak menyampah sangat dengan sikap si ibu mentua tu tapi apabila dah nak habis tu, meluat la pulak. Jadi rimas nak baca.
Lagi satu, kisah si Nuha yang asyik merajuk tu macam annoying sangat. Iya, dia masih muda tapi entah la, rasa jengkel pulak dengan perangai dia tu. Heh.
Tapi kisah Thaqif yang selalu kena sakat dengan Cikgu Rashid tu, buatkan aku sedikit terhibur. Sebab tu dapat 3*. Ikutkan nak bagi 2* je. :D
Oh ya. Aku tau kisah ini telah diadaptasi tapi sikitpun aku tak tau siapa pelakonnya sebab aku tak berminat nak ambil tahu. Aku beli novel ni berdasarkan kepada rasa ingin tahu apa yang terjadi kepada anak kembar tadi. Makanya, aku tidak terganggu dengan bayangan watak pelakon drama tersebut.
p/s: Apapun, Rindu Dalam Sepi jugak yang aku suka ulang baca dan jadikan koleksi.
Suka dengan watak Nuha ni. Walaupun kekadang nampak macam desperate dan over, tapi pemikiran dan tindakannya digambarkan agak matang oleh penulis.
Cuma apabila di pertengahan buku, disebabkan rasa kuriousiti yang tinggi, maka aku cuba tekan Google dan tengok pasal buku ni. Akhirnya keluar poster drama adaptasinya. Jadi sepanjang pembacaan selepas itu, aku akan terbayangkan muka pelakon adaptasi tu. Serius, aku sebenarnya kurang gemar bila watak tu aku tak boleh bayangkan sendiri bagaimana bentuk dan rupa dia. Kalau tak, kompem bagi bintang-bintang macam di atas langit.
Owhh ya, yang penting takde watak seorang bos syarikat besar, pekerja yang jatuh hati ngan bos yang playboy dan watak yang buat-buat bodoh. Tapi watak dan perwatakan di dalam novel ini adalah marhaen yang selalu kita jumpa di luar sana.
Yang lain, ok saja!
Korang tak nak baca ke? Kepada sesiapa yang minat dengan Amar Bahrain Dan Amyra Rosli, korang patut baca buku ni. Dan mereka memang sesuai pegang watak-watak dalam buku ni. Bila korang dah baca, korang akan tahu kenapa.
Kisah yang menyajikan kisah orang biasa, bukan yang 'ada-ada'..
Tiada kisah super duper jutawan, kereta yang mewah-mewah, sampaikan kadang-kadang asek dok meng'google' camne la rupa kereta yang dimaksudkan dan sebagainya.. Haihhhhhhh
Aduh mak aihhh.. Terkesan dengan perkataan Inggeris yang diMelayukan!
Akhirnya. I am done with this book. Marriage for Nuha at a young age came with a package. imagine having to admire your gorgeous DM and economics teacher and having to know that next year you are married to him like for real. then your teacher can't get over loving his deceased wife and all your attention that you wanted from him were all cluttered. But yet Respect, this young lady got him but yet to face another hurdle, the psychotic ex MlL. Nuha was amazing despite too many breakdowns. Thaqif came a lil late but never too late to love her as a wife. it reminds me of Kuch kuch hota hai. But the most important message in this book, Redha atas ketentuan Allah itu lebih penting. once again, I smile.
cerita ni sesuai cita rasa sya,,,overall best bagi sya,suka dengan jalan ceritanya,,,tapi menjelang bab2 akhir tu geram giler dngan si Nuha,rasa macam nak brainwash dia bgi sadar,baik tk bertempat,adakah suruh thaqif terima wawa hanya karena hajah latifah(ni satu org tua tk sadar diri),,,dahlah Nuha ni cengeng ya amat,sikit2 terasa hati nangis (tk suka heroin yg lemah ni,menyampah)
Terbaik! Cerita macam ni patut diangkat. Tak adalah asyik cerita pasal orang kaya saja. Suka, suka, suka! Hajah Latifah tu perangai macam apa gi. Haha... Geram aku dengan dia. Apa pun, tahniah penulis. :D